Series
14692
"Rina..Rina...awak ada panadol tak?" Laung Megat Emir dari dalam biliknya.
Mendengar namanya dipanggil Megat Emir, Erina segera berlari masuk ke bilik Megat Emir. Kelihatan Megat Emir terbaring di sofa sambil memicit kepalanya.
"Bos...kenapa...tak sihat ke?"Â
"Awak ada panadol tak? Kepala saya ni berdenyut-denyut la." Tanya Megat Emir tapi matanya terpejam.
"Panadol tak ada...ke bos nak saya call Doktor Farhan?" Cadang Erina.
"Ala...saya ni pening kepala jer..telan panadol nanti oklah kot. Boleh tak tolong dapatkan panadol untuk saya?" Pinta Megat Emir. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.
"Sekejap saya tanyakan Aida dekat depan tuh." Erina segera berlari mendapatkan Aida dan ternyata Aida juga tiada.Â
Kenapalah di saat bos nak panadol ni lah tak ada pulak! Erina berlari semula ke bilik Megat Emir untuk melihat keadaan majikannya itu. Megat Emir masih memicit-micit kepalanya.
"Bos...saya hantar bos ke klinik Doktor Farhan la yer...or else saya hantar bos balik rumah jer. Ok tak?"Â
"Ermmm...hantar saya balik rumah jerla. Pening je pun..buat apa sampai nak ke klinik Farhan..kang dia gelak dekat saya lagi ada lah!" Megat Emir menyeluk koceknya lalu dihulurkan Erina kunci keretanya.
Erina memapah Megat Emir ke parkir kereta. Sepanjang ke parkir kereta itu banyak mata memandang mereka. Sememangnya dia tahu ramai staff tengah duk bergosip dirinya dengan Megat Emir. Tapi...macam Megat Emir katakan..lama ke lamaan hilang la gosip tu. Pengawal keselamatan bernama Salim turut membantu Erina apabila dia melihat Erina memapah Megat Emir sampai tersenget-senget bahunya.
"Terima kasih abang Salim." Ucap Erina kepada Abang Salim.
"Sama-sama Cik Rina.. Tuan Emir tak sihat yer.. Hati-hati memandu yer!" Pesan Abang Salim.
"Ye Abang Salim.. Terima kasih.. Doakan kami selamat sampai yer." Mengekek Erina apabila teringat kata-katanya itu. Manakala Megat Emir pula terbuntang biji matanya. Aduss.. Seram betul dia mendengar ayat Erina itu!
Sebaik sahaja mereka sudah berada di dalam Ford Ranger, Erina menggaru-garu kepalanya apabila melihat stereng kenderaan pacuan empat roda itu.Â
"Haa...kenapa? Reti bawak ke tak?" Soal Megat Emir di sebelah Erina.
"Erkk...reti..reti..." Enjin kenderaan pacuan empat roda itu segera dihidupkan.
Perlahan-lahan Erina menekan pedal minyak untuk membiasakan diri dengan kereta Ford Ranger itu.
"Aduss... Makin pening la kepala saya ni Rina.. Boleh tak tekan minyak bagi laju sikit? Aduh.. Aduh..." Megat Emir memicit-micit kepalanya sambil tersenyum sumbing. Dia saja je buat-buat semakin pening.
"Oh... Ok bos...!" Pedal minyak ditekan laju.
Brooommm....
"Aduss... Kenapa laju sangat ni?Semakin pening la saya gini... Aduh... Aduh..." Megat Emir mengurut-urut dadanya pula. Ape hal laju semacam pulak!
"Eiii.. Banyak cerita pulak bos aku ni.. Bawak slow pun sakit.. Bawak laju plak sakit dada.. Baik aku bawak jumpa Doktor Farhan terus suh check bos aku ni sakit betul-betul ke ngada-ngada jer lebih?" Ngomel Erina di dalam hati lalu membelok Ford Ranger tersebut ke klinik Doktor Farhan.
Dahi Megat Emir berkerut-kerut sebaik sahaja menyedari Ford Ranger nya itu dibelok ke laluan klinik Doktor Farhan.
"Rina... Kenapa ke klinik Farhan? Kan saya suruh hantar balik rumah?" Soal Megat Emir dengan nada yang keras.
"Saya rasa bos kena check dengan Doktor Farhan. Tadi saya tengok kejap-kejap sakit kepala.. Kejap-kejap sakit dada... Kalau sakit dada ni takleh main-main.. Takut terkena serangan jantung plak nanti!"
"Aduss... Terus sakit jantung plak dia bagi dekat aku. Aku pening kepala jerla..." Hati Megat Emir menjerit tetapi dalam masa yang sama dia menurut sahaja kata Erina itu.
