episode 12

Romance Completed 16293

Setelah Burak pergi. Jamilya terus menelefon anak nya itu berkali-kali sehinggalah Jocelyn menjawab panggilan nya.

"Ada apa mommy?" Jocelyn berkata dengan kasar.

"Kau kena lari daripada Burak, jangan jumpa dia. Tadi Burak datang sini cari kau, mommy tengok muka dia tengah marah sangat dekat kau." Kata Jamilya pada anak nya Jocelyn.

"Apa!" Jocelyn teringatkan kata-kata Aina kepada nya tengah hari tadi. "You are nothing to us."

"Mommy rasa Burak sudah tahu rencana kita,  waktu mommy berlakon sakit hari itu."

"Mommy diam boleh tak, okay. Dengar, Jocelyn tak akan pulang selagi Jocelyn tak jumpa dengan wanita j..l..n..g.. itu!" Jerit Jocelyn pada ibu nya Jamilya.

Kemudian Jocelyn terus mematikan panggilan itu dengan perasaan yang sangat marah.

"Aahhhhhh!!!" Jocelyn menjerit dengan sekuat hati nya kerana dia rasa di cabar oleh Aina.

"Wanita ini benar-benar berani. Dia tidak kenal aku siapa. Aku Jocelyn! Aku tidak akan pernah kalah dengan kau. Apa yang aku nak, pasti aku akan dapatkan." Jocelyn bercakap sendirian sambil ketawa jahat.

Burak. Jamilya dan Jocelyn bercakap dalam bahasa negara mereka turki.

----------------

Hari ahad 5 may 2024. Jam 10:00am. Di apartment.

Hari ini Abi dengan Umi ingin menziarahi sahabat lama Abi dan Umi yang sudah lama tinggal di turki.

Dan hari ini juga mereka semua ingin pergi berjalan-jalan ke tempat yang lebih menarik yang ada di turki lagi kerana mereka sudah lama tidak keluar berjalan-jalan.

Tetapi hanya Aina, Umar, dan Leyla sahaja yang tidak pergi berjalan-jalan kerana malam tadi Umar tiba-tiba demam panas.

Semua keluarga sudah berkumpul di ruang tamu.

"Aina betul ke kau tak nak pergi?" Tanya Amin pada Aina.

"Kali ni kita nak pergi ke tempat yang cantik lagi dari sebelum ni, betul kak Aina tak nak pergi." Kata Aira yang sedang duduk di bangku meja makan.

"Tak apa lah, akak memang tak nak pergi. Akak dah menggantuk sangat ni." Jawab Aina dengan senyuman nya.

"Biarlah Aina berehat, malam tadi Aina tak boleh tidur kerana Umar asyik menangis je, sampai pagi ni baru Umar dapat tidur dengan lena."

Umi berkata sambil masuk kan buah buahan ke dalam beg kertas untuk di bawakan ke rumah kawan Abi dan Umi.

"Umar demam ke Umi?" Suha bertanya sambil menolong Umi di dapur.

"Ya, malam tadi badan dia tiba-tiba je panas." Jawab Umi.

"Macam mana boleh demam Aina?" Tanya Amin yang sedang minum air di peti ais.

"Ini semua ketentuan dari allah." Kata Umi sambil memukul lengan Amin.

"Ya, betul apa yang Umi cakapkan tu, bukan nya kak Aina yang nak Umar demam." Aliya bersuara sambil dia memakai niqab nya.

"Abi nanti kalau kak Aina tidur, siapa yang akan jaga budak-budak ni?" Muaz berkata sambil berdiri di tepi sofa.

Leyla yang sedang duduk di sofa sebelah Aina kemudian menjawab. "Leyla ada, acik Muaz jangan risau. Leyla boleh jaga adik-adik."

"Terima kasih Leyla, baik betul lah Leyla ni." Kata Muaz dengan senyuman nya sambil menggosok rambut Leyla.

Semua memandang Leyla dengan senyuman mereka.

"Okay lah kita pergi sekarang. Aina biarkan dia rehat, sebab malam nanti kita akan keluar lagi." Amin bercakap sambil memakai kasut nya.

