EPISOD 64

Romance Series 14692

Sudah dua hari banglo mewah Tuan Megat Emran sepi dari suara dan gelak tawa anak-anaknya.

Dari sehari ke sehari konflik antara dua orang anak teruna Tuan Megat Emran dan Puan Marina masih membuatkan mereka berteka-teki.

Dua orang anaknya itu masing-masing melarikan diri daripada menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Abang ..saya tak boleh la macam ni. Anak-anak kita bermasam muka tak bertegur sapa sesama diorang. Saya rasa rumah ni macam rumah orang mati je!" Ngomel Puan Marina kepada suaminya itu.

"Saya ajak diorang duduk sama-sama bincang masing-masing melarikan diri. Dah tu nak buat camna...jangan risau la.. masing-masing dan besar panjang. Lagi pun air yang dicincang takan putus." Tuan Megat Emran cuba positifkan isterinya.

"Bistu sampai bila nak macam ni. Ni dua-dua dah ada kat rumah ni..apa kata awak panggil diorang turun dan selesaikan apa masalah diorang berdua ni." Cadang Puan Marina sambil mengerling kepada Megat Emir yang sedang santai di tepi kolam renang.

"Baiklah..saya panggil Amar awak pulak pergi panggil Emir tu yang tengah mengelamun dekat luar tu." Puan Marina mengangguk kepalanya tanda setuju dengan arahan suaminya itu.

Setelah puas dipujuk akhirnya masing-masing bersetuju untuk berkumpul dan berbincang akan persengketaan yang berlaku.

"Sekarang ni semua dah setuju nak berkumpul bagus la. Sebelum perang  antara korang ni lagi hebat dari Perang Iran-Amerika papa nak korang settle kan hari ni juga. Apa yang berlaku sebenarnya ni Emir?" Mencerlung Tuan Megat Emran memandang Megat Emir.

"Emir takda apa-apa isu..papa tanya la Amar ..apa yang buat dia marah sangat dekat Emir?" Ujar Megat Emir yang sedang menyilangkan tangan ke dada.

"So Amar...any explanation?" Soal Tuan Megat Emran.

Megat Amar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Selepas beberapa hari kes itu berlaku dia baru sedar betapa bodohnya tindakannya itu. Malu pun ada.

"Amar! Sebab apa?" Jerkah Tuan Megat Emran sambil mencekak pinggang menunggu jawapan daripada Megat Amar.

"Sebenarnya kan papa...ermmm...ermm..Amar tak puas hati abang Emir bertunang dengan Erina!" Tergagap-gagap Megat Emran berkata lalu tunduk memandang ke lantai.

Megat Emir tersenyum sinis. Puan Marina pula menutup mulutnya cuba menahan gelak manakala Tuan Megat Emran menggeleng-geleng kepalanya.

"Jadi Amar bergaduh dengan abang Emir sampai bertumbuk ni rupanya sebab seorang perempuan."

"Ermm...yer..sebab Erina." Angguk Megat Amar.

"Amar...Amar... kenapa macam budak-budak pendek akal sangat ni. Come on la mister engineer..." Tuan Megat Emran menepuk-nepuk bahu anak bongsunya itu.

"Sekarang ni Amar nak tahu daripada abang Emir..kenapa kau setuju pertunangan tu sedangkan kau tahu kan aku suka Erina tu!" Soal Megat Amar dengan nada yang agak keras.

"Sebab dia girlfriend aku..salah ke aku bertunang dengan kekasih hati aku." Bersahaja jawapan Megat Emir.

"Girlfriend kau? Sejak bila? Kau dengan dia tak sesuai la..kau sedar tak korang ni berbeza hampir 15 tahun. Erina lebih layak dengan lelaki yang lebih muda dari kau lah!"

"Lelaki muda.?kau ke?Hahaha.." Sinis Megat Emir. Puan Marina menampar perlahan lengan Megat Emir supaya tidak mentertawakan adiknya.

"Ermmm yer..kalau bukan aku pun at least lelaki yang lebih muda dari kau." Puan Marina hanya tersenyum mendengar kata-kata Megat Amar itu.

Tuan Megat Emran hanya menggeleng kepala melihat telatah anaknya si Megat Amar itu. Kerana perempuan mereka bergaduh dan kerana perempuan juga Megat Amar tiba-tiba jadi tak berapa cerdik pula.

"Amar...Amar kena redha dengan pertunangan abang Emir dengan Erina tu. Lagi pun diorang dah lama bercinta dan dah tiba la masa untuk diorang berumahtangga. Abang Emir pun kena fikir masa depan dia juga. Dia pun makin lama makin tua." Tutur Puan Marina.

"Nasib baik dia sedar diri dia dah tua." Terjungkit bibir Megat Amar dengan penuh sinis.

"Tua..tua aku pun ada juga orang muda nak kat aku. Kau tu.. perempuan sana sini  takan la Erina juga yang kau nak. Dia tak sesuai untuk kau yang playboy tu!" Balas Megat Emir.

"Dah..dah..tak payah nak gaduh-gaduh sebab Erina tu. Emir dah pun bertunang dengan Erina. Erina pun dah pilih Emir untuk jadi pasangan dia. Kalau Amar nak bertunang juga..nanti mama cari yang lain untuk Amar. Kawan-kawan mama pun ramai juga yang ada anak dara yang tak kahwin lagi."

"Amar nak Erina juga!"

"Ishh budak ni..degil betul!" Tuan Megat Emran laju sahaja sekeh kepala Megat Amar,anak bongsunya yang manja tak habis-habis itu.

"Kau kena terima kenyataan yang Erina tu akan jadi kakak ipar kau. Cukup la sebelum ni aku banyak mengalah dan gembirakan orang lain. Biarlah kali ini aku nak gembirakan dan bahagiakan diri aku pulak." Ujar Megat Emir.

Tuan Megat Emran dan Puan Marina mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Megat Emir itu. Sudah tiba masanya Megat Emir fikirkan kebahagiaannya pula.

"Kenapa kau rahsiakan yang dia tu girlfriend kau..kau saja nak bodohkan aku yer abang Emir. Macam orang bodoh aku duk tunggu dan setia menanti Erina tu.. rupa-rupanya korang dah couple! Bullshit!" Tengking Megat Amar lagi.

"Amar...Amar...control yourself. Dah Amar takda jodoh dengan dia nak buat camna. Anak mama ni kan handsome..leh cari perempuan lain,ok? Nak buat camna..Erina lagi suka lelaki yang tak handsome." Pujuk Puan Marina. Diusap-usapnya belakang Megat Amar.

"Tengok tu..aku dah banyak mengalah dengan kau sampai rupa handsome pun aku kena mengalah bagi dekat kau tau!" Megat Emir tersenyum nipis sambil menjegil mata kepada Puan Marina.

Puan Marina tergelak kecil kerana merasakan memujuk Megat Amar tu ibarat seperti memujuk anak kecil pula walaupun anak bongsunya itu sudah berusia 30 tahun.

"Ermm...abang Emir kena jaga Erina baik-baik...kalau Erina sedih, kecewa sebab kau...aku tak teragak-agak jadikan dia adik ipar kau pulak." Amaran Megat Amar kepada abangnya. Dia masih tidak dapat menerima dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama dia cuba untuk redha.

"InsyaAllah..Thanks Amar...sebab memahami aku. Aku tak nak kita tak bertegur sapa hanya kerana Erina dan dalam masa yang sama aku sayang kau sebagai adik aku. Kau jer satu-satunya adik yang aku ada. Lain la kalau tiba-tiba papa kahwin lain aku ada la adik sorang lagi..hahaha.. " Megat Emir menepuk-nepuk bahu adiknya itu sambil matanya menjeling mamanya yang sedap mengetap gigi menahan rasa.

Tuan Megat Emran gelak tak henti-henti apabila melihat isterinya itu mengetap gigi dan merenung tajam Megat Emir.

"Berani yer kamu Emir...papa pun tak berani nak cakap macam tu tau!" Laju sahaja Tuan Megat Emran menyekeh kepala Megat Emir. Hari ini kedua-dua orang anaknya kena sekeh dengannya. Masing-masing dapat 'hadiah' daripada papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience