Kak Wani meminta diri selepas menghidangkan minuman buat Elhan dan Datin Rozana. Jasmine ada di biliknya, sibuk menjawab panggilan sahabat lama katanya. Sementara itu, Elhan dan Datin Rozana ditinggalkan berdua untuk berbual sesama mereka.
" Umi Elhan sihat?" Suara Datin Rozana memecah suasana.
" Sihat alhamdulillah, aunty. Sebenarnya umi pun ada cakap jugak nak jumpa aunty. Dah lama tak jumpa kan, " balas Elhan mesra. Sesekali dia menyisip air teh panas yang terhidang.
" Haah. Aunty ingat kali terakhir jumpa dengan umi waktu aunty datang majlis Hanan. Lepastu tak jumpa lagi dah. Sibuk kerja agaknya umi kamu tu. "
Elhan mengukir senyuman manis. Sedar tak sedar sudah sebulan sejak majlis adiknya berlangsung. Umi pula menjadi semakin sibuk kebelakangan ini sejak dilantik menjadi ketua jabatan ginekologi jadi masa untuk bertanya khabar kian terhad.
" Oh ya, umi ada pesan kalau jumpa aunty nanti umi mintak kirim salam, " ujar Elhan tak lupa menyampaikan amanat.
" Waalaikumussalam. "
" Uncle mana aunty? " Sekali lagi bebola mata Elhan diliarkan ke sekeliling. Lama juga dia tunggu namun bayang Dato' Ghibran tetap tak kelihatan. Senyap sepi saja rumah itu.
Datin Rozana tersenyum tapi kelat. Perubahan pada air mukanya membuatkan Elhan lebih cepat tersedar bahawa mungkin ada sesuatu yang sedang berlaku. Namun, dia tidak mahu terburu-buru membuat kesimpulan sendiri.
" Err... uncle ada urusan kerja sikit dekat luar. Kalau dia tak balik malam ni biasanya esok pagi baliklah tu."
" Oh..." Elhan enggan bertanya lebih lanjut. Tapi dia tetap merasakan ada sesuatu tak kena. Apa ya?
" Aunty lupa nak tanya kamu. Aunty dengar majlis kamu pun tak lama lagi dah. Kiranya dah ada calonlah ni? " Lekas Datin Rozana mengubah arah perbualan. Tak mahu perihal suaminya terus menjadi titik perbualan. Lagipun bukannya ada cerita baik yang boleh dibualkan.
Elhan tertawa nipis. " Calon tu dah ada cuma tarikh majlis saya tak pasti lagi. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Insyaallah kalau ada rezeki, saya jemput aunty datang, " tenang Elhan menjawab. Lebih baik jika tak ramai yang tahu perihal pinangannya itu. Dia sendiri belum pasti akan diterima atau ditolak.
" Insyaallah. Aunty harap semuanya berjalan lancar. "
" Insyaallah aunty. Doakan yang baik-baik ya. Aunty jangan risau, bila semua dah confirm nanti aunty orang pertama yang dapat kad jemputan saya." Ceria suara Elhan memberi jaminan.
" Ya? Alhamdulillah. Maknanya aunty orang pentinglah kiranya ni? " soal Datin Rozana dalam nada gurau.
" Penting. Sebab aunty dah lahirkan kawan baik saya yang cantik molek tu, " seloroh Elhan bersahaja. Tawa mereka meletus kemudiannya.
Datin Rozana sememangnya senang dengan perwatakan pemuda itu. Sopan santun, baik dan penyayang. Memang tak silap orang yang Jasmine sukakan itu. Cuma, cintanya saja yang belum berbalas.
" Bila aunty tengok kamu, aunty rasa gembira yang kamu dah nak berkahwin tapi Jasmine tak ada pun tunjuk tanda-tanda nak tamatkan zaman bujang. " Datin Rozana mengeluh lemah. Bilalah agaknya dia dapat menyaksikan anak gadisnya naik pelamin. Entah ketika itu dia masih hidup atau tidak lagi.
" Belum jodoh kut aunty. Kalau dah sampai seru nanti kahwin jugak kan. " Elhan beri jawapan selamat. Dia tahu Jasmine juga rimas diserang soalan panas tentang nikah kahwin ini. Orang kata itu perkara biasa apabila sudah mula lanjut usia.
Datin Rozana melepas keluhan berat seberat bebanan di atas bahunya. Pandangannya jadi kosong.
" Sebenarnya... aunty tak tahulah sama ada kamu tahu ke tidak tapi Jasmine dah lama suka seseorang ni. But the problem is, that man already has someone in mind. Aunty dah cuba suruh dia lupakan. But, she's different. The love she has for that someone... ajaib sangat, " cerita Datin Rozana panjang lebar. Kemudian, dia merenung kejap anak mata Elhan seakan-akan memberikan pembayang jawapan bagi pernyataannya.
Elhan terkesima. Benarkah apa yang dia dengari? Tapi tak mungkin Datin Rozana membohonginya pula.
" Dah 5 tahun. 5 tahun sukakan orang yang sama. Patutlah dia tak pernah kisah kalau tak ada teman lelaki sekarang, " sambung wanita pertengahan 50 an itu.
" Siapa orangnya, aunty? " Berhati-hati Elhan melontarkan pertanyaan. Sungguh, inilah kali pertama dia mendengar soal itu dan berasa terkejut.
" Sebenarnya... "
" Mummy. It's time to sleep. Esok mummy kena buat fisiologi awal-awal pagi. " Suara lunak Jasmine memotong bicara Datin Rozana.
Elhan ketap giginya kuat. Dia rasa terkilan kerana belum sempat mendengar apa yang dimahukannya. Nak bertanya terus kepada Jasmine tentu takkan dapat jawapan punya.
" Takpelah, mummy nak berbual sekejap aje lagi," tukas Datin Rozana. Inilah kesempatan yang ada sementara dia berjumpa Elhan. Jasmine terlalu naif untuk bertindak sendiri memberitahu perasaannya.
" Aunty, esok kita berbual lagi. Sekarang ni aunty masuk tidur dulu." Elhan beriak tenang walaupun hatinya meronta ingin tahu.
" Yalah... aunty masuk tidur dulu. Selamat malam Elhan, " ungkap Datin Rozana. Air mukanya kelihatan kecewa kerana tidak dapat menggunakan kesempatan ini. Namun, apabila memandang wajah anak gadisnya, dia seakan-akan baru tersedar kalau dia hampir memberitahu tadi.
" Selamat malam, aunty. "
Jasmine menyorong kerusi roda itu menuju ke sebuah bilik di tingkat bawah. Hampir saja Datin Rozana memberitahu kebenarannya. Nasib baik dia sempat menghentikan mummy kalau tidak dia sendiri tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan Elhan esok.
****
Sewaktu Jasmine lalu di depan bilik tetamu tadi, dia lihat pintu masih terbuka dan bilik itu kelihatan sunyi sepi. Selesai mencari Elhan di seluruh ruang dalaman rumah dia ke bahagian luar rumah pula. Ketika menebar pandangan ke halaman, dia terlihat kelibat Elhan yang sedang berdiri berdekatan kolam renang.
" Kenapa you tak tidur lagi? " Tegur Jasmine sambil bergerak mendekati belakang tubuh Elhan.
" Entahlah. Mata ni tak boleh pejam." Berat keluhan yang dilepaskan Elhan. Dia merenung jauh ke dasar kolam cuba mendapatkan secebis ketenangan.
" You nak I buatkan air ke apa-apa? Mana tahu boleh bantu you tidur." Jasmine beri cadangan. Dia risau andai Elhan berasa tidak selesa bermalam di rumahnya.
" I rasa I tak boleh tidur sebab tadi. " Elhan memulakan kata. Perihal Jasmine yang baru diketahuinya tadi telah meninggalkan kegelisahan yang tidak terhingga. Dia takkan tenang selagi tak tahu siapa lelaki itu.
" Sebab tadi? " Jasmine buat-buat bertanya. Dia sudah dapat mengagak apa yang dimaksudkan temannya itu.
Elhan berpaling betul-betul menghadap Jasmine. Dia memanah dalam anak mata coklat milik gadis itu. Sejenak dia menarik nafas dan bersuara lagi.
" Betul ke apa yang aunty cakap dekat I? You sukakan seseorang selama ni. Kenapa you tak pernah bagitau I? "
" Saja. Sebab I rasa benda ni tak serius pun. Sama macam orang lain yang ada kekasih gelap tu. " Jawapan Jasmine memang kedengaran mudah dan bersahaja.
Elhan mendecit. Dia berjeda barang sesaat dua untuk mengawal segala perasaan yang merusuh dalam dada. Kalau ada perkara yang memudaratkan Jasmine sudah tentu dia akan risau.
" Tak serius you kata? Disebabkan dia you tutup hati untuk terima mana-mana lelaki lain. Tak serius ke tu? " Serius wajah Elhan ketika ini.
Jasmine telan liur. Elhan kalau dah serius dia juga boleh kecut perut. Namun Jasmine sedar dia harus tenang. Dia tidak boleh biar Elhan mengetahui isi hatinya.
