Bab 73

Romance Completed 15392

Selepas pulang dari menghadiri bengkel anjuran khas buat pelajar fakulti perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Elhan menuju ke kedai bunga. Memandangkan hari ini Hayyani akan makan tengah hari bersamanya, dia terfikir untuk membelikan isterinya sesuatu. Ralit matanya meneliti aneka jenis bunga yang ada di dalam kedai. Semuanya kelihatan menarik. Tetapi, dia tidak pasti yang mana satukah yang sesuai dengan cita rasa Hayyani.

" Assalamualaikum brother. Looking for flowers?" Soal satu suara garau yang menegur dari arah belakangnya. Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Pada mulanya Elhan teragak-agak. Tiba-tiba saja ditegur oleh seorang lelaki yang tidak kelihatan seperti warga tempatan. Bertutur menggunakan bahasa lingua franca dengannya jelas memberi petanda. Barangkali pemilik kedai. Lalu, tangan lelaki berbadan tinggi itu disambut juga.

" Waalaikumussalam. Yup. For my wife. "

" Are you guys celebrating any special event today? "

Elhan tersenyum nipis lalu menggelengkan kepala. " No. But, today I want to cheer her up. We've been through a lot lately, so I thought maybe a bouquet of flowers could work out. "

Tanpa ragu Elhan memberi penjelasan. Terbayang-bayang wajah Hayyani di layar mata. Dia berharap dapat mengembalikan mood Hayyani yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kali ini, matanya tertumpu kepada gerak geri lelaki itu yang sedang ligat menelusuri rak-rak bunga.

" What if you give her blue tulips?" Setangkai tulip biru disuakan oleh lelaki itu kepadanya. Bunga itu bertukar tangan. Tapi Elhan masih dibayangi soalan tentang adakah Hayyani akan menyukai bunga ini.

" Blue tulips represent peace. If you wanna give a sign that you are ready to reconcile with your wife, blue tulip is a good idea. In other aspect, many believe that blue tulip represents true love. "

Elhan terangguk-angguk. Kagum dengan kebitaraan lelaki asing itu ketika memberikan deskripsi bunga tulip biru. Malah dia juga tidak pernah tahu menahu soal maksud di sebalik citra indah yang tertata pada setiap jenis bunga.

" If you are a realist, don't believe it," bisik lelaki itu perlahan.

" I'm a sentimentalist sometimes," balas Elhan seolah dapat menangkap jenaka yang cuba disampaikan. Lelaki itu tertawa lagi. Sememangnya seseorang yang murah dengan senyuman dan tawa.

" Lucky you are. "

Elhan tersenyum sambil menatap bunga tulip di tangan. Harap Hayyani akan menyukai pilihan ini. Sekurang-kurangnya, dia boleh berbangga untuk memberitahu makna di sebalik bunga tulip biru itu.

" Great! Nice to see you. Thank you for recommendation. "

Selesai memilih, Elhan menapak ke arah kaunter meminta pemilik kedai untuk membungkuskan 5 tangkai tulip biru yang diambil tadi. Selepas membuat pembayaran, dia ingin segera meninggalkan kedai itu. Lelaki yang menolongnya tadi masih tidak berganjak dari tempat yang sama ketika dilaluinya. Baru setapak dua Elhan berjalan melepasi lelaki itu, dia berpaling.

" You know, me and my wife are going to have lunch around this area. So, what if you join me for tea while waiting for my wife? " pelawa Elhan. Jam tangannya dikerling sekilas. Kalau nak diikutkan, ada baki setengah jam lagi sebelum bertemu Hayyani memandangkan isterinya itu sudah sememangnya ada di Bangi.

" It would be my pleasure. But, no thanks. I don't want to disturb your lovely lunch, " tukas lelaki berkulit cerah itu dengan sopan.

" Come on. A cup of tea won't hurt, " ujar Elhan cuba meyakinkan lelaki itu. Akhirnya, lelaki itu setuju untuk menyertai Elhan.

****

Kad menu dikembalikan kepada pelayan yang bertugas selesai membuat pesanan. Selang beberapa minit kemudian, pelayan kembali menghidangkan minuman yang dipesan. Mereka memutuskan untuk memesan makanan pula setelah Hayyani muncul nanti.

" So, where are you from? England? Australia? Or Morocco? " tanya Elhan memulakan perbualan.

" Turkey. Came here for business trip. By the way, I haven't introduced myself properly
I am Ismet Farhan. You can call me Farhan," perkenal lelaki itu dengan senyuman manis. Mereka berjabat tangan sekali lagi.

" Greeting, Mr. Farhan. Just call me Elhan. " Ringkas perkenalan diri dari Elhan. Sedang perbualan antara mereka semakin berlanjutan, ada seseorang datang menghampiri.

" Assalamualaikum. Abang dah lama tunggu? " soal Hayyani yang anggun dalam pakaian blouse berona pastel. Dia mencium tangan Elhan dengan penuh hormat.

" Waalaikumussalam. Tak adalah lama sangat. Sempat borak dengan kenalan baru ni. Duduk sini sayang." Elhan menarik kerusi di sebelahnya buat Hayyani.

Hayyani melabuhkan duduk menyedari suaminya tidak bersendirian menantinya tadi. Buat seketika dia membetulkan nafas setelah bergegas untuk sampai. Dia sudah terlewat dan membuat Elhan menunggu selama setengah jam. Hanya ketika dia mengangkat wajahnya, barulah dia sedar bahawa dia amat mengenali lelaki di hadapannya itu.

" Sayang, kenalkan Mr. Farhan. Abang terserempak dengan dia dekat kedai bunga tadi. Itu yang abang ajak dia minum-minum kejap, " perkenal Elhan tenang.

Tubuh Hayyani mengeras serta merta. Lidahnya kelu membisu saat matanya dan mata Farhan bertentangan. Sejujurnya, dia menyedari pandangan lelaki itu tidak berkalih daripada terus menjamah wajahnya sedari awal pertemuan.

Mengapa dan bagaimana Farhan boleh bertemu Elhan? Adakah lelaki itu sengaja merancang sesuatu untuk mendedahkan segalanya tentang mereka dulu? Hayyani tidak dapat berfikir dengan baik ketika ini. Perasaannya menjadi kacau bilau.

" Nice to meet you, Mrs. Hayyani." Sapa Farhan tanpa ragu menyebut nama wanita itu. Sejujurnya, dia juga terkejut apabila mengetahui lelaki yang ditemuinya di kedai bunga tadi adalah suami Hayyani. Mungkin takdir yang sangat luar biasa mempertemukan mereka bertiga. Namun, dia masih bijak untuk mengawal keadaan.

Elhan terbangun dari sandarnya. Dia memandang Hayyani dan Farhan silih berganti.

" You know my wife? "

" Daneen tak pernah jumpa dia," balas Hayyani sedikit teragak-agak. Dia terpaksa berbohong demi menyelamatkan keadaan. Mengapa dia harus terperangkap dalam situasi yang menjerat ini.

Farhan kembali mengalihkan pandangan kepada Elhan. Kemudian, dia tertawa nipis seraya menggeleng. Seakan-akan baru tersedar bahawa dia sudah terlepas cakap.

" No, maybe I just said something else. We have just met. Impossible for me to know her name. "

Tiba-tiba Hayyani merasakan bahunya dipeluk Elhan. Saat ini Hayyani merasakan peluh dingin di dahinya. Terketar-ketar tangannya gara-gara gementar. Degupan jantungnya juga berdetak tidak seirama.

" My wife is kinda personal. She keeps everything in her inner mind and secrets to herself. Who knows maybe she knew you before but didn't tell me," seloroh Elhan sederhana. Dia mengerling manja isterinya di sebelah.

Hayyani tergamam. Kenyataan Elhan hampir merentap jantungnya keluar dari dada. Kalaulah suaminya tahu tentang hakikat sebenar yang berlaku antara dia dan Farhan.

" If that happens, maybe we are more than just friends now," seloroh Farhan sambil merenung wajah Hayyani. Renungan yang membawa seribu satu maksud dan hanya Hayyani saja yang mengetahui.

" Sayang, bunga ni untuk awak. Abang harap lepas ni keadaan kita boleh kembali macam biasa. Abang tak nak kita gaduh-gaduh lagi. Bunga ni melambangkan perdamaian Mr. Farhan kata. Hope you like it, sayang."

Senyuman tetap terukir di wajah Hayyani biarkan kelihatan kekok ketika dia menyambut sejambak bunga itu. Sekilas dia memandang senyuman di wajah Farhan yang mempunyai makna tersirat. Dia menjadi pasti bahawa Farhan sengaja memilih bunga itu untuk meruntun hatinya.

Padahal dada Farhan terasa cukup mencucuk-cucuk hanya dengan melihat kemesraan itu. Walaupun dia tidak mengerti apa yang pasangan itu bualkan, namun dia tetap berasa cemburu. Melihat Elhan memandang dan tersenyum kepada wanita yang dicintainya.

" Terima kasih abang. This is my favourite flowers. I love you, " ucap Hayyani ikhlas. Sengaja dia bertutur dalam bahasa inggeris supaya Farhan lebih faham. Dia perlu lakukan demi menunaikan janjinya kepada Hanan untuk setia kepada Elhan.

" I love you more, " balas Elhan penuh makna. Ubun-ubun si isteri dikucup seketika. Kemudian, dia berkata sesuatu.

" Perkenalkan diri sayang. "

" Huh? " Hayyani terpinga-pinga. Elhan mendekatkan bibirnya pada telinga Hayyani untuk membisikkan sesuatu.

" Sayang dah ada dekat sini. Tak sedaplah kalau sayang tak cakap apa-apa. "

Hayyani mengangguk kecil. Kemudian, dia menghalakan pandangannya ke hadapan. Bertentangan mata dengan Farhan, bertenang dan berlagak seperti tiada apa berlaku.

" Daneen Hayyani. Just call me Daneen."

" I think I'm gonna call you Hayyani. You may always remember me, the only person who calls you with that name. That makes me feel so special. Would that be a problem for you?" soal Farhan sambil merenung dalam anak mata Hayyani. Begitu membunuh sehingga Hayyani terpaksa melotot pandangannya ke arah lain.

Elhan tergelak. Sedangkan dia tidak pernah memanggil Hayyani dengan nama itu. Tapi hatinya menyangkal bahawa lelaki berbangsa Turki itu sekadar berjenaka.

" You have a sense of humour Mr. Farhan. I suggest we order our foods before we get into a more heated conversation. Kita order makan dulu, ya sayang? "

Pelayan digamit untuk mengambil pesanan mereka. Selang beberapa ketika menunggu, akhirnya mereka dapat menikmati hidangan yang dipesan. Sepanjang waktu itu, cuma Hayyani saja yang terus dihukum perasaan sendiri sehingga dia tidak berselera langsung untuk makan. Kenapa Farhan boleh bersikap bersahaja menikmati makanan, berbual dan tertawa dengan Elhan sedangkan dia yang hampir pengsan kerana gementar dan bimbang.

" How long have you guys been married to each other?" Soalan yang dicetuskan Farhan seolah sengaja menjerut perasaan Hayyani. Namun, tidak bagi Elhan yang sememangnya bersikap terbuka untuk berbicara soal hubungan mereka.

" Almost a year. But, I've spent most of my childhood loving her, " ungkap Elhan kedengaran bersahaja namun cukup menyentuh hati Hayyani. Mengetahui hal itu merupakan satu penghormatan baginya.

" If she doesn't love you the way you do, would you regret loving her? "

Soalan cepumas itu sekali lagi membantai jiwa Hayyani. Betapa dia merasakan seluruh urat sendinya menjadi lemah. Berharap detik ini cepat berlalu. Namun, di saat keresahan itu merajai, dia merasakan tangan kasar Elhan menggengam tangan kanannya di bawah meja.

" I wouldn't regret any single moment. The feeling I have for her is greatest enough to make me live my life entirely even if she choose to leave, " ungkap Elhan lembut dan romantis.

Bergenang tubir mata Hayyani meladeni rasa terharu dan sebak yang bertandang. Tepi wajah suaminya dipandang sayu. Sampai begitu sekali Elhan mencintainya sehingga sanggup berjalan di dunia ini walau harus tanpa cintanya lagi.

" What a profound love Mr. Elhan. You know what, somehow your wife reminds me of the woman I loved. She was so cheerful back then. I wonder what happened to her now. Will her smile ever be bright again? Is she happy with that someone around her? I'm afraid she's not, " ujar Farhan benar-benar memaknakan kata-kata melalui sinar di matanya.

" If she had found someone great, you will have no worries about her being happy or not. She will decide her emotions. " Elhan memberikan kata-kata sokongan. Berempati dengan lelaki itu yang mungkin ada kisah cinta duka tersendiri.

Farhan mengeluh lemah. Buat kesekian kali matanya dan mata Hayyani bertentangan menghantar debar di dada. Bagaimana hendak dia berhenti dari mencuri pandang pada Hayyani. Walaupun dia tahu, dia tidak berhak memiliki wanita itu lagi.

" I hope so. Cause if she's not happy I'm ready to take her back in my arms. I'm gonna make her the happiest woman on earth, " ujar Farhan lagi ditemani kesuraman yang mengulit suasana buat seketika. Sungguh benar perasaannya buat Hayyani begitu ikhlas biarpun dia merasakan peluangnya untuk bersama Hayyani sudah tertutup rapat.

" Abang, Daneen nak pergi tandas kejap. "

Pamit Hayyani seraya mencapai beg tangannya dan beredar dari situ. Tanpa sedar, air matanya mula merembes ke pipi sebaik saja dia memalingkan tubuh. Bertubi-tubi kenyataan demi kenyataan bermadah cinta dilemparkan hanya untuk memerangi perasaan Hayyani.

Dia sudah tiada keupayaan dan kudrat untuk menanggung keperitan itu lagi. Derita ini, hanya Allah yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience