Bab 36

Romance Completed 15392

Pagi itu, seperti biasa Jasmine akan melawat Aisyah di wad kanak-kanak dahulu sebelum memulakan tugas hariannya. Namun, ketika dia menolak daun pintu wad yang menempatkan Aisyah pagi ini Elhan sudah pun berada di situ. Sebelum ini dia cuba banyak cara untuk mengelak Elhan namun kali ini dia tiada pilihan.

" Morning, " sapa Jasmine. Terpaksa juga dia melangkahkan kaki masuk ke situ.

" Good morning," balas Elhan.

" Aisyah tidur lagi ke?" Jasmine cuba beramah dengan Elhan seperti biasa.

" Yup, tumbang lagi lepas makan antibiotik. Tadi suhu dia lebih 38 celcius. Tapi, sekarang dah okey sikit," balas Elhan sambil melaraskan titisan intravena ke dalam tubuh Aisyah. Kemudian, selimut si kecil dibetulkan sedikit.

Jasmine yang mendengar perkhabaran itu menjadi tidak senang. Lantas dia bergerak ke sisi Aisyah yang sedang pulas terlena. Rambut si kecil dielus lembut bersama perasaan kasih yang tidak bertepi.

" Kesian anak mummy demam. Get well soon sayang. I'll make sure you do, " bisik Jasmine pada telinga Aisyah. Sebuah kucupan hangat singgah di dahi si comel. Sungguh, dia mengasihi anak kecil itu dengan sepenuh jiwanya.

Perlakuan Jasmine menjadi perhatian Elhan. Hati lelakinya sering kali rasa tersentuh dengan lembut belaian dan sentuhan ikhlas wanita yang menggelar dirinya ibu kepada Aisyah itu.

" Boleh kita bercakap sekejap? But not here. In my room," pinta Elhan. Jasmine sekadar mengangguk. Dia melabuhkan kucupan kejap buat kali terakhir pada dahi si comel sebelum beredar mengekori Elhan.

Setibanya di bilik rawatan, Elhan membancuhkan secawan latte buat Jasmine. Kemudian, dia mengambil tempat duduk di kerusinya berhadapan wanita itu. Apa yang membuatkan Jasmine tidak selesa adalah renungan Elhan yang menatapnya tak lepas sejak tadi.

" Elhan, I ada sorang patient yang tengah pregnant for 5 months. Baru beberapa hari lepas dia bagitau yang dia ada sejarah heart attack. I kelam kabut siang malam fikir pasal keadaan dia. But it's okay, every problem has its solution. Jadi, I ingat nak refer dia pada you. You okey, kan?" Jasmine menyoal sebagai pembuka kepada perbualan mereka. Dari tadi, Elhan belum lagi berkata apa-apa membuatkan keadaan jadi kekok tanpa sedar.

Elhan angguk. Namun, ekspresi pada wajahnya terlihat beku. Sukar untuk dibaca oleh Jasmine tentang perkara yang bermain di mindanya ketika ini.

" Boleh, refer dia pada I. I akan pantau sampai dia bersalin nanti. "

" Thank you. You nak cakap apa-apa tak? Kalau takde I keluar dulu. " Jasmine meminta diri. Mungkin lebih baik kalau dia menjarakkan diri dengan Elhan buat masa ini. Namun ketika dia sudah bersedia memulas tombol pintu, Elhan menghalang laluannya dan menutup pintu yang sudah separa terbuka itu.

Selangkah demi selangkah Elhan menapak mendekati Jasmine. Jasmine turut menapak ke belakang untuk mengundurkan diri. Langkah demi langkah akhirnya, langkah Jasmine terkunci apabila dia merasakan kehadiran meja di belakangnya. Sudah tiada ruang lagi untuk dia berundur. Terasa semakin dekat kedudukannya dengan Elhan sehingga dia dapat merasakan desah nafas lelaki itu menampan kulit mukanya.

Elhan menongkatkan tangannya di atas meja dan mengepung Jasmine. Pandangannya dilorongkan tepat pada wajah Jasmine sehingga wanita itu terpaksa mengalihkan pandangan ke tempat lain. Cantik! Desis hati Elhan tidak dapat menafikan hakikat yang satu itu.

" That day, I tunggu you datang sebab you kata nak bagitahu sesuatu. Apa dia sebenarnya, ermm? " soal Elhan kembali mengingatkan kejadian tempoh hari di mana Jasmine meminta untuk bertemunya. Dia menunggu Jasmine datang namun sampai ke sudah wanita itu tidak muncul.

Jasmine telan liur, rasa berdebar bukan main saat ini. Dia kalah dengan pandangan membunuh Elhan. Lantas dia menggeleng dan menolak sedikit dada Elhan supaya menjauhinya.

" Takde apa-apa. "

Elhan mencuit lembut dagu Jasmine supaya wanita itu kembali memandang wajahnya.

" Hey, are you serious? " Elhan pasti ada sesuatu yang Jasmine sedang cuba sembunyikan.

Jasmine merenung kembali sepasang mata Elhan dengan berani walaupun segala sendinya terasa lemah apabila ditenung begitu.

" Yes. "

Elhan melepaskan tangannya dan menjauhi Jasmine setelah mendapat kepastian.

" Arif ada bagitau pasal you nak pindah. Kenapa you tak berbincang dengan I dulu? Kenapa you nak pergi tanpa bagitau I?" Terluah jua persoalan itu dari celah bibir Elhan. Waktu ini dia masih boleh bertenang lagi.

Jasmine ketap bibir. Dia sudah menjangkakan bahawa Elhan tetap akan tahu. Mengapa semuanya terasa begitu sukar sekarang. Dia cuma ingin menjauhkan diri buat sementara waktu. Terlalu banyak hal yang menyesakkan dada dan menguji mentalnya.

" I nak fokus jaga mummy. Lepas apa yang jadi, daddy makin kerap balik ke rumah ganggu mummy. Jadi, I risau. "

" I faham. Tapi kalau you pergi sekarang, Aisyah akan tercari-cari you. Dia perlukan you. Hari-hari dia perlukan you. Apa akan jadi pada dia kalau you pergi? " Bukan setakat Aisyah. Dia dan Arif juga memerlukan Jasmine. Keadaan takkan pernah sama lagi seperti dulu.

Jasmine beri sebaris senyuman sedih. Walaupun dia agak gusar, namun dia harus tenang menghadapi segalanya.

" I akan datang melawat selalu. You tak perlu risau. "

" Tak sama macam dulu, Jasmine. Both of us have been like parents for Aisyah. Kalau you pergi, takkan ada yang boleh ganti tempat you, " kata Elhan dengan makna yang mendalam. Dia tak mahu Jasmine pergi. Bukan hari ini atau esok malahan sampai bila-bila pun.

Sinar pengharapan dalam mata Elhan buat Jasmine mengeluh lemah. Sungguh, hatinya ditimbusi kabus serba salah sehingga pemberat dalam hatinya menjadi kelam dan berbelah bahagi. Namun, dia harus tetap dengan pilihan. Dia bukan sejenis wanita yang lemah dengan pegangan sendiri.

" I'm sorry Elhan. I tahu keputusan I ni agak mementingkan diri. Tapi sekurang-kurangnya Aisyah masih ada you. "

Elhan meraup wajah. Sebal hatinya mendengar penjelasan Jasmine. Langsung tidak dapat dia menerima hakikat tentang keputusan yang diambil Jasmine. Cuma satu dalam fikirannya kini. Hanya ada Aisyah yang tentunya terkesan dengan pemergian Jasmine kelak.

" Sekurang-kurangnya tunggu sampai Aisyah buat pembedahan dalam beberapa bulan lagi."

Jasmine terkesima kerana dia bagaikan tidak percaya dengan berita itu. Dapat disaksikan sendiri kegembiraan itu terserlah melalui air mukanya.

" Aisyah dah ada penderma? Are you serious? "

Elhan mengangguk dengan mata yang sudah berkaca.

" Sejak dia lahir, hidup dia cuma ada kita. Aisyah bergantung pada kita. Dia dah takde sesiapa lagi dalam dunia ni. Kalau you tinggalkan dia jugak, takkan ada orang yang boleh manjakan dia sebaik you. Takde perempuan yang boleh ganti tempat you sebagai ibu dia. You pun nak dia sihat macam kanak-kanak lain kan? " soal Elhan lebih kepada pernyataan. Bukannya dia seorang lelaki pengecut yang menggunakan nama Aisyah sebagai alasan untuk Jasmine kekal di sisi. Namun keadaan kini memaksanya untuk berbuat demikian.

" Giliran Aisyah dah tak lama. I harap you boleh tunggu sampai waktu tu tiba. Tapi kalau you nak pergi jugak, I dah tak ada alasan lain nak bagi untuk mintak you stay, " ujar Elhan lagi sebelum dia berlalu membiarkan Jasmine di dalam bilik itu. Kata-katanya telah meninggalkan kesan di hati Jasmine.

" Elhan... "

Jasmine ditinggalkan seorang di dalam kamar itu. Di kala ini, dia juga sedang terhimpit di antara dua keadaan. Perlukah dia mengambil jalan ini untuk menyelamatkan hati yang lain sedangkan itu bermakna dia harus mengorbankan perasaan sendiri? Ya Allah, tolonglah aku membuat keputusan.

****

Hujung minggu itu, rumah Encik Sulaiman dan Puan Farida dikunjungi keluarga bakal besan mereka. Semuanya berpusu-pusu membuat persiapan untuk majlis yang hampir berlangsung itu. Masing-masing ingin memberikan segala yang terbaik sebagai meraikan penyatuan dua keluarga itu juga.

" Daneen, barang-barang hantaran semua dah cukup? " soal doktor Khalida sambil membantu Hayyani membungkuskan cenderahati buat tetamu majlis.

Hayyani menggeleng. " Belum lagi umi. Ingatkan nak ajak Hanan temankan Daneen pergi beli esok. Boleh kan babe? "

Lengan Hanan yang sedang sibuk menggubah hantaran itu disenggolnya. Sepanjang proses persiapan perkahwinan, rasanya Hananlah yang paling teruja. Sanggup datang ke rumahnya setiap hujung minggu dari pagi sampai ke malam membantu.

" Boleh. Lepas aku balik sekolah nanti kita pergi," balas Hanan. Dia kembali fokus dengan tugasnya.

Hayyani menarik nafas lega buat seketika. Keadaan di sekeliling mereka yang sesak dengan barang-barang persiapan membuatnya runsing. Kepala yang terasa berpinar-pinar dipicit kejap. Masih banyak yang perlu dibuat sebenarnya.

" Banyak lagi ke barang yang nak dibeli tu? " soal Doktor Khalida lagi.

" Tak banyak dah. Tinggal nak beli jam tangan dengan kasut aje, " balas Hayyani. Keputusan lambat dibuat gara-gara dia dan Elhan sering bertelagah tentang barang-barang hantaran yang perlu dibeli. Sebab itulah mereka hanya sempat membeli barang hantaran betul-betul pada saat-saat akhir.

" Esok jangan lupa pulak. Kalau susah sangat ajak aje Elhan pergi sekali. Dia pun ada barang nak dicari lagi katanya, " ujar Doktor Khalida sambil menyusun cenderahati yang telah dibungkuskan Hayyani.

" Takpelah. Daneen tak nak susahkan Elhan. Lagipun sepanjang minggu ni dia sibuk dengan kerja," tukas Hayyani rendah. Bercakap soal itu, Elhan masih belum membalas lagi mesejnya sejak dua hari lepas. Sibuk sangat agaknya sampai tak sempat nak tengok telefon langsung.

" Nak buat macam mana kalau dah jadi doktor memang itulah rutinnya. Tapi nanti umi ingatkan dia supaya luangkan masa sikit. Majlis nak dekat ni," ujar Doktor Khalida cuba menyedapkan hati anak muda itu.

Hayyani sekadar mengangguk dan tersenyum. Dia memang sudah maklum dengan pekerjaan Elhan jadi dia harus faham.

" Itulah. Majlis tinggal dua minggu aje lagi. Jangan berlengah. Kalau ada masa terus aje settle semuanya. Jemput minum kak Aida, Hanan," pelawa Puan Farida yang baru muncul dari arah dapur membawa sedulang minuman. Kemudian, dia duduk di sebelah Hayyani sambil menuang air ke dalam cawan.

" Baju nikah dah pergi fitting belum sayang?" soal Puan Farida kepada anak gadisnya. Cawan berisi teh susu itu dihidangkan kepada Hanan dan doktor Khalida.

" Dah. Minggu depan baru nak ambil, " jawab Hayyani. Hampir tergagap-gagap dia menjawab kerana terkejut apabila ibu bercakap dengan lemah lembut. Dia perasan ibu mula melayannya baik sejak dia menerima lamaran Elhan. Kekok kerana tidak terbiasa pula rasanya.

" Jangan lupa pulak. Nanti sirih junjung biar ibu yang gubah. Buat sehari sebelum majlis pun takpe. Takut nanti sirihnya layu pulak. Kan, kak Aida?"

Sementara perbualan antara ibu dan umi bersambut-sambut, Hayyani sekali lagi diburu keresahan. Sekilas dia memerhatikan skrin telefon bimbit di tangannya. Tak ada pun sebarang notifikasi yang masuk daripada Elhan. Kebisuan Elhan membuat hatinya terusik sendiri. Elhan tak ingat dekat aku ke?

****

" Hei, diam aje. Tak nak cakap apa-apa ke? " Elhan memecah kebisuan di antara mereka. Sejak dia mula menelefon tadi, Hayyani lebih selesa mengunci mulut dan seakan-akan mengelak untuk berbual dengannya.

" Nak cakap apa. Awaklah cakap sebab awak yang call saya, " ujar Hayyani kedengaran seperti berjauh hati. Memang dia sedang berjauh hati pun. Dah lewat malam baru Elhan ingat nak menelefonnya.

" Awak marah saya ke?" Elhan melepaskan lelah di atas bangku di luar dewan pembedahan. Baju pembedahan pun belum sempat dibuka lagi lantaran dia baru saja selesai dengan pembedahan berdurasi 8 jam lamanya. Lenguh segala tulang belulang.

" Taklah. Saya kan bakal isteri yang baik. Tunang saya tak mesej tak call beberapa hari pun saya okey aje. Waktu orang nak masuk tidur barulah dia terhegeh-hegeh nak call. Saya okey aje tunang saya buat macam tu," omel Hayyani dalam nada sindiran ketika dia menuturkan perkataan.

Elhan tergelak kecil. Terhibur hatinya mendengar kata-kata Hayyani. Namun begitu, dia menahan diri daripada terus tertawa. Bimbang lebih parah rajuknya nanti.

" Okey, saya mintak maaf. Lately busy dengan kerja sampai tak banyak bagi komitmen pada majlis kita. Nasib baik Hanan dengan umi ada. Tapi jangan risaulah, saya tak pernah lupa pun dekat awak sayang, " ujar Elhan lemah lembut. Dia akui kesilapannya sepanjang mengendalikan persiapan mereka. Tapi tidak pernah sehari pun dia terlupa tentang bakal isterinya.

Hayyani yang mendengar di hujung talian sudah tersengih-sengih sendiri. Cair serta merta dengan pujukan Elhan. Kalau hari-hari macam ni boleh cair dengan tulang belulangnya sekali.

" Tahu. Tapi saya selalu rasa tak sedap hati baru-baru ni. Macam ada benda buruk akan jadi," luah Hayyani seraya melepas keluhan lemah. Memang benar hatinya tak sedap tanpa sebab yang pasti.

Elhan mendecit. " Alah... ini yang saya tak suka dengar. Sudahlah, tak payah fikir yang bukan-bukan. Awak doa aje semoga semuanya dipermudahkan. Esok lepas saya balik kerja kita beli barang lepastu makan sama-sama, okey? Saya rindu nak makan dengan awak. "

Minggu ini terlalu banyak kes-kes kecemasan yang melibatkan banyak doktor bertugas. Belum campur lagi dengan pesakit di unit rawatan rapi. Kesibukannya membataskan waktu yang kian terhad untuk mereka berkomunikasi dan meluangkan masa.

" Saya pun. Okeylah, awak berehat dulu. Lagipun awak penat kerja tadi, kan. "

" Saya okey aje bila dengar suara awak. Suara nilah yang saya akan dengar sampai tua walaupun bunyi dia lain sikit bila dah takde gigi nanti," seloroh Elhan spontan. Sejurus selepas itu, dia ketawa mengekek-ngekek.

" Tapi saya lambat sikit sebab awak lagi tua. Awak yang rongak dulu nanti. " Hayyani memulangkan paku buah kerasnya. Asyik Elhan saja yang mengenakan dia sebelum ini. Biar dia mengenakan lelaki itu pula.

Kemudian, tawa mereka sama-sama meledak. Hilang segala kepenatan dan kekusutan mereka setelah meluangkan masa bersama. Demikian perkara-perkara kecil beginilah yang mengeratkan lagi ikatan kasih mereka.

" Tak kisahlah semua tu. Yang penting rasa sayang tu sampai bila-bila akan kekal. Okeylah, have a good sleep. Baca doa, selawat sebelum tidur. Nanti mimpi saya susah nak lupa pulak, " pesan Elhan. Sempat juga dia menyelitkan jenakanya.

Hayyani tersenyum sambil memintal-mintal hujung rambutnya.

" Eee... perasan betul. Okey, goodnight."

Setelah berbalas salam dan ucapan, panggilan antara mereka ditamatkan. Kantuknya pun sudah semakin memberat. Dia harus tidur untuk menempuhi hari yang panjang dan memenatkan esok.

Sedang dia bersiap nak tidur, pintu biliknya diketuk seseorang. Haleena terpacul dengan bedak sejuk di mukanya. Hampir meloncat keluar jantungnya melihat wajah ngeri itu.

" Muka tu tak boleh putih lagi ke. Basuhlah dulu sebelum berjalan ke bilik orang," omel Hayyani. Nasib baik dia tak sakit jantung kalau tidak sudah lama k.o dia di situ.

Haleena tersengih-sengih macam orang bersalah.

" Kak, ni ada surat untuk akak. " Sampul surat ditangannya dihulurkan kepada Hayyani.

" Daripada siapa? " soal Hayyani sambil membelek-belek luaran surat itu. Tak ada nama dan alamat pengirim pun. Entah-entah surat dari Malik.

" Tak tahu. Tengoklah dulu. "

" Entah-entah... "

Baru saja berkata begitu, tiba-tiba dia lihat wajah Haleena yang sudah menyinga. Memberi amaran kepadanya tentang apa yang sudah dipersetujui bersama sebelum ini. Hish budak ni, macam tahu-tahu aje apa aku fikir.

" Yalah, akak tahulah. Dah pergi tidur sana."

Sekembalinya Haleena ke biliknya, Hayyani membaca surat itu seorang diri. Tidak dapat dibayangkan bermacam-macam perasaan datang serentak ketika dia meneliti dada surat itu. Air mata mengalir dalam sedu sedannya tanpa dipinta. Malam itu ketika langit mula menyelak langsirnya, hati Hayyani patah seribu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience