Series
14692
Malam itu Melisa mengamuk apabila Syed Rizal tidak jadi pulang ke rumahnya.  Sejak kebelakangan ini Syed Rizal sering kali mengubah jadual giliran bermalam.
Sebenarnya malam ini Melisa sudah merencanakan sesuatu yang istimewa untuk Syed Rizal. Beberapa kali dia cuba hubungi suaminya itu tetapi panggilan telefonnya tidak berjawab.
Melisa mengambil keputusan untuk keluar menghiburkan hatinya seketika. Dia memandu keretanya sendiri dan terus menuju ke sebuah kelab malam di Jalan P.Ramlee.
Melisa menikmati tarian dan suasana yang begitu bingit di dalam kelab itu. Baginya bunyi-bunyi itu memberi kepuasan kepadanya. Semenjak berkahwin dengan Syed Rizal sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke kelab itu.
Malam ini dia mengambil keputusan untuk membuat apa sahaja yang dia suka tanpa sesiapa pun boleh menghalang dan melarangnya.
Di hujung meja itu Melisa melabuhkan punggungnya di atas kerusi setelah dia penat menari melepaskan apa yang terbuku.
"Sampai hati you Rizal buat I macam ni. Sejak menjak ni you memang tak adil. Layan I sesuka hati itu pun bila rasa perlu. Kenapa la you tak macam Emir?" Melisa menangis apabila terkenangkan Megat Emir. Rasa menyesal turut terbit dihatinya. Hanya kerana kemewahan dia sanggup tinggalkan Megat Emir.
Tanpa berfikir panjang dia segera menelefon Megat Emir.
" Hello... Emir... "
" Hello... Siapa ni?Sorry.. Bising sangat la" Jawab Megat Emir. Melisa segera keluar dari kelab itu sebaik sahaja Megat Emir menjawab panggilannya.
" You tak save nombor I ke? Sampai hatinya you..." Melisa menangis ditalian.
"Sorry la..Melisa ke tu?" Soal Megat Emir.
"Yes... I la... Melisa. Sampai hati you tak save nombor I dah. Uwaaa...." Semakin kuat pula tangisan Melisa itu.
"Mel.. Are you ok? Kenapa bunyi sedih sangat ni?"
"Emir...I nak jumpa you sekejap boleh tak?"
"At this time? Mana husband you?" Megat Emir memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 12.30 malam.
"Husband I takde... Uwaa...boleh ke kita jumpa sekejap Emir?Please.. " Pinta Melisa dengan suara yang penuh syahdu.
Megat Emir mulai rasa serba salah. Takan dia hendak jumpa isteri orang pada waktu sebegini. Memang tak manis dipandang. Tetapi apakan daya... Tangisan Melisa makin kuat ditalian.
" Ermn... Oklah.. I jumu. Nak jumpa dimana?"
"I dekat kelab di Jalan P. Ramlee. I tunggu you dekat luar tau Emir.. You jangan tak datang tau.. I tunggu you!" Panggilan telefon ditamatkan.
Megat Emir mundar mandir dibiliknya. Dia berfikir-fikir betulkah keputusannya untuk bertemu Melisa ini?
Akhirnya Megat Emir memandu keretanya menuju ke destinasi keberadaan Melisa. Sebaik sahaja dia ternampak sosok tubuh Melisa, hon segera dibunyikan. Melisa segera mendekati Range Rover yang dipandu oleh Megat Emir itu lalu masuk ke dalamnya tanpa dipelawa.
"You ni buat apa kat sini malam-malam. Husband you tahu tak ni you datang sini?" Bebel Megat Emir.
"Biarlah.. Dia tak tahu pun I dekat sini and rasanya dia pun tak nak ambik tahu I dekat mana." Jelas Melisa dengan sedikit kekecewaan.
"You gaduh dengan dia ke Mel?"
"I tak gaduh pun tapi dah 3 hari dia tak balik rumah. I call tak berangkat pun.. I tak tahu apa salah I." Teresak-esak Melisa menerangkan.
"Nah.. Ambik jaket I ni cover your body. Mesti you sejukkan? " Melihat gaya Melisa yang terlalu seksi dengan terdedah sana sini, Megat Emir menghulurkan jaket yang ada di dalam keretanya kepada Melisa.
"Thanks Emir.. You caring sangat. Tak pernah berubah macam dulu."
"So kita nak pergi mana ni?" Megat Emir memandu laju keretanya tanpa tahu tujuan arah.
"I tak tahu.. I ikut je mana you nak bawak." Melisa membetulkan skirtnya yang pendek paras peha itu.
"Kalau macam tu I hantar you balik rumah you jerla." Cadang Megat Emir.
"No.. I taknak balik rumah lagi. I need someone yang boleh borak dan sembang dengan I.. And that person is you Emir." Bersungguh-sungguh Melisa menolak cadangan Megat Emir untuk menghantarnya pulang
"Kalau macam tu kita pergi la minum-minum dekat mamak la. Restoran mamak jer yang buka at this time." Melisa mencebik bibirnya tetapi terpaksa akur dengan cadangan Megat Emir itu.
Sebaik sahaja minuman dipesan, Megat Emir mula bersuara.
"Sebenarnya apa problem you dengan Rizal tuh..If you dont mind to tell me la.." Berkerut wajah Megat Emir memandang Melisa yang masih dalam kesedihan.
"I tak tahu apa masalah dia marah dekat I"
"It must be something ...Cuba you ingat balik. I ni belum kahwin lagi so I tak berani and tak reti nak bagi advice bab rumah tangga ni. Lagi pun...kita jumpa berdua ni pun actually tak elok."
"Emir...for your information...Lepas I kahwin jer.. Rizal dah control and kongkong I. Dia dah tak bagi I keluar dengan semua kawan-kawan I..Rita, Mimi and ramai lagi kawan-kawan I dia tak bagi I jumpa diorang. You pun tahu kan how close I dengan Rita dan Mimi tu. Last-last diorang dah putuskan our friendship sebab bengang kononnya I sombong tak sedar diri."
"Erm..owhh Rita and Mimi tu..yerlaa...u all memang close." Megat Emir mengecilkan matanya cuba ingat kembali wajah Rita dan Mimi itu.
"Actually Rizal ada kahwin lagi satu Emir!" Melisa terus mengalirkan airmatanya apabila terkenangkan dia telah dimadukan secara diam oleh Rizal dan akhirnya dia mengetahuinya sendiri.
"Haa...bukan ke dia sayang sangat dekat you tuh sampai sanggup curi tunang orang." Keras nada suara Megat Emir dan penuh sindiran.
"Yer..dia memang sayang dekat I tapi kalau dia betul dia sayang dia sepatutnya setia dan tidak kahwin lain kan? . " Melisa mengelap air matanya dengan tisu yang dihulurkan oleh Megat Emir.
"Itu sebenarnya kifarah yang Allah dah bagi dekat kau Melisa." Bicara Megat Emir di dalam hati.
Tangisan Melisa yang sedikit kuat itu telah membuatkan beberapa mata memandang mereka seolah-olah seperti ada drama menangis seorang kekasih atau pun perbalahan pasangan suami isteri.
"Bila I kahwin dengan Rizal tu I baru sedar...he is totally different than you Emir. Sometime I rasa macam I dah buat satu kesilapan yang besar dengan memilih dia jadi suami I."
"Melisa..that is your choice. You dah pilih dia then kenapa dah 5 tahun ni baru tiba-tiba you nak menyesal."
"Memamg I akui I menyesal Emir." Melisa memandang Megat Emir dengan penuh syahdu. Memang dimata itu ada tergambar satu penyesalan.
"You tak boleh cakap macam tu..Semua tu ketentuan tuah. You cakap seolah-olah you menyesal dengan takdir. Apa yang terjadi between us before this pun I dah boleh terima." Nasihat Megat Emir pada malam itu seolah-olah seperti seorang ustaz.
"Uhh...sekarang ni Megat Emir dah macam ustaz ya..hahaha." Terkejut Megat Emir apabila Melisa daripada sedih tiba-tiba gelak besar pula.
"Mel..I rasa you better balik sekarang la. Nanti husband you cari you tak pasal pulak dia mengamuk. Jom.. I hantar you balik!"
"Emir..kalau I nak jumpa you lagi nanti boleh tak?" Pinta Melisa. Berkerut-kerut dahi Megat Emir mendengarnya.
"You dah kahwin Melisa. I ni pulak bekas tunang you. Nanti apa kata husband you dan orang nanti."
"Rizal dah tak kisah dekat I dah pun Emir. Dah 3 hari missing in action. I call tak angkat..Dia pun langsung tak tanya khabar I. Kalau dulu I selalu ikut je cakap dia dan permintaan tapi kali ni why not sekali sekala tak ikut langsung kan. I nak buat apa yang I suka je sekarang ni."
"You kena sedar you tu masih isteri dia. "
"Arhh ..lantak dia la...kali ni I nak buat apa yang boleh bahagiakan I dan buat apa yang I suka jer...hehehe.." Tutur Melisa dengan penuh tekad.
Megat Emir menggelengkan sahaja kepalanya kerana pelik dengan sikap Melisa pada malam itu. Dia tahu Melisa betul-betul sedih tetapi dia tidak boleh terlalu simpati kepada wanita yang berstatus isteri orang itu.
"You hantar I balik yer Emir. Tangan I menggigil tak boleh nak drive sebab tengah sakit hati sangat ni."
"Ok..ok..I hantar you balik." Mereka segera berjalan keluar dari restoran itu lalu Megat Emir memecut laju keretanya ke rumah Melisa.
Share this novel
Dh xde update ke?