Bab 48

Romance Completed 15392

Keadaan ruang tamu yang lengang tanpa sesiapa itu mendorong Elhan untuk meninjau ke tingkat atas pula. Dia melekapkan telinga ke pintu bilik yang didiami Hanan selama menetap di situ. Senyap saja tanpa bunyi. Dah balik ke? Desis hatinya sendiri.

" Sayang, mana Hanan. Dah balik ke? " itu soalan pertama Elhan sebaik saja dia memulas tombol membuka pintu bilik tidur mereka. Beg satchel berwarna coklat dan kot doktor di tangannya diletakkan atas katil.

" Taklah, ada aje dalam bilik tu. Dah tidurlah agaknya, " balas Hayyani sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.

" Dah try pujuk dia balik? " Elhan mendekati isterinya yang sedang duduk di depan meja solek itu. Kemeja lengan panjang yang tersarung di tubuhnya dilipat hingga ke paras lengan.

" Daneen dah try cuma macam tak jalan aje. Abang cubalah pujuk lagi. Dia mesti dengar cakap abang."

Elhan mengangguk. Bukan dia tak kenal adiknya itu. Merajuk mengalahkan budak kecil.

" Nantilah abang cakap dengan dia lagi. Abah macam mana sihat dah?" soal Elhan prihatin dengan kesihatan bapa mertuanya.

" Elok sikit dah masa Daneen call tadi. Kalau Daneen balik ni confirm sihat terus tu. Abang jangan risau okey."

" Okeylah, sayang baliklah jenguk abah. Tidur sana beberapa hari ke. Nanti abang free abang datang. Kerja loaded sangat sayang. Tak berhenti," adu Elhan. Dia merehatkan kedua belah tangan di atas bahu isterinya, sengaja nak bermanja.

" Biasalah abang. Ramai yang perlukan kepakaran abang nak cepat sihat. Oh ya, abang nak mandi dulu ke nak makan dulu? Kalau abang nak mandi dulu Daneen boleh panaskan lauk."

Hayyani memusingkan tubuh menghadap Elhan yang sedang berdiri di belakangnya. Kasihan wajah itu, nampak benar letih. Apa tidaknya, masuk kerja awal pagi pulang lewat malam. Kadang-kadang hujung minggu pun tiada cuti. Terpaksalah dia memahami tugas Elhan memandangkan dia berkahwin dengan seorang doktor.

" Okey, abang mandi dan solat dululah kalau macam tu. Sayang dah solat? " lembut suara Elhan bertanya. Dia mengusap kepala sang isteri dengan sepenuh kasih sayang.

Hayyani tak terus menjawab soalan itu sebaliknya dia mengambil tangan Elhan yang masih melekap di atas kepalanya lalu dikucup kejap. Biar hilang lelah di pundak yang kuat bekerja itu. Di mana lagi tempat seorang suami hendak beristirahat kalau bukan di pangkuan seorang isteri.

Elhan tersenyum senang. Setiap kali dia mengusap kepala Hayyani, isterinya itu akan mencium tangannya tanda hormat kepada dirinya sebagai suami. Jauh sudah cintanya kepada Hayyani berkelana di dalam hati, bahkan terasa seolah kasihnya sudah terbang di dalam syurga.

" Dah. Nak keringkan rambut sekejap. Nanti Daneen turun nak panaskan lauk. Abang pergilah mandi," kata Hayyani sebelum dia kembali memandang ke arah cermin di meja solek. Rambutnya yang masih lembap dilap lagi.

" Biar abang tolong. "

Melihat Hayyani tidak membantah, Elhan terus mengambil tuala kecil di tangan isterinya lalu rambut yang panjangnya separas bahu itu dilap perlahan-lahan.

" Abang, Daneen dah lama nak tanya. Kenapa Aisyah tak boleh tinggal luar hospital macam pesakit lain. Kalau datang pun mungkin untuk rawatan susulan. "

" Sebab jantung Aisyah boleh berlaku banyak komplikasi sayang. Abang pernah aje bawa Aisyah tinggal dekat rumah. Seingat abang paling lama pun seminggu. Tapi satu hari tu tiba-tiba jantung Aisyah ada komplikasi. Sakit jantung ni jangan buat main sayang. Kalau tak rawat cepat boleh bahayakan nyawa, " jelas Elhan sebaiknya. Kalau boleh dia juga mahu membawa Aisyah tinggal bersamanya. Lebih selesa di rumah berbanding di hospital namun dia tiada pilihan selain menempatkan Aisyah di hospital setiap masa.

" Tapi abang kan ada. Abang boleh selamatkan Aisyah in case jadi macam tu, kan? "

" Memang abang boleh bagi bantuan kecemasan tapi kalau tak ada peralatan lengkap dengan abang, susah abang nak bagi bantuan. Abang pun ada pesakit lain selain Aisyah nak dijaga. Bukan setiap masa abang akan ada dengan Aisyah jadi abang risau. Kalau dekat hospital senang semua akses kemudahan ada. Bantuan kecemasan pun staf hospital sentiasa ada nak pantau kalau jadi apa-apa. Jasmine dengan Arif pun ada sama-sama tolong jaga Aisyah. Abang pun sebolehnya nak bawa dia tinggal sama-sama tapi belum boleh lagi sekarang. Abang tunggu Aisyah sihat dulu, " terang Elhan lagi secara panjang lebar. Kalau nak mengharapkan dia seorang yang menjaga Aisyah, mustahil baginya. Nasib baiklah ada Jasmine dan Arif selama ini.

" Jasmine kata Aisyah tengah tunggu penderma. Lepastu, mungkin Aisyah boleh hidup normal. Daneen tak kisah kalau abang nak bawa Aisyah tinggal dengan kita. Nanti taklah Daneen sunyi tinggal sorang-sorang," ujar Hayyani kedengaran teruja suaranya.

Apabila berbual dengan Jasmine, banyak perkara yang wanita itu ceritakan tentang Aisyah. Jadi bolehlah dia tahu serba sedikit tentang anak kecil itu. Dia tahu betapa besarnya nilai Aisyah di mata Elhan jadi dia tak kisah andainya harus berkongsi ruang di rumah ini dengan si comel.

" Kalau macam tu kita buat anak sendirilah. " Elhan sengaja mengusik Hayyani dengan wajah nakal. Kemudian, dia ketawa sendiri apabila Hayyani menampar lengannya.

" Eee, abang ni ke situ pulak. Itu lain ceritalah. Daneen cuma nak tebus balik salah Daneen pada Aisyah. Yalah, sebelum ni Daneen selalu pandang rendah pada dia. Fikir yang bukan-bukan. " Hayyani kembali beriak serius.

Dia pernah berprasangka anak kecil itu sebagai anak luar nikah Elhan dengan wanita lain ketika di London dulu. Syukurlah Allah akhirnya membukakan pintu hatinya untuk melihat kebenaran sebenar. Kebenaran indah tentang betapa tulusnya hati seorang lelaki bernama Elhan Ashareeq menjaga anak kecil yang langsung tiada pertalian darah dengannya.

" Sayang tak tahu apa-apa masa tu. Jangan fikir lagi dah. Okey sayang. Nanti abang bincang dengan Jasmine macam mana. Sebab abang rasa kita kena bagi hak penjagaan tu pada Jasmine dulu sebelum abang. Sebab dari kecil Jasmine yang susukan Aisyah, ragam Aisyah dia yang lebih tahu untuk pujuk dan paling penting, sifat keibuan dia. Abang rasa Aisyah perlukan seorang ibu lebih daripada seorang ayah. "

Wajah Hayyani berubah keruh dengan serta merta sebaik saja Elhan memberikan pernyataan itu.

" Kalau macam tu kenapa abang tak kahwin aje dengan Jasmine? Senang tak payah pisahkan Aisyah dengan abang atau Jasmine. Aisyah boleh tinggal dengan papa dan mummy dia sekali. Lagipun kalau nak dibandingkan dengan Daneen, Jasmine lagi bersifat keibuan kan," ujar Hayyani jelas sedang berjauh hati.

Perbuatan Elhan terhenti seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dia bergerak ke hadapan Hayyani lalu merendahkan tubuhnya. Dia tahu Hayyani sudah salah faham. Kedua belah tangan sang isteri diraih.

" Sayang, bukan macam tu maksud abang. " Belum sempat Elhan memujuk, Hayyani bertindak meleraikan pegangan tangannya.

" Abang turunlah lepas mandi nanti. Daneen nak panaskan lauk. "

Dingin suara Hayyani ketika menitipkan pesanan sebelum dia keluar meninggalkan bilik itu. Nak kata dia cemburu? Ya, memang dia cemburu. Seolah-olah Elhan melebihkan Jasmine berbanding dirinya. Dia sedar bahawa dia bukan sesiapa di antara mereka dahulu namun entah mengapa dia berasa seolah Elhan tidak menganggapnya penting. Dia berkecil hati sedikit sebanyak.

****

Pagi-pagi lagi Hayyani sudah mengetuk pintu bilik cikgu Hanan itu untuk bertanya sama ada nak mengikutinya ke pasar raya atau tidak. Berulang kali telinganya mendengar jawapan tidak. Siap dengan ulangan sembilan kali lagi. Tapi tiba-tiba pula boleh ada di sebelahnya menyibuk sama menolak troli di pasar raya.

" Banyak jugak kau beli. Nak masak special untuk aku eh? " tersengih-sengih Hanan bertanya.

Hayyani mencebik. " Kenapa pulak aku nak masak special untuk kau. "

" Yalah, aku kan tetamu. Mestilah kau kasi layanan special pada aku. "

" Eee... perasan. Aku tengah tunggu Lukman tu kutip kau semula aje sebab tu aku layan baik-baik. Ambilkan sos cili belakang kau tu," kata Hayyani berterus terang.

Memang itulah hakikatnya Hanan dengan Lukman sekarang. Macam air dengan minyak mereka punya tak ngam itu. Malas nak bertapis lagi bercakap dengan Hanan kali ini. Nak terasa, terasalah. Lepas ni jangan mengaku kawan baik!

" Amboi! Macam ni kau layan kawan baik kau ek?" Hanan memuncung. Dia mengambil pula sebotol sos cili pada rak yang terletak di belakangnya lalu dihulurkan kepada Hayyani.

" Kawan baik a.k.a adik ipar derhaka. " Hayyani sempat lagi menjelir lidahnya sambil meletakkan sos cili itu ke dalam troli sebelum ditolak lagi ke depan meninggalkan Hanan di belakang.

" Kurang asam," getus Hanan geram. Dia kembali menyaingi langkah Hayyani.

Ketika Hayyani meneliti senarai barang yang perlu dibeli di aplikasi nota dalam telefon bimbitnya, dia terlihat Hanan yang sedang tersenyum-senyum memandang skrin telefon.

" Hah, asyik tersengih tengok fon tu. Ada bau-bau nak berbaik dengan Lukman ke? " sergah Hayyani seraya menyiku lengan Hanan. Sengaja dia nak mengusik soal Lukman manalah tahu kut-kut masin mulut.

Kendur terus senyuman di wajah Hanan apabila mendengar nama Lukman. Tak cukup dengan semalaman dia diganggu panggilan tanpa henti daripada Lukman. Hari ni, dengar nama Lukman saja terus trauma dibuatnya.

" Eh, ada pulak Lukman. Aku tengah tengok gambar kak Jas dengan Aisyah. Comel kan?" Hanan menunjukkan kiriman di story akaun Instagram milik Jasmine yang diikutinya kepada Hayyani.

Hayyani sekadar mengangguk dan tersenyum walaupun senyumannya tampak sedih. Wajahnya pun sudah berubah mendung apabila kembali teringatkan pergaduhan kecil antara dia dan Elhan malam tadi. Bukan salah Elhan pun tapi entah mengapa hatinya terusik sendiri.

" Hanan... apa perasaan kau kalau Jasmine yang jadi kakak ipar kau, bukan aku. Kau mesti happy kan? Umi pun mesti bangga ada menantu macam Jasmine," akhirnya terluah jua perkara yang kini terlintas di fikiran Hayyani.

Kening Hanan saling bertaut. Dia lihat pandangan mata Hayyani juga seakan terbuang jauh entah ke mana ketika ini.

" Kau kenapa ni? Kenapa tiba-tiba cakap macam tu. Bagitahu aku, kenapa? " Hanan memaksa Hayyani berterus terang. Pasti ada sesuatu yang menjadi kerisauan teman baiknya itu. Kalau tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang.

" Taklah, aku saja tanya. Just in case. " Hayyani baru sedar dia terlalu beremosi ketika berkata-kata tadi. Lantas dia cuba menolak troli ke tempat lain untuk mengelakkan daripada terus berbicara soal itu namun Hanan bertindak menahan pergerakannya.

" No no no. I know this is so not you. Kenapa babe, bagitahu aje aku. " Hanan berkeras. Selagi dia tak paksa, mana Hayyani nak buka mulut. Dia kenal sangat Hayyani orangnya bagaimana.

Hayyani hembus nafas berat ketika dia memandang wajah Hanan yang masih menanti jawapannya. Dia tak pasti harus beritahu Hanan atau tidak. Namun, mengenangkan hakikat bahawa mereka sudah lama berteman baik, dia harus berterus terang dengan Hanan.

" Aku sebenarnya rasa kerdil bila dengan Jasmine. Dulu aku cuma dengar orang lain bercerita tentang dia tapi bila aku dah jumpa depan-depan, aku rasa dunia aku kecil. Dia ada segalanya. Dia cantik, baik, bekerjaya, semua orang suka dia. Aku ni bukan tandingan Jasmine, babe. Aku bukan sesiapa jadi aku rasa lelaki macam Elhan lebih sesuai dengan Jasmine. Aisyah pun mesti happy kalau dia orang kahwin. "

Wanita seperti Jasmine itu sememangnya ada satu standard yang layak dicemburui wanita lain sepertinya. Usahkan cantik, komited dengan kerja, bahkan sikap penyayang dan baik semua itu ada dalam diri Jasmine. Lengkaplah hidup Elhan seandainya Jasmine yang dipilih berbanding dirinya. Tak perlulah mereka bertengkar siapa yang harus menjaga Aisyah kelak sembuh nanti.

Hanan meraih tangan Hayyani yang matanya sudah kelihatan memerah menahan tangis. Dia faham benar mengapa Hayyani berperasaan begitu. Dia langsung tidak menafikan namun di kala ini dia harus menjadi penguat semangat.

" Haih, shh! Kenapalah kau fikir sampai tahap tu sekali. Sudahlah, kau nak insecure buat apa. Semua orang ada kelebihan masing-masing, okey? Kau hebat dengan cara kau kak Jas hebat dengan cara dia. It's just how we perceive ourselves. Learn to appreciate yourself more, babe. Lagipun hei! You are not just anybody, you are a beautiful housewife with a degree in engineering. You slay queen! Chin up! My brother is damn mad about you, " bersungguh-sungguh Hanan memujuk Hayyani sehingga akhirnya dia mampu melihat bibir itu tersenyum semula.

" Nak peluk. " Hayyani terus memeluk Hanan di depannya. Nasib baik tak tumpah air matanya di situ. Kalau tidak ramai orang pasti melihat, terasa aib pula nanti.

" Surely, my manja. " Hanan membalas pelukan Hayyani yang minta ditenangkan itu.

Sungguh pun hubungan mereka dua sahabat itu setakat kawan baik saja, Hanan merasakan sekarang sudah ada amaran awal dari Hayyani buat Elhan. Amaran untuk berjaga-jaga kerana angin cemburu Hayyani sudah mula membahang. Bahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience