Bab 30

Romance Completed 15392

Lewat petang itu, Muna mengajak Hayyani berjumpa di salah sebuah restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi memandangkan Muna ada urusan pekerjaan di sana. Alang-alang sudah dekat, jumpa sajalah sekejap. Namun, sejak awal mereka berjumpa, Hayyani terus menunjukkan perilaku pasifnya.

" Kau ni nak lepak ke nak melepek aje dekat table ni. Dari tadi aku perhatikan kau. Makan tak habis, jalan tak betul macam kucing hilang anak kau tahu. Kau dah kenapa? " Tegur Muna yang tak senang dengan sikap Hayyani.

" Kau rasa Elhan ikhlas ke dengan aku? " Dengan suara yang tidak bersemangat, Hayyani bertanya. Air minumannya dikacau dengan straw tanpa perasaan.

Muna yang sedang mengunyah roti canai terhenti seketika. Dia memandang wajah tak sudi temannya. Semacam aje ni.

" Apasal tanya macam tu? " Muna tak faham maksud temannya.

" Aku baru tahu dia pergi Langkawi semalam. Dia tipu aku kata yang dia nak pergi kerja. Padahal ada dekat Langkawi dengan perempuan lain," cerita Hayyani malas-malas. Mulalah hatinya rasa tak tenteram apabila mengungkit soal itu. Sejak semalam jiwanya dikepaluan resah. Rasa nak telefon saja tapi nanti Elhan fikir dia terhegeh-hegeh pula.

" Habistu, kau jealous?" Muna beriak biasa ketika menyoal. Patutlah muka minah ni macam tapai basi. Kalau dulu beria kata tak suka sekarang macam ada apa-apa saja.

Hayyani mendecit. " Jangan mengarutlah. Aku cuma sakit hati kena tipu. Patutlah dia beria-ria nak balik semalam. "

Dia sendiri tak pasti dia marahkan apa sampai ke saat ini. Marah kerana ditipu atau marah kerana cemburu. Yang pasti hatinya belum tenteram.

" Lain macam betul kau bila dah jatuh cinta ni. Sekarang, bau nasi minyak dah makin menjadi-jadi. Ada chance la nak makan sebab orang tu dah nak naik pelamin. " Muna tersengih-sengih pula. Dia sengaja nak melihat reaksi Hayyani apabila menyentuh soal itu.

Hayyani hembus nafas berat. Sebelah tangan naik memicit kepala. Itu satu hal lagi bikin pecah otak nak fikir.

" Belum lagilah. Aku tak decide lagi. Aku rasa aku tengah tunggu sesuatu tapi aku tak tahu apa. "

" Itulah. Seingat aku, dulu ada orang tu cakap dia tak sedia nak kahwin. Nak capai impian lah. Ada cita-cita lah. Belum bersedia lah. Sekarang ni, dunia dah terbalik. Sebenarnya apa yang kau tunggu lagi? Kalau kau rasa yakin dengan Elhan, sarung ajelah cincin tu. Bincang tarikh nikah. Then, settle. Ke kau teringat dekat mamat bunga dekat Istanbul tu lagi? "

Sengaja Muna membuka cerita tentang lelaki Istanbul bernama Malik yang pernah Hayyani ceritakan kepadanya lama dulu. Itu pun bukan senang dia nak buat Hayyani bercerita. Perlu dipaksa baru jalan.

Hayyani menghamparkan pandangan kosong ke kawasan luar restoran. Hatinya sedang libang libung di kala ini. Saat Elhan mula mengambil setapak lebih dekat dengan hatinya, rasa rindu kepada Malik berterusan menghambat perasaan. Cuba diusir namun enggan jua pergi.

" Malik sebahagian sebab aku balik Malaysia untuk terima Elhan. Mestilah aku teringat dekat dia. Dah beratus-ratus surat aku pos dekat dia tapi satu pun dia tak pernah balas. Itu baru separuh. Ada banyak lagi yang tak sempat aku pos. Sebab, aku rasa penat nak teruskan semua ni lagi kalau dia tak nak hargai betapa bernilainya perkenalan aku dengan dia, " luah Hayyani bagai benar-benar dapat dirasai secebis kekecewaannya itu.

Begitulah hakikatnya antara mereka kini. Walaupun Hayyani tidak mengetahui tentang status surat yang dikirimnya sebelum ini, namun dia bertekad untuk terus menulis buat Malik. Sekurang-kurangnya, berkurang segala kerisauan di hatinya ketika meluahkan kepada lelaki itu. Baca atau tidak tolak tepi dulu.