" So what kalau I tak bagitau pun. You sendiri cakap tak semua benda kita kena kongsi dekat orang. Is it wrong to keep my personal feelings to myself? " Soal Jasmine kembali lebih kepada pernyataan sebenarnya.
" I cuma nak tahu siapa lelaki yang bertuah sangat tu. Siapa dia? " tekan Elhan. Dia terdesak nak mengetahui siapakah gerangan orang yang dicintai Jasmine itu.
Jasmine mendecit seraya menggeleng. Dia bersilang tangan sambil menentang berani pandangan tajam mata lelaki di depannya itu. Elhan... Elhan... jawapannya dah lama ada tapi you aje yang tak nampak.
" Idiot. Takkan you tak tahu siapa? " Jasmine memandang Elhan dengan perasaan sebal. Jadi selama ini memang Elhan tidak tahu bahawa dia menaruh perasaan terhadapnya. Dasar lembab!
" Eh, mestilah. Kalau I tahu I tak perlu susahkan diri tanya you. "
" I think it would be better if I keep this to myself. I think you are wise enough to consider mana yang patut dan tak patut dikongsikan if you are at my place. I know kita kawan baik and there should be no secret between us. But please untuk kali ni, hormat keputusan I, " tegas Jasmine lagi. Seboleh-bolehnya dia hendak menyembunyikan perkara itu.
Elhan menghela nafas panjang. Dia tidak mahu sikap prihatinnya disalah anggap sebagai paksaan. Walhal sebenarnya dia sayangkan Jasmine dan benar-benar peduli.
" Jas... okey I'm so sorry. Jujur I cakap, tak terlintas langsung dalam hati ni nak menyibuk urusan peribadi you tapi sebagai kawan I rasa berhak untuk cakap benda ni. " Elhan pegang kedua belah bahu Jasmine, memusingkan tubuh itu menghadapnya.
" Dengar sini, nak sukakan seseorang tu memang satu benda mudah. Manusia ditakdirkan untuk senang menyukai sesuatu atau seseorang. Tapi untuk bagi cinta pada seseorang tu susah sangat Jas. Semuanya perlukan ketulusan dan keikhlasan hati sebab cinta tu satu tingkat yang lebih tinggi daripada suka. "
" Why are you telling me this? Does it change the way I feel for him? Untuk apa, Elhan? " Sedih hati Jasmine tak pernah surut. Mengapa Elhan tak pernah nampak semua ini. Atau memang salahnya kerana tidak berterus terang.
" Benda yang I bagitau you takkan dapat ubah hakikat sebenar perasaan you pada dia. Tapi I tak nak you letakkan cinta pada orang yang buta mata hati untuk nampak keikhlasan dan ketulusan hati you. Mungkin you tak nampak dengan mata you sendiri tapi bagi I you are someone special. Tak layak dilayan macam ni. I tak nak you bazir masa cintakan jodoh orang lain, " nasihat Elhan panjang lebar.
Jasmine mengesat rakus air mata yang berhujan di pipi mulusnya. Setiap bait nasihat Elhan tadi hanya menambah rawan di hatinya saja. Jodoh orang lain? Huh! Sakitnya hati.
" Setiap hari... setiap hari I tertanya-tanya. Kenapa susah sangat dia nak rasakan apa yang I rasa. Maybe I should stop from the very start had only I know rasa dia akan sakit macam ni. Kalaulah perasaan tu sesuatu yang boleh dikawal, I takkan biarkan dia pergi sejauh ini. It drives me crazy seeing him with someone else, you know? You takkan faham apa I rasa. "
Wajah itu, mata itu, tangisan itu disaksikan oleh Elhan dengan pandangan yang pilu dan menyedihkan. Hati Elhan sakit bagai dipatah-patah. Seakan dapat menyerap segala rasa yang membaluti Jasmine selama ini.
" Kalau cinta yang you pilih untuk genggam tu boleh melukakan hati sendiri, lebih baik you lepaskan. Sebab takde ubat untuk hati yang kecewa kerana mencintai dalam diam. I terlalu sayangkan you Jas. I tak malu nak sebut supaya you tahu sebab I sayangkan you lah, I tak nak hati you sakit. "
" Let's call it a day. I nak masuk dulu. " Jasmine berdalih. Sudah, dia sudah tidak larat mendengar semua itu lagi. Ternyata takkan mudah buatnya untuk menerima nasihat supaya melupakan lelaki yang dicintainya.
Setiap titis air mata Jasmine yang gugur kerana lelaki itu menyendatkan sakit di hati Elhan. Air mata Jasmine terlalu berharga untuk dibazirkan buat lelaki tak guna itu! Pada masa yang sama dia turut berduka seolah-olah Jasmine terluka kerana kesalahannya. Aneh.
Share this novel