Ketika mereka masuk ke dalam klinik, Doktor Farhan tiba-tiba muncul di hadapan pintu.
" Eh.. Hai... Cik Erina sakit apa pulak kali ni?" Tegur Doktor Farhan.
" Hari ni saya tak sakit.. Tapi bos saya yang sakit. Boleh tak Doktor Farhan check bos saya ni?"
Doktor Farhan memandang Megat Emir atas bawah sebaik sahaja mendengar kata-kata Erina itu. Sememangnya kelihatan muka Megat Emir berkerut menahan sakit.
"Meh Emir.. Jom masuk bilik aku sekarang. Lagi pun patient tengah tak ada ni. Erina.. Awak pergi daftarkan bos awak tu dekat staff saya sekejap." Erina mengangguk kepalanya sebaik sahaja mendengar arahan Doktor Farhan itu.
"Kau sakit apa Emir.. Cuba bagi tau aku?" Tanya Doktor Farhan.
"Aku sebenarnya pening kepala je. Minah tu jer yang lebih-lebih. Aku minta dia tolong aku hantar balik rumah tapi dia hantar ke klinik kau pulak." Jelas Megat Emir. Doktor Farhan hanya tersenyum sinis.
"Tapi apa-apa pun aku kena check kau dulu. Kang bising secretary kau tu. Concern sungguh dia kat kau yer. Walaupun belum kahwin tapi untung la.. Sebab ada orang jaga kau. Jaga makan dan sakit pening kau. Kau kahwin dengan dia jerlah... Hahaha..." Berdekah-dekah Doktor Farhan gelak.
" Kau tak payah nak gelak sangat yer Doktor Farhan. Haa... Cepat check aku ni. " Megat Emir menyerah diri kepada sahabatnya itu.
" Sah.. Memang kau takda apa-apa pun.. Maybe pening sebab tak cukup rehat je. Aku ingatkan darah tinggi tapi so far bacaan tekanan darah kau normal jer. Aku rasa kau kena rehat banyak sikit.. Tambah lagi umur pun dah nak masuk 40 kan.. So pepaham jerla kan. " Terang Doktor Farhan kepada Megat Emir.
" Alhamdulilah.. Aku pun ingatkan ada darah tinggi ke apa ker... Ada ke patut minah tu ingat aku sakit jantung. Aku muda lagi tau. Aku selalu bersukan tau. Merokok pun tak." Lega Megat Emir apabila mendengar penjelasan sahabatnya itu manakala sahabatnya asyik tergelak dari tadi.
Sebaik Megat Emir keluar dari bilik Doktor Farhan, Erina segera mendapatkan bosnya itu.
" Camna bos.. Ok ker? Ada sakit jantung ke? " Soalan Erina membuatkan mata Megat Emir membulat besar.
"Erina... Awak ni nak saya sakit jantung ke?" Erina disekeh oleh Megat Emir.
Doktor Farhan keluar dari biliknya lalu mendapatkan Megat Emir dan Erina yang sedang sibuk berbual.
"Cik Erina.. Awak tak perlu risaukan bos awak tu yer. Dia ok jer... Cuma maybe perlu banyak rehat je."
"Ooo perlu rehat yer. Bagus la.. Sejak bos saya balik dari Itali dia tak rehat-rehat. Kerja memanjang. Nanti Doktor Farhan jangan lupa bagi bos saya MC tau." Sengih Erina apabila mengetahui majikannye itu tiada sebarang masalah kesihatan.
"Aik... Bos pun kena ambik MC ke?" Soal Doktor Farhan.
"Kena Doc... Nanti kang esok dia datang kerja plak. Bos saya ni bukannya reti rehat kat rumah." Megat Emir melihat jer kelancangan mulut Erina itu. Dia hanya mencebik bibirnya.
"Hahaha... Untung la... Ada orang ambik berat!" Gelak Doktor Farhan. Dia geli hati melihat telatah Erina.
"Mesti lah untung weh..Takda bini kat rumah at least ada bini kat office yang ambik berat hal makan, minum dan sakit aku." Slumber jawapan Megat Emir itu yang membuatkan Erina tersipu malu.
"Baiklah Cik Rina.. Nanti saya keluarkan MC untuk Abang Bos awak yer." Jawab Doktor Farhan sambil tersengih-sengih.
Selesai urusan di klinik, Erina segera menghantar Megat Emir pulang. Di sepanjang perjalanan itu Megat Emir hanya tidur sahaja. Sememangnya dia betul-betul tidak berdaya malah letih dan denyutan di kepalanya masih belum hilang.
Share this novel
I'm waiting for the updates