Malam ini semua ahli keluarga Nordin di jemput oleh Ibu Erysha yang ingin belanja keluarga Nordin makan malam di restaurant kenalan pakcik Erysha dan malam ini juga adalah keputusan mengenai lamaran Muaz di terima ataupun tidak.

Abi sedang duduk di sofa sambil menaip sesuatu di telefon nya. Kemudian Abi berkata kepada Aina. "Abi dah suruh Burak datang sini hantarkan makanan untuk kau tengah hari ini, jadi kau jangan masak apa-apa."

"Tak perlu lah Abi, akak boleh masak. Akak bukan nya penat sangat tak perlu lah kita susah kan dia." Aina bersuara dengan keresahan.

"Abi dah Whatsapp dia dan Abi dah suruh dia belikan makanan dan hantarkan ke sini. Hari ini Abi cuma nak kau berehat sahaja, okay." Abi memandang Aina dengan senyuman nya.

"Abi risau kalau kak Aina penat memasak nanti kak Aina pula yang demam." Aliya berkata sambil memakai kasut di sebelah Amin.

Semua tertawa bahagia kerana Aliya bergurau dengan kata-kata nya.

Aina yang sedang memeluk Anas di ribanya mengangguk dengan senyuman memandang Abi tersenyum sambil melihat telefon.

"Aina kalau dia ada call atau ada hantar apa-apa, kau buat tak tahu je, okay."

"Baik Abi." Aina bercakap sambil mengangguk kan kepala nya.

"Anas jangan nakal- nakal ya. Dengar cakap acik-acik semua." Aina berkata sambil mengusap pipi anak nya.

"Okay ummi." Anas mengangguk kan kepala nya sambil memeluk ummi nya.

"Leyla betul-betul tak nak pergi ke?" Umi berkata sambil mengusap lengan Leyla.

"Lebih baik kalau Leyla ikut juga dorang pergi jalan-jalan daripada duduk rumah, ummi Aina lepas ni dah nak masuk tidur." Umi berkata dengan senyuman sambil berdiri di tepi pintu keluar memakai kasut.

"Tak apa tok Umi, tok Abi. Leyla nak buat kerja sekolah, lepas tu Leyla boleh tonton cartoon sampai ummi Aina bangun." Leyla berkata dengan senyuman nya yang manis sambil melihat tok Abi dan tok Umi.

"Abi dengan Umi mungkin balik lewat, kalau ada apa-apa jadi bagitahu Abi terus faham." Abi berkata kepada Aina sambil berdiri di tepi pintu keluar.

"Baik Abi." Aina mengangguk dengan senyuman nya sambil menunduk mencium tangan Umi dan Abi.

Leyla melihat ummi Aina salam lalu mencium tangan tok Abi dengan tok Umi.

Leyla menjadi penasaran, ingin tahu kenapa ummi Aina dengan acik-acik yang lain semua nya mencium tangan tok Abi dan tok Umi.

"Ummi Aina kenapa tadi ummi cium tangan tok Abi dengan tok Umi." Leyla memandang Aina sambil berjalan di sebelah nya.

"Itulah yang dinamakan menghormati. Kita yang lebih muda ini kena menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Apatah lagi itu adalah orang tua kita, ibu dan ayah kita, lagi lah kita perlu lebih menghormati mereka." Aina berkata sambil berjalan masuk ke dalam bilik.

"Kalau macam tu mulai sekarang. Leyla pun nak salam dan cium tangan orang yang lebih tua daripada Leyla." Leyla berkata dengan ceria sambil melihat Aina.

"Ya, bagus lah kalau macam tu." Aina mengangguk sambil tersenyum ayu.

Sampai di katil. Aina berbaring di sebelah Umar dan Ryan yang sedang tidur lena.

"Leyla nanti kalau Leyla terdengar adik-adik menangis. Leyla terus bangunkan ummi ya. Ummi Aina takut kalau tak sedar masa dorang terjaga nanti, ya."

"Okay." Leyla mengangguk kan kepala nya sambil tersenyum manis.

Mata Aina yang sudah tidak boleh buka kerana sangat mengantuk lalu dia memegang pipi Leyla dan berkata. "Terima kasih ya sayang."

----------------

Jam. 12:30pm.

Burak mengetuk pintu dengan perasaan yang sangat gembira.

Leyla membuka pintu.

"Leyla ummi Aina mana?"

"Ummi lagi tidur."

"Okay lah, Leyla bawa masuk makanan ni, lepas tu panas kan terus." Burak kelihatan kecewa kerana tidak dapat melihat Aina.

"Leyla tak pandai nak panas kan lauk ni. Pakcik Burak tolong lah buatkan."

"Pakcik tak boleh masuk dalam rumah, kalau tok Abi tidak ada."

Leyla menarik tangan Burak dengan sekuat-kuatnya, dia menyuruh Burak masuk ke dalam rumah. "Sekejap je! Lepas tu pakcik Burak dah boleh pergi!" Kata Leyla dengan sangat penat kerana menarik pakcik nya masuk.

Kemudian..

Semasa Burak sedang memanaskan makanan yang dibelinya tadi tiba-tiba Umar keluar dari bilik dan pergi ke Burak.

"Umar nak kencing. Umar mahu buang air kecil." Kata Umar sambil memegang hujung baju Burak yang sedang berdiri di sinki dapur.

Burak terkejut kerana Umar sudah bangun. Kemudian Burak menunduk dan memegang kedua lengan Umar. "Sekejap ya sayang."

"Leyla, cuba pergi tengok ummi Aina dah bangun ke belum?" Burak berkata pada Leyla yang sedang menonton cartoon di sofa ruang tamu.

Burak ingin cepat keluar dari rumah itu sebelum Aina bangun dari tidur.

"Okay." Leyla pergi melihat Aina di bilik. Kemudian Leyla bercakap sambil berjalan ke arah sofa semula. "Belum bangun lagi. Ummi Aina masih lagi tidur."

"Okay, mari sini." Burak membawa Umar ke bilik air yang ada di sebelah bilik Aina.

Semasa Burak sedang menjaga Umar di dalam bilik air. Aina sudah keluar dari biliknya dan dia berjalan sehinggalah dia berdiri di hadapan pintu bilik air di mana Burak dan Umar berada di dalam. "Leyla, Umar mana?" Tanya Aina perlahan.

Leyla terkejut kerana ummi Aina sudah bangun kemudian Leyla berlari ke arah Aina lalu dia menolak Aina dari depan dengan sangat kuat tanpa berkata apa-apa kepada Aina.

Aina mengundur ke belakang sampai di depan pintu bilik tidur nya. Aina berhenti dan berkata. "Kenapa ni Leyla! Ada apa ni?"

Burak yang tidak dengar apa-apa telah membuka pintu bilik air sambil menggendong Umar dengan tuala.

Kemudian Burak tergamam seketika kerana melihat Aina yang dalam keadaan tidak berjilbab. Burak melihat rambut nya yang di ikat sanggul dengan baju tidur kelawar berwarna putih, berbunga kecil, kuning keemasan.

Kemudian Burak memalingkan wajah nya ke tepi dan dia menunduk kan wajah nya dengan debaran kuat di dalam hati nya.

"Astagfirullah! Ya Allah!" Aina sangat terkejut lalu memusingkan badan nya dengan sangat cepat berdiri di tepi pintu bilik tidur nya sambil menutup mulut.

Lalu Burak berkata. "Maaf! Maafkan saya Aina! Saya tidak nampak apa-apa. Benar saya tidak melihat apa-apa."

Aina memandang Leyla dan memberi isyarat dari wajah nya dengan tangan nya. "Kenapa pakcik Leyla boleh ada dekat dalam rumah?"

Leyla memahami isyarat Aina. Kemudian Leyla bersuara. "Leyla yang menarik tangan pakcik Burak. Leyla suruh dia masuk dalam rumah sebab Leyla nak pakcik Burak tolong panaskan makanan yang pakcik Burak beli itu."

