Bab 40

Romance Completed 15392

Hayyani menarik keluar sebuah diari berwarna merah lembut dari dalam laci meja. Lantas dia mengambil diari itu dan duduk di meja belajar. Hatinya seakan meronta untuk menggamit kenangan selama 3 bulan ketika dia sudah mula berkawan rapat dengan Malik Ghaozani dulu.

Helaian di halaman tengah diari diselak. Tulip biru yang sudah mengering itu dicium kejap. Tulip biru yang terkandung nilai sentimental itu membuatnya tersenyum. Tulip biru yang menyimpan satu memori yang akan tetap kekal mendiami nubarinya.

Kemudian, coretan berangkai berdakwat hitam di halaman yang sama ditatap penuh minat.

12 Februari

Aneh, pertemuan kali pertama dengan lelaki asing yang dapat memahami hatiku lebih baik berbanding sesiapa pun. Tulip biru yang dihadiahkannya bukan sekadar bunga biasa. Keamanan dan kebahagiaan adalah ucapannya untukku melalui setangkai tulip biru yang tumbuh di atas muka bumi ini dengan izin Ilahi. Entah mengapa, hati ini percaya dan ingin terus berteman dengannya. Makan malam penuh bermakna bagi sebuah persahabatan yang baru bermula.

Baris-baris ungkapan itu dihayatinya penuh syahdu. Tanpa sedar, bebola matanya sudah panas menahan tangis. Malik, dia rindukan lelaki itu. Setiap kali dia meluahkan sesuatu lelaki itu pasti tahu cara yang terbaik untuk menyuakan jawapan yang diperlukan sekurang-kurangnya untuk menutup resah di hati.

Halaman sebelah diselak lagi. Kenangan sekali lagi mengisi ruang memori.

28 Februari

Kerana makan malam tempoh hari, aku membuat keputusan berani untuk tinggal di Istanbul lebih lama. Biarpun aku tahu natijah dari keputusanku ini akan membuatkan ibu di Malaysia berasa tidak senang. Biarlah aku menghirup ketenangan di sini dahulu.

Masih lagi di tempat yang sama, memandang lautan biru Istanbul yang istimewa. Cuma, semilir angin yang bertiup terasa berbeza berbanding hari biasa. Mungkin kerana hati ini mula dihuni penghibur lara...

" You know what? You look beautiful today. I mean extra beautiful. You are beautiful as usual but today you go extra, " puji Malik tidak semena-mena. Hari ini Hayyani kelihatan lebih feminin dengan skirt bermotifkan floral berbanding hari-hari lain. Wanita itu juga mengenakan mafela krim yang mereka beli bersama-sama di Grand Bazaar kelmarin.

" Really? Thank you even though I may be the hundredth girl when you say that line, " sindir Hayyani seraya tertawa. Sengaja nak menutup malu juga sebenarnya. Padahal pipinya sudah naik merah dipuji bagai dicubit-cubit.

Malik ketawa lepas. " Hey, I don't give random compliment okay. You are number 5 after my grandma, my mother, my first ex girlfriend and my second ex girlfriend. "

Cara Malik membuat perhitungan dengan jarinya menggeletek hati Hayyani.

" I knew it. Playboy!" Ejek Hayyani sekali dengan lidah yang dijelirkan. Sikap dan kata-kata spontan Malik itulah yang membuatkan Hayyani selesa dekat dengannya. Pertemuan yang sungguh tak diduga membawa makna.

" Every girl is perfect and beautiful in the eyes of the rightest man. So don't be sad if any man says that you are not pretty. Maybe their eyes are damaged or maybe you haven't found that one guy. "

" Well, maybe if you are not that one rightest man, that means your eyes are damaged too, aren't they? " ujar Hayyani cuba menerbit jenaka walaupun hatinya tersentuh dengan pujian Malik. Dia rasa bahagia dipuji. Berbunga-bunga rasa hati.

" Yes. Badly damaged. In my eyes, your nose is puffy and your eyes are popped out like a big-eyed fish. You are weirdly beautifully ugly, " seloroh Malik sebelum tawanya pecah sendiri. Seronok melihat wajah Hayyani yang sudah mula cemberut.

" Okay, that one is so mean! " Hayyani mengecilkan matanya ketika melihat lelaki itu sengaja menjelekkan wajah seolah mengejek. Lelaki itu sememangnya gemar mengatanya. Pantang diberi peluang!

" Just kidding. Hey Hayyani, listen. I'm sure you're gonna find the right man one perfect day. Marry him and I'm sure he gonna give you hundreds of roses if you'd like to. Plus, a heart. "

Malik mula beriak serius lantas membuat Hayyani mengeluh lemah. Desiran ombak yang menghempas pantai adalah melodi alam yang sesuai dengan perasaannya sekarang. Dia buntu, celaru, keliru.

" I don't know. I just couldn't think straight. I'm so worried about mum and also about the proposal. "

" Make decision based on what your heart weighs on. Most importantly, do not ignore the signs from Allah. When a good man comes ask for your hand, marry him. He could be the reason why all things between you and the other guy did not go well before. Because Allah took something from him that he finds his part is in you. His ribs. "

Cebisan ingatan tadi terbang melayang sebaik saja dia menyedari ada air mata yang menitis jatuh pada halaman itu. Lantas dia meniup air mata itu supaya tidak mencacatkan tulisan. Kata-kata Malik itu masih melekat di ingatan bahkan telah kembali meyakinkannya untuk membuat keputusan yang besar dalam hidup.

Benar, esok dia bakal bergelar isteri kepada Elhan. Ada banyak suara yang memujuknya untuk meneruskan majlis pernikahan walaupun hatinya bagai sudah tidak bernadi selepas insiden itu. Tambahan pula, persiapan telah lebih daripada separuh yang berjalan jadi mahu atau tidak dia mesti menjayakan juga majlis itu.

Hati juga tertanya sendiri apa yang akan berlaku kepada rumah tangganya selepas mereka berkahwin nanti. Terpaksa dia menelan pahit di kerongkongan demi menjaga maruah dua buah keluarga yang sudah lama menanti ijab kabul ini. Dia harus pasrah dan redha. Walaupun sebenarnya jauh di sudut hati, masih menyimpan cinta buat lelaki bernama Elhan Ashareeq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience