Haleena dan Arif yang tadinya bermain di gigi air menghampiri Jasmine dan Elhan yang sedang bermain dengan anak kelahiran baru mereka, Aniq. Ketika itu, mereka semua sedang beriadah bersama di pantai pada hujung minggu. Satu aktiviti yang dilaksanakan demi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
" Kak Jas, biar Leen dengan abang Arif bawak Aniq jalan-jalan dekat sana. Bolehlah dia tengok kakak dia main dengan anak-anak abang Haris sekali."
Haleena menunjuk ke arah kanak-kanak lain yang sedang bersuka ria membina istana pasir di tepi pantai.
" Takpe ke ni?" Jasmine teragak-agak. Bimbang pula jika Aniq akan meragam nanti. Maklumlah, anak kecilnya itu baru berusia 5 bulan.
" Takpelah kak Jas, kita orang pun tengah ambil mood nak jadi mak ayah. Kan abang, " kata Haleena bersahaja. Dia memberikan jelingan manja yang mempunyai makna tersirat kepada suaminya di sebelah.
Arif menggeleng kepala. " Yelah tu. Orang kalau nak jadi mak mana boleh bangun lambat. Siapa nak sidai kain? Siapa nak siapkan anak pergi sekolah? Siapa nak bangun buat susu anak? Siapa? " gerutu Arif sengaja membakar perasaan isterinya.
Tertawa Jasmine dan Elhan yang mendengar. Sebagai sahabat, mereka saja yang dapat lihat sikap Arif yang lebih manja dan ceria ketika bersama Haleena. Hilang semua sikap bajet machonya.
Spontan Haleena mencubit lengan Arif. Suaminya itu memang kaki sakat. Selalu sangat mengusiknya tak kira tempat. Dulu masa bercinta masih malu-malu sehingga dia sendiri yang kena mengurat dulu. Sekarang, dah tunggang terbalik.
" Kutuklah, kutuk. Nanti dah ada anak Leen suruh abang jaga. Meh dekat cik Leen ya sayang." Haleena menghulurkan tangannya kepada Aniq.
Jasmine mencium pipi Aniq sebelum menyerahkan anak kecilnya itu kepada Haleena. Terdengar suara pasangan pengantin baru itu memuji rupa paras Aniq. Sampai berebut-rebut hendak mencium si kecil itu. Kelakar betul.
" Korang datinglah berdua. Kita orang nak pergi main air kejap. "
Sempat lagi Arif memberi isyarat mata yang sangat difahami Elhan sebelum membawa Aniq pergi meninggalkan pasangan itu. Sengaja memberi ruang buat Elhan dan Jasmine bermesraan.
Sedang asyik memerhatikan ragam manusia di pantai itu, Jasmine tersentak apabila tiba-tiba merasakan ada tangan yang melilit di pinggangnya. Apabila dia memandang Elhan, dia lihat suaminya itu sedang mempamerkan sengihan nakalnya. Namun, kemesraan itu tidak pula ditolak. Malah, Jasmine bersandar selesa pada dada bidang Elhan. Alangkah indahnya setiap hari begini dengan bayu laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sungguh mengasyikkan.
Di sudut tidak jauh dari situ pula, mereka terlihat Hayyani yang sedang melukis pemandangan laut pada kanvas lukisan. Walaupun Elhan tidak berkata apa-apa, namun Jasmine tahu sedikit sebanyak suaminya itu pasti akan mencuri pandang Hayyani. Ketika itu juga, dia bertimbang tara untuk mengajukan satu soalan yang terus bermain di benaknya.
" Hubby, kalau I tanya you jangan marah, okey? " Pelukan antara mereka direnggangkan. Jasmine mendongak dan memandang tepat wajah tenang Elhan. Serius.
" Takkan I nak marah sayang. Tanyalah, ermm... " Elhan tersenyum kecil. Kepala isterinya yang manis bertudung diusap lembut. Terpesona dengan keayuan isterinya itu.
Jasmine mengetap bibir. Barang sesaat dua dia berjeda bagi bertanyakan soalan itu dengan tepat.
" Masa you pujuk ibu Daneen dekat kubur haritu, you buat sebab you masih cintakan Daneen, kan? "
Soalan itu buat Elhan tersentak. Pandangan Jasmine masih tepat memanah matanya jelas mengharapkan jawapan. Dari air muka Jasmine, Elhan dapat meneka bahawa Jasmine mencemburui keprihatinannya kepada Hayyani ketika itu.
" Sayang, kenapa tiba-tiba ungkit pasal tu? I pujuk ibu Daneen waktu tu atas dasar simpati pada ibu mertua sendiri. Bukan atas sebab peribadi pun. Lagipun apa yang jadi antara I dengan Daneen tu dah lama berlalu. Takde apa yang perlu you risaukan lagi, " jelas Elhan sebaik mungkin.
Kali ini, Jasmine mengalihkan sudut pandangnya ke dada lautan. Dia sendiri tidak pasti apa yang hatinya rasakan di saat ini. Mendengar jawapan itu tidak mengurangkan walau sedikit pun kegelisahannya.
Elhan mencuit dagu Jasmine agar memandangnya kembali. Riak wajah itu seakan-akan hendak menangis. Namun dia kenal benar Jasmine yang takkan mudah menitiskan air mata di depan khalayak.
" You tak percaya cakap I? " soal Elhan lembut sambil memaut bahu Jasmine.
Jasmine ukir senyuman hambar. " It's okay sayang. Sometimes ada benda yang doesn't even need explanation untuk kita faham. I rasa I dah cukup faham," ujarnya kedengaran pasrah.
Dia perlu terus memujuk hati untuk bersedia menghadapi perkara ini sampai bila-bila pun selagi masih bergelar isteri kepada Elhan. Setiap hari menelan hakikat yang suaminya masih menyayangi Hayyani. Dia mengerti erti cinta pertama bagi semua orang termasuklah Elhan. Walaupun pahit namun dia menabahkan hati untuk menerima kenyataan bahawa dia bukanlah insan pertama yang mendapat tempat di hati lelaki itu. Namun sebagai isteri, dia tidak dapat menafikan cemburu yang sedikit sebanyak bergelodak di dada.
" But you cannot understand it in your own way. Sebab I lebih tahu isi hati I," kata Elhan sedaya upaya meyakinkan Jasmine. Kali ini, isterinya memberikan satu pandangan yang sukar ditafsir membuatnya keliru. Tangannya tiba-tiba Jasmine raih, genggam dan cium kejap.
" Hubby, kalau you nak memperisterikan Daneen semula, I izinkan. Lagipun I tahu nilai dia di mata you selama ni. Dia cinta pertama you. Mungkin you dengan dia boleh kembali macam dulu."
Kening Elhan bertaut. " Shhh! Hei, apa yang you cakap ni sayang? "
Lahir kerisauan di wajah Elhan. Cadangan yang diutarakan Jasmine hampir mencabut tangkai jantungnya. Sungguh tidak menyangka perkara sebegitu yang akan keluar dari mulut Jasmine.
Manik-manik jernih mula bergenang pada tubir mata Jasmine. Sebak dia memandang wajah Elhan.
" I cuma kesiankan you dan Daneen. You tahu kan berapa banyak derita yang you dengan dia lalui selama ni. Kalau ditakdirkan I perlu hidup berpoligami, I akan redha. "
Elhan menarik Jasmine ke dalam pelukan. Membiarkan isterinya menyembamkan wajah di dadanya dan menangis sepuasnya. Dia tahu apa yang Jasmine katakan tidak seiring dengan apa yang ada di dalam hati. Hakikatnya, tiada wanita yang sanggup berkongsi kasih. Dan tidak mungkin dia sanggup mengecewakan Jasmine hanya kerana dia mahu memperbaiki hubungan dengan Hayyani yang pernah kecundang dahulu.
" Hei, sayang. Dengar apa yang I nak cakap ni. Sayang, semua orang ada fasa pasang surut dalam hidup dia. Manusia tak kekal bahagia sepanjang hidup tapi buat masa ni I nak pastikan you terus bahagia sampai bila-bila. I nak jadi alasan untuk you bahagia dengan anak-anak kita, " pujuk Elhan bersama ketenangan yang masih berbekal di dada.
Dia ingin Jasmine tahu betapa dia nekad untuk mencari kebahagiaan bersama wanita itu. Bahawa di dalam hatinya sudah tidak ada wanita teragung yang mampu mencintainya sehebat Jasmine. Hanya dengan Jasmine dia temukan kebahagiaan. Benar, kadang kala dia akan teringatkan kenangan lama. Namun semua itu bukan alasan untuk dia berhenti mencintai wanita sebaik Jasmine.
" Tapi you macam mana? You gembira dengan I? Like when you were with her? " soal Jasmine sambil merenung dalam anak mata Elhan meminta kepastian. Matanya membiaskan cahaya cinta yang tidak akan pernah padam buat insan bernama suami itu. Namun, jikalau Elhan memilih untuk kembali mendakap kebahagiaan bersama cinta pertamanya, apalah daya untuk dia menghalang.
Perlahan-lahan, senyuman lebar mula terukir di bibir Elhan. Dahi Jasmine dikucup dengan perasaan kasih yang semakin utuh. Kemudian, dia membalas pandangan Jasmine ingin memberikan jawapan yang perlu isterinya dengari.
" I bahagia dengan you, sayang. Cukup bahagia. Memanglah nak lupakan cinta pertama tu cukup seksa tapi I dah tinggalkan benda tu lama. Sekarang, I cuma nampak masa depan kita. I cuma bahagia dengan you dan anak-anak. I dah pilih you sebagai bidadari I. Tinggalkan semua kerisauan tu pada Tuhan dan percayakan I. I nak bahagiakan you sampai akhir nafas I. "
Lega hati Jasmine mendengar ungkapan romantis Elhan yang ternyata berjaya melandaikan keresahannya. Gerak hatinya dapat merasakan sendiri keikhlasan dan kesungguhan dari tutur bicara Elhan. Namun, di kala ini ada sesuatu yang singgah di fikirannya.
" But sayang, Daneen macam mana? Dia hilang suami dan besarkan anak sorang-sorang tanpa kasih sayang seorang ayah. It must be tough for her, " ujar Jasmine dengan perasaan yang berbaur pilu dan simpati.
Dia terpandang Hayyani di sana. Wanita itu tetap mengukir senyuman walaupun ada seribu satu kisah pahit getir yang terlakar dalam lembaran hidupnya. Wanita yang tidak semua lelaki mampu miliki bukan kerana jual mahalnya namun kerana keagungan cintanya buat satu-satu lelaki bernama Farhan. Dia tidak pasti kalau dia mampu menjadi sekuat Hayyani. Hidup tanpa cinta suami bagaikan bernafas di dalam air.
" Daneen pernah cakap dekat I yang dia takkan kahwin lain. Sebab dia nak kekal dengan Farhan bila bersatu dengan suami dalam syurga nanti. Dia cintakan Farhan sangat-sangat. Itulah jalan yang Daneen pilih. Dan I... I pilih jalan ni sayang. "
Tangan Jasmine dikucup dengan jiwa yang sarat dengan cinta. Dia yakin akan pilihannya sampai bila-bila pun. Tidak akan ada kekesalan di kemudian hari di dalam hatinya kerana memilih Jasmine. Kadang kala, peluang kedua itu ibarat baton larian. Untuk terus berlari mencapai kemenangan dalam kebahagiaan, baton itu perlu diserahkan kepada pelari terakhir.
Ada satu perasaan halus yang menyelinap dalam kamar hati Jasmine. Sungguh tenang mendengar kalimat cinta sang suami. Lantaran itu, tubuh Elhan didakap kuat.
" I tak nak dengar pasal ni lagi tau. You have been suffering enough ever since so give me your entire life to make you happy. Listen, you are enough for me sayang. I don't need anything else. Just you and our kids, " luah Elhan romantis. Buat seketika, pandangannya dan Jasmine bertaut.
" Hubby... I love you, " ucap Jasmine dengan hati yang berbunga-bunga.
" I love you so much sayang, " balas Elhan seraya mengeratkan lagi pelukan antara mereka.
Mereka pun terus berdoa agar mahligai cinta yang dibina akan terus dilindungi. Biarpun ada hari ribut petir akan menjengah, namun mereka tekad untuk tidak membiarkan semua halangan itu menggugat kebahagiaan mereka. Biarlah kami terus bersama, Ya Allah.
Akhirnya, bab yang paling akhir dalam novel ini. Maafkan salah silap saya serta kekurangan yang membuatkan para pembaca tidak berpuas hati. Tapi jika ada yang dapat renungkan hikmah di sebalik cerita ini, anda adalah pembaca yang sangat hebat. InsyaAllah, kalau sudi jemputlah juga baca novel saya yang akan datang. Terima kasih semua!
Share this novel