Burak menurunkan Umar yang berada dalam dakapan nya lalu dia berkata. "Aina, saya minta maaf. Saya yang salah, sebab saya ikut kehendak Leyla. Sekali lagi saya minta maaf. Saya akan keluar sekarang juga."

Aina yang masih berdiri di situ berfikir sejenak. Selepas dua minit berlalu, Aina menunduk kan kepala nya dan memegang bahu Leyla kemudian dia berkata. "Leyla, tolong pergi panggil pakcik Burak suruh dia tunggu Ummi dekat depan rumah. Bagitahu dia, Ummi nak jumpa dia kejap."

"Baiklah, Leyla pergi sekarang." Leyla terus berlari keluar dari rumah dan telah sampai di bawah. "Pakcik Burak tunggu!"

Burak sudah sampai di kereta nya. Burak melihat Leyla berlari lalu dia berkata dengan cemas. "Kenapa ni Leyla!"

"Ummi Aina nak jumpa pakcik Burak. Ummi suruh pakcik Burak tunggu dekat depan pintu rumah." Leyla termengah-mengah.

"Betul ke Leyla?" Burak tersenyum bahagia.

"Ya." Leyla mengangguk sambil membungkuk kerana keletihan.

Selepas sepuluh minit. Aina membuka pintu dan melihat Burak tersandar di dinding.

Kemudian Aina keluar dari rumah dengan Umar ada di sebelah nya.

Burak memandang Aina seketika. Kemudian Burak menunduk kan wajah nya kerana dia berasa debaran di hati nya terlalu kuat.

Kemudian Burak melihat Umar dengan senyuman manis.

Aina bersuara sambil memandang ke bawah. "Saya nak minta tolong." Aina hanya mengatakan itu sahaja.

Burak melihat Aina terdiam lalu dia bertanya dengan suara yang lembut. "Apa yang harus saya tolong?"

Aina memandang Burak seketika lalu dia menunduk kan wajah nya semula. "Kalau boleh, tolong jangan beritahu Abi mengenai kejadian tadi."

Burak menatap mata Aina dan belum sempat dia tanyakan mengapa Aina sudah berkata. "Tolong jangan tanya kenapa! Kerana saya tidak akan menjelaskannya." Aina keresahan sambil melihat wajah Burak.

Aina tidak mahu Abi dan keluarganya bersangka buruk tentang Burak. Aina juga tidak mahu menjawab semua persoalan keluarganya nanti dan Aina juga takut Abi akan memikirkan lebih jauh tentang perkahwinan. Di dalam hati kecilnya jika memungkinkan dia tidak ingin ada hubungan apa-apa dengan Burak.

Aina menunduk kan wajah nya. Kemudian dia masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa lagi.

Burak tersenyum kerana dia sudah tahu penjelasan Aina yang sebenar nya.

Burak pulang dengan perasaan yang sangat gembira kerana Aina terlalu risaukan dirinya. Sehingga Aina ingin berjumpa dan bercakap dengannya.

Leyla melihat ummi Aina masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa. Leyla hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan pakcik Burak dengan ummi Aina.

Semasa makan tengah hari. Aina berkata sambil menyuap Umar untuk makan. "Leyla."

"Ya ummi." Leyla memandang Aina.

"Ummi nak minta tolong."

"Tolong apa ummi?"

Aina meletakkan pinggan di atas meja. Kemudian Aina memegang bahu Leyla. "Leyla tolong janji dengan ummi, Leyla tidak akan beritahu tok Abi, tok Umi dan acik-acik semua tentang kejadian tadi ya, sebab ummi tak nak menjawab semua persoalan mereka."

"Okay." Leyla mengangguk kan kepala nya dengan senyuman nya.

"Leyla boleh tolong ummi Aina kan." Aina menatap Leyla sambil memegang lengan Leyla.

"Ya, Leyla janji ummi. Leyla tidak akan beritahu sesiapa pun soal kejadian tadi."

"Terima kasih sayang." Aina berkata sambil mencium kepala Leyla.

ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience