Makcik nya Jamilya ingin menjelaskan kepada Burak tentang apa yang terjadi. Tetapi Jamilya tidak berani kerana wajah Burak terlihat sangat marah dan tidak berkata sepatah pun kepada nya.
Burak terus mengangkat Aina dan membawa nya ke dalam kereta.
Burak telah memandu kenderaan dengan sangat laju ke hospital.
Leyla mandi dengan sangat cepat kerana mendengar nenek nya Jamilya memanggil. Dia keluar dan melihat nenek nya Jamilya sedang pucat.
"Nenek! Apa yang jadi tadi? Kenapa Anas menangis! Mana makcik Aina!"
"Dia pengsan dengan tiba-tiba, nenek tak buat apa-apa."
Jamilya sedang berfikir. "Apa yang aku harus katakan pada Burak nanti!"
"Nenek! Mana makcik Aina nek!" Jerit Leyla.
"Burak sudah bawa dia ke hospital!" Jerit Jamilya.
Mereka berdua bercakap dalam bahasa turki.
----------------
Leyla terus berlari ke arah apartment, untuk beritahu, tok Abi dan tok Umi yang makcik Aina telah pengsan dan sudah di bawa ke hospital.
"Apa!" Semua ahli keluarga sangat terkejut.
"Siapa yang hantar kan Aina ke hospital?" Tanya Abi.
"Pakcik Burak." Jawab Leyla sambil minum air kosong yang Aliya ambil kan.
"Ya Allah, macam mana Aina boleh pengsan." Suara Umi terdengar sangat sedih.
"Tak tahu tok Umi, tadi Leyla tengah mandi. Leyla tak sempat keluar."
"Mana Anas dengan Umar?" Tanya Aira.
"Pakcik Burak dah bawa Anas dengan Umar sekali."
"Abi, perlu ke kita pergi hospital sekarang!" Amin bersuara.
"Tak perlu lagi, kita tunggu sampai Burak yang bawa Aina pulang."
Abi sedang berfikir dan berkata di dalam hati nya. "Kemungkinan, Burak dapat melihat wajah Aina di hospital."
"Abi kenapa kita tak perlu pergi ke hospital." Muaz bertanya.
"Nanti Abi akan jelaskan."
"Insyaallah Aina tak apa-apa." Suara Umi yang dalam kerisauan.
----------------
Sampai di hospital. Burak menggendong Aina dan membawa nya masuk ke dalam ruang kecemasan.
Burak berasa tenang kerana doctor wanita yang sedang merawat Aina di dalam ruang kecemasan.
Burak berdiri memegang tangan Anas dan Umar, yang sedang menangis tersedu-sedu.
"Anas dengan Umar jangan risau ya, ummi tak sakit apa-apa. Ummi hanya penat sedikit, sebab itu pakcik bawa ummi datang sini, supaya doctor boleh bagi ubat pada ummi. Sekejap lagi ummi akan sedar. Jangan nangis, nanti ummi sedih tengok Anas dengan Umar macam ni." Burak berkata dengan suara nya yang menyenangkan.
Semasa Aina terbaring di katil hospital, tidak sedarkan diri selama dua puluh minit. Burak terpegun melihat wajah Aina yang cantik, berseri, ayu dan sempurna.
"Encik-encik!" Kata doctor wanita tadi.
"Ya saya! Ada apa doctor?" Jawab Burak yang sedang tergamam.
"Ini niqab puan Aina." Kata doctor.
"Ya terima kasih doctor." Burak mengambil nya, dan dia berkata lagi. "Doctor macam mana dengan keadaan dia?"
"Isteri encik tidak mengalami kecederaan luaran. Tetapi dia telah mengalami tekanan dalaman yang sangat kuat, sehingga dia hilang kestabilan dan di sebabkan itu dia jatuh pengsan. Kalau boleh setelah ini jangan ada lagi tekanan kepada nya, kerana itu tidak baik buat kesehatan mental dia."
"Baik doctor, saya faham."
"Dia sudah demam berapa hari ya? Kerana panas badan nya masih belum berkurang."
"Aina demam? Kenapa Aina tak berehat, kenapa dia paksa diri dia untuk menghantar Leyla pulang." Burak berkata di dalam hati nya.
"Saya tak pasti doctor." Burak bercakap sambil melihat Aina.
"Encik kena berikan lebih perhatian kepada dia, encik perlu menjaga kesihatan isteri encik, ini nasihat saya sebagai doctor." Doctor itu menyangka yang Burak seorang suami yang tidak bertanggung jawab
"Ya baik doctor, terima kasih." Jawab Burak yang tersenyum sedikit kerana doctor itu berfikiran yang dia adalah suami Aina.
"Doctor! Kalau isteri saya sudah sedar nanti. Adakah dia boleh pulang?" Burak bertanya lagi.
"Ya, dia sudah boleh pulang, tapi dia perlukan rehat yang secukupnya."
"Baik doctor, terima kasih sekali lagi."
Burak dan doctor itu bercakap dalam bahasa turki.
Kemudian..
Burak menatap wajah Aina, lalu dia mendekatinya dan memakaikan niqab yang ada di tangan nya di wajah Aina.
Burak melihat mata Aina sambil dia berkata di dalam hati nya. "Apa yang makcik Jamilya telah lakukan pada Aina dan apa yang makcik Jamilya sudah katakan pada Aina?"
----------------
Setelah tiga puluh minit berlalu. Aina tersedar dan melihat Anas dan Umar tertidur di pangkuan nya.
Aina berfikir sejenak dan berkata di dalam hati nya. "Macam mana akak boleh ada dekat sini? Siapa yang hantar akak sampai sini?" Aina mengambil telefon dia di dalam beg tangan nya di atas meja.
Aina, Aira, dan Aliya, memanggil diri mereka sendiri dengan panggillan. Akak.
Aina melihat ada orang sedang duduk di balik langsir yang ada di sebelah nya.
Lalu Aina cuba untuk bangun dari berbaring dengan pelahan-lahan, tetapi Anas telah tersedar dan bersuara. "Ummi! Ummi sudah sedar! Umar bangun!" Suara nya kuat.
Burak terdengar dan ingin pergi melihat Aina. Tetapi tidak jadi kerana terdengar suara Anas memanggil nya.
"Pakcik Burak! pakcik Burak!"
"Ya allah, dia ada dekat sini." Aina sangat-sangat terkejut lalu Aina membetulkan niqab nya sambil Umar tertidur lena di atas ribaan umminya.
Anas pergi mencari Burak dan nampak Burak ada di bangku sebelah. "Pakcik Burak, ummi sudah sedar, ummi sudah sehat." Anas tersenyum ceria.
Burak mengangguk sambil tersenyum mengusap kepala Anas. Lalu Burak bangun dari duduk nya sambil tarik langsir ke tepi dan berdiri di depan Aina lalu Aina berkata sambil melihat Burak. "Macam mana saya boleh ada dekat sini."
"Saya nampak awak jatuh pengsan depan mata saya, jadi saya yang bawa awak datang sini.
Aina menunduk kan wajah nya sambil mengambil telefon nya.
Kemudian Burak bercakap lagi. "Awak jangan risau soal keluarga awak, sebab saya dah bagitahu abang awak Amin yang awak ada dekat sini."
Aina mengangguk sambil melihat anaknya Anas yang berdiri di sebelah Burak.
"Awak dah boleh balik rumah hari ini, cuma awak perlu banyak kan berehat. Tadi saya juga sudah minta izin Amin untuk menghantar awak pulang. Jadi biar saya yang gendong Umar." Burak bercakap sambil melihat Aina kemudian dia melihat Umar.
Aina meletak kan kepala anaknya Umar di atas tilam lalu Aina ingin bangun dari katil itu tetapi tidak sempat, kerana Burak sudah menundukkan badan nya dan merapatkan badan nya pada Aina untuk mengambil Umar sambil berkata. "Maaf."
Aina cepat-cepat bangun dari katil itu. Lalu dia memegang tangan Anas sambil berkata di dalam hati nya yang sedang berdebar-debar melihat Burak. "Dia ni sengaja ke tak? Sepatutnya bagi akak bangun dulu baru lah dia ambil Umar."
Aina mula rasa yang Burak seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan.
Kemudian mereka berjalan keluar bersama-sama.
Aina berjalan di belakang Burak yang sedang menggedong Umar yang masih lagi tertidur lena.
Sampai di lobi hospital, Burak bersuara sambil melihat Aina. "Awak dengan Anas tunggu sini dulu, saya pergi ambil kereta kejap."
Aina mengangguk kan kepala nya sambil melihat Burak.
Sampai di kereta Burak baringkan Umar di kerusi depan lalu Burak menaiki kereta dan sampai di depan lobi.
Kemudian Burak turun dari kereta dan berjalan laju ke arah Aina untuk membuka kan pintu belakang buat Aina dan Anas.
Mereka berdiri berhadapan lalu Aina terpandang mata Burak yang sedang pegang gang tangan Anas untuk masuk kan nya ke dalam kereta.
Burak tahu yang Aina sedang melihat nya lalu dia memandang Aina dengan senyuman manis nya.
Wajah Aina menjadi merah lalu Aina menunduk kan wajah nya sambil masuk ke dalam kereta dengan hatinya yang sedang berdebar-debar.
Burak menutup kan pintu untuk Aina sambil menunduk tersenyum malu kerana Aina seperti sudah tahu yang dia ingin memikat hatinya.
----------------
Semasa dalam perjalanan pulang.
Aina melihat telefon nya dan tidak ada panggilan atau whatsapp dari Abi atau ahli keluarga yang lain.
Aina berkata di dalam hati. "Mungkin Leyla sudah beritahu sebab tu Abi tak tanya."
Aina tidak pernah pulang lewat, selalu nya sebelum jam tujuh malam Aina pasti sudah ada di rumah. Hari ini adalah pertama kali nya Aina balik lewat.
Burak melihat mata Aina dari cermin depan. Lalu Burak bersuara. "Aina, saya nak cakap sikit boleh ke."
Aina mengangguk sambil melihat mata Burak dari cermin depan.
"Esok saya ada kerja di luar kawasan kota istanbul, mungkin saya akan balik lewat malam dan mungkin juga saya tak dapat balik rumah. Jadi saya ingatkan beberapa hari ini saya nak hantar Leyla dengan Ryan tinggal di rumah awak sementara saya tak ada, boleh ke Aina?"
Aina mengangguk kan kepala nya sambil berkata. "Boleh, insya'allah."
"Yeahh kakak Leyla dengan baby Ryan tinggal dengan kita." Anas juga bersuara sambil tersenyum gembira.
Aina langsung tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Jamilya kepada nya.
Aina tidak mempedulikan Jamilya, di dalam fikiran Aina hanya ada Leyla dan Ryan.
----------------
MALAM. Jam 9:00pm.
Setibanya mereka di depan apartment. Aina turun dari kereta dan melihat ada Umi dengan abang Amin, kemudian Umi menyuruh Aina naik ke atas.
Burak menjadi sangat-sangat malu kerana Umi Aina juga ada sekali bersama Amin.
Abi telah menyuruh Amin dengan Umi turun ke bawah untuk berjumpa Burak dan ucapkan terima kasih pada nya lalu mengajak nya untuk makan malam sekali dengan mereka.
"Tak apa makcik saya tolong Aina ikhlas dan kalau sekarang ni tak boleh makcik, sebab saya ada janji dengan kawan saya jam sembilan ni. Lain kali lah makcik saya dengan Leyla akan datang makan sini." Jawab Burak dengan senyuman nya penuh sopan santun.
"Baiklah, lain kali saja, insyaallah." Kata Umi dengan senyuman.
Setelah Umi bagi Ryan pada Leyla dan mereka sudah masuk ke dalam kereta. Burak memanggil Amin yang sedang menggendong Umar. "Amin sekejap, tadi doctor suruh Aina banyak kan berehat sebab dia demam, jadi dia perlukan rehat yang secukup nya."
"Okay, kau jangan risau." Jawab Amin sambil menepuk lengan Burak dengan senyuman nya.
Selepas Burak hantar Leyla dengan Ryan masuk ke dalam rumah. Burak terus pergi ke rumah makcik nya Jamilya.
Semua keluarga duduk di ruang tamu, untuk mendengarkan apa yang telah terjadi. Kemudian Aina terus bercerita mengenai makcik Jamilya.
Semua ahli keluarga yang lain semua nya bercakap-cakap soal Jamilya.
"Cukup lah tu, biarkan je makcik tu sebab benda pun dah jadi." Abi berkata kepada semua ahli keluarga nya.
Kemudian Abi beritahu semua ahli keluarga mengenai Burak.
"Korang ingat lagi kan. Abi pernah bagitahu yang ada seorang lelaki non muslims nak belajar agama islam dengan Abi dan setiap malam dia akan datang masjid untuk belajar."
Semua mengangguk sambil melihat Abi.
"Tahu tak siapa lelaki itu?"
"Siapa Abi?" Tanya Umi.
"Lelaki itu adalah Burak ozcivit! Pakcik Leyla."
Semua keluarga sangat terkejut setelah mendengar apa yang Abi beritahu itu.
"Ya Allah betul ke ni Abi! Makna nya Burak yang kita kenal ni dah nak masuk islam." Amin bercakap dengan senyuman gembira.
"Alhamdulillah kecil saja dunia ini." Umi berkata dengan senyuman suka.
Aina sangat-sangat terkejut lalu dia mendiamkan diri sambil menunduk.
"Satu lagi, yang ini sangat-sangat penting! Aina jangan pengsan pula bila dah dengar ni." Abi berkata sambil memandang Aina dengan senyuman nya.
"Apa dia Abi?" Tanya Muaz yang tidak sabar lagi.
"Burak, dia sudah jatuh cinta pada Aina sejak kali pertama dia jumpa Aina." Abi bercakap dengan senyuman gembira sambil melihat mata anaknya.
Aina tersedak setelah mendengarkan itu. Lalu Aina terbatuk kerana terkejut dan malu.
"Ya Allah, tenang kak Aina." Aira bercakap sambil menepuk belakang badan Aina dengan senyuman manis nya.
Umi dan Suha juga tersenyum gembira melihat Aina.
"Patutlah abang tengok Burak tadi sangat risau pada Aina. Sampai dia ingat kan abang yang Aina perlukan rehat secukup nya." Amin berkata dengan senyuman di wajah.
"Ohh ya Allah! Rupanya ada orang suka kak Aina dalam diam!" Aliya terlalu suka sehingga dia bersuara kuat.
Semua keluarga tertawa kerana Aliya baru memahami keadaan yang sebenar nya.
----------------
Di depan pintu rumah Jamilya.
Burak mengetuk pintu rumah makcik nya dengan sangat kuat.
Jamilya dengan rasa tidak bersalah dia membuka pintu dan berkata. "Ada apa kamu datang sini!"
"Makcik cakap apa pada Aina tadi?" Kata Burak dengan suara yang keras.
"Kenapa kamu nak tahu."
"Makcik Jamilya sudah buat apa pada dia! Sampai Aina boleh pengsan macam tu!" Burak bercakap dengan suara yang sangat marah.
"Makcik hanya kata apa yang sepatut nya, itu saja!" Jamilya berkata dengan tegas.
"Tolong beritahu saya, apa yang telah makcik katakan padanya." Burak mengusap wajah nya kasar, dia sedang menahan marah nya kerana dia masih ada rasa hormat pada makcik nya itu.
"Burak kamu tahu tak! Perempuan itu sudah lama menjanda. Anak-anak dia tidak pernah ada ayah sampai sekarang ini. Tiba-tiba saja dia sangat baik pada Leyla, sehingga setiap hari Leyla pergi bermain di rumah perempuan itu. Kamu tidak rasa pelik ke?" Jamilya bercakap dengan suara yang kuat dan marah.
ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ
BERSAMBUNG
Share this novel