Series
14692
"Erkkk ..nak picit jerawat! Kadang-kadang saya suka picit jerawat!" Jawapan Erina yang membuatkan Megat Emir tersenyum sumbing.
Megat Emir jalan mendekati Erina. Sangat-sangat dekat sehingga wajah Erina merona merah. Farida bekerut dahi melihat kelakuan bosnya itu. Dah kenapa bosnya itu...nak tolong picitkan jerawat juga ke?
"Saya tengok muka awak takde jerawat pun." Spontan jawapan Megat Emir yang membuatkan Farida gelak besar.
"Bos...you jangan nak buli bakal secretary baru you yer! Dah...Erina..meh sini..." Farida segera menarik tangan Erina meninggalkan Megat Emir yang sedang tersenyum-senyum.
"Uhhh...lega...saya ingatkan Tuan Emir nak marah saya tadi...kot-kot la dia terdengar kita sembang tadi." Erina menarik nafas lega.
"Tuan Emir tu kadang-kadang suka menyakat tau..so Erina you kena kental tau..sebab kadang-kadang sakat dia tu leh buat you stress..." Terang Farida akan perangai Megat Emir yang kadang-kadang boleh bertukar-tukar.
"Ooo..macam tu ek..jangan nanti dia yang tak tahan dengan perangai saya udah lah...hehe..so tadi kita cerita pasal makananan bos...boleh akak sambung balik tak?" Pinta Erina.
"Yerlaa tadi terbantut sebab bos tiba-tiba muncul kan...errmm...pasal makan ni dia memang cerewet..yang ni Erina kena banyak bersabar."
"Haa...uhh..." Erina mendengus kecil.
"Tuan Emir kalau time lunch dia akan makan makanan berasaskan ayam atau ikan sahaja...tapi no rice..you boleh sediakan dia ayam bakar, ikan bakar, ayam kfc, ayam kenny rogers, ayam nandos, fillet or fish, chicken sandiwch or apa-apa la tapi tanpa nasi.." Jelas Farida yang membuatkan Erina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Dah kenapa tak makan nasi pulak? Dia bukan orang Malaysia ke? Kalau dia makan nasi nanti dia jadi Hulk ke?" Pertanyaan Erina membuatkan Farida tergelak.
"Boleh jer makan nasi..tapi biasa la dia ngada-ngada...katanya nak built muscle and taknak bagi perut buncit. Dia akan lebihkan kepada makanan berasaskan protien."
"Owhh macam tuh pulak...kira makan nasi takde la masalah kan...kot-kot emergecy saya leh jela order nasi ayam bagi dia kan..."Â
"Boleh...tapi nanti ayam je dia makan..lepas tu nasi tu dia suruh you yang makan nanti." Sengih Farida.
"Adoii...cerewet betul...bertabah lah wahai Erina..."Â Farida tergelak-gelak melihat kelakuan setiausaha baru Megat Emir itu.
Setelah beberapa perkara sudah dijelaskan oleh Farida kepada Erina, Megat Emir tiba-tiba melaung-laung nama Farida. Apabila Farida mendengar namanya dipanggil dia terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Megat Emir.
"Saya punya kopi pagi ni mana?" Soal Megat Emir kepada Farida.
"Owhh...jap..jap...saya mintak Erina buatkan..tadi saya dah ajar dia dah.." Farida segera mendapatkan Erina yang sedang meneliti beberapa fail yang diberikan oleh Farida sebentar tadi.
"Rina...so hari ni ada first task untuk you..You kena buat kopi untuk bos. Akak dah ajarkan tadi...so buat macam akak ajar tadi jer..tak susah... senang jer." Pinta Farida.
"Ooo..my first task for today is make a coffee to mister boss...ermm kacang aje!" Lagak Erina lalu segera ke pantri.
Selang beberapa minit kemudian Erina muncul di bilik Megat Emir dengan mug di tangannya. Megat Emir yang sedang kusyuk mengadap komputer menjenguk seketika mug tersebut.Â
"Tuan Emir...ni kopi yang diminta...enjoy your coffee ya!" Senyum Erina.
"Ermmm...sedap ke nih? You wait here..saya nak rasa kopi awak buat ni..tengok lain macam jer..." Balas Megat Emir sambil tersenyum sinis kepada Erina.
Baru je seteguk Megat Emir minum tiba-tiba dia terus tersedak. Habis mejanya tersembur dengan kopi yang diminumnya tadi. Mejanya habis bersepah dengan serbuk kopi. Janggut di dagunya turut terlekat biji-biji hitam itu.
"Erinaa....awak nak bagi saya mati tersedak ke?" Berkerut-kerut dahi Erina mendengar kata-kata itu.
"Haaa...apa salah saya? Tak sedap ke?" Monyok Erina.
"Kopi ni...kenapa tak tapis dulu serbuknya?" Megat Emir mencekak pinggangnya.
"Haa...saya ikut seperti yang diajar..Kak Farida tak maklum la pula dekat saya kena tapis dulu." Jawab Erina.
"Meh sini meh...cuba minum kopi ni...sedap ke minum macam ni?" Soal Megat Emir dengan muka yang agak tegang. Disuanya mug kopi kepada Erina.
"Sorry bos...baru jer first day... saya dah fail. Ni yang saya malas nak jadi secretary ni." Bentak Erina lalu melangkah keluar.
Erina melangkah keluar dan menonong menuju ke tangga yang tersorok disebalik pintu kecemasan. Farida yang memerhati riak wajah Erina yang monyok dan melulu keluar itu mula serba salah jadinya. Getus hatinya memikirkan mesti Erina kena buli dengan Tuan Emir ni. Tiba-tiba Tuan Emir keluar dari biliknya dan berdiri di hadapan Farida.
"Farida...awak tak ajar dia tapis serbuk kopi tu dulu ke sebelum bagi dekat saya?" Soal Megat Emir kepada Farida. Farida hampir nak tergelak apabila melihat janggut Tuan Emir bersepah dengan serbuk kopi.
"Ermm...sorry boss...haha...bos sorry..saya lupa...sorry bos sebab saya tak leh nak control gelak saya ni...Hahaha..." Akhirnya berdekah-dekah Farida melepaskan gelak. Dia sudah tidak dapat kawal lagi gelaknya.
"Gelak pulak dia...dah tuh mana budak tuh..belom saya abis cakap lagi dah lari." Megat Emir menunjal-nunjal lengan Farida yang masih gelakkannya.
Megat Emir segera berlari keluar mencari Erina. Dia pasti..tak lain tak bukan mesti minah tuh lepak dekat tangga pintu kecemasan. Apabila dijenguk ternyata Erina ada disitu. Erina mengelap air matanya sebaik sahaja dia menyedari Megat Emir duduk di sebelahnya.
"Marah sikit menangis...pastu lari..ni lah dia budak zaman sekarang ni...fragile!" Ngomel Megat Emir di sebelah Erina.
"Mana saya pernah bancuh kopi serbuk..mana lah saya tau..selalu kerja saya mengadap komputer pegang mouse dan keyboard yer..ni tak pasal kena jadi tukang buat air plak..lenkali beli la coffee maker..kedekut punya bos." Bebel Erina. Terang-terang dia sound Megat Emir.
"Ehh...ehh..kita pulak kena marah...sapa pulak bos skang ni!" Megat Emir menyigung Erina di sebelahnya.
"Tuan Megat Emir la bos saya..saya ni kuli jer.." Jeling Erina.
"Ok Erina...Abang Emir mintak maaf ok..Rina kena slow-slow belajar daripada Farida sebelum dia berhenti. If not...Rina sendiri yang kena tahan dengan perangai cerewet abang..hehe.." Gelak Emir. Dia akui dia seorang cerewet.
"Eww...'abang'? Geli la berabang-abang ni..kang orang ingat kita adik beradik pulak. Kita di pejabat ni Tuan Emir..boleh tak formal sikit?" Erina memandang Megat Emir atas bawah. Dia pelik tetiba Megat Emir bahasakan dirinya 'abang' pula. Jadi inilah yang dikatakan Farida tadi... Tuan Emir ni kadang-kadang tetiba boleh bertukar menjadi 'caring and loving.'
"Dah tuh...takan nak duduk sini lama-lama..pergi kerja cepat!" Tiba-tiba Megat Emir bertukar menjadi tegas. Erina segera bangun dan menggeleng kepala. Tak sampai sejam tetiba Megat Emir dah bertukar karektor lain pula.
Share this novel