EPISOD 2

Romance Series 14692

Ford Ranger yang dipandu Megat Emir segera membelok ke kiri sebaik sahaja dia melepasi simpang itu. Dahi Megat Emir berkerut-kerut apabila Erina memintanya belok ke kanan pula selepas itu berhenti di rumah bernombor 53.

"Rumah awak memang kat sini ke?" Soal Megat Emir.

"Yelah..kenapa?" Soal Erina pula.

"Rumah awak ni selalu buat program tazkirah agama kepada mak-mak dan makcik-makcik kan?" Soal Megat Emir lagi.

"Ehh...awak ni...banyak tanya plak..tapi macam mana awak tahu ye?" Erina memandang Megat Emir pelik.

"Saya selalu hantar mama saya ke sini la. Dia selalu mintak saya hantar dia ke program agama kat rumah ni." Jawab Megat Emir dalam keadaan terkejut.

"Lor..yeke..mesti mama awak kenal umi saya kan?"

"Ermm.. nampaknya begitulah!" Megat Emir segera keluar dari keretanya dan membantu Erina berjalan masuk ke dalam rumah.

Erina berjalan terhenjut-henjut menuju ke pintu utama rumahnya manakala Megat Emir membantu memegang topi keledar milik Erina. Kedengaran gelak tawa dari dalam. Erina segera membuka pintu dan tiba-tiba terpacul wajah Puan Marina dihadapan pintu.

"Emir?" Puan Marina terkejut apabila kelihatan Megat Emir turut ada bersama.

"Ye Mama!" Jawap Megat Emir.

"Emir... program mama belum habis lagi la. Hari ni papa yang akan jemput mama." Terang Puan Marina.

"Iyerr...Emir datang bukan nak jemput mama pun. Emir datang sebab nak hantar dia ni balik. " Balas Megat Emir sambil mulutnya muncung ke arah Erina.

"Siapa dia ni? Anak Hajah Saleha ke?" Soal Puan Marina kepada Erina.

"Iyer auntie saya anak Hajah Saleha." Jawab Erina lalu melemparkan senyuman kepada Puan Marina.

Hajah Saleha yang sedang sibuk berborak dengan sahabat yang hadir ke program usrah mulai pelik. Kenapa Puan Marina berdiri dipintu utama seolah-olah tengah bersembang dengan seseorang? Dia segera mendekati Puan Marina.

"Lorr...umi ingatkan siapa la..kenapa sembang dekat depan pintu tu Erina..masuk laa..ajak kawan kamu tu masuk sekali." Pinta Hajah Saleha tapi memandang Erina tajam seolah-olah menuntut jawapan.

"Hajah... sebenarnya ni anak saya. Megat Emir.." Senyum Puan Marina kepada Hajah Saleha.

"Owh...anak Marina ke?Datang nak jemput mama ke?" Soal Hajah Saleha kepada Megat Emir.

" Ehh tak...ehh...ye..ye..." Tergagap-gagap Megat Emir menjawab. Dia pun tak tahu nak bagi jawapan apa.

"Kami baru je selesai usrah..sekarang ni tengah makan-makan..meh la makan sekali yer Emir." Ajak Hajah Saleha.

Megat Emir memandang tetamu yang hadir semuanya perempuan. Serba salah jadinya. Dia merasa segan jadi dia mengambil keputusan untuk duduk sebelah mamanya sahaja

"Emir tak kerja ke hari ni? Alang-alang dah ada sini nanti balik kang Emir hantar mama balik jerla. Tak payah la papa datang ambik dah nanti." Pinta Puan Marina.

"Ok mama..boleh..." Jawab Megat Emir tetapi matanya tidak lepas mengekor setiap gerak geri Erina.

Erina yang berseluar panjang, berjaket kulit dan berambut panjang sampai ke pinggang itu begitu ramah sekali melayan tetamu uminya. Mereka seolah-olah sudah biasa dengan Erina itu.

"Berkenan ke?" Puan Marina menepuk peha Megat Emir.

"Ehh..mama ni..Emir tengok jer...tak semestinya berkenan kan?" Jawab Megat Emir sambil tersenyum sumbing.

Sebaik sahaja Erina bersalam dan beramah mesra dengan tetamu uminya seketika tadi dia segera ke biliknya. Menguruskan dirinya memandangkan dia tidak jadi pergi ke temuduga pagi tadi akibat kemalangan yang berlaku.

Beberapa minit kemudian Erina turun semula ke ruang tamu. Tetapi kali ini dia manis dengan berpakaian baju kurung. Rambutnya yang dilepaskan tadi kini sudah berikat rapi. Erina menuruni anak tangga dengan kaki yang terhenjut-henjut tadi.

"Eh...awak tak balik lagi ke?" Tegur Erina apabila dia menyedari Megat Emir masih ada di rumahnya.

"Macam mana nak balik..tuh ada motor atas kereta saya...awak nak bagi dekat saya ke motor tuh?" Sengih Emir.

"Eh...eh...jangan...jap...erm...nanti awak tolong turunkan dan letakkan kat situ jer." Balas Erina sambil menunjukkan tempat yang sepatutnya Megat Emir letakkan motorsikalnya itu.

Motorsikal Erina sudah selamat diturunkan setelah mendapat bantuan daripada Pak Mad tukang kebun di rumah Hajah Saleha. Puan Marina dan Hajah Saleha memerhatikan sahaja kelakuan anak mereka masing-masing.

"Dah kenal lama ke budak-budak ni?" Tanya Hajah Saleha kepada Puan Marina.

"Entahla...Selalu Emir hantar saya ke sini dia tak pernah cerita pun dia kenal anak Hajah."

"Baru kenal la kot..hehe..tu anak Marina yang putus tunang hari tu kan?Maaf la....tertanya soalan tak sepatutnya pulak." Hajah Saleha segera menutup mulutnya apabila dia menyedari dia bertanya soalan yang agak sensitif bagi Puan Marina.

"Haa aa..dia la..Megat Emir...dah bercinta lama... bertunang lama tiba-tiba putus pulak. Dah takda jodoh." Terang Puan Marina.

"Ada hikmah disebaliknya tu..kang adalah jodohnya nanti tu..takpela...orang laki ni lambat kahwin takpe takde luaknya sangat..hehe.." Balas Hajah Saleha sambil tersenyum.

Hampir kesemua ahli usrah sudah meninggalkan rumah Hajah Saleha. Puan Marina sedang menunggu anaknya menyelesaikan urusan kemudian baru dia akan meninggalkan rumah teres berkembar itu.

"Mama dah siap ke?Jom kita balik." Ajak Emir sebaik sahaja motorsikal Erina berjaya diturunkan dari kereta Emir.

"Kami gerak dulu yer Hajah." Pinta Puan Marina.

"Baiklah..hati-hati yer...nanti next usrah saya bagitau semula yer..ehh Rina...ucap terima kasih dekat abang Emir tu." Hajah Saleha meminta Erina ucap terima kasih kepada Emir sebaik sahaja dia melihat anaknya itu hanya diam membatu.

"Ermm...erk...terima kasih 'Abang' Emir." Ucap Erina sambil menyenget hidung dan mulutnya kerana menyampah dan geram.

"Sama-sama 'Adik' Rina." Emir sengaja menekankan perkataan 'adik' itu lalu tersengih sumbing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience