Series
14692
Setelah meyakinkan Erina yang dia akan menguruskan kereta Erina yang tersadai tadi maka Erina dan Hajah Saleha bersetuju apabila Megat Emir menawarkan diri untuk menghantar mereka pulang.
" Rina ..macam mana interview tadi. Ok tak?" Tanya Hajah Saleha yang duduk di kerusi penumpang sebelah kiri Megat Emir itu.
Megat Emir berdehem kecil sambil matanya melihat reaksi wajah Erina menerusi cermin pandang belakang.
"Ermm...ok je...Rina tak dapat kerja tu..lagi pun tak sesuai dengan Rina." Kali ini Megat Emir buat batuk-batuk pula apabila mendengar jawapan Erina itu.
" Dah panggil Rina 2 kali datang interview tup..tup tak dapat pulak." Ngomel Puan Marina.
"Owhh Rina tengah cari kerja ke? Kalau camtu meh kerja dekat office abang. Ada kosong. Ada staff kat office tu nak berhenti kerja. Rina leh la replace tempat dia." Laju sahaja Megat Emir tidak memberi ruang kepada Erina untuk berkata-kata.
"La yeke ada kosong. Haa Rina...apa lagi..jangan tolak rezeki. Dah abang Emir offer ni...apa lagi...umi ok..umi restu je." Hajah Saleha membuatkan Erina jadi serba salah.
Apa yang dia nak buat ni..? Tadi baru sahaja dia menolak jawatan itu...tapi tiba-tiba dia terpaksa bersetuju kerana uminya
"Rina..umi dah setuju tu..nanti esok leh terus datang ke office abang yer. Nanti mesej abang resume Rina tau. Abang nak baca sikit resume tu." Megat Emir memandang Erina lagi sekali melalui cermin pandang belakang. Erina turut memandang dan mencebik bibirnya manakala Megat Emir tersengih-sengih lalu mengeyitkan matanya.
Beberapa minit mengambil masa perjalanan pulang, akhirnya mereka sampai di rumah Hajah Saleha. Sebelum Megat Emir meninggalkan rumah itu sempat lah dia menghulurkan kepada Hajah Saleha kad namanya.
"Rina...ucap terima kasih dekat abang Emir ni sebab dah tolong hantar kita balik dan tolong dapatkan Rina kerja." Hajah Saleha mencuit lengan Erina sebaik sahaja dia dapati Erina hanya diam membisu.
" Terima kasih abang Emir sebab bagi 'peluang' dekat Rina." Erina sahaja menekankan perkataan 'peluang' itu memandangkan tadi baru sahaja dia menolak peluang itu.
"Sama-sama...esok jangan lupa datang office abang dan bawak resume sekali." Laung Megat Emir lalu segera masuk ke dalam keretanya. Hajah Saleha melambai kepada Megat Emir manakala Erina hanya tersenyum sinis.
------------------------
Vrromm....motorsikal berkuasa tinggi berhenti di lobi Menara Nexus. Erina segera parkir motosikalnya di tempat yang dikhaskan untuk motorsikal sahaja. Bunyi deruan motorsikal berkuasa tinggi itu telah mencuri banyak pandangan mata. Apabila Erina membuka topi keledarnya maka lagi banyaklah mata memandangnya. Setelah topi keledar dibuka, Erina segera melangkah masuk ke Menara Nexus dan kemudian ke kaunter daftar untuk membolehkannya terus ke pejabat Pengarah Eksekutif nanti.
Semasa di dalam lif beberapa orang staff masih mencuri pandang Erina. Baik lelaki mahu pun perempuan. Jaket kulit yang tersarung dibadan Erina itu telah menyerlahkan lagi karisma Erina disebalik wajahnya yang lembut itu.
"Assalamualaikum. Saya datang nak lapor diri dan jumpa Tuan Megat Emir." Maklum Erina kepada Aida yang merupakan penyambut tetamu di Mahkota Development Sdn. Bhd.
Aida agak pelik apabila memandang Erina. Setahunya gadis didepannya ini semalam berbaju kurung ayu tetapi hari ini berseluar panjang, kemeja merah jambu di dalamnya manakala diluarnya pula masih berjaket kulit hitam. Disamping itu dia memakai beg sandang dan memegang topi keledar.
"Apesal diffrent sangat minah ni dari semalam...semalam bukan main ayu...hari ni aku tengok dah macam jantan plak." Tutur Aida di dalam hati.
"Tuan Emir tak sampai lagi...lagi 10 minit sampai la kot. Tapi cik boleh masuk ke dalam jumpa Puan Farida dulu." Terang Aida.
"Baiklah." Erina terus melangkah masuk dan menuju ke bilik setiausaha Pengarah Eksekutif.
Farida yang sedang sibuk mengemas mejanya terkejut dengan kehadiran Erina. Setahunya Erina menolak jawatan yang ditawarkan oleh Tuan Emir semalam tetapi seawal pagi hari ini Erina sudah terpacak di pejabat Pengarah Eksekutif.
"Ehh...bukan ke semalam awak tolak jawataan yang ditawarkan semalam tuh?" Soal Farida kepada Erina. Dia kepelikkan malah Tuan Emir langsung tidak memaklumkan apa-apa kepadanya.
"Iyer kak...saya memang tolak tapi..." Belum sempat Erina menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Megat Emir muncul.
"Ehhh Erina...Good morning...finally you are here!" Tutur Megat Emir dengan penuh keterujaan. Farida berkerut dahi memandang mereka berdua.
"Yess...finally I'm here Tuan Megat Emir!" Balas Erina dengan senyuman bibir menyenget.
"So come inside...come to my room..." Ajak Megat Emir dan Erina hanya menuruti dari belakang.Â
Farida menggeleng-geleng kepalanya. Permainan apakah yang majikannya sedang bermain ni? Dia punya pening kepala fikir nak cari penggantinya semalam akhirnya hari ini dia sedikit kelegaan.
Intercom berbunyi lalu Farida mengangkatnya. Tuan Emir memanggil Farida masuk ke dalam biliknya.
"Ok Farida...sekarang ni you tak payah nak pening dah..sekarang ni Erina akan mengganti segala tugas-tugas you selepas ini. You nak berhenti pun dan boleh secara aman dah. Nanti you handover segala kerja-kerja you kepada Erina sebelum you berhenti." Jelas Megat Emir kepada Farida.
"Baik Tuan Emir." Angguk Farida.
"Erina...you belajar la apa yang patut dengan Farida yer."
"Baik Tuan Emir." Jawab Erina lalu menuruti Farida keluar dari bilik Megat Emir.Â
"Akak agak pelik dengan Tuan Emir ni...dia dah buat apa dekat you sampai tiba-tiba you terima semula jawatan tu...tapi...apa-apa pun welcome to Mahkota Development Sdn.Bhd."
"Tak ada apa-apa pun kak..tapi yang pasti saya dah bersedia untuk gantikan tempat akak kan..."
"Ke Tuan Emir ada bagi ayat-ayat jiwang sampai you tergoda dan cair lalu tetiba ubah fikiran?" Duga Farida.
"Hahaha..ke situ plak akak..cepat terangkan dekat saya apa rutin Tuan Emir dan apa yang saya patut buat untuk handle bos yang poyo tu." Sengih Erina kepada Farida apabila dia menyedari telah tersalah kata.
"Poyo yer...bukan setakat poyo malah cerewet, tegas but sometimes tetiba boleh jadi caring and loving plak." Farida tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri itu.
"So memang betul la dia poyo kan...haha" Farida dan Erina tergelak kecil apabila menyedari mereka telah mengumpat majikan mereka sendiri.
" Ok Erina...are you ready..." Erina mengangguk kecil.
"Tuan Emir selalunya akan sampai ke pejabat seawal pukul 8.30 pagi. Sebaik sahaja dia sampai you kena buat kopi o panas dekat dia guna mug ni. Kopi o tu you kena guna serbuk kopi yang Tuan Emir beli sendiri. Bukan yang beli dekat mana-mana shopping mall..sebab dia cerewet kan..so hanya dia je tau serbuk kopi dari biji kopi yang mana. Pakai mug ni dan ratio dia...air panas 100% separuh mug ni dan serbuk kopi 2 sudu besar and no sugar." Terang Farida mengenai bancuhan kopi rutin Megat Emir.
"Uihh..dia tak sembelit ke minum kopi pekat-pekat ni?" Soal Erina yang membuatkan Farida ketawa dengan kuat.
"Manalah akak tau ..you tanya la dia sendiri nanti..hahaha ..." Gelak Farida.
" Tadi dah study pasal kopi favourite Tuan Emir...so bagaimana dengan makanan dia pulak.." Soal Erina lagi.
"Ermm makanan dia yer...tadi you ada tak nampak segala peralatan exercise yang ada kat bilik dia tadi?"
"Haaa aa ada...ada la dua tiga jenis alat.."
"Tuan Emir ni kaki exercise..tengok jerla tangan and lengan dia tu ...uhh...besar dan berurat-urat..sekali hentak meja mau berterabur kertas-kertas atas meja tu." Jelas Farida.
"Yer kak..betui..sado...lengan besar bukan main..tapi urat-urat yang timbul tu...uishh..mempersonakan..rasa nak picit-picit jer.." Memang Erina pantang tengok urat-urat dekat lengan orang lelaki ni. Dia geram!
"Nak picit apa?" Tiba-tiba Megat Emir bersuara di belakang mereka dan membuatkan Farida dan Erina tersentak seketika.
Share this novel