Bab 16

Romance Completed 15454

Bab 16

Jasmine menjejakkan kaki ke lantai garaj rumah orang tuanya usai membuka pintu kereta. Keluhan lega dilepaskan ketika dia berjalan menuju ke pintu masuk. Letih juga menghadap kesesakan trafik sepanjang perjalanan dari Shah Alam menuju pulang ke Kuala Lumpur tadi.

Setibanya di depan pintu, dia terlihat ada sepasang lagi kasut tumit tinggi yang lain. Takkanlah mummy punya. Mummy dah lama tak pakai heels. Saiz pun macam tak ngam aje. Desisnya dalam hati.

" Hai! Darling daddy dah balik?" Tiba-tiba dia disapa suara garau milik bapanya, Dato' Ghibran.

Hampir terkeluar biji mata Jasmine melihat bapanya berpeluk sakan dengan seorang gadis seksi keluar dari pintu rumah itu.

" Daddy, budak perempuan mana daddy kutip ni?" Jasmine mengimbas fesyen tak cukup kain gadis di sebelah bapanya itu. Bukan main terliang liuk macam sotong pula aku tengok. Nak saja aku silatkan biar lurus tulangnya berdiri betul-betul.

" Oh... Jasmine meet my girlfriend, Tania. And Tania, this is my daughter... Jasmine. Shake her hand, " perkenal Dato' Ghibran. Dia memberi isyarat kepada Tania untuk bersalam seolah tiada apa-apa berlaku.

Namun, tangan yang dihulurkan Tania tidak bersambut. Dia tarik semula tangan. Bengang juga tidak dilayan.

Jasmine hembus nafas kuat. Dia masih tidak percaya dengan apa yang terhidang di depan matanya. Jadi selama ini daddy bermain kayu tiga di belakang mummy? Hampir tidak terkeluar suaranya kerana dia sangat terkejut. Hakikatnya kini, hatinya sangat sakit bagai digilis-gilis.

" Mummy bagitahu daddy dah lama tak balik rumah. Lepastu tiba-tiba balik dengan keadaan macam ni. And budak perempuan ni, siapa dia? " Suara Jasmine sudah naik satu oktaf. Bulat matanya memerhatikan dua orang manusia itu silih berganti.

" You, cepatlah sikit. I tak sabar nak balik, " rengek Tania sambil mengemaskan lagi pelukan pada tubuh Dato' Ghibran.

Jasmine menjeling keras wanita bernama Tania itu. Mengada-ngada betul! Dah sah-sah perempuan ni nak duit daddy aje.

" Daddy, apa semua ni? Sampai hati daddy buat mummy dengan Jasmine macam ni kan. Daddy dah lupa hukum hakam agama ke? Dah tak sedar yang daddy tu Islam? " Tempelak Jasmine separuh sabar. Dia sudah menggeleng kepala tak tahu nak cakap apa.

Dato' Ghibran memeluk bahu Tania. " Relax darling. This is just for fun. Lagipun mummy dah tak mampu layan daddy macam dulu-dulu. Tak salahkan kalau daddy cari kebahagiaan sendiri?"

Langsung tak ada riak kekesalan yang terpeta di wajah tua itu. Jasmine tak percaya daddy yang selama ini setia dan penyayang terhadap mummy sudah berubah liar. Jauh menyimpang daripada sikap seorang muslim yang seharusnya tahu menjaga batas agama.

" Kebahagiaan apanya daddy? Bahagia atas penderitaan isteri sendiri? Jas tak sangka daddy akan berubah sampai macam ni sekali. What exactly is happening to you? "

" Tak payah sibuk urusan daddy, Jasmine. Daddy tahu apa daddy buat, " tingkah Dato' Ghibran angkuh. Sejak Jasmine pindah keluar dan menetap di rumah sendiri, anak gadisnya itu jarang pulang ke rumah jadi dia bebas melakukan apa saja yang dikehendaki. Tak sangka kali ini boleh tertangkap pula.

" Jomlah cepat sayang. Isteri and anak you mengganggu ajelah. I dah cakap I tak nak singgah lama-lama tadi kan. Tengok apa jadi sekarang. "

Jasmine mencerlung kepada Tania. Darahnya semakin menyirap setiap kali suara gedik gadis itu memecah suasana. Nak aje aku bocorkan tekak dia dengan heels aku ni.

" Excuse me, you yang mengganggu urusan kita orang anak beranak. Apa kata you pergi dari sini dengan cara baik sebelum I halau you dengan cara kasar, " tekan Jasmine tegas. Berapa agaknya umur perempuan ni? Muka macam budak baru lepas SPM aje. Sudahlah fesyen dan solekannya entah apa-apa.

" Tengoklah anak you ni sayang. Kurang ajar dengan I, " adu Tania sambil menggoncang lengan Dato' Ghibran. Dia mula membuat muncung panjang sedepa.

" Berapa umur you?" Soal Jasmine sambil bersilang tangan.

" Err... penting ke?" Tania buat muka tak endah.

Jasmine mendecit. " Patient I yang umur 5 tahun tu pun lagi pandai jawab soalan dengan jawapan. You yang dah 18 tahun pun jawab soalan dengan soalan. I'm confused," sinisnya seolah-olah sedang mengejek Tania.

" Hey, I'm 23 okay, " cantas Tania yang mula rasa tercabar. Terasa diperkecilkan oleh gadis cantik dan elegan di depannya itu. Tanpa sedar dia sudah terjujur.

Jasmine ketawa sinis. Huh! Baru 23 rupanya. Muda-muda lagi dah pandai berskandal. Daddy ni takde taste langsung!

" You... tengoklah dia gelakkan I, " rengek Tania seperti anak kecil. Maruahnya tercalar.

" Dia cuma nak berkenalan agaknya. " Dato Ghibran menyedapkan hati Tania. Bukan dia tak kenal anak gadisnya yang sentiasa panjang akal untuk menguji mental orang itu.

" Look... I takkan boleh terima bakal mak tiri yang 7 tahun lebih muda daripada I. Tapi, kalau betul you teringin sangat nak masuk keluarga ni, I boleh ambil you jadi adik angkat. Nanti bolehlah you panggil sayang you ni daddy. Barulah kena, kan? " Sindir Jasmine bersahaja. Dia lihat Tania mula resah saat senyuman persis antagonisnya terukir di bibir.

" You... buatlah sesuatu. Takkan you nak biarkan aje dia ejek I. "

Hampir saja Jasmine bersorak bertepuk tangan. Aik! Baru jentik sikit dah melenting?

" Kalau you nak cari sugar daddy, pergilah cari orang yang lebih kaya. Ini tidak, pemilik syarikat yang dah nak gulung tikar ni jugak yang you nak, " sindir Jasmine. Dia lihat Dato' Ghibran sudah mula gelisah.

" You... betul ke apa yang anak you cakap ni?" Tania berpeluk tubuh kelihatan mula termakan dengan kata-kata Jasmine. Siapa yang akan menjamin kehidupannya kalau lubuk emasnya menghadapi krisis kewangan.

" Jas, hormat sikit daddy ni. Mind your own business. Lagipun kamu tahu ke selama ni daddy sibuk selamatkan syarikat, " kata Dato' Gibran cuba mempertahankan diri.

" Sibuk selamatkan syarikat ke sibuk usung perempuan ke sana sini? Daddy ingat apa, Jas boleh diamkan diri bila nampak daddy keluar masuk dari rumah mummy dengan perempuan yang datang entah dari mana ni. This is obviously my business! " tepis Jasmine tegas. Membulat matanya jelas sedang marah.

" Sayang, let's go. Anak you ni bising sangatlah. I dah tak tahan duduk sini. " Tania menggoncang lengan Dato' Ghibran. Tergugat keperempuanannya dengan kelantangan Jasmine yang berkarisma dan mempunyai auranya tersendiri. Takut diganyang pula badannya yang kurus kerimping itu.

" Don't worry dear. I'll take you go, " pujuk Dato' Ghibran. Dia tahu dia tidak berhak berkata banyak kerana keadaan tidak memihak kepadanya buat masa ini.

Sewaktu mereka berjalan melewati Jasmine yang jelas dilanda sebal itu, Jasmine bertindak mencengkam pergelangan tangan Tania. Berkerut wajah itu menahan sakit.

" Remember, jangan sesekali you datang sini lagi. Stay away from daddy kalau you tak nak ada masalah nanti. And daddy, jangan sesekali daddy fikir boleh balik ke rumah ni selagi daddy tak berubah. And Jas akan pastikan daddy bayar harga atas perbuatan daddy ni. Just wait and see, " keras suara Jasmine memberi amaran. Renungan tajam matanya kepada Tania seolah dia hendak menelan tubuh kerimping itu. Semakin sakit hatinya apa merenung pula wajah Dato' Ghibran yang seolah tak ada rasa kesal.

Menyedari tiada yang boleh dikatakan lagi untuk menentang Jasmine, mereka pergi dari situ. Jasmine melihat saja Dato' Ghibran dan Tania yang sedang tergesa-gesa pergi meninggalkan halaman vila. Betapa remuk redam hatinya saat ini. Kesian mummy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience