EPISOD 39

Romance Series 14692

Megat Emir segera berhentikan keretanya di tepi jalan. Dengan pantas dia cuba menarik tangan Erina yang masih menekup mukanya dengan tangan. Badan Erina bergerak-gerak disertai esakkan tangisan yang perlahan.

Akhirnya Erina menjatuhkan sendiri tangan dari wajahnya. Tanpa segan silu dia memandang Megat Emir dengan matanya yang merah, air mata dan air hidung yang laju mengalir dan esakkan kecil yang kedengaran.

Megat Emir betul-betul terkejut. Gadis kasar dan slumber yang sentiasa ceria dan gembira dihadapannya ini tiba-tiba menjadi gadis yang lemah dan sensitif malah tidak segan silu mengalirkan air mata dihadapannya.

"Rupanya dah lama dia balik Malaysia. Kenapa dia tak hubungi saya? Saya ni memang sudah tidak bermakna untuk dia lagi ke? "

"Rina...kan saya pernah nasihat awak untuk move on. Kenapa awak masih buang masa menunggu dia?" Balas Megat Emir.

"Sebab dia pernah suruh saya menunggu dia!"

"Boleh tak awak jangan naif sangat. Kata-kata orang lelaki semua tak boleh percaya kecuali.... Kata-kata saya!"

Laju tangan Erina menepuk lengan Megat Emir yang sasa itu.

"Orang tengah sedih tiba-tiba dia leh buat lawak pulak." Muncung Erina.

" Dah.. Jangan sedih-sedih ok. Cuba hari ni awak sedekahkan dengan senyuman je. Senyum je seharian ni. "

Tangan Megat Emir perlahan-lahan mengusap rambut Erina. Rambut hadapan yang terjuntai itu diselit ke telinga Erina supaya dia dapat melihat dengan jelas wajah Erina itu.

"Kenapa awak layan saya macam ni? Kenapa awak buat saya semakin perasan?" Hati Erina menjerit.

Mata Megat Emir dan Erina bertaut. Mata yang sentiasa cantik dipandang itu kini bergenang dengan air mata. Jari Megat Emir menyeka air mata Erina yang mengalir. Pipi Erina dielus-elus perlahan.

Erina terasa terbuai dengan sentuhan itu dan dalam masa yang sama dia takut terlebih perasan. Dengan pantas Erina menepis tangan Megat Emir. Pangg!

"Kita dah lambat bos. Jom kita pergi office sekarang." Tersentap seketika Megat Emir dengan tamparan Erina di tangannya itu.

"Errkkk... Erkk.. Ba.. Ba.. Baik!" Tergagap-gagap Megat Emir lalu segera menekan pedal minyak dan meneruskan pemanduannya.

Masing-masing membisu dan membuai perasaan. Sepanjang jalan menuju ke pejabat, jantung Erina tak henti-henti berdegup laju. Dia memaling wajahnya ke kiri tingkap sambil memegang dadanya. Jantungnya beransur-ansur berdegup perlahan. Fuhh.. Nasib baik.. Ingatkan dah kena serangan jantung rupanya hatinya telah diserang oleh lelaki disebelahnya itu.

--------------------------

Usrah kali ini diadakan di rumah Datin Salina. Ustazah jemputan pun bukan kaleng-kaleng. Ustazah Anisah yang sering kali muncul di kaca televisyen.

Setelah hampir 2 jam usrah berlangsung maka ahli usrah yang lain mulai menjamu selera sambil berborak-borak.

"Anak I yang kerja pilot tu suruh I carikan bakal isteri untuk dia. Dia cakap dia busy tak sempat nak cari pasangan hidup." Tutur Datin Salina kepada Hajah Saleha dan Puan Marina yang sedang berselera menikmati nasi beriani.

"Berapa umur anak Datin tu?" Soal Puan Marina.

"Tak silap I la kan.. Dah 33 tahun kot.. Hehe.. I dah lupa la. Tapi yang pasti dah 30 lebih." Jelas Datin Salina.

"Apa nak heran Datin... I pun ada dua orang anak teruna yang bujang telajak dekat rumah tu. Budak-budak ni kalau dia nak kahwin kita bagi je kahwin.. Kalau belom nak kahwin tu adalah benda yang nak dikejarnya tu. Lagi pun orang lelaki ni umur 50 tahun pun subur lagi. Hehehe.. " Tergelak mereka mendengar kelatah Puan Marina.

" Kalau orang lelaki ni yelah tak payah nak risau sangat kalau lambat nak kahwin.. Yang saya ni ha... Ada anak dara kat rumah tu si Rina tu dah nak masuk 25 tahun dah pun buat tak reti je kalau tanya bab kahwin. Saya ni.. Kalau ada orang nak masuk minangnya kalau elok budaknya saya terima jerlah." Senyum Hajah Saleha.

