Bab 85

Romance Completed 15392

Di tepi sebuah tasik, Daneen melangut sendirian. Pandangannya dipanah ke arah permukaan tasik yang berorak tenang. Surut sedikit gelora yang sebelumnya membadai jiwa. Kemelut yang melanda diri membuatnya lemas, lemah dan tidak berdaya untuk menghadapi semuanya. Tanpa sedar, air mata lesu mengalir lagi di pipi.

Kalaulah dahulu dia menolak lamaran Elhan, pasti mereka tidak perlu terseksa begini. Elhan mungkin tidak akan kehilangan Jasmine dan hatinya pasti tidak akan sesakit ini. Namun, kalau dia memilih jalan itu, pasti ibu akan berterusan melayannya dingin tak ubah bagai sekeping kaca di celahan permata.

Hatinya sudah cukup terluka melupakan Farhan demi Elhan. Dia cuba menerima hakikat bahawa takdir mereka terhenti sekadar di pinggiran asmara. Bahawa cintanya akan disemai dan diabadikan buat satu-satunya lelaki, Elhan Ashariq. Namun, dia tidak dapat menerima hakikat kalau Elhan sangat menyayangi Jasmine walaupun sebagai teman. Buntu, fikirannya bercelaru dan jiwanya berselirat.

Tiba-tiba, ada satu tangan menghulur sapu tangan kepadanya. Perlahan-lahan dia panggung kepala. Wajah tampan Farhan memenuhi ruang mata.

" Malik? I mean, Farhan. What are you doing here? " tanya Hayyani sedikit teragak-agak. Nama Malik sudah sebati dengan diri sehingga dia kekok memanggil nama sebenar lelaki itu. Namun, huluran Farhan tidak dibiarkan sepi. Disambut dan disapu bersih air matanya menggunakan sapu tangan itu.

Lelaki itu tidak berminat untuk menjawab. Sebaliknya, dengan tenang dia melabuhkan punggung di sebelah Hayyani.

" If you have found your true love, you should laugh and cry with him. Don't be alone because love... means togetherness." Farhan memandang dalam wajah Hayyani ketika dia menghabiskan kata tadi. Pandangan yang mengertikan sebuah keikhlasan dari lubuk hati.

Hayyani terus terpaku dengan kehadiran lelaki itu. Sebelum ini kalau dia melihat wajah itu, kemarahan dan kecewanya pasti naik ke kepala. Kali ini, dia terasa ingin menceritakan segala kesedihannya kepada Farhan seperti waktu dulu.

" Why are you here?" soal Hayyani perlahan. Senyuman di wajah lelaki itu mula kelihatan membalas pandangan penuh tanda tanya Hayyani.

" To fulfill my promise to you. You want me to be your best companion when life hits you hard. Your crying shoulder is here for you, " ungkap Farhan bersama senyuman yang terukir di bibir. Bahunya ditepuk perlahan.

Tanpa sedar, ada senyuman nipis yang berjaya menghiasi bibir Hayyani. Farhan masih ingat janji mereka dahulu untuk sentiasa menemani di setiap musim patah hati. Hal itu membuatnya rasa sebak dan gembira pada masa yang sama.

" Farhan... I loved you. But now the feeling has nothing to do with my marriage. You are the first person who knows almost all of my secret. I was happy with you but... " Hayyani memalingkan wajahnya ke hadapan semula. Kekuatannya bagai tak sampai untuk meluahkan isi hati itu.

Farhan bangkit dan merendahkan tubuhnya di hadapan Hayyani. Wajah muram Hayyani ditenung dengan penuh kasih.

" It's okay. Don't hurt yourself with words you don't want to say. I have all the answers that you want me to hear. I'm fine with that, " pujuk Farhan. Keindahan budi bahasanya bagai satu angin bayu yang menyapa tenang luhur hati Hayyani.

Dia tidak tega menyakiti Farhan. Pendiriannya harus teguh di kala ujian datang melanda menggoyahkan relung perasaan. Sekuat manapun cintanya kepada Farhan, Elhan tetap menjadi keutamaannya.

" I'm sorry, Farhan. You could have done better without me in the future. Thank you... for everything. I will appreciate you for the rest of my life." Terketar-ketar suara Hayyani ketika menuturkan ucapan itu. Berat lidahnya untuk berkata berat lagi hati untuk melepaskan sebuah ikatan yang maha indah dalam hidupnya.

Farhan mengangguk perlahan. Senyuman yang tertera pada wajahnya terlihat sedih biarpun dia cuba mengawal sebak yang bermaharajalela. Hayyani tidak akan menjadi miliknya. Kenyataan itu melumpuhkan hatinya.

" Alright then. But, at least let me give you a proper goodbye. The last time we met, I didn't get the chance to do it."

Hayyani menggeleng lemah. " Never mind. It's not your fault. How's your leg?" soalnya sempat berprihatin terhadap keadaan Farhan. Sekilas dikerling kedua batang kaki Farhan. Pasti lelaki itu menghadapi kesukaran ketika itu.

Farhan tertawa nipis. " Just a light sprain ankle. Don't worry. My legs are made of steel, " seloroh Farhan lagi seraya tertawa sendiri. Tanpa sedar, air mata Hayyani gugur lagi. Sekali lagi, dia dihujani kekesalan.

" I'm sorry. I thought... "

" Shh... I'm bidding my last goodbye. Don't bother." Farhan meletakkan jari di bibirnya meminta Hayyani berhenti bercakap. Dia tidak mahu Hayyani berterusan memikul beban rasa bersalah itu.

Hayyani terdiam, memasak fokusnya pada seraut wajah damai Farhan.

" I know wanting you also mean asking you to be a disobedient wife to your husband. I'm sorry for being that stupid. I let this uncontrollable fondness disabling my ability to be a righteous Muslim. As you wish, I will not chase you again. I will stop pleading for your sympathy and love. I pray that you will enjoy your lifetime happiness with your husband. I'm happy that you are happy with him now. Forgive me if I have ever wronged you ever since we met, " tutur Farhan mendatar. Sedaya upaya dilakukannya untuk menimbus rasa sebak yang semakin tidak terkawal. Perasaan itu harus dikawal demi membendung kesedihan Hayyani.

" Farhan... " panggil Hayyani ketika Farhan sudah berpaling darinya. Punggungnya sudah terangkat dari duduk.

Hatinya rasa pedih dicengkam seribu satu rasa yang tak terungkapkan. Satu suara lirih memanggil nama Farhan dari jauh lubuk hati berharap lelaki itu kembali menoleh ke arahnya. Dia terlalu berkehendak melihat wajah itu buat kali terakhir sehingga keterdesakannya membuahkan air mata pilu. Semakin sendat dadanya semakin lebat air matanya mengalir.

Farhan mengesat mutiara jernih yang terbit di matanya. Kemudian, dia berpaling kembali memandang wajah Hayyani buat beberapa ketika. Senyuman tetap terpamer pada wajahnya.

" One day, if you find yourself hard to cope with your feelings over me, come back to me. I will reserve a lonely and vacant room in my heart. You have the key to the room. I'm gonna wait. "

Usai menghabiskan kata-kata itu, Farhan berlalu pergi mengandaikan pemergiannya sebagai titik noktah bagi pertemuan berharga mereka selama ini. Semakin jauh susuk tubuh itu melangkah, semakin mendayu-dayu tangisan yang kedengaran.

Hayyani jatuh terjelopok dan menangis meratapi pemergian insan yang bermakna dalam hidupnya. Sungguh kehilangan yang dirasakan saat ini maha besar buatnya. Farhan adalah cinta yang hadir tanpa diduga memberikannya nafas baru untuk meneruskan perjalanan hidup. Memberi semangat di kala gontai.

Namun, hikayat mereka perlu berakhir di sini biarpun kisah mereka tetap tidak akan luput dari ingatan. Mungkinkah selepas ini air mata itu akan kering sendiri. Atau mungkin hidupnya akan terus karam dalam kesedihan sehinggalah titik takdir mereka bersambung kembali.

Dalam kesedihan yang begitu meruntun jiwa itu, Hayyani tiba-tiba rasa ada seseorang yang datang memayungi dan mendakapnya erat. Erat seolah tidak mahu melepaskannya lagi. Dia membiarkan saja dirinya dipeluk kemas dalam dakapan itu.

" Sayang, abang minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk pujuk sayang. Abang ego dan abang banyak salah dengan sayang. Please sayang, jangan jatuh sakit sebab abang, " ungkap Elhan dalam kelebatan hujan yang menimpa itu.

Dia menerima satu mesej dari Haleena yang memberitahu keberadaan Hayyani di situ. Bergegas dia mendapatkan isterinya dan justeru menanam tekad untuk kembali berbaik dengan Hayyani setelah hampir seminggu mereka saling bersengketa semenjak pertengkaran itu.

Hayyani menyembamkan wajah di dada Elhan. Air matanya terhambur dengan esakan yang semakin panjang. Tenang rasa dipujuk kerana dia amat memerlukannya saat ini. Sebak yang bertakhta seakan tidak tertanggung lagi.

Benar jiwaku merasa tenteram bersama dia tetapi mengapa hatiku memanggil dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience