Bab 61

Romance Completed 15392

" Muna, aku tunggu kau dekat bawah ni. Jangan lama-lama tau, " pesan Hayyani kepada Muna yang sedang menanggalkan tali pinggang keledar di sebelahnya.

" Yalah, kejap aje. Hari ni aku off day tapi staf lain semua kerja macam biasa. Cuma, tiba-tiba HQ bagitau hari ni pengurus besar dah balik Malaysia. Itu yang ingat nak pergi jumpa kejap semua sekali. Lagipun baru pukul 4 so alang-alang masih office hour aku pergilah kejap, " beritahu Muna sambil membetulkan letak tudungnya. Sempat juga dia mengeluarkan bedak compact di dalam beg tangannya lalu ditepekkan pada wajah. Touch up mana yang patut.

Hayyani tersenyum kecil. Dia melihat saja keletah Muna yang kelam kabut itu.

" Banyak-banyak hari kenapalah mesti hari ni jugak bos kau balik. Yalah, cepat sikit. Kalau ada makan-makan jangan join. Aku tak tunggu kau, aku balik terus."

" Yalah. Mana ada makan-makan. Ingat ni majlis sambutan hari raya ke nak ada makan-makan."

Selang beberapa saat, Muna pun berlalu meninggalkan Hayyani di kawasan letak kereta itu. Sesekali, terdengar suara Hayyani bernyanyi kecil mengikut rentak muzik yang berkumandang di radio. Sedang asyik meliarkan pandangan ke sekeliling, sorotan matanya jatuh pada telefon bimbit Muna di atas papan pemuka.

" Muna... muna. Macam manalah kau boleh cuai sampai tertinggal fon ni, " omel Hayyani seraya mencapai telefon itu.

Enjin kereta dimatikan dan dia membuka tali pinggang keledar. Lebih baik dia memberikan telefon bimbit itu kepada Muna sebelum terlambat. Setelah menjelaskan kepada pengawal keselamatan yang menjaga pintu utama, Hayyani dibenarkan masuk.

Sewaktu di depan lif, dia menekan punat untuk naik ke tingkat 5 tempat Muna bekerja seperti yang dijelaskan oleh receptionist bertugas. Setibanya di tingkat berkenaan, dia meluru masuk ke dalam pejabat berpenghawa dingin itu. Sebaik saja terlihat kelibat Muna yang sedang berkerumun dengan pekerja lain itu, Hayyani melambai tangannya berharap Muna perasan.

" Muna kau tertinggal.... " suara Hayyani tak kesampaian kerana semuanya sedang fokus kepada seorang lelaki yang bercakap. Jadi, dia memutuskan untuk menunggu di situ.

" Selamat tengah hari semua. Seperti yang dijanjikan, IF Engineering akan menyambut kedatangan ketua pengarah eksekutif kita yang akan mengadakan lawatan selama 3 bulan di Malaysia. Mungkin ada di antara pekerja veteran yang sudah kenal tapi tak mengapa, kita berikan peluang untuk pekerja baru pula berkenalan. Kenalkan, Mr. Ismet Farhan CEO IF Engineering dari Turki, " perkenal seorang lelaki selaku pengurus di syarikat itu.

Hayyani cuma tersenyum memerhati dari jauh. Tidak kekal lama senyuman di bibirnya setelah dia terlihat seseorang. Ibarat hatinya dipanah petir, lelaki yang diperkenalkan kepada para pekerja di situ sungguh memeranjatkannya.

" Helo dear respective workers, my name is Ismet Farhan the chief executive officer of IF Engineering. I am glad to be able to work with you guys and I hope everything is going well between us for as long as I am here, " ucap lelaki yang tampan dalam persalinan kot itu. Kemudian, dia bersalaman dengan staf lelaki di situ dan turut menyapa pekerja-pekerja yang lain.

Tanpa sedar, manik-manik jernih mula luruh di pipi Hayyani. Dia tidak menyangka dan masih tidak percaya dengan apa yang terhidang di hadapannya kini.

" Malik? " Meniti juga sepotong nama itu melalui celah bibir Hayyani. Mata-mata di situ mula memanah ke arahnya membuatkan suasana bertukar sunyi buat seketika.

Muna yang tidak menyangka akan melihat keberadaan Hayyani di situ segera berlari anak dan mendapatkan temannya.

" Daneen apa kau buat dekat sini? Kau kenal dia ke?" soal Muna separa berbisik. Namun, soalan itu dibiarkan sepi.

Hayyani masih jelas terkesima melihat lelaki yang amat dikenalinya di situ. Ya, Malik Ghaozani yang turut terpana melihatnya. Tanpa dapat memikul sebak lagi, Hayyani berlari meninggalkan pejabat itu. Cuba dia tekan punat untuk menutup pintu lif namun tangan lelaki itu lebih cepat menghalang.

" Hayyani! " Panggil Malik.

Hayyani cuba melarikan diri untuk keluar dari lif itu. Namun dia tidak berdaya apabila Malik mula menggenggam kemas pergelangan tangannya.

" Wait Hayyani. Listen to my explanation! " Tekan Malik yang kelihatan terdesak.

Air mata Hayyani semakin lebat berjuraian. Tangannya direntap kasar daripada pegangan lelaki itu memandangkan ada ramai yang memerhati.

" I don't need your explanation. You deceived me, Malik. Oh... my bad. Maybe I should start calling you Farhan?" sindir Hayyani sinis. Rupanya lelaki itu berlindung di sebalik identiti Malik Ghaozani selama ini. Kenyataan itu menghancur leburkan hatinya.

Malik menarik nafas dalam-dalam. Dia menarik Hayyani kembali masuk lalu pintu lif ditutup untuk menghindari pandangan orang.

" I have reasons behind this. Please, spare me some time to explain. "

Nafas Hayyani turun naik dengan kasar. Mata Malik disoroti dengan pandangan tajam.

" What is there to explain? Everything I saw today is sufficient to conclude what is going on behind me all this time. You are such a liar. From your name to your background. Everything is a lie. Now it makes sense why you didn't appear when I waited for you like crazy on my last day in Istanbul, " bangkit Hayyani senafas. Bila mengenang kembali saat Malik membiarkannya pulang seorang diri dulu perasaannya bagai disiat-siat. Kini lelaki itu muncul lagi membuat hati perempuannya kacau bilau.

Malik meraup wajahnya. Dia kembali menghadap Hayyani yang kelihatan berang.

" Hayyani, please forgive me. To be honest, I wanted to meet you at the airport at that time. But I couldn't make it because I was engaged in accident. Listen to me. My real name is Ismet Farhan. Malik Ghaozani is my friend. He is the real owner of the flower shop. The only reason I used his identity is, I wanted to be the nearest person to you. I wanted to approach you as a normal person and not somebody with status and wealth, " terang Malik bersungguh-sungguh.

Sejak kali pertama melihat Hayyani, Malik sudah bertekad untuk mendekati gadis itu sebagai orang biasa. Dia bimbang status dan latar belakang akan membuatkan Hayyani tidak selesa untuk berteman dengannya.

" I don't need your money and if you think I'm that typical gold diggers, you are totally wrong."

" I never would think of you that way. You are not that kind of person. I want you to know that I received all your letters and I know almost everything."

" But why? Why didn't you reply to my letters all this time? " soal Hayyani dalam esakannya yang pedih. Selama ini dia menganggap Malik sengaja tidak membalas kesemua surat yang dikirimkannya.

Malik menghela nafas panjang. Duka dan air mata Hayyani melemahkan jiwa lelakinya. Banyak perkara yang harus dia jelaskan biar bersuluh segala kebenaran.

" I've read everything you wrote in that letters. I know it's too late now but I want you to know that I love you Hayyani, " luah Malik berani. Perasaan itu sudah lama terbugar dari relung hatinya sejak hari pertama mereka bertemu.

Hayyani menutup telinganya sambil menggeleng rakus. Air mata tidak sudah-sudah membanjiri pipi. Perasaannya sungguh bercelaru di saat ini.

" Enough! Stop confessing. I love my husband. Only him, " tukas Hayyani dalam esakannya.

Punat lif cuba ditekan untuk membuka pintu. Dia sudah tidak betah menghadapi Malik. Namun, sekali lagi bicara Malik seakan menghalangnya pergi.

" But your handwritings say the opposite. You love me too. I came here to save you Hayyani. I want to end your suffer, " kata Malik serius. Sudah cukup dia melihat duka dan derita yang sering menari-nari di mata itu. Dia mahu membuat Hayyani bahagia sehingga dia menutup mata. Itulah azam yang digenggamnya ketika pulang ke Malaysia.

Hayyani terpana. Kata-kata Malik meresap ke dalam luhur hatinya menyentuh jiwa. Namun mengapa Malik hadir hanya apabila dia sudah membuka pintu hati buat lelaki lain. Sungguh, dia tidak kuat menerima kenyataan ini.

" Daneen, dekat sini rupanya kau. Apa jadi ni?" Soal Muna cemas. Pintu lif hanya dapat dibuka selepas berkali-kali dia cuba membuka. Dapat dirasakan ketegangan suasana di dalam lif itu dan dia pasti ada konflik yang membebani kedua-duanya.

" Muna aku nak balik. "

Hayyani tak menunggu lama. Dia meluru keluar dari lif dan menggunakan tangga kecemasan untuk turun ke bawah. Dia sudah tidak tahan menanggung semua itu.

" Okey, kita balik. "

Muna terpinga-pinga. Dia tidak mengerti situasi sebenar yang berlaku. Lantas dia meminta diri daripada Malik sebelum mengekori temannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience