EPISOD 12

Romance Series 14692

"Macam mana kerja hari ni..ok tak?" Tegur Hajah Saleha kepada Erina yang kusyuk melihat ikan berenang-renang di dalam kolam.

"Alhamdulillah..ok je umi." OK? Padahal tak ok..pura-pura Erina.

"Jawatan graphic designer jugak ke yang Abang Emir offer dekat Rina tuh?" 

"Abang Emir? Adoii kenapa la umi suka betul sebut nama dia Abang Emir. Aku takleh nak hadap betul panggilan tu." Ngomel Erina di dalam hati.

"Rina...umi tanya ni..Abang Emir bagi jawatan apa dekat Rina di pejabat dia tuh?" Soal Hajah Saleha lagi apabila soalannya tidak di jawab Erina.

"Abang Emir suruh Rina jadi secretary dia. Secretary dia dah nak berhenti." Terang Erina tapi dalam hati rasa geli betul nak sebut nama itu.

"Owhh...Rina reti ke jadi secretary? Setahu umi la..kalau jadi secretary ni kena la cantik-cantik...lawa-lawa...heheh...nanti anak umi kena mekap lawa-lawa la nanti ye." Teruja Hajah Saleha.

Memang Hajah Saleha akui anaknya itu lawa cuma kecantikkannya tidak menyerlah kerana asyik pakai seluar je...mekap pun taknak..rambut dandan bagi cantik sikit pun taknak..pastu ke hulu ke hilir naik motor je.

"Umi..Rina ni dah cukup lawa dah...tak payah nak mekap dan dandan lawa-lawa sangat. Natural beauty!" Erina cuba untuk matikan angan-angan uminya untuk melihat dia mekap ke pejabat nanti.

"Umi memang tahu anak umi natural beauty tapi tak salahkan kalau nak bagi nampak lagi lawa asalkan tak buat pembedahan plastik." Senyum Hajah Saleha.

" Ada ke situ plak umi fikir..Umi...Rina naik bilik dulu yer. Rasa letih sangat first day kerja ni. Good night umi." Erina segera melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Erina memandang almari bajunya. Dia sedang berfikir esok pergi kerja nak pakai baju apa? Baju kurung hanya ada 5 pasang je. Yang lain semua seluar panjang. Baju-baju semasa ke kuliah dulu pun semua seluar panjang sahaja.

Erina teringat pesan Farida tadi...jadi setiausaha kepada CEO ni kena selalu berperwatakan menarik.

"Rina...kalau boleh muka tu solek la sikit. Pakai lipstik merah sikit dan juga pakai blusher tu pun jadi lah. Biar muka nampak berseri-seri sikit." Pesan Farida siang tadi.

Lipstik merah sikit! Memang Erina ada gincu ..tapi gincu tu macam dah sama warna dengan bibirnya je. Tak pakai gincu pun takpa sebab bibirnya dah semulajadi merah jambu.

Blusher? Menatang apa tu? Yang letak kat atas mata tu ke? Erina dah keliru ... blusher tu yang letak kat atas mata ke kat pipi? Lalu Erina segera Google untuk mendapatkan jawapan.

"Adoii...kenapa la aku tak tahu blusher tu ape? Nama je perempuan...itu pun tak tahu..." Ngomel Erina.

Malam itu Erina tidur lambat kerana sibuk Google mencari maklumat cara pemakaian seorang setiausaha. Dia mengaru-garu kepalanya apabila kebanyakan maklumat yang dicari itu menyarankannya berbaju kurung, kebaya labuh, skirt panjang paras lutut, seluar slack, cheogsam, sari....

" Ehh...apa ke hal ni.. betul ke Google ni tetiba sari dan cheogsam plak!" Erina menggeleng kepalanya dan berfikir.

"Kau Erina dah kenapa beria benar nak cari info fesyen seorang secretary...ehh baik aku tidur jerla!" Erina menepuk-nepuk dahinya lalu segera baring ke katilnya. Beberapa minit kemudian dia terus hanyut ke alam mimpi.

----------------------------

Vroommm....Erina memakir superbike nya di tempat yang dikhaskan untuk motorsikal. Dengan lagak yang ala macho Erina berjalan menuju ke lif. Memang tidak dinafikan ramai mata yang memandang Erina tapi Erina buat tak tahu je. Pintu lif dibuka dan Erina segera masuk ke dalam lif.

"Dengar-dengar cerita ni la secretary baru Tuan Megat Emir." Kata seorang wanita di dalam lif dalam nada perlahan kepada sahabat disebelahnya.

"Uihh ya ka...awat aku tengok kasaq dan ganaih sangat ni? Biaq betui Tuan Emir ni." Jawap sahabat disebelahnya itu pulak.

"Awat?? Aku tak layak jadi secretary Tuan Emir ka?" Tiba-tiba Erina bersuara dalam dialek utara dengan renungan tajam.

Dua orang wanita yang membawang dalam lif tadi terkejut dengan sergahan Erina itu. Beberapa orang di dalam lif itu tergelak kecil apabila melihat dua orang wanita itu terkebil-kebil apabila disergah.

Apabila lif terbuka dua orang wanita tadi segera keluar. Sebelum pintu lif tertutup semula sempatlah Erina melaung dan menitipkan ucapan kepada mereka berdua itu.

"Kalau hangpa free-free nanti mai la melawat aku kat pejabat CEO ya.. Kang aku buat la kopi untuk hangpa. Babai." Erina melambai-lambai kepada mereka berdua itu.

Sebaik sahaja pintu lif tertutup, semua orang di dalam lif tergelak berdekah-dekah dengan kelakuan Erina tadi. Habis kecoh satu pejabat Mahkota Development Sdn. Bhd mengenai kisah pasal setiausaha baru Tuan Megat Emir.

Erina berjalan terkocoh-kocoh ke tempatnya. Farida seawal pagi lagi sudah terpacak di pejabat. Mengemas-ngemas meja sambil membelek-belek fail. Beberapa perkara sudah diserahkan tugas kepada Erina. Farida cuba memeriksa andai ada lagi benda-benda yang belum diserahkan kepada Erina.

"Morning Rina...hari ni datang naik motor ke?" Tegur Farida sebaik sahaja dia melihat Erina berdiri di hadapannya dengan berjaket hitam sambil memegang topi keledar.

"Yerla Kak...siapa lagi kalau bukan dengan 'boyfriend' saya tuh?" Sengih Erina.

"Akak dah hand over semua kerja-kerja dekat Rina kan? Rina rasa apa lagi yang akak tak serahkan dekat you yer?" Soal Farida sambil memerhatikan Erina menyikat rambut dan kemudian menyanggul tinggi rambutnya.

"Rina rasa akak dah serahkan semua kepada Rina. Kalau tak tau or missing apa-apa nanti Rina call jela akak...akak jangan la tak angkat call Rina pulak."

"Betul ek semua akak dah serahkan..." Soal Farida lagi. Dia rasa masih ada beberapa perkara yang belum diserahkan kepada Erina.

"Betul..semalam kan semua akak dan explain satu persatu...tapikan...Rina rasa satu je lagi yang akak tak serahkan dekat Rina." Senyum Erina.

"Haa tuhla...Rina rasa apa dia ek?" Soal Farida.

"Akak belum serahkan Tuan Megat Emir dekat Rina lagi!" Slumber jawapan Erina.

"Haaaa....hahahahha...Rina...Rina...you memang notty!" Gelak Farida dan kemudian disertai Erina.

Selang 5 minit kemudian Megat Emir terpacul dihadapan meja Farida. Erina dan Farida yang sedang gelak tak berhenti-henti tiba-tiba terkejut dengan kedatangan Megat Emir.

"Tuan Emir!" Serentak Farida dan Erina dengan muka terkejut.

"Amboii pagi-pagi seronok nampak...mengumpat I la tuh kan?" Tegur Megat Emir.

"Tak mengumpat...seru jer..." Spontan Erina. 

"Seru! Takan saja-saja seru kan?" Megat Emir memandang Farida dan kemudian memandang Erina menuntut jawapan.

"Ok bos...pergi masuk dalam tu dulu nanti saya hantar kopi o sembelit yer!" Dengan slumber Erina menolak belakang Megat Emir supaya masuk ke dalam biliknya. Megat Emir hanya menuruti.

" Erina!" Megat Emir berhenti langkahnya.

"Yes bos...ada apa ye?" Soal Erina dengan muka tanpa rasa bersalah.

" Sampai hati you kata favourite drink I tu kopi o sembelit!" Tutur Megat Emir dengan muncung sedepa.

"Betul laa kan...bos minum air tu tak pernah sembelit ke?" Soal Erina sambil tersengih-sengih.

"Erinaaaaa...." Laung Megat Emir dengan lantang. Mendengar suara Megat Emir yang kuat itu Erina segera berlari keluar menyelamatkan diri.

Melihat Erina berlari lintang pukang Megat Emir tergelak kecil. Kepalanya digeleng-geleng terkenangkan kenakalan setiausaha barunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience