Bab 72

Romance Completed 15392

Petang rabu itu, Hayyani melawat rumah orang tuanya di Bangi. Oleh kerana Elhan akan pulang lewat malam, dia sudah mendapat keizinan untuk bermalam di rumah orang tuanya. Lagipun, dia ingin mencari ruang sendirian. Lebih dekat dia dengan Elhan lebih dalam rasa bersalah yang dirasakannya.

Kedatangannya ke Bangi dijemput oleh Muna yang kebetulan ada urusan di Shah Alam. Jadi mereka pulang sekali ke Bangi. Sampai saja di hadapan pintu pagar rumah orang tuanya, Hayyani melihat Puan Farida sedang menyiram pokok bunga di laman. Pintu kereta ditutup. Beg pakaian dari tempat duduk belakang diambil sebelum melihat Muna pergi.

" Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Derapan kaki dibawa mendekati Puan Farida. Lantas tangan hangat ibu dikucupnya penuh hormat. Sekarang dia sudah semakin dapat membiasakan diri untuk bersalaman dengan ibu.

Kalau tidak dulu dia rasa seperti akan dibaham harimau tiap kali mendekati ibu. Semasa awal perkahwinan pun begitu juga. Namun, sikap Elhan yang sangat menghormati ibu dan abah itulah yang menjentik hatinya untuk perlahan-lahan menyerap teladan baik itu.

" Daneen... balik sorang aje? Elhan mana?" soal Puan Farida. Sambil itu, lehernya dipanjangkan mencari kelibat menantunya.

" Elhan kerja ibu. Lusa ada operation besar itu yang dia sibuk sikit. Tadi pun Muna yang tumpangkan," beritahu Hayyani lembut.

Maklumlah, menantu kesayangan memang akan sentiasa dicari. Lainlah pula kak Balqis yang ibu layan umpama halimunan. Dia selalu sangat bersimpati dengan nasib kak Balqis. Agak-agak kak Balqis dan abang Haris ada pulang tak baru-baru ini. Rasanya sudah lama mereka tak pulang sejak bulan puasa dulu. Sekilas, hatinya tertanya sendiri.

" Yeke? Baru ingat nak ajak makan malam sekali, " ujar Puan Farida hampa. Sudah lama rasanya sejak kali terakhir anak menantunya itu pulang dan makan bersama.

" Lain kali aje ibu. Sekarang memang Elhan tengah sibuk. Duduk rumah pun jarang-jarang. Abah dengan Leen mana ibu? "

Hayyani melingas ke kawasan sekitar. Di garaj hanya ada kereta ibu. Selalunya pada waktu petang begini abah sudah pulang ke rumah. Vespa merah jambu yang selalu ditunggangi Haleena pun tersadai elok di tepi tembok.

Puan Farida menutup pili air setelah selesai menyiram pokok. Kemudian, dia mencangkung tepi pasu pula untuk mencabut rumput-rumput hijau.

" Abah dekat Johor. Ada taklimat penandaan kertas SPM. Esok baliklah tu. Hari ni hari pertama Leen jadi intern dekat hospital canselor Tuanku Mukhriz dekat UKM tu. Dia tak bagitau? " Puan Farida melontarkan soalan kembali. Renek peluh di dahi dilap dengan belakang tangannya.

Hayyani terdiam kejap. Kemudian, dia tersengih-sengih pula.

Puan Farida menggeleng kehairanan. Dapat mengagak sedikit kelainan pada sikap Hayyani ketika ini. Wajah itu pun seakan tidak ceria.

" Ada kut cuma Daneen tak perasan, " balas Hayyani cuba menutup keadaan sebenar.

Kemelut yang melanda hubungannya dan Elhan selama ini cukup memenatkan sehingga dia tidak punya waktu untuk memikirkan perkara lain. Tanpa sedar dia sudah mengabaikan perhatiannya kepada keluarga kesayangan. Semuanya berubah sejurus selepas Malik muncul.

" Ibu tengok Daneen ni semacam aje. Ada masalah dengan Elhan ke? " soalan yang meluncur dari bibir Puan Farida menghentikan lamunan kecil Hayyani. Anak gadisnya dipandang curiga.

Lekas Hayyani menggelengkan kepala. Bibirnya menyungging senyuman. Berderau darahnya apabila soalan itu tepat mengenai batang hidung. Seolah-olah ibu dapat menghidu luka yang berdarah di hatinya sekarang.

" Taklah ibu. Kita orang okey aje. Takpelah, Daneen naik atas dulu nak solat kejap," pamit Hayyani.

Seketika, dia berlalu meninggalkan Puan Farida di laman rumah. Maaf ibu, Daneen tak boleh ceritakan masalah kami pada ibu. Desis hati kecilnya.

****

" Surat ni sampai 3 hari lepas. Tengoklah, mana tahu penting. "

Perkara yang disampaikan ibu kepadanya semalam terngiang-ngiang di pelupuk telinga. Bukan sepucuk surat saja malah berpucuk-pucuk surat yang diterimanya semenjak bulan lepas. Kali ini dia nekad untuk memulangkan kembali kepada pengirimnya.

Setibanya di sebuah hotel di Bangi, Hayyani menuju ke arah kaunter receptionist. Dia meminta agar pekerja hotel itu meninggalkan pesanan terus ke bilik hotel yang didiami Malik seperti yang dimaklumkan oleh Muna kepadanya. Muna sebolehnya melarang dia berjumpa lagi dengan Malik. Namun dia nekad juga untuk berjumpa lelaki itu demi menyelesaikan pertikaian mereka.

Sementara menunggu, Hayyani duduk di sofa yang tersedia di bahagian lobi. Bermacam-macam perasaan yang berkecamuk dalam diri menimbus debaran ketika menanti kehadiran lelaki itu. Berpucuk-pucuk surat di tangannya direnung pula.

Sedang dia leka meneliti surat-surat itu, seseorang datang menghampiri. Aroma yang amat dikenalinya itu menusuk ke rongga hidung tatkala semakin dekat gerangan itu dengannya. Itulah haruman bunga freesia yang mempunyai bau jeruk yang manis dan bunga-bunga halus yang klasik dan lembut. Wangian itulah yang sering dipakai oleh Malik sejak dulu.

" Hayyani. Have you waited for so long? "

Manis senyuman yang diukirkan oleh lelaki berbangsa Turki itu tak lain tak bukan Ismet Farhan. Lelaki yang pernah menyamar sebagai Malik Ghaozani dulu. Dia menyapa seperti biasa.

Namun, Hayyani langsung tidak teruja. Lantaran itu, reaksi wajah serius saja ditayangnya walau ada debaran yang kuat menghentam dada.

" Just for your information, I don't want your letters. Take them back. " Surat-surat kiriman Malik dihamparkan di atas meja kaca. Berterus terang dia tidak ingin berdalih.

Kendur senyuman di wajah Malik. Dia melihat ke arah surat-surat itu dan wajah Hayyani silih berganti.

" Why? This is my only chance to reply all your letters. I hope it's still not too late."

Hayyani hembus nafas. Sungguh, dia sudah lelah untuk menjiwai sandiwara ini. Sejak dia berhenti mengutus surat, dia juga sudah berhenti menggarap harapan untuk kembali bertemu Malik. Atau mungkin sekarang namun panggilan sebenarnya Farhan. Namun sekarang, perasaannya mula bercelaru.

" It's too late. I'm married, I moved out and live somewhere else. Stop addressing the letters to my parents house. They will suspect something about us, " tegas suara Hayyani memberi amaran.

Nasibnya baik apabila ahli keluarganya tidak tergerak hati untuk membuka dan membaca isi kandungan surat itu. Kalau tidak, rahsia yang sebolehnya hendak disembunyikan bakal terbongkar begitu saja.

Farhan mengeluh berat. Kemudian, dia duduk di kerusi berhadapan Hayyani.

" About us, there is indeed something to be suspected of. I mean you and me. You know what, I've always been missing you all along. I want to meet you again. Laugh with you, talk with you and comfort you. Those are the moments I cherish the most in my life, " ujar Farhan sekali lagi membuat hati Hayyani lemah.

Sekuat mana pun menafikan, namun dia tidak menolak hakikat bahawa hatinya cepat tersentuh dengan frasa indah itu. Biarpun begitu, hukum hakam Islam tidak membataskan kewarasan akalnya untuk berfikir secara logika. Haram bagi seorang isteri untuk mempunyai perasaan buat lelaki lain.

" Just consider me as a stranger. As if we never knew each other before. Everything about you hurt me so much. But at least, you advised me to accept the man who loves me as I am," kata Hayyani dengan senyuman sinisnya sengaja membakar perasaan Farhan.

Farhan lelaki yang tidak punya pendirian. Kalau benar Farhan mencintainya mengapa lelaki itu perlu mendorongnya untuk mengahwini Elhan dan bukannya berusaha untuk memenangi hatinya. Seakan ada satu rindu dendam yang belum terlunas di sanubarinya.

Hayyani melihat kegelisahan yang mula terbit di depan matanya. Dilihat Farhan sudah bangkit dari kerusi sambil meraup rambut dan jambangnya. Reaksi lelaki itu seakan benar-benar tertekan dengan situasi mereka.

" In case you didn't know, I regret that decision. I'm the only one who feel how painful it is to let you go. How despairing I was when you had finally become someone's wife. And I regret not telling you how much I love you Hayyani. The reason I'm here today, is to win back the woman I love, " luah Farhan tanpa segan silu lagi.

Matanya disinari keikhlasan dan ketulusan cinta itu sendiri yang membara. Langsung tiada kepuraan. Semestinya Hayyani mengetahui itu namun segalanya telah berakhir baginya.

Kedua-dua tangan disilangkan. Hayyani cuba tidak memberikan walau secebis simpati. Dia harus mempertayangkan lagak tenangnya apabila berhadapan dengan Farhan.

" Let's put a full stop to this unexpected encounter. You told me after I went back to Malaysia, pretend like nothing ever happened in Istanbul. See? You told me to forget you. After this, let's not see each other again. Forget everything about us, " kata Hayyani tanpa ingin berpatah arang lagi.

Biarpun sakit untuk dia merelakan namun dia juga tidak tega untuk terus menyakiti Elhan dalam diam. Biarlah dia saja yang terkandas di dalam derita ini. Dia akan belajar mencintai Elhan sepenuhnya dan melupakan Farhan.

Farhan merenung dalam anak mata Hayyani. Bebola matanya sudah terasa hangat menanggung sebak apabila Hayyani berterusan menunjukkan tanda tolak. Gadis cerianya sudah tiada lagi.

Hayyani tidak tega terus ditentang panahan mata itu. Sudah puas dia menahan diri daripada menumpahkan air mata. Dia harus tunjukkan bahawa dia kuat menghadapi perpisahan ini.

Lantas dia mencapai beg tangannya dan bangkit dari duduk. Tanpa sebarang kata, dia ingin berlalu pergi. Tidak mudah seperti sangkaan, tangannya terasa ditarik menghentikan pergerakannya.

" I'm not sure if you can erase me from your memory because your love for me has grown uncontrollable. Likewise, I cannot erase you even the smallest smile you made on your face. You sent me letters to tell every single thing you do, your emotions and feelings. But my egoistic self restrain me from replying to you. I'm sorry for that. I know it's crazy, but it is even crazier seeing you with him, " ungkap Farhan lirih bersama mutiara jernih yang luruh ke pipi. Sungguh dia mengesali tindakannya dahulu untuk tidak memberitahu Hayyani soal perasaannya sedangkan dia tahu Hayyani juga merasakan yang sama.

Tanpa dapat ditahan lagi, air mata Hayyani begitu mudah berlinang di hadapan Farhan. Hatinya semakin dikepaluan resah apabila mendengar pujuk rayu lelaki itu. Cinta yang ada sekarang adalah cinta terlarang. Tidak mungkin dia ingkar hukum Tuhan sedangkan hatinya begitu berkehendak untuk membetulkan keadaan. Cinta itu bukan milik mereka.

" Enough Farhan! Yes, I loved you before but now that love means nothing to me. If loving you could hurt other I'd rather stop. Please, train yourself to accept the fate from Allah. Maybe it was written, you and I were never made for each other. Don't ever look for me again, " tekan Hayyani tetap membulatkan tekadnya.

Demi mendengar kata-kata pedih menghiris itu, perlahan-lahan Farhan melonggarkan pegangannya. Di dalam mata itu kini sarat dengan kebencian dan kecewa saja. Dia tidak mahu melepaskan Hayyani namun dia tidak mahu menyeksa Hayyani juga.

Tanpa sedikit pun memandang wajah Farhan, Hayyani membawa langkah kaki pergi bersama hati yang lara. Semakin deras air mata yang jatuh kala dia mempercepat langkahnya. Berpasang-pasang mata yang melihat tidak lagi dihiraukan.

" Hayyani... " panggil Farhan rintih. Sedihnya, Hayyani tidak kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience