Bab 24

Romance Completed 15392

Bab 24

" Rip, aku gerak dulu tau. Kau boleh ganti aku kan untuk malam ni?" Soal Elhan kepada Arif yang sedang mencuci kereta.

" Boleh sangat bro. Dah alang-alang aku ganti kau, baik kau cuti aje sehari dua ni, " saran Arif yang masih fokus dengan tugasnya.

" Cuti untuk apa. Aku hantar Daneen kejap aje ni. Esok aku naik kerja macam biasa. " Elhan mengeluarkan sneakers berwarna putih miliknya dari almari kasut. Kemudian, dia duduk di atas bangku kecil tepi laman untuk menyarung kasut.

" Manalah tahu kau tak puas nak tatap muka dia. Aku tengah kasi chance la ni. " Arif cuba berunding. Seperti biasa, jika dia ada urusan pasti Elhan akan menggantikannya.

" Erm... tengoklah macam mana, " balas Elhan tenang tak bernada. Dia sendiri tak pasti dengan tawaran Arif. Kalau dia bercuti sekali pun untuk apa. Lebih baik dia ke hospital. Boleh jenguk Aisyah.

" Kalau kau setuju bagitau aku cepat. By the way, goodluck bro. Kau bacalah doa ke apa-apa supaya lembut hati dia nanti. Kalau kau nak aku recommend tempat mana yang terbaik untuk dating, kau roger aku tau. "

Elhan tersenyum. Kemudian, dia menggeleng sendiri. " Banyaklah kau punya dating. Kau ingat aku dengan dia nak pergi enjoy cucuk langit ke apa. Kita orang ni nak pergi temu duga. "

Arif terhenti daripada tugasnya seketika. Dia berdiri menghadap batang tubuh Elhan yang segak dengan pakaian kasualnya.

" Alah kau ni bro. Datang mana pulak angin kau jadi alim tak tentu pasal ni. Lepas korang pergi interview pergilah ajak dia jalan-jalan. Melencong sikit ke tempat lain. Macam tak pernah dulu, ek, " usik Arif. Kemudian dia menjongket keningnya dan tersenyum nakal.

Elhan tarik senyum. Nampaknya Arif sudah mula tunjuk belang buaya kasanovanya.

" Itu dulu. Anak dara orang jangan nak buat macam bini sendiri pulak. Dia ada mak bapak kita kena hormat mak bapak dia. Bukan boleh sesuka hati usung anak dara orang sana sini. "

" Alah, aku tengok ramai aje mak bapak yang tak kisah pasal tu. Budak-budak perempuan yang duk tersadai tepi jalan tengah-tengah malam. Merempit ke sana sini macam kutu rayau kota. Tu apa cita tu? " Soal Arif seolah-olah sedang mengajak Elhan untuk berdebat.

" Kalau ada yang tak kisah pun kita kenalah tahu peranan kita. Janganlah orang tak kisah kita pun redah aje ikut sedap hati sendiri. Kalau kita macam tu, orang lain pun macam tu lama-lama nanti dosa dah tak jadi stigma masyarakat lagi dah. Sikit-sikit cukuplah, " pesan Elhan penuh makna. Dia mula menyusun langkah ke arah keretanya.

" Takdelah, aku cakap aje. Kau jangan ingat aku serius pulak. " Arif mula tersengih-sengih. Dia sendiri terdiam apabila terkena ceramah Elhan. Pantang betul kalau diusik tentang fe'el lama dulu!

" Okaylah, aku gerak dulu. Tolong tengok-tengokkan Aisyah. " Sempat Elhan berpesan sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.

****

Elhan tenang memandu sambil memusatkan fokusnya pada jalanan. Sesekali Hayyani yang kelihatan resah sejak awal perjalanan itu dikerling sekilas sebelum dia kembali memandang jalan raya yang agak sesak dengan kenderaan. Jalan raya yang sibuk setiap hujung minggu, semestinya ramai warga kota memanfaatkan cuti mereka untuk ke sana sini.

" Awak okay ke tidak ni? Cuba duduk diam-diam kaki tu, " tegur Elhan. Semakin lama dia lihat kaki Hayyani semakin kuat menggeletar.

" Saya nervous. "

" Alah, nak nervous tu sikit-sikit ajelah. Jangan duk hentak kaki macam tu. Roboh kereta ni nanti, " kata Elhan bersahaja. Tak senang dia nak memandu kalau Hayyani berterusan begitu.

Hayyani mencebik. " Senanglah awak cakap. Ni first time saya interview kerja dekat syarikat besar tau. Saya risau tak dapat buat betul-betul. "

Dia kembali tunak pandangan ke luar tingkap. Seumur hidupnya, tak pernah dia menghadapi situasi begini. Macam mana kalau dia benar-benar diterima untuk bekerja dan temu duga ini bukan sekadar satu formaliti untuk menyedapkan hati ibu? Aduh, buntu dia dibuatnya.

" Ai... bukan ke awak kata awak tak nak bekerja dulu buat sementara waktu ni? Kenapa awak kisah pulak kalau awak gagal temu duga sekalipun? "

" Memanglah. Tapi apa guna saya datang kalau saya nak diam aje? Lebih baik gagalkan saya terus, " ujar Hayyani lagi sambil berpeluk tubuh.

" Awak buat biasa aje. Selawat banyak-banyak, baca doa. Kawan saya tu santai orangnya, " tenang suara Elhan menasihati Hayyani.

Hayyani ketap bibir cuba mengusir debar yang bermukim di dada. Buat beberapa saat, matanya jatuh pada seraut wajah Elhan. Kalaulah aku bagitau dia yang aku risau kalau aku dapat kerja mesti dia seronok gelakkan aku.

" Agak-agak awak Encik Faizul tu garang tak? "

Elhan ketawa mendengar soalan yang menggeletek perasaannya. " Untuk apa dia garang dengan awak? Bukannya awak tak siapkan homework ke apa. Datang nak mintak kerja aje. "

Hayyani mengecilkan matanya merenung Elhan yang masih sakan tergelak itu. Orang yang di sana rasa seronok di sini makin sakit hati. Rasa nak gigit saja kepala itu.

" Awak memang jenis tak reti jawab soalan kan? Macam mana awak boleh lepas jadi doktor ni? "

" Bukan saya yang tak reti menjawab soalan, awak yang tak reti tanya soalan, " balas Elhan selamba. Dia lihat Hayyani sudah memejamkan matanya rapat seolah sedang mengumpul segudang kesabaran.

" Saya tanya awak sebab awak kata Encik Faizul tu kawan awak. Takkanlah kawan sendiri pun tak kenal sikap dia macam mana. Jenis sombong ke mesra ke. Susahlah bercakap dengan awak ni. Buang masa aje, " getus Hayyani geram. Mamat ni memang tak reti straightforward ke? Sekali aku tanya berkali-kali dia pusing soalan tu. Makin berselirat wayar dalam kepala aku ni. Mungkin dia yang salah kerana meletakkan ekspektasi tinggi sangat.

Elhan senyum sendiri. Dengan Hayyani di sisi, banyak saja akalnya untuk mengusik. Lagipun dia suka melihat reaksi wajah tak puas hati Hayyani.

" Ni, ingat pesan saya. Nanti awak masuk bilik dia jangan nak ambil apa-apa barang pulak tau. Kemungkinan lepastu dia jadi garang. " Elhan meloyar buruk lagi. Kemudian, dia ketawa sendiri sedangkan Hayyani di sebelah rasa bagai nak meletup.

" Awak sedar tak yang awak ni sangat menyakitkan hati. Sekejap buat saya lega, sekejap buat saya nervous. Lagi satu, saya bukan jenis rembat barang orang okey? So, excuse you! " Hayyani tak berpuas hati. Dia bertanya tadi sekurang-kurangnya untuk meredakan kegelisahan yang bertandang. Tapi sebenarnya lebih menyesal bertanya berbanding tidak.

" Manalah tahu. Kita ni mana boleh percaya sangat dekat orang, " balas Elhan sekadar nak menguji sejauh mana Hayyani mampu bertahan dengannya. Tapi niat sebenar di hati Elhan mengusik adalah hanya untuk mengalihkan perhatian Hayyani daripada terus berasa gementar ketika temu duga nanti.

" Kalau macam tu, nanti bila umi cakap awak anak kandung dia awak janganlah percaya, eh? Awak kan jenis tak percaya orang, " perli Hayyani sebelum dia memusingkan tubuhnya kembali menghadap tingkap. Kalau boleh ingin saja dia memekakkan telinga buat sementara waktu tatkala tawa Elhan yang kedengaran galak itu menambah sebal perasaannya.

Betul ke mamat ni anak umi Khalida? Perangai tak sama langsung. Menyampah! Jembalang tanah pun lagi baik.

****

Ada seribu satu perasaan yang bertarung dalam diri Hayyani di dalam ruang berpendingin hawa itu sedang dia duduk di depan Encik Faizul. Sudah beberapa minit berlalu sejak lelaki itu menyemak helaian fail resumenya. Buat seseorang yang tidak ada banyak pengalaman bekerja, dia sendiri berasa profilnya tidaklah sehebat mana.

" So, cik Daneen. Saya rasa tak payahlah saya bercakap banyak. Your resume tells me a lot. Lagipun awak ada depan saya sekarang atas recommendation Elhan. Now, tell me something that describes your work ethic as an engineer. " Encik Faizul menutup semula fail hitam itu dan diletakkan di depan Hayyani.

Hayyani menarik nafas panjang untuk bersedia sehabis baik memberikan jawapan.

" As an engineer, I believe this profession requires me to give two hundred percent in everything I do. I have been studying engineering for three consecutive levels starting from foundation until bachelor degree. It's a long way journey to get here but I always ensure myself to strive for excellence. In order to achieve that goal, I pay attention to detail, accuracy and quality of my work especially in solving problems. I believe these are the ethics an engineer should behold, " jelas dan mampat jawapan yang disuakan oleh Hayyani. Dia sudah lama mempersiapkan diri apabila ditanya soalan-soalan formaliti begini. Cuma rasa gementar itu saja yang ada.

Encik Faizul menganggukkan kepala.

" Okay. I have no further question for you but before you go, I'd like to ask you one more question. " Riak wajah Encik Faizul berubah serius meninggalkan debaran yang hebat dalam dada Hayyani. Mata itu, wajah itu, gaya duduk yang melambangkan seorang ketua yang berkaliber itu, buat Hayyani makin seram sejuk.

Encik Faizul tersenyum apabila melihat air muka Hayyani yang jelas sedang gementar menanti soalan seterusnya.

" Awak jangan takut, ni soalan bonus. Awak jawab dengan santai saja. No tense. "

" Kalau awak diterima bekerja di sini, awak rasa awak boleh bekerja dengan baik? Syarikat ni handle banyak projek mega jadi pekerja dekat sini semuanya ambil risiko untuk bekerja bawah tekanan ketua yang komited dengan kerja. Awak rasa awak boleh hadapi semua tu nanti? "

Hayyani terkesima barang sesaat dua. Tapi dia mula terfikir kalau ini saja peluang yang dia ada untuk berterus terang. Dia sudah penat berpura-pura menunjukkan minat sedangkan hatinya berkata lain.

" Encik nak saya jawab jujur ke encik? "

" Well, saya rasa kalau awak bagi jawapan untuk sedapkan hati saya aje, mungkin awak yang akan terseksa bila dah mula bekerja nanti. Of course, jawab dengan jujur. We appreciate that policy here. "

" Sebenarnya, saya rasa bidang ni bukan untuk saya, " beritahu Hayyani senafas.

" Habistu, kenapa awak suruh Elhan recommend awak dekat saya? "

Hayyani ketap bibir bawahnya cuba memujuk diri bahawa dia tidak menyesal dengan kata-katanya tadi. Maafkan Daneen, ibu.

" Percaya tak encik, saya buat semua ni demi ibu saya. Pencapaian saya selama ni semuanya untuk dia. Tapi saya rasa dah sampai masa untuk saya capai sesuatu demi diri sendiri pula. "

" But, you got bachelors in engineering. Saya tak percaya awak boleh pergi sejauh ini kalau awak takde minat. " Encik Faizul tayang muka ragu. Hairan, masakan keputusan cemerlang begitu boleh dicapai kalau benar gadis itu tidak berminat.

Hayyani mengela nafas panjang sebelum membalas.

" Saya percaya encik pun tahu kalau kita nak bekerja, pilihlah pekerjaan yang kita minat, and then working will be fun. Kalau encik, encik kerja dekat sini sebab minat atau encik takde pilihan lain? "

Encik Faizul berdiam kejap. Mengurut dagu sambil memikirkan jawapan bagi memenuhi soalan itu.

" Well, engineering is my soul. Saya suka bekerja di sini. Walaupun kadang-kadang susah dan stres tapi saya suka kerja saya, " ungkap Encik Faizul. Kini, alasan gadis itu mula kedengaran munasabah baginya.

" Saya banyak mengalah dan bersabar dengan perkara yang saya tak suka sebelum ni. Mungkin dah tiba masa untuk saya buat sesuatu yang saya suka pula. Jadi, encik tak perlu rasa bersalah untuk gagalkan saya hanya sebab saya kenalan Elhan. Anggaplah saya tak cukup kelayakan untuk diterima bekerja dekat syarikat hebat ni. "

" Are are you sure? " Encik Faizul menuntut kepastian. Bekerja di syarikat itu adalah antara salah satu peluang keemasan yang jarang-jarang ditemui. Seakan tak percaya kalau gadis itu tetap ingin menolak tuah ini.

Hayyani angguk yakin. Kemudian, dia tersenyum. " I'm certain. Cuma satu saya mintak tolong encik. Boleh tak encik tolong rahsiakan semua ni daripada semua orang? Of course, termasuk Elhan. "

Ada keluhan lembut yang terlepas dari celah bibir Encik Faizul sebelum dia bersuara.

" Very well. Kalau dah itu kehendak awak saya takkan persoalkan apa-apa lagi. Erm... but can I ask you one question? But it's quite personal if you don't mind. "

Hayyani mengangguk lagi. Soalan apa ya? Berdebar pula rasanya.

" Apa hubungan awak dengan Elhan ya? " Berhati-hati Encik Faizul menyoal.

Hayyani ketap bibir bawahnya. Nak jawab apa ya? Ah, redah sajalah.

" Elhan tu... bakal tunang saya."

" Oh, I see..." Encik Faizul sekadar mengangguk. Jadi apa cerita dengan hubungan Elhan dengan Louisa di London dulu. Sudah agak lama tidak bertukar cerita jadi dia tak tahu kisah sebenar.

" Ada apa-apa masalah ke encik?" Hayyani mula rasa curiga. Macam ada sesuatu tak kena.

Lekas Encik Faizul menggeleng. " Nothing. Just teringat dekat Elhan. Nanti awak tolong saya kirimkan salam pada dia. And of course, you may go now. "

" Terima kasih encik. Saya mintak maaf sebab dah bazirkan cuti encik hari ni. Saya hargai sangat-sangat. "

" Not a big deal at all. "

Encik Faizul menghantar Daneen yang sedang melangkah keluar itu dengan senyuman. " Cik Daneen..."

Hayyani menoleh semula. Dia lihat Encik Faizul sedang tersenyum melambai ke arahnya.

" I wish you goodluck. I believe there's silver lining in every cloud. Go and chase your dreams, " ungkap Encik Faizul mengutuskan semangat terus ke dalam kotak hati Hayyani yang sedang berbunga-bunga.

" Terima kasih banyak-banyak encik. "

Hayyani sempat melambai kembali sebelum menapak keluar. Kata-kata Encik Faizul sudah cukup untuk membuatkannya tersenyum sepanjang hari ini. Satu lagi bebanan berat sudah terlepas dari bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience