Bab 4

Romance Completed 15392

Bebola mata Hayyani asyik memerhatikan orang ramai yang keluar masuk dari Aya Sofya. Semuanya berpusu-pusu untuk melihat keindahan seni bina dan sejarah silam yang pernah terlakar di dalam bangunan teragung dan tercantik di dunia itu. Selama hampir 3 bulan di Istanbul, bangunan itu sudah beberapa kali dijejakinya. Sungguh pun begitu, dia masih belum jemu untuk merakamkan kemas dalam ingatannya perihal setiap keindahan dan perincian seni bina hasil tangan manusia dulu kala.

Setiap kali dia melawat Aya Sofya, telinganya pasti akan terdengar celoteh pemandu pelancong yang menerangkan bahawa bangunan itu dahulunya pernah menjadi Katedral bagi penganut Kristian Ortodoks. Dia kagum melihat bagaimana kerajaan Islam pada zaman Turki Uthmaniyyah mula menukarkan Katedral itu menjadi sebuah masjid pada tahun 1435. Istanbul merupakan kota yang kaya dengan sejarah terutamanya sejarah empayar Turki Uthmaniyyah dan amat fleksibel bagi pencinta-pencinta sejarah.

" Assalamualaikum." Suara garau seorang lelaki menyapanya membelah lamunan di kala keseorangan.

Hayyani sedikit tersentak. Serta merta dia melemparkan segaris senyuman sebaik wajah Malik Ghaozani menyapa pandangan. Lelaki berbangsa Turki yang pernah dikenalinya hampir 2 bulan yang lepas di pesisir True Blue Beach. Semenjak itu mereka banyak menghabiskan masa bersama.

" Waalaikumussalam. "

" I'm sorry to keep you waiting. Today's quite hectic. Tons of work at the flower shop today." Malik beralasan. Lelaki itu kelihatan mengah dan tidak cukup nafas. Barangkali penat berkejar ke sana sini selaku penghantar bunga segar di kedai bunga dekat Grand Bazaar.

" It's okay. I had so much fun by myself, " tukas Hayyani sopan. Dia mengerti pekerjaan Malik tidak menentu masanya. Kalau ada orang minta kiriman bunga, pada waktu itu jugalah Malik perlu menghantar. Lagipun Malik juga banyak melakukan kerja sambilan lain.

Malik duduk pula di atas bangku sebelah Hayyani. Dia merenung kejap wajah gadis yang sepertinya sedang merisaukan sesuatu itu.

" Hey, why the long face? Something bad happened? "

Hayyani mengeluh lemah. " I don't know. By next week, I have to go back to Malaysia. This time around, I cannot say no anymore, " luahnya berat.

Mesej-mesej berbaur amaran yang diterima daripada Puan Farida semalam benar-benar merosakkan ketenteramannya. Puan Farida memintanya pulang pada minggu hadapan kalau tidak, dia akan dikahwinkan dengan Elhan sejurus selepas pulang ke Malaysia. Sebelum ini, berbidang-bidang alasan boleh dia pertaruhkan untuk mengelak daripada bercakap soal pinangan Elhan, tapi kali ini ibunya langsung tidak mahu berkompromi lagi.

" Don't worry so much about it. Face your problems like grown-up. I suggest you try to talk to your parents. If you don't want to get married, then tell them properly. They must have at least a little mercy on you, " nasihat Malik sambil memandang Hayyani yang sudah tertunduk muram.

Hayyani menyapu bersih pelupuk matanya yang sudah kebasahan dengan mutiara jernih. Sesekali, semilir angin senja yang merentas kulit wajahnya seakan menitipkan sedikit damai. Kata-kata Malik sedikit sebanyak membuatnya terpujuk namun pendiriannya sering kali bergoyah tatkala berperang dengan perasaan sendiri.

Alangkah indahnya jikalau Puan Farida boleh mendengar katanya walau sedikit. Namun, ibunya itu langsung tidak mahu mencapai kata sepakat dengannya waima apa jua keputusan yang cuba dia lakukan. Mereka tidak pernah sehaluan sejak dulu lagi disebabkan itulah dia merasakan tiada walau selumbar kudrat dalam hatinya untuk membangkang semua keputusan Puan Farida.

" Do you think I should really go back? Can I stay here for a bit longer? " Soal Hayyani lebih kepada pernyataan. Dalam hatinya lebih berat mengharapkan jawapan agar Malik mempersetujui cadangannya.

" Have mercy on your heart. It's not happy as long as you keep them in your cage of problem. Find the best solution and have faith in yourself. You deserve to be happy and in order to be happy, you must figure out something and fight for your happiness. Don't let them hanging waiting for you, " tegur Malik yang tak pernah jemu mengutus kata-kata nasihat dan semangat buat gadis itu sejak awal perkenalan lagi. Makin banyak air jernih yang menjatuhi pipi mulus itu.

" But I..."

" Shh... " Malik mengangkat jari telunjuk dan diletakkan pada bibirnya. Tindak tanduknya seakan melarang Hayyani daripada berkata-kata lagi.

Hayyani diam. Kebisuannya seakan memberi ruang supaya pemuda itu memberikan arahan lanjut. Tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu yang dimasukkan di celah lipatan tudungnya.

" I heard too many 'but' from you. I know what you carry in your heart but if we keep talking about your worries, it will only weighs on the problem. Now, I wanna take you out for ice cream. You're in? " Soal Malik dengan senyuman menawannya. Dia sudah berdiri dan menghulurkan lengannya meminta gadis itu sambut.

" I'm gonna make you smile a lot today. Will you be my friend?"

Hayyani tergelak kecil. Lambat-lambat dia memaut lengan Malik yang masih belum berputus asa itu. Lelaki itu memang pandai memenangi hatinya sehinggakan kehadiran pemuda itu di sisi mampu membuatkannya lupa seketika akan masalah yang membaluti diri.

" Yes."

****

Pagi itu, Encik Sulaiman duduk bersarapan dengan Puan Farida dan Haleena sebelum masing-masing memulakan hari. Sejak awal mereka duduk di meja makan, Encik Sulaiman tidak lepas memandang wajah isterinya yang tegang dan bersahaja. Seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

" Abang ni kenapa? Pandang saya macam saya dah bunuh orang aje, " tegur Puan Farida sambil mencedukkan kuey teow goreng ke dalam pinggan Haleena. Cuak juga ditenung oleh suaminya bagai pesalah terlepas penjara.

" Awak memang tak faham bahasa kan. Abang dah kata, kalau nak Daneen balik, bukan dengan cara menggertak dia yang bukan-bukan. Kalau dia tak nak balik lagi macam mana? " Encik Sulaiman mengeluh berat. Sesekali, air kopi o yang masih hangat disisip perlahan.

Haleena hanya diam sambil meneruskan makan. Inilah rutin harian yang harus ditempuhnya semenjak kakaknya ke Istanbul. Telinganya sudah naik lali asyik mendengar ibu dan bapanya bertekak. Hai... Bilalah kau nak balik kak.

" Abang, saya buat ni bersebab. Lagipun kalau saya tak gertak, entah sampai bila dia nak duduk sana. Abang pun ikutkan sangat kehendak dia. Ingat saya tak tahu, tiap-tiap minggu abang ada masukkan duit belanja untuk Daneen? Makin naik minyaklah dia. Elok biarkan aje dia melarat dekat sana. Lambat laun dia terpaksa balik jugak, " omel Puan Farida.

Sudah beberapa kali dia terjumpa resit transaksi deposit wang ke luar negara dalam kocek seluar suaminya. Setelah diselidiki, memang benar akaun penerima adalah akaun milik Hayyani.

Terkesima Encik Sulaiman demi mendengar bebelan tanpa henti dari mulut isterinya. Sikap Puan Farida yang kadang kala lebih sudu dari kuah menyebabkan dia sebagai suami harus banyak bersabar. Kalau api dilawan dengan api juga makin jahanamlah jawabnya.

" Astaghfirullahalazim. Abang bagi duit tu sebab memang dah jadi tugas abang sebagai bapak bagi nafkah dekat anak. Lagi pulak dia masih bawah tanggungan kita jadi sebagai orang tua kita takde hak nak biarkan anak-anak melarat. Itu pun awak ingat senang ke Daneen nak terima? Banyak kali jugaklah abang pujuk dia baru dia ambil tau. Kalau abang tak bagi pun, duit yang nenek dia kasi dulu masih banyak, " kata Encik Sulaiman seraya menghirup lagi air kopi o di dalam cawannya.

" Abang ingat duit tu takkan habis ke? Saya sengaja tak nak bagi dia duit supaya dia cepat balik. Ini tidak, abang lagi menggalakkan adalah. Padanlah muka dia, saya telefon tak nak jawab. Okay fine, saya hantar mesej pulak. Sekurang-kurangnya saya puas hati dia baca jugak mesej saya sebab tulah abang nak marah-marah saya pagi-pagi buta ni. Sebab dia dah mengadu dekat abang kan? " Sinis soalan yang diajukan Puan Farida.

Encik Sulaiman hanya mampu menggeleng kepala mengenangkan kedegilan isterinya. Makin dijawab makin banyak yang dibidasnya. Tuduhan melulu yang dilemparkan Puan Farida hanya akan merumitkan keadaan sekalipun ada yang menidakkan.

Sejujurnya Hayyani tak pernah membuka mulut mengadu domba soal itu. Malah Encik Sulaiman dapat mengetahui sendiri selepas dia terbaca kiriman mesej Puan Farida kepada Hayyani awal subuh tadi. Itu pun secara tidak sengaja apabila dia mendengar panggilan telefon bimbit isterinya yang tak henti-henti berbunyi.

" Ibu, kak Daneen tu bukannya jenis yang suka mengadu domba pada orang lain. Lagi-lagi pasal benda remeh temeh ni, " sampuk Haleena.

Puan Farida mencerlung. " Remeh temeh kamu kata Leen? Kamu tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur. Sibuk aje nak menyampuk. "

Haleena terdiam. Tengok, cakap sikit pun salah. Macamlah kak Daneen tu tak reti penat asyik nak mengadu benda yang sama.

" Memang betul pun apa yang Leen cakap. Benda kecil macam ni pun awak nak besar-besarkan pasal apa. Kalau betul Daneen nak mengadu dekat abang itupun sebab dia nak abang jalankan tanggungjawab sebagai suami tegur kesilapan awak wahai isteri. Tapi dia tak pernah mengadu apa-apa lagi sebab dia tahu kalau abang tegur awak pun bukannya awak boleh berubah. "

" Anak abang tu memang jenis tak kuat mengadu tapi dia melawan dalam diam. Abang ingat saya tak sakit hati masa dia ponteng sekolah dulu semata-mata nak pergi kelas melukis. Tak cukup dengan tu, dia tak jawab paper PMR dulu sebab sengaja nak balas dendam pada saya. Dia buat macam tu supaya impian saya nak tengok dia masuk sekolah bagus-bagus tak tercapai. Budak tu kalau saya tak berkeras dengan dia setiap hari dulu abang rasa dia jadi orang ke sekarang? "

" Hah, itulah... Disebabkan awak ni cerewet sangat pasal urusan hidup anak-anak, Daneen suka bawak diri jauh dari kita. Nampak macam dia ada aje depan mata tapi sebenarnya hati dia dah takde dekat rumah ni. Sepatutnya awak biarkan ajelah dia pilih nak buat apa yang dia suka. Mana tak betul kita bimbing kasi betulkan. Mana yang bagus kita sokong bukan kongkong. Dari dulu lagi abang dah pesan dekat awak tapi awak tetap dengan keras kepala awak tu. Haih!"

" Saya bukan kongkong. Saya nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Yang abang nak bela sangat si Daneen tu kenapa? " Puan Farida mula naik berang.

Encik Sulaiman menggeleng kepala. Memiliki isteri yang keras kepala menuntut seorang suami sepertinya untuk cekal dan sabar.

" Awak ni kalau abang cakap sampai berbuih mulut pun tak guna. Tetap dengan perangai keras kepala awak tu. Awak sebagai seorang ibu kena lebih banyak beralah dengan anak-anak. Tegas pun biar bertempat. Kalau saya jadi Daneen tu, saya tak balik minggu depan, saya balik 10 tahun kemudian. Dia pun tak betah nak menghadap mak yang garang sangat macam awak ni, " ujar Encik Sulaiman sebelum mengelap mulut dengan tisu tanda sudah selesai makan.

Puan Farida membeku. Dia memerhatikan saja tindak tanduk suaminya yang sedang memakai tali leher itu.

" Dahlah, abah nak pergi ke sekolah. Leen belajar baik-baik tau. Nanti kalau sempat malam ni kita makan dekat luar, " pesan Encik Sulaiman sambil tersenyum kepada Haleena.

" Ermm... abah, kalau Leen tumpang abah pergi kolej boleh tak? " soal Haleena berhati-hati. Karang tak pasal-pasal dia yang kena tengking dalam kereta nanti gara-gara menjadi mangsa amukan Puan Farida. Tengok muka bengis ibunya saja boleh buat jantung berhenti.

" Ni apasal nak mengada-ngada sangat ni? Selalunya pergi dengan ibu kan. Jangan nak menyusahkan abah tu pulak, " tukas Puan Farida tegas.

Sudah menjadi rutin harian, mereka berdua akan bersama-sama ke Universiti Kebangsaan Malaysia oleh kerana destinasi yang ingin mereka tuju juga serupa. Haleena belajar di situ manakala Puan Farida mengajar selaku pensyarah di fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Encik Sulaiman pula adalah guru sejarah di SMK Bandar Baru Bangi.

Haleena pandang Encik Sulaiman. Lirikan mata itu. Please abah... Selamatkan Leen!

" Takpe Leen, abah boleh hantarkan. Jom kita pergi. Habiskan makan dulu abah tunggu dekat luar. "

Encik Sulaiman meminta diri seraya bersalaman dengan Puan Farida dan mengucup dahi isterinya sebelum pergi. Kedua-duanya senyap tak berkata-kata. Dingin namun tetap tidak lupa status dan kewajipan masing-masing sebagai suami isteri.

Haleena tersenyum lebar saat Encik Sulaiman memberi lampu hijau. Segera dia menghabiskan makanan dan buru-buru mencapai beg galasnya. Tangan hangat Puan Farida disalam sebelum dia menghadiahkan sebuah kucupan kecil di pipi tua itu.

" Assalamualaikum ibu. Muka jangan kerut sangat takut students ibu lari nanti. Sayang ibu, " ungkap Haleena dengan suara manjanya sebelum berlari terkocoh-kocoh mendapatkan Encik Sulaiman di luar.

Puan Farida bungkam sendirian. Hatinya terasa pijar. Hendak diluahkan tetapi tiada lagi kata-kata yang meluncur dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience