Series
14692
Puan Marina, seorang wanita elit yang sangat menjaga nama baik keturunan Megat, mengalami kejutan besar, kemarahan yang meluap-luap, dan dilema yang sangat berat apabila mengetahui tentang penyebaran gambar dan video Erina itu.
Walaupun selama ini dia sangat menyayangi Erina kerana keperibadiannya yang baik dan kecekapannya bekerja, berita ini benar-benar menguji prinsipnya sebagai seorang ibu dan bakal ibu mertua kepada Erina. Sebagai ibu kepada keluarga korporat yang ternama, Puan Marina sangat bimbang tentang pandangan rakan-rakan sekelilingnya. Dia tahu masyarakat elit sangat cepat menghukum dan sukar untuk melupakan skandal sebesar ini.
Puan Marina begitu marah kerana ada pihak yang tergamak melakukan perbuatan sehina itu kepada bakal menantunya. Dia mengesyaki ini adalah kerja kotor seseorang yang samada memusuhi Erina atau mungkin musuh perniagaan anaknya demi menjatuhkan nama baik Mahkota Development.
Malam itu Puan Marina duduk bersandar di sofa sambil menonton televisyen. Di hadapannya pula kelihatan Megat Emir berdiri tenang, namun riak wajahnya menunjukkan dia tidak akan berganjak dengan keputusannya.
"Emir, mama faham kita perlu bersihkan nama Erina. Tapi, hujung minggu ini? Itu terlalu singkat, Emir. Apa kata saudara-mara kita nanti? Kita keluarga Megat, urusan nikah kahwin bukan macam beli barang di pasar." Puan Marina bersuara dengan penuh kerisauan.
Megat Emir melangkah setapak ke depan kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Marina. Dia cuba memujuk mamanya itu.
"Sebab kita keluarga Megatlah Emir kena buat sekarang, mama. Kalau kita tangguh, fitnah ni akan terus membiak. Emir nak ada hak mutlak untuk melindungi Erina. Emir tak sanggup biarkan Erina menderita keseorangan sedangkan dia ada tunang. Kita buat yang penting dulu yer mama?" Megat Emir cuba meyakinkan mamanya.
"Ermm...mama dah jadi pening nak fikir. Apa yang Emir dah buat untuk pernikahan dalam masa terdekat ni? Mama belum berfikir apa-apa pun lagi. Anak mama ni gelojoh betul nak kahwin. Buat mama pening jer." Senyum sinis Puan Marina lalu menampar lembut lengan anaknya itu.
"Bukan gelojoh la mama..benda yang baik jangan dilambatkan...Emir taknak benda yang sama berlaku macam sebelum ni terjadi lagi. Kita merancang mama...tapi Allah yang tentukan. Emir rasa jodoh Emir dah dekat sangat ni. Hahaha.." Gelak Megat Emir disamping cuba membetulkan tanggapan Puan Marina terhadapnya.
"Cuba cerita dekat mama...persiapan apa yang Emir dah buat? Senang mama nak selit mana yang tak settle lagi."
"Sekarang ni untuk akad nikah nanti kita buat di masjid kawasan perumahan kita saja. Hanya keluarga terdekat dan saksi. Emir tak nak media atau orang luar tahu buat masa ni. Kita perlukan privasi untuk pulihkan semangat Erina."
"Untuk kenduri makan pulak, Emir dah minta bantuan Kak Tini untuk memasak sedikit jamuan kepada tetamu nanti . Cukup sekadar makan kenduri kesyukuran selepas akad nikah. Tak perlu pelamin gah, tak perlu baju pengantin beribu ringgit." Terang Megat Emir kepada mamanya itu. Dia mencadangkan Kak Tini yang merupakan tukang masak di rumah agam itu untuk memasak beberapa jenis masakan memandangkan majlis perkahwinannya itu hanya menjemput ahli kelaurga yang terdekat sahaja.
"Kak Tini setuju ke?" Soal Puan Marina.
"Dia setuju..dia cakap dia akan masak sedap-sedap janji Emir happy di hari bahagia Emir. Mama jangan risau...Emir dan kow team dah dengan Kak Tini tu." Senyum Megat Emir. Dia tahu Kak Tini punya masakan memang tiada siapa boleh nafikan kesedapannya.
"Urusan dokumen-dokumen nikah dan pejabat agama macam mana pulak? Kursus kahwin dan settle ke?" Soal Puan Marina untuk kepastian.
"Emir dah ambik lama dah. Kan dulu pernah ambik masa nak kahwin dengan Melisa. Erina pulak dah pernah ambik kursus tu masa dia kat universiti dulu. So lagi mudah la kerja Emir kan!" Senyum Megat Emir dengan penuh bangga.
"Urusan dokumen lain pulak macam mana? Dokumen nikah kahwin tu yang penting." Puan Marina memandang Megat Emir sambil menjungkitkan keningnya.
"Amar dah bantu Emir hubungi pihak pejabat agama untuk urusan permohonan segera atas sebab kecemasan. Niza, sepupu Erina pun dah maklumkan yang ayahnya Pak Su Erina akan jadi wali Erina nanti. Mama nampak tak..kalau dah jodoh pasti semuanya dipermudahkan kan...Insyallah Erina lah jodoh Emir." Melebar senyum Megat Emir. Puan Marina turut tersenyum.
"Lagi satu...Emir dah upah pasukan keselamatan tambahan dari RELA untuk kawal kawasan masjid dan rumah kita ni di sepanjang urusan pernikahan Emir nanti. Emir tak nak nanti ada sebarang gangguan dari pihak yang iri hati atau mana-mana penyibuk yang cuba nak buat kacau dengan perkahwinan kami nanti." Terang Megat Emir dengan lebih serius.
Puan Marina terdiam mendengar ketelitian anak sulungnya itu. Dia nampak Megat Emir benar-benar sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga pelindung kepada Erina.
"Erina macam mana? Dia setuju?" Tanya Puan Marina lembut.
"Sebenarnya dia masih terkejut dengan perancangan singkat Emir ni, mama. Dia rasa dia tak layak dan tak bersedia dari pelbagai perkara. Tapi Emir dah pujuk dan menyakinkan dia yang Emir betul-betul nak menghalalkan perlindungan Emir ke atas dia. Alhamdullilah dia setuju dan sekarang ni Emir cuma perlukan restu mama dan papa." Ujar Megat Emir sambil memegang tangan ibunya.
Tiba-tiba Tuan Megat Emir menyampuk perbualan antara Megat Emir dan Puan Marina. "Papa setuju semuanya Emir andai Emir betul-betul yakin dan bersedia. Tapi papa tahu...anak papa memang dah bersedia pun. Dah lama hati tu menahan kan."
Megat Emir mengangguk kepalanya sambil tersenyum nipis. Kali ini dia bertekad agar perkahwinannya ini berjalan dengan lancar.
"Pergilah, Emir. Buat apa yang patut. Mama restu. Beritahu Erina, jangan risau pasal persiapan. Pasal baju nikah dia, biar mama yang uruskan. Walaupun ringkas, menantu mama mesti nampak cantik di hari bahagianya nanti." Puan Marina mengeluh kecil, namun bibirnya mengukir senyuman nipis. Dia menarik Megat Emir ke dalam pelukannya.
Megat Emir tersenyum lega. Satu beban besar terangkat dari bahunya. "Terima kasih, mama..papa..."
--------------------------------------------l
Petang itu Megat Emir membawa Erina berjumpa mamanya di rumah setelah Puan Marina mengatakan betapa rindunya dia kepada Erina. Disamping itu tujuannya juga adalah bagi membincangkan mengenai perkahwinan anaknya dengan Erina pada hujung minggu ini.
Walaupun hatinya risau dengan maruah keluarga, Puan Marina tidak terus melatah atau memaki Erina. Dia segera memeluk Erina sebaik sahaja Erina melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.
"Mama tahu Rina dianiaya, sayang. Jangan risau, selagi mama dan Emir ada, kami akan pertahankan Rina." Bisik Puan Marina kepada Erina ketika mereka berpelukan.
"Thank you auntie." Jawab Erina dengan tenang walaupun disebalik itu jiwanya masih belum pulih sepenuhnya.
"Mama la...panggil mama...tak lama lagi kan Rina dah nak kahwin dengan Emir." Senyum Puan Marina selebarnya.
"Ermm..baik mama!" Erina menggenggam erat tangan Puan Marina.
Puan Marina mencapai tangan Erina, menggenggam jemari gadis itu yang terasa sejuk dan menggigil. Dia faham, semangat Erina masih lemah kerana dia baru saja melalui trauma yang dahsyat.
"Erina, pandang mama sayang." Suara Puan Marina begitu lembut. Tangannya mengusap-usap jemari Erina.
Erina mengangkat wajahnya yang basah dengan air mata. "Mama... Rina takut. Semuanya berlaku terlalu pantas. Erina takut perkahwinan ni akan membuatkan Abang Emir rasa terbeban sebab kena jaga maruah Rina sepanjang hayat dia. Rina rasa... Rina tak layak jadi menantu mama dengan keadaan Rina yang macam ni."
Puan Marina tersenyum nipis, mengusap lembut pipi Erina. "Dengar sini, Erina. Kalau Emir pilih Rina hanya sebab kesian, mama orang pertama yang akan halang dia. Mama kenal anak mama. Emir takkan buat keputusan sebesar ini kalau hatinya tidak berkata ya. Dia sebenarnya buat satu keputusan yang betul."
"Tapi mama, orang akan tetap bercakap..."
"Biarlah mereka bercakap, Rina. Anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh. Perkahwinan ni bukan untuk tutup mulut orang, tapi untuk buka jalan untuk Rina mulakan hidup baru dengan lelaki yang paling mampu lindungi Rina. Rina cuma perlu sedia untuk jadi isteri yang sentiasa ada di sisi Emir bila dia perlukan Rina." Puan Marina menarik Erina ke dalam pelukannya, memberikan kehangatan seorang ibu yang selama ini Erina dambakan.
"Jangan rasa kotor, Erina. Rina adalah mangsa disebabkan oleh manusia busuk hati. Maruah Rina bukan pada video sampah tu, tapi pada hati yang masih bertahan sampai sekarang. Emir akan sentiasa ada untuk Rina. Mama, Papa dan Amar juga ada. Percayalah, bila Emir sarungkan cincin ke jari Rina tu nanti, Rina bukan lagi Erina yang keseorangan sebab Rina adalah sebahagian daripada kami. Kita dah jadi keluarga ketika itu."
Erina menyembunyikan wajahnya di bahu Puan Marina. Buat pertama kalinya, rasa takut yang menghimpit dada itu mula menipis, digantikan dengan rasa selamat yang luar biasa.
Erina rasa begitu bertuah kerana dia bakal menjadi sebahagian ahli keluarga Tuan Megat Emran yang sangat baik hati dan penyayang.
"Ayah..Umi...doakan Rina bahagia yer." Erina berkata di dalam hati.
Share this novel
Salam..Hi sis,next chapter?
Tq Eira… Tak sabar menunggu next plok…