EPISOD 33

Romance Series 14692

Petang itu Megat Emir mengamuk di pejabat apabila Dato' Farid membebel kepadanya berikutan draf pelan projek rumah kedai yang sepatutnya di terima semalam masih belum diterima oleh Dato' Farid lagi.

"Emir.. You ni tak alert ke arkitek you tu. Dah two weeks I tunggu draf pelan but until now I'm not get it yet! Macam mana you jaga staff you tu? " Bebelan Dato' Farid tadi betul-betul membuatnya tercabar.

Dia merasakan seolah-olah dia telah dihina oleh Dato' Farid. Dia merasakan seolah-olah dia tidak mengambil tahu urusan syarikat dan staffnya.

"Erina... Panggil Haziq masuk office saya sekarang juga. NOW!" Dengan tegas Megat Emir memberi arahan.

Erina segera menghubungi Haziq yang merupakan salah seorang arkitek syarikat yang di beri tanggungjawab untuk menghasilkan pelan projek rumah kedai di Puchong.

" Haziq... Cuba kau bagi sebab kenapa sampai hari ni draf pelan tu tak siap-siap?" Soal Megat Emir dengan muka yang penuh bengis.

"Maaf Tuan Emir.. Sebenarnya dah siap tapi Dato' Farid tu dah mintak saya buat ammendments 7 kali. Saya mintak maaf sebab kerana bengang dekat dia jadi  lepas buat ammend yang ke 7 tu saya senyap jer. Maaf sebab saya terlalu ikut perasaan." Terang Haziq dengan muka penuh kekesalan.

" 7 kali ammend? Apa yang dia tak puas hati sangat tu? Dah tak waras ke orang tua tu. " Bentak Megat Emir.

" Saya pun tak tahu. Sekejap nak macam tu sekejap nak macam ni last-last back to asal. Stress saya dibuatnya. Kalau dia nak sekarang actually ada jer.. Dah siap dah pun.. Tapi saya malas dah ngadap dia takut saya tak leh control perasaan saya kang tak pasal-pasal nanti dia makan kena pakai straw pulak! " Haziq antara arkitek yang hebat di Mahkota Development Sdn Bhd tetapi mempunyai sifat yang panas baran.

" Ok.. Ok.. Sekarang ni by hook or crook draf pelan tu kena sampai ke tangan dia hari ni juga. Mintak dia sign approval. Kalau dia buat ammend kali ke 8 suh dia cari company lain jerlah." Megat Emir melipat lengan kemejanya hingga ke paras siku. Badan dan hatinya panas.

Megat Emir sememangnya di kenali sebagai seorang majikan yang tegas dan menepati masa. Apabila kewibawaannya sebagai majikan dipersoalkan oleh Dato' Farid maka itulah punca yang membuatkannya angin satu badan hari ini.

"Erina.. Call Marry setiausaha Dato' Farid tu yang kita akan hantar draf tu hari ni juga."

"Baiklah." Angguk Erina lalu segera membuat panggilan kepada Setiausaha Dato Farid.

"Suruh despatch pergi hantar sekarang juga dan ambik sekali sign orang tua tu." Arah Megat Emir lagi.

"Benda penting macam ni takleh suruh despatch bos... Lagi pun tadi Kak Mai bagitau semua despatch keluar dan tak balik-balik lagi. Maybe derang balik karang pun untuk tumbprint out je." Terang Haziq.

"Kalau macam tu kau la pergi hantar sendiri!" Cadang Megat Emir kepada Haziq.

"Tak boleh bos.. Saya takut saya tak leh control baran saya ni nanti." Haziq kalau boleh sedaya upaya tidak mahu berjumpa dengan Dato' Farid.

Beberapa minit kemudian Erina memaklumkan bahawa Dato Farid akan menunggu sehingga jam 5.00 petang sahaja di pejabatnya.

" Sekarang dah pukul 4.20 petang macam tak sempat je bos." Ujar Erina.

"Kalau macam tu awak la pergi ke pejabat dia antar. Awak kan pandai celok sana sini. Mesti sempat punya. By hook or crook benda tu mesti sampai ke tangan dia hari ni juga! Esok pagi-pagi saya nak tengok dia sign kat sini dan kertas ni mesti ada kat atas meja saya." Lantang dan penuh tegas suara Megat Emir. Dia menghulurkan kepada Erina borang pengesahan yang perlu di tanda tangan oleh Dato' Farid.

Erina dengan segera meninggalkan meja kerjanya lalu menuju ke parkir motosikal. Sebelum ke parkir dia singgah ke pejabat Haziq untuk mengambil draf pelan yang diperkatakan tadi. 'Plan tube' di letakkan di dalam beg sandang yang selalu dibawanya ke pejabat.

Mood Megat Emir tengah tidak baik hari ini. Erina sememangnya sangat takut jika mood Megat Emir tidak baik kerana majikannya itu boleh bertukar menjadi orang yang paling digeruni tetapi sekiranya mood Megat Emir baik duduk semeja minum kat kedai mamak pun tak jadi masalah.

--------------------------

"Hai Cik Marry kan? Dato Farid ada tak? Saya nak hantar draf pelan yang diminta dan nak dapatkan sign dia." Erina tercungap-cungap dihadapan Marry kerana dia perlu kejar masa sebelum Dato Farid pulang.

"Cik ni dari Mahkota Development ye?" Soal Marry.

"Yer.. And saya la yang call you tadi. Secretary Tuan Emir." Jelas Erina.

"Owhh you secretary Tuan Emir ke?" Soal Marry sambil memandang Erina atas bawah. Selalu berurusan di dalam telefon sahaja tapi kali ini baru dapat bersua muka. Gadis dihadapannya ini berjaket kulit hitam, berkasut boot hitam dan masih bersarung tangan. Di tangan kirinya pula sedang mengepit topi keledar di celah ketiaknya.

"Dato Farid dah balik." Ringkas jawapan Marry.

"Haa.. Tadi cakap kena sampai sebelum pukul 5.00 petang ni baru 4.50...Adus..jenuh saya pecut tau nak sampai ke sini sebelum pukul 5.00 petang." Hampa sungguh Erina.

"Maaf Cik Erina. Actually pukul 4.30 tadi lagi Dato Farid dah balik."

"Boleh bagi alamat rumah dia tak.. Saya ke rumah dia terus. Kalau tak setel hari ni juga mau 7 hari 7 malam  bos saya mengamuk. Please!" Rayu Erina kepada Marry.

"Saya tanya permission bos saya dulu yer."

----------------------

Motorsikal Erina membelok ke D'Hills Residence. Sebuah kondominium mewah yang terletak di Damansara. Kelihatan baru dan masih belum ramai penghuninya. Motorsikal di letakkan sementara di aras lobi setelah dia berjaya meyakinkan sekuriti Nepal bahawa urusannya sementara sahaja.

Butang lif bernombor 25 ditekan berdasarkan alamat yang diberikan oleh Marry tadi. Akhirnya pintu lif terbuka di aras 25. Erina segera keluar dan terus mencari rumah bernombor 5.

Ding dong....

Bunyi loceng berbunyi dan melalui peephole Dato Farid cuba melihat siapakah tetamu yang hadir?

Erina... Gadis comel yang selalu memukau mata Dato' Farid telah hadir. Sebaik diberitahu oleh Marry yang Erina mencarinya, lalu Dato Farid segera meminta pemandu peribadi menghantarnya ke kondominium mewah yang baru sebulan didiaminya. Rumah ini merupakan rumah persinggahan Dato  Farid yang sudah lengkap dengan pelbagai keperluan.

Klakk... Pintu dibuka.

"Hai Erina. Silakan masuk." Pelawa Dato Farid.

"Datin ada ke?" Tanya Erina untuk kepastian.

"Ada.." Bohong Dato Farid.

Erina sudah melangkah masuk ke dalam rumah itu. Tetapi kenapa dia rasakan rumah itu sunyi dan tiada sesiapa pun.

"Mana Datin, Dato?" Soal Erina lagi dalam keadaan curiga.

"Datin on the way balik dari shopping groceries dengan maid I." Terang Dato  Farid.

"Dato... Tuan Emir mohon sampaikan ucapan  maaf bagi pihak arkitek syarikat yang hantar lambat draf yang di minta itu." Ucap Erina lalu membuka plan tube dan mengeluarkan draf pelan yang dihasilkan oleh Haziq itu.

"Ehh Erina silakan duduk. Kenapa berdiri jer?" Sofa berwarna merah  itu betul-betul menaikkan seri ruang tamu itu. Erina melabuhkan punggungnya di sofa itu.

"Dato tengok-tengok la dulu."

"Baik..sekejap saya ambik air. Saya dahaga ni."

Dato' Farid ke dapur dan kemudian muncul bersama dua gelas air oren. Segelas air oren dihulurkan kepada Erina dan Erina menyambutnya. Memandangkan dari tadi dia ke hulu ke hilir mencari Dato Farid sudah pastinya dia dahaga. Warna kuning dari gelas kaca lutsinar dan peluh-peluh sejuk yang menitik itu sahaja sudah membuatkan Erina telan liurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience