EPISOD 57

Romance Series 14692

Megat Emir masih lagi tersenyum kegembiraan apabila melihat muka Erina mencerut ketakutan dengan Puan Marina.

"Sebenarnya kan auntie..."

Tiba-tiba pelayan datang menghantar makanan yang dipesan. Perbualan mereka terhenti seketika. Erina muka kelegaan manakala Megat Emir masih tak lepas dari senyuman yang melebar.

"Mama cubit Emir kang baru tau. Tak payah nak senyum-senyum sangat. Membujang la kamu jadi fosil sorang-sorang. Tunggu la kamu girlfriend kamu tu..tapi jangan sampai tunggu punya tunggu tau-tau kena tinggal lagi udah lah. Baru padan muka! " Sinis Puan Marina kepada Megat Emir. 

"Erina...tengok ni..mama saya cakap macam tu dekat saya!" Tiba-tiba suara Megat Emir bernada manja meminta pembelaan.

" Emir...kamu tak payah nak ngada-ngada sangat dengan secretary kamu boleh tak? Mesti Erina tak tahan dengan perangai Emir kan? Emir..Erina ni girlfriend orang tau..Emir tak payah nak menggeletis sangat dengan Erina ye."

"Auntie.. Rina dah biasa dah dengan perangai bos Rina yang mengada-ngada, menggeletis dan gatal tu. Dia selalu macam tu. " Tutur Erina dengan senyum sinis kepada Megat Emir. Bibirnya dicebik ke arah Megat Emir.

Terbuntang biji mata Puan Marina mendengar kata-kata Erina mengenai perangai anaknya itu.

"Emir..tak boleh buat perangai macam tuh dekat anak dara orang tau. Emir kalau dah gatal nak kahwin sangat nanti mama cari yang lain untuk Emir." Mencerlung Puan Marina memandang Megat Emir.

"Kalau mama nak carikan untuk Emir ..mama kena carikan yang macam girlfriend Emir sekarang. Baru Emir approve..jika tak..Emir taknak!" Erina hanya tersenyum melihat gelagat Megat Emir yang manja itu. Dah tua pun manja macam budak-budak!

"Emir tak kenalkan dekat mama..macam mana mama nak tahu dia jenis dan rupa macam mana? Ishh budak ni kang.." 

Laju Puan Marina menarik telinga Megat Emir di hadapan Erina. Erina hanya mengekek kecil. Selalunya Megat Emir akan serius dengan muka yang penuh karisma tetapi kali ini dia seperti anak manja malah dilayan seperti kebudak-budakkan oleh Puan Marina.

" Kalau macam tu mama... Ni Emir nak kenalkan dekat mama.. Ni la girlfriend Emir yang suh Emir tunggu dia sampai jadi fosil tu." Slumber Megat Emir mencapai tangan Erina lalu diciumnya jemari yang halus dan runcing itu dihadapan Puan Marina.

"Lailahaillallahmuhammad Rasulullah..Emir..jangan pegang-pegang macam tu.. Haram! ." Laju Puan Marina cuba meleraikan tangan Megat Emir dan Erina yang sedang bertaut itu.

Megat Emir tersenyum nakal manakala Erina pula memegang  kedua pipinya. Erina terasa bahang panas naik ke wajahnya. Dia segan dan malu apabila tanpa sebarang isyarat Megat Emir mencium tangannya di hadapan Puan Marina.

"Ye ke Rina?" Soal Puan Marina seolah-olah seperti tidak percaya dengan kata-kata Megat Emir itu.

Erina hanya mengangguk perlahan dan menuduk malu.

"Punya la mama panjang membebel tadi rupanya inilah calon menantu mama yer. Pandai Emir kenakan mama. Bertuah punya anak!" Puan Marina menampar perlahan lengan anaknya itu.

"Rina ni lah mama.. Dia nak suh rahsiakan relationship kitorang ni dulu. Katanya tak bersedia lagi nak orang tahu pasal kitorang. Kalau ikutkan Emir...Emir nak bagi satu dunia tahu that she is my love!"

"Rina..Perkara yang baik jangan dibuat lambat. Rina nak bersedia dari segi apa? Kang dah kahwin kang macam-macam benda Rina leh bersedia tau. Takpa.. Nanti Rina bagitau umi dan ayah Rina next week auntie nak datang merisik."

"Merisik?" Melopong Erina mendengar kata-kata Puan Marina yang penuh teruja itu.

"Iyer.. Merisik... Emir ni kalau tak push tak jalan! Slow macam siput babi."

"Mama...ada pula samakan Emir dengan siput babi. Sabar jerla mamaku ini." Megat Emir menggosok-gosok lengan Puan Marina.

"Iyer la..macam siput babi..takan mama nak cakap Emir slow macam sloth pulak. Tu melampau sangat slownya." Puan Marina mengekek kecil sambil menutup mulutnya dengan jari.

"Siput babi pun siput babi la...yang penting Erina ni kekasih hati Emir." Megat Emir mengeyitkan matanya kepada Erina.

"Dah..Mama dah lapar ni.. Jom makan cepat anakku dan bakal menantuku!" Teruja Puan Marina lalu mencuit hidung Erina. Erina hanya tersenyum malu.

--------------------------------

Megat Amar berehat di laman rumah sambil bermain telefon bimbitnya. Puan Marina menghampiri anak bongsunya itu.

"Amar lambat pula tidur hari ni. Tak ngantuk ke? Esok tak kerja ke?" Puan Marina menegur Megat Amar.

"Esok kerja la mama cuma Amar tengah duk berfikir ni..nak terima ke tak offer pergi seminar kat UK next week?"

"Owhh..mama ingatkan apa? Pergi jela seminar tu. Bukannya Amar tak pernah pergi mana-mana seminar dan kursus dekat oversea tuh. Ishh..macam tak biasa pulak." Puan Marina menampar lembut peha anaknya itu.

"Amar berat hati nak pergi..sebab Amar ingat nak bagi peluang dekat staff yang lain. Bagi staff junior pergi la pulak sebab Amar dah selalu pergi."

"Kalau Amar tak pergi boleh ker?Tiket company dah beli ke?"

"Ni bos yang beria suruh Amar pergi sangat tu. Semua urusan di UK company dah uruskan. Tiket dan hotel pun company dah booking." Jelas Megat Amar.

"Kalau arahan bos Amar ikut jerla. Prestasi Amar tengah naik di mata bos tu. Maybe next time Amar boleh cadang dekat bos supaya hantar staff lain pulak." Puan Marina cuba memberi cadangan dan meredakan kecelaruan anaknya itu.

"Ok..sebab mama ni cantik...Amar ikut je saranan mama. " Senyum Megat Amar lalu mencium pipi mamanya itu.

Megat Amar sememangnya adalah salah seorang jurutera perisian harapan syarikatnya bekerja. Dia adalah pekerja yang paling di harapkan oleh majikannya itu. Setiap kali ada seminar, kursus dan simposium melibatkan informasi teknologi terkini,  pihak syarikat dan majikannya lebih gemar menghantarnya untuk menghadiri program-program tersebut.

"So Amar kalau pergi next week tu berapa lama?"

"Erm..dalam two weeks la juga. One week seminar dan another one week Amar ingat nak jalan-jalan pusing UK. Nanti boleh la Amar beli handbeg untuk mama. Sebab time tengah sale kat sana that week." Megat Amar cuba mengambil hati Puan Marina. Dia tahu mamanya itu memang pengemar koleksi beg tangan berjenama popular.

"Dah tua-tua ni mama dah tak berapa nak beli handbag dah...mama lebih suka untuk memikirkan masa depan anak-anak mama bila mama dan papa dah takda nanti. Mama lebih suka fokus pada ibadah sekarang ni. Sebab tulah mama sekarang ni lebih kerap menghadiri kuliah agama, tazkirah..tausiah.."

"Erm...alhamdulillah..." Balas Megat Amar.

"Mama lebih suka dekatkan diri dengan ilmu agama dan berkawan dengan kawan-kawan yang  sentiasa berfikiran positif. Amar tu...no more playboy or kasanova or what ever..Jaga sikit air muka mama dan papa." Puan Marina cuba memperingati anaknya itu agar berkelakuan lebih baik.

"Amar dah tak macam dulu dah mama. Dulu yerla tengah muda, muka handsome pulak tuh so Amar takleh nak elak kalau ada ramai girls nak mendekati Amar. Tapikan mama...senakal-nakal Amar pun..Amar tak pernah rosakkan anak dara orang yer. I'm still a V-card holder. I'm waiting for the right one. Hahaha..." Laju Puan Marina menarik telinga anaknya itu apabila mendengar kata-kata Megat Amar.

"Perasan betul anak mama ni. Perasan handsome...Handsome lagi papa kamu tau! But hopefully you still V-card holder yer..if not...mama rotan Amar macam masa kecik-kecik dulu." 

Gelak tawa Puan Marina dan Megat Amar memecah kesunyian di laman rumah. Mereka segera masuk ke dalam rumah sebaik sahaja nyamuk mulai menggila gigit Puan Marina dan Megat Amar. Masing-masing sudah menggaru-garu kerana gatal di gigit nyamuk.

Share this novel

Rose
2026-03-15 22:36:13 

Saya menunggu next….


NovelPlus Premium

The best ads free experience