EPISOD 50

Romance Series 14692

"Ye Aida.. Saya kat sini.. Kenapa?" Erina yang buat-buat sibuk mencari buku di rak bersuara.

"Owhh.. Awak kat situ ke? Patut la cari kat pantri takda. Rina tolong cover saya kejap boleh tak? Saya nak turun kat lobi ambil barang sekejap pastu nak pergi ke department HR." Aida yang merupakan penyambut tetamu di pejabat   CEO. Penghuni di aras itu cuma ada Megat Emir, Erina dan Aida sahaja.

" Ok Aida! " Ringkas jawapan Erina.

" Ehh.. Tuan Emir..awal pagi dah terbaring. Tak cukup tidur ke semalam? " Tegur Aida sebaik sahaja kelihatan Megat Emir terbaring di sofa.

"Aaa... Aaa.. Ermm... Yer.. Ngantuk pulak saya. Semalam tidur lambat." Tergagap Megat Emir menjawab kemudian pura-pura menggeliat.

"Owhh.. Sorry bos.. Bos saya turun bawah sekejap yer.. Kak Mai panggil pulak." Aida segera berlalu meninggalkan pejabat itu.

Erina yang masih di rak buku hanya tersenyum lebar memandang Megat Emir apabila teringat masing-masing kelam kabut memainkan peranan sebagai pelakon hebat sebentar tadi.

Megat Emir kembali ke mejanya dan begitu juga Erina segera ke meja kerjanya. Masing-masing kusyuk dengan kerja-kerja pejabat yang masih belum selesai.

"Erina.. Hari ni saya lunch apa? Saya dah lapar la." Megat Emir mendekati Erina dimejanya. Jam sudah menunjukkan pukul 1. 00 petang.

"Alamak.. Dah kul 1.00 ke..Sorry... Sekejap.. Sikit lagi kerja saya ni nak siap." Jari Erina ligat di papan kekunci komputer menaip sesuatu.

Megat Emir masih setia berdiri di hadapan Erina. Erina pula sedaya upaya cuba menyiapkan kerjanya.

Memandangkan hampir 15 minit Megat Emir tercegat di situ, akhirnya Megat Emir ke belakang Erina untuk memerhatikan kerja apa yang Erina begitu gigih sekali  siapkan tu?

"Sayang.. Benda tu tak urgent.. Abang dah lapar ni." Bisik Megat Emir ke telinga Erina.

"Huhh.. Opocot! Abang... Bila abang duk belakang Rina ni?" Erina betul-betul terkejut. Ditepuknya bahu Megat Emir perlahan.

"Haha.. Tuhlaa kusyuk sangat sampai abang dah ke belakang sayang pun tak sedar." Gelak Megat Emir.

Tiba-tiba interkom di meja Erina berbunyi. Aida memaklumkan  bahawa ada tetamu istimewa hendak berjumpa Megat Emir.

Mendengar nama Melisa di talian sahaja membuatkan Erina hampir sesak nafas. Belum sempat dia berkata apa-apa kepada Megat Emir, tiba-tiba Melisa meluru masuk.

Megat Emir terkedu seketika. Dia memandang Erina dengan wajah yang serba salah.

"Melisa... You buat apa dekat sini?" Megat Emir cuak seketika.

"Hai Emir.." Sapa Melisa dan kemudian terus meluru masuk pula ke ruang kerja Megat Emir lalu duduk di sofa.

"Sayang.. Nanti abang explain.." Megat Emir memandang Erina. Tangan Erina cuba dipegangnya tetapi laju Erina menepis.

Arhh.. Sudah... Bala apa pulak kali ini..

Erina diam membisu dan terus menyambung menyelesaikan kerjanya tadi tanpa mempedulikan Megat Emir.

Megat Emir buntu lalu terus mendapatkan Melisa yang sedang menunggunya di sofa.

"Kenapa you datang sini?"

"You kata kita boleh jumpa lagi kan... So.. I datang nak jumpa you la." Slumber jawapan Melisa. Mendengar jawapan Melisa itu, Megat Emir menepuk dahinya.

"Ermm.. Memanglah betul tapi bukannya di office I." Megat Emir menggaru-garu kepalanya kerana serba salah.

Yang diluar sana tu sudah muncung sedepa manakala yang di dalam ni pula seolah-olah tiada langsung ada perasaan bersalah.

"Kalau bukan di office you ni.. Apa kata kita sembang di luar jerla kalau macam tu? Teman I lunch.. I tengah lapar ni." Melisa cuba mendekati dan menarik tangan Megat Emir tetapi Megat Emir pantas mengangkat tangannya tinggi agar tidak disentuh Melisa.

"Erk.. Ermm.. Huh... Ermm...huhh" Megat Emir tidak terkata. Hanya mendengus kecil.

"Kalau bos nak keluar makan saya tak payah Ia order makanan kan?" Suara Erina tiba-tiba mencelah ke gegendang telinga Megat Emir dan kemudian Erina berlalu pergi.

Ya Allah.. Dugaan apa yang Kau turunkan kepada aku ni. Hati Megat Emir menjerit.

" Emir... I tunggu dekat luar ok! " Dengan penuh lenggang lenggok Melisa melangkah keluar.

Megat Emir keluar untuk mendapatkan Erina tetapi Erina sudah tiada ditempatkannya. Megat Emir menggosok-gosok belakang tengkuknya.

"Emirr.. Cepat laa" Laung Melisa kepada Megat Emir yang sudah bersedia menunggunya di depan pintu. Aida yang berada di kaunter penyambut tetamu hanya menggeleng kepalanya melihat gelagat majikannya yang serba salah itu.

----------------------------------

"Aida... Rina mana?" Soal Megat Emir sebaik sahaja dia sampai ke pejabat dia dapati Erina tiada di tempatnya.

"Rina dah balik tadi la bos. Dia tak bagitau bos ke dia nak balik awal hari ni?" Aida memaklumkan kepada Megat Emir setelah dia melihat majikannya mencari-cari Erina.

"Haaa balik awal! Kenapa pulak?"

"Dia cakap tak berapa sihat. Lepas bos keluar je dia pun terkocoh-kocoh balik." Terang Aida.

"Ok Aida.." Megat Emir segera masuk ke biliknya lalu membuat panggilan kepada Erina tetapi tidak berjawab.

Megat Emir akhirnya mengambil keputusan untuk ke rumah Erina.  Sebaik sahaja keretanya sampai di depan pagar rumah Erina, Megat Emir menarik nafas kelegaan. Dia merasa lega kerana kelihatan motosikal Erina berada di dalam pagar rumah berkembar itu.

Loceng dibunyikan dan akhirnya Haji Wan Zain yang muncul.

"Assalamualaikum uncle. Erina ada?"

"Waalaikumsalam.. Yer ada.. Ada kat bilik dia tu. Katanya tak sihat masa balik tadi. Emir tak tahu ke? Bukan ke Rina dari pejabat tadi?"

"Iye Rina ke pejabat tadi tapi masa tu dia sihat je. Staff kat office yang bagitau Rina balik awal. Saya nak jumpa Rina sekejap boleh tak uncle.. Ada benda nak bincang sikit." Pinta Megat Emir. Pandangan Haji Wan Zain itu betul-betul membuatkan Megat Emir serba salah.

" Masuk la dulu yer Emir. Nanti uncle panggil Rina kejap. Kalau dia betul-betul tak larat uncle taknak paksa dia yer Emir." Haji Wan Zain seolah-olah seperti mengetahui ada konflik antara anaknya dengan Megat Emir itu. Megat Emir mengangguk kecil.

Beberapa minit kemudian Erina turun dengan wajah yang muncung sedepa. Dia memandang Megat Emir dengan wajah yang lesu.

" Jom kita duk luar sekejap." Ajak Erina lalu menuju ke kolam ikan di luar rumahnya. Megat Emir menuruti dari belakang.

Erina dan Megat Emir melabuhkan punggungnya di kerusi rotan yang terletak di sebelah kolam ikan di laman rumahnya.

"Rina tak sihat ke?" Soal Megat Emir.

"Rina sihat je.. Tapi Rina rasa sakit... Sakit mata."

"Sakit mata? Dah jumpa doktor ke?" Megat Emir memandang mata Erina dalam-dalam. Erina laju sahaja memaling jauh matanya.

"Ye sakit mata... Mata ni rasa berbulu jer tengok Melisa tadi. Abang bebaik balik dengan dia ke?"

"Hahaha... Rina jealous yer? Alhamdulillah.. Ada juga perasaan jealous Rina dekat abang yer. Kalau jealous.. itu tandanya sayang." Megat Emir tergelak kecil.

"Rina tak jealous tapi Rina cuma tak suka tengok je. Dia cari abang kenapa?" Soal Erina dengan muncung.

"Itu namanya jealous la sayang.. Hehe.. Dia cari abang ada sebab. Tak payah la risau.. Dia tu kan isteri orang." Megat Emir cuba memujuk. Dicapainya jemari Erina cuba dikucupnya tetapi laju jer Erina menepis.

"Abang.. Ni dekat rumah Rina la.. Tak elok buat camtu. Silap haribulan jangan-jangan ayah dok jadi spy disebalik pokok tu." Erina cuba menjarakkan dirinya dari Megat Emir.

"Alaa.. Kalau macam tu jom la pergi office.. Tak payah la merajuk-rajuk sangat. Banyak lagi kerja nak kena buat kat office tu tau!" Nada Megat Emir yang tadinya memujuk tiba-tiba bertukar menjadi tegas.

"Ermmm.. Taknak laa.. Mood nak pergi office dah hilang hari ni. Esok jerla yer bos." Erina segera bangun masuk ke dalam rumah. Megat Emir menurutinya pula ke dalam rumah.

"Rina...ajak abang Emir minum. Sebelum balik Emir minum dulunya. Auntie dah ready air dah untuk Emir." Tiba-tiba Hajah Saleha muncul di ruang tamu dengan beberapa cawan di atas talam.

"Ehh.. Buat susah-susah  je auntie. Emir nak jumpa Rina kejap jer.. Hal urusan kerja sikit." Megat Emir menggaru kepalanya.

"Takda susahnya Emir.. Uncle yang suruh auntie hidang." Tiba-tiba Haji Wan Zain bersuara yang muncul entah dari mana agaknya.

Alamak... Jangan-jangan tadi Haji Wan Zain intip Erina dan Megat Emir dikolam ikan agaknya .

Share this novel

Rose
2026-03-03 22:44:48 

Setia menunggu next…


NovelPlus Premium

The best ads free experience