" Kau yakin dia dah terima surat kau? Mungkin surat tak sampai ke. Siapa tahu? " Muna membuat andaian. Dia menghirup secawan teh tarik yang dipesan tadi.

" Aku tahu. Sebab firasat aku kata dia ada baca semua surat aku. Mungkin dia ingatkan aku dah kahwin dengan Elhan. Sebab tulah, dia tak nak balas, " ujarnya cuba melempar andaian lain. Tapi kalau benar pun dia hampir berkahwin dengan Elhan mengapa Malik perlu menyisihkannya sedangkan Malik yang memujuknya menerima lamaran itu. Runsinglah.

" Kes kau ni dah parah Daneen. Macam mana kau boleh sukakan dua lelaki dalam masa yang sama. " Muna menggeleng kepala.

" Kau dah salah fahamlah Muna. Aku tak suka Malik. Aku anggap dia kawan aje. Tak ada yang lebih daripada tu, " tingkah Hayyani seakan-akan cuba menutup mata dan hati kebenaran.

Muna senyum ada makna. Lebih-lebih lagi tatkala melihat wajah Hayyani yang berubah musim ketika dia bertanya tadi.

" Dah bertahun aku kawan dengan kau. Aku tahu kau tak mudah bagi hati dekat lelaki tapi bila seseorang lelaki tu dah mula bagi makna dalam hidup kau, mata kau sendiri akan sebut nama dia. Kau tak payah cakap aku dah tahu. Surat tu semua, kau bukannya teringin sangat nak cerita pasal kisah hidup kau dekat sini. Kau cuma nak tahu khabar dia dekat sana. Bila dia tak balas, kau cuba hantar lagi. Apa lagi tu kalau bukan sebab hati kau dah terpaut dekat dia? "

Kali ini soalan Muna ibarat petir yang menyambar bibir Hayyani dan mengunci mulutnya daripada berkata-kata. Akhirnya, Hayyani mengangguk mengiakan andalan Muna. Memang benar dia mencintai Malik tapi kini dia turut mencintai Elhan. Ketika di persimpangan dilema, dia buntu untuk memilih siapa sebagai destinasi terakhirnya.

" Aku sendiri tak tahu kenapa aku macam ni Muna. Makin aku cuba lupakan Malik, makin kuat ingatan aku pada dia. Kenapa Elhan datang semula dalam hidup aku Muna? Patutnya datangnya dia boleh buat aku lupakan Malik. Tapi semua tentang Elhan ingatkan aku tentang Malik. Senyuman, gurauan dia. Macam mana Muna? Apa yang aku perlu buat? "

Tangan Hayyani digenggam kemas oleh Muna. Air mata berladung di tubir matanya bersama dengan sebak yang mengasak pinggir hati. Muna lepas pandangan simpati.

" Macam nilah, aku tak tahu banyak benda pasal apa yang terjadi antara kau dengan mamat bunga Istanbul tu. Tapi aku tahu Allah boleh tolong kau. Buatlah istikharah bila kita tak tahu dekat mana letaknya pemberat dalam hati. Insyaallah, aku jamin kau boleh buat pilihan, " nasihat Muna sewajarnya. Walau bukan semua, dia memiliki empati buat Hayyani. Dia pasti Hayyani tersepit oleh keadaan dan sebagai sahabat dia perlu menggalas tanggungjawab seadanya.

" Tapi ibu aku? Macam mana kalau ibu tak setuju dengan keputusan aku? " Hayyani buntu memikirkan jalan keluar. Dia yakin tak ada jalan mudah seandainya dia memilih Malik. Tapi sebenarnya dia juga sudah semakin terpaut kasih pada Elhan.

" Aku tahu kau anak yang baik. Dalam semua hal kau cuba yang terbaik untuk tak kecewakan orang tua. Tapi kau kenalah fikirkan untuk kepentingan kau juga. Nanti yang nak kena hadap ribut taufan dalam rumah tangga pun kau juga. Yang lain-lain tu akan menyusul jugak lambat laun. Hanya masa aje yang boleh tentukan keadaan kau nanti, " ujar Muna sehabis baik. Dia mengerti sebenarnya siapa yang menjadi kerisauan terbesar Hayyani. Tangan Hayyani digosok lembut demi menyalurkan secebis ketenangan biar keresahan temannya itu tidak berlarutan.

Hayyani tersenyum kecil." Thanks babe. "

Ada satu saja langkah terpenting perlu dilaksanakannya sebelum menuju ke garisan penamat. Dia harus bersedia untuk menamatkan semua ini walaupun keberaniannya tertinggal jauh di garis pemula. Dia mesti cekalkan hati.

****

" Ni hadiah untuk you dari I dan Arif. "

Jasmine menyambut bungkusan hadiah dari Elhan itu dengan rasa teruja. Terharu sungguh apabila kedua-dua temannya masih sempat menyediakan hadiah walaupun sambutan kali ini adalah tidak dirancang. Dia tidak punya sebab untuk berhenti menyayangi kedua orang temannya itu.

" Apa ni? Album? Mana you dapat semua gambar lama kita dekat sana. I ingat I dah tak boleh backup balik semua image tu, " luah Jasmine dengan mata yang berkaca.

Helaian demi helaian dari album itu diselak dan lantas memorinya terhenyak kembali ke zaman ketika mereka sedang menyambung pelajaran di London. Fikirnya dia akan kehilangan memori mereka di sana selamanya sejak telefon bimbitnya rosak dahulu.

" You lupa ke I dengan Arif ada simpan jugak? Kita orang tak bagi you barangan mahal sebab I tahu you mampu beli semua tu. Tapi, kenangan you takkan mampu beli dengan duit. You suka tak? " soal Elhan lalu dia membaluti tubuh Jasmine dengan jaket kulit miliknya. Bibirnya tersenyum senang saat Jasmine membelek gambar di dalam album itu dengan penuh minat.

" Mestilah. Apa pulak tak suka. Thank you so much. I love you guys so tight, " ucap Jasmine penuh makna. Sebak dan bahagia sehingga dia turut menitiskan air mata.

Keterujaan Jasmine membuatkan hati Elhan terdetik bahagia. Walaupun bukan semua, namun dia cuba melakukan apa yang termampu untuk membahagiakan temannya itu. Kerana itulah, dia terpaksa mengorbankan hari terakhir yang mana dia sepatutnya bercuti di rumah Puan Farida demi meraikan hari istimewa Jasmine.

" Hey, bila you ambil gambar candid I, hah? Sesuka hati aje. Ini namanya privacy invasion tau. " Jasmine menunjukkan beberapa kepingan gambar miliknya yang ditangkap tanpa pengetahuannya. Ditenung wajah Elhan yang sedang tersengih-sengih itu dengan jelingan manjanya.

" Bila you candid nampak lagi comel. Sebab tulah, I suka curi-curi ambil gambar you. Lagi-lagi bila tengok you makan. Pipi you mesti tembam masa tengah mengunyah. Macam ni. " Elhan mengembungkan kedua belah pipinya umpama mengajuk kelakuan Jasmine saat makan.

Jasmine menumbuk lengan Elhan. " Eee!! Jahat tau. Alah, walaupun I nampak comot tapi orang tu tetap puji I comel. "

Kata-kata Jasmine disambut dengan tawa mereka. Buat seketika, kedua-duanya kelihatan asyik mengisi pandangan mata dengan taburan langit berbintang sambil menghirup bayu laut pada waktu malam. Sungguh segar dan mengasyikkan.

Dalam masa yang sama, Jasmine tidak lepas mencuri pandang Elhan di sebelahnya. Apabila memandang lelaki itu itu, setiap memori manis mereka bersama seakan terbias di layar matanya. Lelaki itu bukan hanya sebahagian daripada kisah hidupnya, bahkan juga sebahagian daripada rasa yang tak patut dimilikinya. Saat memikirkan suatu hari nanti Elhan bakal menjadi milik yang lain, air matanya bertakung sendiri.

" Suka tak datang sini?" soal Elhan, lantas membelah kesunyian antara mereka. Keadaan kali ini terasa agak hambar tanpa Arif dan Aisyah.

Lekas Jasmine mengalihkan pandangan dan mengangguk. Bimbang sekiranya kantoi dia sibuk mengusyar tadi.

" A thousand time yes. You suka buat surprise macam ni tau. "

" I dah janji nak tunaikan hajat you on your birthday. Lagipun bagus untuk you juga. Sementara waktu ni you boleh kosongkan fikiran dulu, erm?" kata Elhan. Keadaan sukar buat Jasmine sejak kebelakangan ini. Dia risau andai Jasmine terus berduka.

Jasmine hanya tersenyum. Kemudian, dia memandang Elhan dan ketika itulah Elhan kembali memandangnya. Saat mata mereka mula menyatu, ada rasa sebak yang melilit di tangkai hati Jasmine.

" I rasa birthday kali ni paling bermakna dalam hidup I. Sebab I ada you. I ada Arif yang selalu support I. Thank you sebab datang dalam hidup I Elhan. I tak tahulah kalau suatu hari nanti I hilang you atau Arif. I rasa hidup I hambar, " ungkap Jasmine benar-benar memaknakan katanya. Jalan hidupnya pasti tak seindah sekarang jikalau Elhan dan Arif tidak wujud dalam ceriteranya. Perancangan Allah itu Maha Hebat.

" Likewise. Terima kasih jugak sebab bagi makna dalam hidup ni. I rasa kalau you takde, hidup I tak indah. " Elhan merenung dalam anak mata Jasmine memaknakan segala katanya. Wanita itu ibarat penyeri yang telah mewarnai dunianya.

" Nanti you dah kahwin dengan Daneen, dialah yang akan buat hidup you indah. Lagi pulak dia isteri. I ni kawan aje, " ujar Jasmine seraya membuang pandang ke tengah lautan yang gelap gelita. Begitulah gelap suasana hati yang bakal dia rasakan ketika Elhan berkahwin nanti. Namun, siapalah dia untuk meminta Elhan menerimanya seikhlas suri hati walhal lelaki itu cuma mengiranya teman.

" Jasmine, look at me... " panggil Elhan dengan suara lembut.

Jasmine perlahan-lahan berpaling memandang wajah redup Elhan.

" Daneen I perlu you pun I perlu. Kita stay macam ni sampai bila-bila tau. I tak nak kita berpecah belah. Ada apa-apa masalah kita bincang sama-sama. I tak nak kita gaduh lagi. "

Elhan melayangkan senyuman lebarnya setelah berucap. Biarlah pertengkaran mereka sebelum ini menjadi yang terakhir. Dia enggan meletakkan persahabatan mereka yang baginya sungguh berharga di hujung rantingan. Kalau terjatuh pasti lerainya tiada terubat.

" I nak kita masih boleh ketawa dan tersenyum macam ni walaupun lepas kahwin, lepas ada anak dan bila dah tua nanti, " balas Jasmine sepenuh hatinya. Biarpun kedengaran redha namun lara di hati Tuhan saja yang tahu. Biarlah, lambat laun pasti dia mampu meredhainya jua.

" Jas, I harap kalau you kahwin nanti you kahwin dengan lelaki yang betul-betul layak untuk someone special macam you. Pengorbanan you selama ni untuk I, untuk Aisyah even untuk arwah Louisa... I totally appreciate it. Hanya orang tertentu aje layak dapat you. "

Kata-kata penghargaan yang diungkapkan Elhan bukannya sekadar di pinggiran bibir. Segala pengorbanan Jasmine menjadi saksi ketulusan hati itu. Di saat dia buntu harus memberikan susu badan siapa ketika Aisyah lahir dulu, Jasmine suka rela untuk menjadi ibu susuan Aisyah walaupun dia harus melalui beberapa proses yang rumit sebelum mampu menyusukan Aisyah. Kalau Elhan mampu memberikan dunia ini dan seisinya sebagai hadiah, sudah lama dia berikan. Namun dia tahu pengorbanan Jasmine itu tidak terbalas.

" No problem la. Louisa tu kawan I jugak. Aisyah pun dah macam anak I sendiri. Janganlah asyik mention aje nanti I kembang," tukas Jasmine seraya tertawa kecil. Sesekali dia menyelitkan rambutnya yang terbang ditiup angin ke belakang telinga.

" Nanti kalau you nak pilih husband mesti melalui I dulu tau. Biar I tapis baru boleh kahwin, " seloroh Elhan sambil meleret senyum.

" Hek eleh... cara you cakap tu macam bapak-bapak kan. Tengah pilih lelaki terbaik untuk jodohkan dengan anak sendiri. " Jasmine tergelak sendiri. Terhibur dengan gelagat Elhan yang cuba berlagak menjadi ayahnya pula. Tawa mereka sama-sama meletus akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience