Hari itu, hati Jasmine tergerak sendiri untuk meronda di sekitar jabatan kardiologi tempat Arif dan Elhan bekerja. Sebaik saja kakinya melintasi bilik rawatan Elhan, langkahnya terhenti. Dihadapkan tubuhnya ke arah pintu itu membayangkan kehadiran Elhan di segenap ruang bilik. Ada rindu yang membekas di relung hatinya sehingga bayangan Elhan pun seakan bermain-main di layar mata.
Sesaat ketika dia mula tersedar, kepalanya menggeleng sendiri. Tidak. Dia tidak seharusnya menyimpan perasaan itu lagi. Kenyataan perlu dihadapi walaupun pahitnya umpama mengulum hempedu di celah kerongkongan.
Sesegera mungkin dia berlalu dari situ bimbang terjerumus kepada obsesi melampau. Tak baik khayalkan suami orang lagi. Dia turun pula ke lobi dan di situlah ada sesuatu yang benar-benar memancing perhatiannya.
" Hai, pengantin baru buat apa dekat hospital? " Jasmine mendekati pasangan baru berkahwin itu setelah benar-benar pasti. Terkejut juga melihat keberadaan Elhan dan Hayyani di hospital pagi itu sedangkan mereka berdua baru sahaja berkahwin baru-baru ini.
" Saja datang tengok kawasan. You behave tak masa I takde?" Soal Elhan bernada gurau.
" I tak nakal, okey. "
Sesaat kemudian, tawa kecil mereka berdua kedengaran. Sudah lama mereka tidak bergurau senda begitu. Rasa rindu pula dengan hari-hari yang dilalui sebelum ini.
Hayyani yang melihat sekadar tersenyum. Kedua temanan itu terlihat serasi di matanya entah kenapa. Pandangan Jasmine jatuh kepada Hayyani di sisi Elhan pula.
" Hei, Daneen! Lama rasanya tak jumpa. How are you?" Jasmine beramah mesra. Seperti biasa, mereka akan melagakan pipi dan berbalas pelukan.
" I'm good. Ni pun saya datang nak melawat Aisyah. Saya rasa dah sampai masa saya kenal dia lebih dalam," kata Hayyani sambil tersenyum mesra saat memandang ke arah suaminya. Semerta dia merasakan tangan Elhan melingkar pada pinggangnya mengeratkan lagi kedudukan mereka.
" Haah, Jas. Saja nak melawat. Rasa macam dah lama sangat tak datang lepas balik dari Surabaya haritu. "
" Oh ya, you guys kan baru balik honeymoon kan. " Jasmine kelihatan gembira buat pasangan itu.
Hayyani mengangguk dengan senyuman lebar di wajah. " Yup."
" It's good to see you guys berbaik semula. I'm happy for you, Elhan. "
Jasmine tetap mengucapkan perkara yang baik meski hatinya remuk melihat kemesraan pasangan itu apatah lagi membayangkan nanti kata-kata cinta dan belaian Elhan hanya akan dimahkotakan kepada Hayyani seorang dan bukan dirinya.
Sudah banyak kali dia mengasuh hati supaya belajar menerima hakikat mereka sekarang namun sukar. Setiap kali dia cuba memudarkan perasaannya, ada sesuatu yang kembali memekatkan warna pelangi cintanya buat Elhan. Jujur dia sudah lelah bersembunyi di sebalik topeng bernama senyuman.
" Thank you Jas. I dengan Daneen takkan sampai ke tahap ni tanpa you. Aisyah macam mana? Dia ada tanya pasal I? " tanya Elhan prihatin. Setelah berkahwin, ruang masa untuk dia bertanya khabar Aisyah kian terhad. Namun sesaat pun tidak pernah dia lupakan si kecil.
" Ada. I ni sampai tak tahu nak jawab apa bila dia asyik tanya. Nasib baiklah sekarang you dah ada depan mata. Jomlah, kita jumpa Aisyah. "
Mereka bertiga mengorak langkah menuju ke wad yang menempatkan Aisyah. Sebaik saja pintu wad dikuak, Elhan menghampiri si kecil yang sedang ralit mewarna sesuatu itu. Bukan main lebar senyuman si kecil apabila melihat kehadiran mereka.
" Aisyah, papa datang ni! "
" Papa! Aisyah rindu papa. " Riang suara si kecil menyapa.
Tubuh kecil itu didakap Elhan dengan erat. Kemudian, dahi Aisyah diciumnya berkali-kali. Sungguh, dia merindui anak kecil yang selalu menghiasi hari-harinya itu.
" Papa rindu Aisyah jugak. Anak papa sihat tak?" soal Elhan mesra. Rambut separas bahu bahu si kecil dibelai-belai.
Aisyah mengangguk laju. " Sihat. Aisyah tak nakal pun masa mummy dengan uncle Arif jaga."
" Good girl. Papa akan selalu datang sini. Papa tak lupa pun dekat sayang papa ni. Aisyah, ni mama Daneen. Mama Daneen dah jadi isteri papa sekarang. Aisyah panggil mama, okey? " Perkenal Elhan kepada Aisyah.
" Hai mama! " Sapa Aisyah dengan suara manjanya.
Hayyani duduk di sisi Aisyah. Raut wajah si kecil itu menjadi tatapannya buat seketika. Memang benar apa yang pernah diceritakan oleh Jasmine kepadanya dulu. Rupa paras Aisyah saling tidak tumpah dengan wajah jelita Louisa seperti dalam gambar. Berdarah inggeris, berkulit cerah dan bermata biru.
" Hai Aisyah! Mama ada bawakkan hadiah dari Indonesia. Ada aiskrim sekali. Nak makan sama-sama tak? " Bungkusan plastik yang dipenuhi ole-ole yang dibeli di Surabaya dan aiskrim pada tangannya ditayang.
" Nak! " Bersinar-sinar mata Aisyah bagai benar-benar teruja apabila ditawarkan aiskrim. Maklumlah, pemakanan si kecil dikawal ketat oleh Elhan selama ini. Bukan seperti kanak-kanak sihat yang lain yang bebas menikmati apa jua makanan.
" Aisyah nak perisa apa?" soal Hayyani lembut.
" Tak payah susah-susah tanyalah sayang. Bagi aje. Lagipun awak ambil perisa anggur semuanya, " ujar Elhan selamba. Kemudian, dia tertawa kecil, geli hati.
Hayyani tepuk dahinya. " Ya Allah. Yeke? Daneen tak perasan. "
Kesemua aiskrim di dalam plastik itu dibeleknya lagi. Memang benar dia mengambil perisa yang sama kesemuanya. Entah apalah yang dia fikirkan ketika membeli aiskrim di kedai tadi.
" Asyik teringatkan abang sebab tulah tak perasan, " usik Elhan spontan. Kemudian, dia ketawa mengekek-ngekek. Laju saja tangan ketam Hayyani naik ke pinggangnya.
" Perasan. Depan Aisyah pun nak menggedik. Takpe, Aisyah makan aiskrim anggur dulu. Nanti lain kali mama belikan yang lain."
****
Kemesraan dan senda tawa yang semakin berterusan itu dalam diam diperhatikan oleh Jasmine di sebalik pintu. Bibirnya terus tersenyum tetapi air matanya luruh tanpa segan. Kehadiran Hayyani melengkapi Elhan dan Aisyah sehingga dia tidak melihat apa kegunaan dirinya di sisi mereka lagi. Tak dapat menampung sebak, Jasmine berlalu pergi dengan harapan tiada siapa yang melihat.
" Jas, you okey? " Arif melelar tangan Jasmine yang sedang melepasinya. Mendung pada wajah itu mengundang kerisauannya.
Jasmine sekadar mengangguk tanpa tega memandang wajah Arif. Pegangan Arif dilonggarkan lalu dia buru-buru meneruskan lagi langkahnya. Arif mengejar demi menyaingi langkah Jasmine. Sekali lagi, tangan Jasmine dicapainya.
" Kenapa you mengelak dari I? You tak selesa sebab I sorang dah tahu rahsia you? " tekan Arif. Bukanlah dia tidak berkemampuan untuk merasai sendiri bahawa temannya itu semakin hari semakin ketara menjauhkan diri. Seolah menganggap dirinya sebagai ancaman setelah rahsia itu diketahui.
Jasmine menyapu bersih sisa air mata yang masih berbekas. Bimbang terlihat oleh Arif.
" I'm sorry. I perlukan ruang sendiri. "
Arif menarik tangan Jasmine ke sudut yang sedikit tersorok daripada penglihatan orang. Dia seperti sudah dapat menduga punca Jasmine berduka lara. Memang tidak salah lagi kalau bukan kerana Elhan dan Hayyani yang dia lihat bersama Jasmine ketika melintas di lobi hospital tadi.
" Cry as you wish, Jasmine. You bukan robot. Hati you ada perasaan untuk rasa sakit dan sedih. Tapi you masih nak tunjuk you tak terkesan dengan hubungan Elhan dan Daneen. Now tell me, kenapa dulu you tak pernah luahkan pada Elhan yang you cintakan dia? "
Jasmine teragak-agak untuk menjawab. Namun, tidak guna lagi dia cuba menyembunyikan rahsianya. Dia tidak menyangka akan menjadi selemah ini di depan Arif.
" I tahu cinta dia bukan untuk I. You sendiri tahu nilai Daneen di mata Elhan. Dia dah ada dalam hati Elhan sebelum Elhan jumpa I lagi. I yang sepatutnya sedar diri. "
Jasmine cuba untuk pergi lagi sebelum kata-kata Arif membekukan langkahnya semula.
" I cintakan you Jasmine. Walaupun I tahu cinta you bukan untuk I. Tapi I berani luahkan sebab I tahu I takkan dapat. Nilailah sendiri tentang siapa yang sepatutnya you letakkan dalam hati. Kalau you rasa Elhan tak ada tandingan, maknanya I dah kalah sebelum berjuang," luah Arif berani. Kali ini dia nekad untuk meluahkan perasaan cinta yang sudah lama bertunas dalam hatinya.
Hati lelakinya mula memuja cinta seorang wanita bernama Jasmine sejak awal perkenalan. Dia sedar Jasmine lebih selesa dan akrab dengan Elhan berbanding dirinya yang masih berjiwa buas mahukan keseronokan tanpa batas ketika mereka belajar dahulu. Bukan dia tidak sedar bahawa selama ini Jasmine lebih banyak meluahkan masalah dan menceritakan soal peribadi kepada Elhan sehinggakan kebanyakan cerita tentang Jasmine hanya diketahuinya melalui Elhan saja.
Dia sedar kedudukannya di mana. Namun, perasaannya buat Jasmine benar-benar ikhlas jadi salahkah lelaki sepertinya menaruh harapan. Rintih hati Arif.
" Arif, I tak pernah bandingkan antara you dengan Elhan. Dan I tak pernah terfikir akan timbul satu perasaan dalam hati I untuk Elhan. I tak pilih pun semua ni jadi Arif and I can't force my feelings. I'm sorry... if I cannot feel the same for you."
" Bagi I satu peluang Jasmine. I will appreciate you for the rest of my life. Please... " rayu Arif perlahan namun suaranya menzahirkan keterdesakan. Sayu pandangannya mengharapkan ada sinar buatnya.
Tangisan Jasmine mula reda paling kurang buat masa ini. Ketika itu, dia meraih tangan kanan Arif dan melingkarkan jari kelingking mereka. Mercu tanda yang pernah dimeterai oleh mereka bertiga suatu ketika dahulu untuk terus menjadi sahabat baik.
" Arif, forgive me. I can't do that for you. I see a better future for you without me. "
Berat hati Jasmine menuturkan kata itu. Dia simpati terhadap Arif namun dia tidak memiliki rasa yang sama. Dengan keadaannya yang baru saja hendak menerima kenyataan tentang Elhan dan Hayyani, dia yakin dia tidak bersedia lagi. Kali ini Jasmine akhirnya melangkah pergi.
Arif terperosok di dalam lembah kesedihan yang terasa sunyi sekali. Jari kelingking mereka yang saling bertaut tadi adalah tanda Jasmine hanya ingin terus bersahabat. Ada air hangat yang melunturi wajahnya tanpa dapat dibendung lagi. Remuk hatinya.
Betapa pedih yang dirasakan mencengkam jiwa apabila ditampar realiti sebentar tadi sekali gus menyedarkannya bahawa di dalam hati Jasmine tiada langsung ruang buat cintanya. Mengapa tidak dari dulu saja lagi dia berhenti menyimpan perasaan buat Jasmine kalaulah dia tahu sakitnya akan seperit ini. Arif benar-benar terluka.
Share this novel