" Haa la Hajah.. Apa kata kita jodohkan saja anak kita berdua tu?Senang cerita! " Cadang Datin Salina sambil tersenyum-senyum.

" Ishh.. Takleh jadi ni.. Aku kena cepat ni sebelum Erina jadi menantu orang lain! " Bicara Puan Marina di dalam hati sambil mengetap bibir menahan diri.

" Ye tak ye juga. Bagi diorang kenal-kenal dulu. Kalau sesuai alhamdulillah.. Kalau tak sesuai takpelah.. Tak payah dipaksa-paksa." Tutur Hajah Saleha dengan penuh tenang.

" Yang penting suka sama suka.. Hehe.." Kata Datin Salina disertai gelak tawa.

--------------------------

Di banglo mewah dua tingkat kelihatan Puan Marina duduk termenung sambil memandang kolam renang yang tenang airnya.

"Marina.. Kat sini rupanya awak. Puas saya cari. Kata bibik awak dah naik ke bilik, bila cari dekat bilik takde pulak rupanya duduk mengelamun dekat tepi kolam." Tegur Tuan Megat Emran kepada isterinya.

"Abang cari saya kenapa?" Soal Puan Marina.

"Saja je.. Nak sembang-sembang dengan awak. Member saya tak jadi nak main golf pulak hari ni." Jawab
Tuan Megat Emran.

"Agaknya kalau kita ada cucu mesti kita tak boring macam ni kan?" Puan Marina memandang suaminya dengan penuh syahdu.

"Kalau awak nak cucu sangat.. Suruh anak-anak teruna awak tu kahwin cepat sikit. Kalau diorang tak jumpa calon kita carikan aje calon untuk diorang." Cadang Tuan Megat Emran.

"Betul ke abang?" Bersinar-sinar mata Puan Marina apabila mendengar jawapan suaminya.

"Saya kan... Sebenarnya berkenan sangat dengan anak Hajah Saleha tu jadi menantu kita. Risau saya kalau ada orang lain yang masuk meminang Erina tu. Sebab dengar cerita Datin Salina nak kenenkan anaknya dengan anak Hajah Saleha."

"Kalau macam tu pergila cepat masuk minang anak dia. Lagi pun budak-budak ni pun dah sama-sama kenal dah." Wah... Bersorak riang lagi hati Puan Marina  mendengarnya.

"Tapi kan abang.. Nak meminang untuk siapa?"

"Ye tak ye jugak.. Ishh rumit sungguh la budak-budak zaman sekarang ni." Tuan Megat Emran menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

-----------------------------

Petang itu sekitar jam 3.00 petang Erina meminta kebenaran Megat Emir untuk pulang awal.

" Bos.. Boleh tak hari ni saya nak balik awal? " Erina meminta kebenaran daripada Megat Emir.

"Nak balik awal? Nak balik pukul berapa tu?" Soal Megat Emir pulak.

"Dalam pukul 4.00 petang. Boleh ke?" Pinta Erina lagi.

"Apa yang penting sangat tu sampai nak kena balik awal? Kerja-kerja semua dah siap ke? Awak dah bagi tahu Marry ke yang saya nak cancel semua pertemuan saya dengan Dato Farid start from today and forever?" Bertubi-tubi soalan Megat Emir yang membuatkan Erina serba salah.

" Maknanya bos tak benarkan saya balik awal ke apa sebenarnya?" Sedikit tinggi suara Erina.

Megat Emir merenung tajam Erina. Sebenarnya dia risau hendak melepaskan Erina pulang awal. Dia tidak mahu Erina terserempak dengan Dato Farid dan yang penting sekali dia tidak mahu Erina berjumpa dengan Haikal.

" Saya akan benarkan awak pulang awal kalau awak boleh beri sebab-sebab yang kukuh dan lagi satu.. Dah hubungi Marry ke belum dan beritahu dia akan apa yang saya pesan tadi?" Megat Emir menyilang kedua belah tangannya ke badan. Dia menunggu jawapan daripada Erina.

" Saya tak berani nak call Marry beritahu apa yang bos pesan tu. Kenapa tak ada ribut dan tak ada petir bos nak cancel segala pertemuan dengan Dato Farid? Forever pulak tu? Is there anything that i don't know? Marry and Dato Farid will ask the reason but you don't let me know the reason."

Mendengar soalan Erina itu membuatkan Megat Emir resah. Dia mendengus kuat lalu meraup wajah dengan tangannya. Dia tidak tahu bagaimana untuk terangkan kepada Erina.

" Ermm.. Tak apalah Erina saya benarkan awak pulang awal. Kalau nak pulang sekarang pun tak apa.. Saya benarkan!" Lantang suara Megat Emir sehingga membuatkan Erina tersentap.

Erina segera mengemas barangnya dan berlalu meninggalkan pejabat CEO. Megat Emir memandang Erina dari jauh sehinggalah Erina hilang dari pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience