Bagi Daneen Hayyani, belajar tinggi-tinggi tak ada masalah. Tapi kalau nak menurut permintaan ibu untuk berkahwin dengan Elhan Ashareeq, oh memang tidak. Ulang sekali lagi. Siapa? Ya, Elhan Ashareeq. Lelaki yang pernah disukai dan pernah juga dibenci dulu. Itulah orang kata. Jangan benci nanti sayang. Tapi sebenarnya usaha Elhan Ashareeq yang mumtaz jayyid itu membuatkan Daneen Hayyani terbuka hati dan akhirnya bertemu jua jodoh mereka. Mereka hidup bahagia selepas berkahwin. Namun, siapa sangka kebahagiaan yang dikira akan berkekalan rupanya rapuh dengan kehadiran Malik Ghaozani dalam hidup Daneen Hayyani, lelaki yang pernah ditemuinya ketika bercuti di Istanbul dulu. Konflik itu menguji rumah tangga mereka. Berbagai ujian dan badai yang melanda sehingga satu tahap mereka terpaksa membuat pilihan demi kebahagiaan masing-masing. Namun, pada akhirnya mereka sedar ada takdir yang telah ditetapkan dan tak bisa diubah.
View All Chapters (Total 93 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-11-15 1 Replies
Danee bersambung kasih lg Ker Ngan Farhan!!!
2024-11-14 1 Replies
alahai dah takada pula semangat nak baca bila elhan dan daneen bcerai... kahwin pula dgn jasmine .
2024-11-14 1 Replies
Alahhaii ..xbest lah cmni..xnk elhan cerai ngan daneen..xsuka elhan ngan jasmine