Dengan langkah yang terburu-buru, Arif menapak menuju ke jabatan ginekologi tempat Jasmine bekerja. Rasa terkejutnya bukan kepalang setelah mendengar desas desus dari pekerja dalam jabatan itu tentang Jasmine awal pagi tadi. Lantaran itu, dia harus hentikan semua itu sebelum terjadi.
" Jas, kenapa tiba-tiba you buat keputusan tanpa berbincang dengan I dan Elhan?"
Nasib baik tak terlepas pasu bunga di tangan Jasmine ketika Arif masuk ke dalam bilik rawatannya secara tiba-tiba dan bertanya soal itu.
" I tak nak susahkan korang lagi. Lagipun I rasa ini yang terbaik. I pindah hospital yang lebih dekat dengan rumah mummy, " jawab Jasmine seraya meletakkan pasu bunga jasmine itu kembali. Dia sudah dapat menjangkakan gosip tentang surat permohonan pertukaran itu pasti akan sampai ke pengetahuan Arif dan Elhan.
" Tapi sebelum ni elok aje. Kenapa tiba-tiba you berubah? I perasan you pun dah tak seceria dulu. Ada apa-apa yang I tak tahu ke?" Arif berdiri betul-betul menghadap Jasmine. Tegang wajahnya ketika ini.
Jasmine menggeleng kecil. Kemudian, dia membawa dirinya menghadap tingkap.
" Nothing. Arif, you jangan fikir bukan-bukan. I pindah untuk kebaikan mummy. Lagipun, kita still boleh jumpa macam dulu."
" Tak ada angin tak ada ribut. Kenapa tiba-tiba aje nak pindah? Tak payah pindah. Kita stay macam dulu," tegas Arif. Sungguh dia membangkang keputusan Jasmine untuk berpindah.
Terdengar suara Jasmine menghembus nafas kuat. Bukan mudah untuk dia membuat keputusan ini. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan termasuklah Aisyah yang menjadi keutamaannya sekarang. Pasti sukar untuk Arif dan Elhan juga namun dia sudah nekad.
" Arif. I've made up my mind. Keputusan I muktamad. Syarikat pun perlukan I untuk waktu yang genting ni. Jadi, I ada alasan untuk pergi. "
Stetoskop dan kot labuh di atas penyangkut diambil. Jasmine tak ingin menahan diri lebih lama di situ. Lebih baik dia melakukan rondaan di wad.
" Sebenarnya, you pindah sebab Elhan dah bertunang dengan Daneen, kan? " Panas bebola mata Arif saat dia melontarkan soalan. Dia ada sebab sendiri untuk berfikiran begitu yang orang lain tak tahu.
" Apa you mengarut ni? " Rasa terkejut Jasmine bukan kepalang sebaik saja Arif menujukan soalan itu.
Arif mendecit. Sekali lagi, dia melangkah mendekati Jasmine. Disoroti wajah jelita itu pada setiap incinya. Ada sesuatu yang takkan Jasmine beritahu malah takkan dapat juga Jasmine sorokkan.
" Masa majlis kesyukuran malam tu, you balik cepat sebab you tak sanggup tengok Elhan dengan Daneen bersama kan? "
" Nonsense. " Jasmine cuba berlagak tenang untuk menafikan telahan temannya.
" Habistu, takkan you nak bagitau I yang you menangis malam tu sebenarnya air mata kegembiraan you, " ungkit Arif lagi. Ketika mereka pulang bersama malam itu, Jasmine menangis dalam diam di dalam kereta. Matanya menjadi saksi.
" So, apa yang you cuba simpulkan dekat sini? Kalau I gembira pun why not. Dia kawan baik I kan. Kenapa you kena libatkan perasaan peribadi jugak. " Suara Jasmine sudah sedikit meninggi. Tatkala ini, dia sedang berusaha keras untuk menyembunyikan perasaan peribadinya. Selama bertahun dia gigih menyelindungnya, takkan mudah dia biarkan Arif tahu.
Terlorek senyuman sinis di wajah Arif. Sekilas air muka Jasmine sudah cukup untuk membuatnya menyedari sesuatu.
" Apa yang I cuba simpulkan dekat sini cukup mudah Jasmine. Cukup untuk buat I tahu tentang kekasih gelap yang you sorokkan daripada pengetahuan I dan Elhan selama ni... Elhan orangnya, kan? " Arif meneka sambil menatap tajam wajah Jasmine. Gadis itu cukup pandai menyembunyikan rasa hati sendiri. Namun kini tidak lagi baginya.
" Arif, stop! Tak semestinya apa yang you fikir tu betul. Kalau you anggap I sahabat tolong jangan teruskan tanggapan you tu. I dah tak sanggup nak dengar, " tingkah Jasmine yang semakin dilapah keresahan. Semua yang meluncur dari bibir Arif adalah kebenaran yang menakutkannya. Menggeletar seluruh sendi di tubuhnya kerana gementar apabila terus diserang begitu.
" Bila dia dah bertunang dan akan berkahwin, you mula tak keruan. You fikir dengan menjauhkan diri keadaan you akan lebih baik. Tapi you ingat Elhan nak biarkan you pergi? "
Memerah mata Arif merenung Jasmine yang berterusan menundukkan wajahnya ketika dia bertanya. Nampaknya, ramalannya tidak salah. Jasmine menganggap Elhan sebagai kekasih hati bukannya sahabat. Dan kenyataan itu, menyakitkan hatinya sehingga dia turut menyakiti pergelangan tangan Jasmine yang digenggamnya tanpa sedar.
" Let me go, Arif! We are working right now so treat me professionally. Give me a break, please... " pinta Jasmine lirih. Dapat dirasakan kelopak matanya yang mula kebasahan.
Arif melepaskan Jasmine serta merta. Dia meraup rambutnya bagai baru tersedar daripada tindakannya tadi. Lantas, dia keluar dari bilik itu meninggalkan Jasmine yang sudah terduduk.
****
" Hai, Jasmine."
Jasmine keluar dari bilik rawatannya setelah mampu untuk kembali bertenang. Dia harus mengawal perasaan ketika sedang bekerja walaupun sukar untuk mengendalikannya. Ketika itu, ada satu suara yang dikenalinya menyapa. Lekas dia melemparkan senyuman sebaik saja bayangan Hayyani mengisi ruang mata.
" Hey, bride to be! Buat apa dekat sini? " soal Jasmine yang agak terkejut melihat keberadaan Hayyani di situ.
" Saya singgah kejap sebab nak buat ujian HIV dengan Elhan. Sebahagian prosedur nak kahwin, kan. Alang-alang tengah tunggu Elhan ni, boleh saya berbual dengan awak sekejap? Awak sibuk tak?" soal Hayyani ramah. Selama ini mereka cuma sempat berbual di WhatsApp saja itupun jarang-jarang. Dia mula terfikir kalau mereka boleh merapatkan hubungan jika berbual secara berdepan pula.
" Not really. Maybe kejap lagi, " balas Jasmine mesra. Apabila dia melihat Hayyani yang manis bertudung dan berbaju blaus itu, hatinya terdetik sendiri. Rasanya taste Elhan memang perempuan feminin dan muslimah kut. Memang jauh bandingan dengannya.
" Awak okey ke? Nampak macam tak okey aje ni," ujar Hayyani cuba mengambil berat. Pelupuk mata Jasmine kelihatan sembab.
Jasmine tertawa kecil. " Okey, I'm fine. Work makes me occupied. Tak cukup masa nak tidur. Jom kita pergi herbs garden. "
Jasmine mengetuai langkah beriringan mereka menuju ke taman herba. Tenang saja perasaan Hayyani apabila pertama kali berkunjung di situ. Udaranya terasa segar walaupun taman itu terletak di dalam bangunan. Hospital ini sememangnya hospital mesra pesakit.
" Awak dah lama ke berkawan dengan Elhan? Sebab saya tak pernah nampak muka awak sebelum ni. " Hayyani beramah mesra. Walaupun dia sudah tahu bahawa Elhan dan Arif mengenali Jasmine sejak di London, adalah lebih baik jika dia bertanya tuan badan sendiri.
" Yeah, I kenal Elhan dan Arif sejak di London lagi. Kita orang jumpa masa masing-masing further study peringkat master medical science dekat sana, " ujar Jasmine sambil sesekali menyelak anak rambut yang menutupi matanya.
" Tulah, saya pun baru tahu Elhan ada kawan baik perempuan. Elhan kata awak aje yang waktu susah senang ada dengan dia. Tak ramai kawan perempuan dia yang betul-betul ikhlas nak berkawan macam awak, " kata Hayyani lalu tersenyum.
" That's what friends are made for. Dia memang sayang I tapi sayang dia pada you lagi special. Semua yang dia buat selama ini, dia ikhlas terutamanya tentang perasaan dia pada you, " kata Jasmine yang jelas memaknakan segala perkataannya. Sejak dulu, Elhan tak pernah berhenti menyebut nama Hayyani. Dia faham benar kepentingan Hayyani kepada Elhan.
" Kiranya, it's a good investment lah kan kalau saya kahwin dengan dia? " Seloroh Hayyani disambut tawa mereka. Blushing pula apabila mendapat pujian begitu.
" Of course. Dia ada ciri-ciri lelaki idaman I tau. Kalau I nak kahwin, I nak cari suami macam Elhan, " ujar Jasmine bernada gurau. Namun kali ini, dia perasan riak wajah Hayyani sedikit berubah.
" I'm just kidding. Janganlah serius sangat muka tu. " Jasmine menolak lembut bahu Hayyani seraya tergelak kecil. Dia takut Hayyani menganggapnya serius pula.
" Erm... Jasmine awak free tak hujung minggu ni?"
" Kena tengok dulu. Kalau free nanti I bagitau balik. Kenapa?"
" Saya nak ajak awak fitting baju. Sebab Elhan cakap dia nak awak jadi pengapit saya waktu majlis sanding sebelah dia nanti, " beritahu Hayyani dengan jelas tentang permintaan Elhan kepadanya.
" Elhan cakap macam tu? " soal Jasmine lagi. Bukan kerana terkejut, tetapi dia berasa seolah benar-benar berat untuk menunaikannya. Tapi apalah daya untuk menolak kalau permintaan itu boleh membahagiakan Elhan.
Hayyani mengangguk laju. " Yup. Boleh tak? Tapi kalau awak tak nak jadi pengapit saya, takpelah. "
" No, of course I nak. Lagi-lagi kalau orang nak belanja I sentiasa nak, " gurau Jasmine. Sesaat kemudian, tawa kecil mereka bergema di setiap ruangan.
Di kala ini, Jasmine turut terfikir dapatkah dia hadiri majlis pernikahan itu nanti. Bukankah menghadirinya boleh dikira misi bunuh perasaan sendiri? Apa-apa sajalah. Lagipun, selepas pernikahan itu dia tak perlu lagi berjumpa Elhan sekerap sebelum ini.
****
Petang rabu itu, Elhan membawa Hayyani ke butik pengantin untuk membuat keputusan akhir tentang busana yang bakal diperagakan oleh mereka semasa hari pernikahan nanti. Oleh kerana majlis pernikahan mereka berbaki 3 minggu lagi, hampir 70 peratus persiapan telah disiapkan.
" Elhan, awak dengar tak ni?" Hayyani petik jari di depan muka Elhan.
" Sorry. Awak cakap apa tadi?" soal Elhan kembali.
Hayyani mendengus. Sudah beberapa kali dia bertanya namun Elhan asyik buat tak endah saja. Nasib baiklah sayang kalau tidak dah lama kena seligi tau.
" Awak prefer baju nikah yang ni atau yang ni?" Dengan penuh kesabaran, Hayyani bertanya lagi soalan yang sama. Dia menunjukkan busana pengantin berwarna krim dan mustard di kiri dan kanan tangannya. Cantik rekaan kedua-duanya sehingga dia tidak tahu nak memilih yang mana.
" Mana-mana pun boleh. Saya tak kisah, " jawab Elhan tapi kedengaran acuh tak acuh. Matanya kembali merenung skrin telefon bimbit.
Hayyani tarik muka, masam. Kedua-dua busana itu diletakkan kembali di rel pakaian. Kemudian, dia duduk di atas sofa sambil bersilang tangan. Hilang mood nak memilih pakaian kerana Elhan melayannya bagai tak sudi saja.
" Saya tak sukalah awak macam ni. Kalau nak tengok phone lebih baik duduk aje rumah tak payah keluar, " dengus Hayyani geram. Hairan apa yang telah melekakan tunangnya itu sehingga fokusnya tidak ada. Terasa seperti tubuh Elhan saja di situ sedangkan jasadnya melayang ke tempat lain.
" Janganlah cakap macam tu. Kita dah setuju nak keluar hari ni kita settle kan sekali, " ujar Elhan cuba menenangkan Hayyani. Dia tersedar kalau wanita itu tidak senang dengan perlakuannya.
Hayyani mendecit. " Habistu, awak yang selalu berangan fikir benda lain. Apa yang awak sibuk sangat tu? "
Elhan memandang Hayyani dengan rasa serba salah. Kalau dia kata tak ada apa-apa merajuk pula nanti. Nak bagitau ke tidak?
" Jasmine. Saya text dia tak balas. Saya rasa sejak kebelakangan ni dia dah makin jauh dengan saya. Tak tahulah kenapa, " luah Elhan. Suaranya kedengaran hampa.
Ketika suasana hatinya berubah bahagia, ketika itulah dia merasakan Jasmine turut berubah karakter. Kebanyakan waktu mereka terserempak di hospital pun, Jasmine seakan berpura-pura tak melihatnya. Kalau tegur pun tak semesra dulu. Arif pun selalu sibuk baru-baru ini. Pernah juga dia terfikir sendiri. Apakah dia ada berbuat salah?
" So awak gelisah sebab Jasmine tak ikut sekali lah ni?" Hayyani cuba menyelidik.
" Tak. Saya cuma takut saya ada buat salah," jawab Elhan pasrah.
" Elhan, tak semua orang fikir macam apa yang awak fikir. Kawan-kawan awak pun ada kehidupan masing-masing juga. Tak semestinya hubungan persahabatan yang dah dewasa ni perlu sentiasa berhubung dengan satu sama lain. Tapi kalau friendship you guys memang genuine, connection tu tetap akan ada, " ujar Hayyani buat Elhan terdiam. Dia memikirkan kebenaran pada kata-kata Hayyani.
" Dia orang tu kawan-kawan saya. Saya tahu dia orang takkan macam ni kalau takde apa-apa terjadi. " Terdengar keluhan panjang yang dilepaskan Elhan. Bagai benar-benar mengesali situasi yang berlaku dengan teman-temannya sekarang.
" Daripada awak berteka teki macam ni, lebih baik awak tanya dia orang secara berdepan nanti. Lagipun, Jasmine bagitau saya yang dia busy hari ni, so dia tak dapat ikut kita fitting baju. Sekarang ni, kita fokus dekat urusan kita dulu. Tapi kalau awak tak boleh nak sabar jugak takpelah. Awak pergilah jumpa Jasmine saya boleh buat sorang-sorang, " rajuk Hayyani lalu dia menapak ke arah rel yang menempatkan berdozen pilihan baju pengantin.
" Hei, merajuk pulak dah. Saya minta maaf. Okey, saya simpan telefon sekarang. Jom, kita pilih betul-betul. " Elhan menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek. Sempat lagi dia menyambar sekuntum bunga ros merah di atas meja kopi lalu dihulurkan kepada Hayyani yang berpura-pura tak mengendahkannya.
Terukir senyuman di bibir Elhan. Satu sisi lain yang dapat dilihat saban hari mengenali hati budi Hayyani ialah sifat gadis itu yang manja. Semakin hari semakin bertambah kuat ikatan kasihnya kepada gadis yang bakal bergelar isteri itu.
Share this novel