" Macam mana kakak? Any good news?"
Hanan sudah teruja ketika melihat Jasmine muncul semula di dalam bilik rawatan itu dengan membawa helaian kertas berisi keputusan ujian. Awal pagi lagi dia sudah datang ke jabatan ginekologi hospital besar itu demi membawa satu hajat. Namun, oleh kerana umi ada persidangan awal pagi jadi dia membuat temu janji dengan Jasmine saja.
Jasmine tersenyum melihat wajah ceria itu. Dia melabuhkan punggung atas kerusi dan menulis sedikit catatan. Sengaja dia berjeda sebelum dapat memberikan jawapan.
" Kakak minta maaf adik. Belum rezeki Hanan dengan Lukman lagi. You guys can always try better later on. Adik jangan sedih-sedih, ya?" kata Jasmine dengan penuh lemah lembut tuturnya. Dia menggosok belakang tangan Hanan bagi menitipkan sedikit motivasi. Bukan Hanan saja malah ramai lagi pasangan lain yang ditemuinya turut berdepan situasi yang sama. Jadi dia mengerti kalau Hanan berasa sedih.
Hanan tersenyum lambat-lambat. Lambat juga dia nak memberi respons pada mulanya. Tapi dia tetap bijak mengawal perasaan.
" Alah, takpelah kakak. Adik okey aje. Lukman cuma pelik sebab adik dah dua bulan tak period sebab tu dia suruh buat pregnancy test. Dia teruja kot," cerita Hanan sederhana. Tipulah kalau dia tak sedih langsung tambahan lagi Lukman tiada di sisinya sekarang, makin bertambah emosional. Tapi dia redha kalau Allah masih belum memberi izin untuk mereka memiliki zuriat.
" Adik sepatutnya kena start consume folic acid sebelum kahwin kalau adik dengan Lukman merancang nak ada baby awal. Tapi takpe sekarang pun tak terlambat lagi. Jangan stres, rehatkan badan jangan penat sangat. Diet kena seimbang. Bincang dengan Lukman juga bila waktu sesuai untuk bersama. Penting untuk tingkatkan chance kehamilan tu jugak, " nasihat Jasmine sebagai pakar sakit puan. Nasihat yang sama juga diberikan kepada mana-mana wanita yang sedang ikhtiar hamil ketika datang berjumpanya.
Hanan melepaskan keluhan lemah.
" Tulah, adik jumpa Lukman dua minggu sekali aje sebab dia kerja jauh. Tak berpeluanglah Lukman nak jadi ayah awal, " luahnya kedengaran hampa. Kalau ada anak bolehlah juga jadi peneman untuk hilangkan kesunyian sementara Lukman jauh. Belum sampai masa lagi gamaknya.
" Tak nak pujuk Lukman pindah ke? " Jasmine sekadar menduga dengan soalan begitu.
" Dah, tapi tak jalan. " Hanan tayang muka kecewa. Pernah dia suruh umi pujuk tapi Lukman pandai putar belit keadaan biar umi pula yang terpujuk. Elhan pula suruh mereka berbincang sesama sendiri. Papa juga langsung tak mahu masuk campur.
" Dah cuba merajuk? " Jasmine memberikan cadangan yang kedengaran nakal. Meletus tawa mereka bersama.
" Itu senjata terakhir adik. Kalau tak berkesan jugak adik nak lari dari bumi ni," seloroh Hanan selamba. Lukman tu memang kalis pujukan. Tak tahulah dia punya hati disaluti platinum berapa karat. Keras sangat.
Jasmine tertawa mendengar celoteh itu. Bukan dia tak tahu ketika zaman bercinta dulu Lukman dan Hanan asyik berkepit saja tak pernah berjauhan. Tiba-tiba selepas kahwin kena bercinta jarak jauh pula. Mahu tak sasau si manja di depannya ini.
" Adik dengan Lukman dua-dua masih muda. Mungkin masih awal untuk ada komitmen dengan anak-anak. Adik muda lagilah. Banyak benda lagi nak enjoy berdua. Jangan stres tau," ujar Jasmine cuba meneutralkan perasaan Hanan. Keadaan pasti bertambah keruh nanti kalau dicampur adukkan masalah Lukman dan usaha kehamilan mereka.
Hanan tersenyum semula. Dia terpujuk dengan kata-kata Jasmine yang sudah dianggap sebagai kakak sendiri. Mereka berdua mula rapat sejak Elhan memperkenalkan Jasmine kepada keluarga setelah tamat pengajian di London lagi. Kalaulah abangnya si Elhan itu tidak menaruh hati terhadap sahabatnya Hayyani, sudah lama dia sunting bunga cantik si Jasmine di hadapannya itu menjadi kakak ipar.
" Kakak, malam nanti kita keluar sama-sama nak tak? Lama dah kan kita tak hang out. Lagipun adik bosanlah duduk sorang-sorang dekat rumah tu. Umi dengan papa pergi open house kawan lama. Jom? " Hanan angkat kening menunggu jawapan Jasmine.
Dia berharap sangat wanita itu setuju. Sesekali naklah juga keluar daripada asyik terperuk di rumah menanda buku latihan pelajar.
Jasmine tergelak kecil sebelum menjawab. Dia suka melihat sifat manja dalam diri Hanan. Muka comel yang ditayangnya itulah daya tarikan utama Hanan. Patutlah Elhan menangis teruk juga masa Hanan berkahwin dulu.
" Okey, jom. "
****
Suasana di Dataran Bunga Raya, Seksyen 14 Shah Alam pada waktu malam itu kelihatan riuh dengan kehadiran warga kota ketika Jasmine dan Hanan memutuskan untuk meluangkan masa di situ. Selepas Jasmine pulang dari kerja dia terus menjemput Hanan di rumah Doktor Khalida. Sudah lama rasanya mereka tidak keluar berdua dek kepadatan jadual masing-masing. Kalau tidak dulu sebelum Hanan berkahwin, asalkan ada masa mesti mereka akan keluar bersama.
" Bestnya kalau hari-hari dapat lepak macam ni. Kalau boleh adik nak lupakan sekejap yang adik ni cikgu. Macam hari ni," ujar Hanan bersama senyuman senang di bibirnya.
Dia menongkat kedua belah tangan untuk menampung tubuhnya sambil memerhatikan bermacam gelagat manusia di situ. Lapang sikit rasa dada. Terasa lepas semua beban yang menyesakkan jiwa.
" I feel the same. Kadang-kadang kita nak orang tengok kita sebagai diri kita sendiri bukan sebagai doktor ke cikgu ke. Cause only the best person can see our true colors and love us as we are. We can simply be vulnerable. Somehow rasa selamat," balas Jasmine penuh makna.
Ada pun kawan-kawan mahupun kenalannya sebelum ini hanya mahu berteman dengannya kerana dia anak orang berada dan kerana dia seorang doktor. Dia berasa sunyi dengan mereka. Tetapi hanya sedikit saja figura manusia yang benar-benar membuatnya nyaman ketika bersama. Dan itu sahaja sudah lebih dari memadai.
Hanan membetulkan duduk benar-benar menghadap Jasmine di sebelahnya. Kedua belah tangan lembut Jasmine diraih.
" Hari ni, adik nak kakak lupakan yang kakak tu doktor. Show me your shades my kakak. Tell me anything you want."
Jasmine melihat kesungguhan Hanan yang berterusan menganggukkan kepala dan terus menatap matanya. Tanda keikhlasan dan jaminan yang tulus. Ada sesuatu yang jarang diceritakan kepada sesiapa dan mungkin Hanan adalah orang yang tepat kali ini.
" I love... someone, not recently but it started years ago. And I still love him now and maybe forever? " luah Jasmine sedikit teragak-agak namun dia yakin dengan tiap butir buah bicaranya.
Terbuntang biji mata Hanan. Sebelah tangan menekup mulut bagi mengawal jeritannya dan sebelah tangan lagi menggoncang tangan Jasmine. Tergelak Jasmine melihat keterujaan gadis itu.
" Oh my god! You loved someone? So, who is he? Bertuahnya kakak kita yang cantik ni suka dekat dia. " Hanan teruja dan pada masa yang sama tidak pernah menyangka Jasmine akan mempercayainya untuk berbicara soal itu. Tapi dia tak hairan sebenarnya kalau wanita seperti Jasmine digilai ramai lelaki. Tetapi kes kali ini istimewa kerana Jasmine yang menyukai lelaki itu dulu.
" Kakak kenal dia sejak belajar dekat London. And kakak rasa I'm luckier to have him, adik. Bagi kakak he is the world that he created himself and kakak literally lost in it. I've found every perfect men in this one man. Tak tahulah macam mana kakak nak explain. Indescribable feelings. But I love him so much, " luah Jasmine lagi tanpa ragu. Saat ini wajah Elhan terbayang di layar mata. Mencintai lelaki sepertinya adalah hal terbaik yang pernah dia lakukan dalam hidup. Sesaat pun tidak dia kesali menaruh sepenuh hatinya terhadap lelaki itu meskipun nanti tak dapat dimiliki.
" It' s okay. Kita tak perlukan alasan untuk cintakan seseorang. Terima sebab memang itulah diri dia. Dia tahu tak pasal ni? " Hanan semakin teruja lalu bertanya lebih lanjut. Membuka ruang untuk Jasmine menghayati penceritaannya sendiri. Tetapi, melihat saja Jasmine menggeleng perlahan, senyuman di bibir Hanan mengendur.
" One sided love? But why? Susah sangat ke dia nak perasan. Kalau adik, it doesn't even take me a minute to notice. Sejenis slow jugak mamat tu kakak," gerutu Hanan geram. Lelaki gila saja yang tak sukakan Jasmine ataupun spesies slow learner bila melibatkan cinta. Dah bagi petanda terang-terang pun masih tak nampak.
Jasmine tergelak melihat wajah geram Hanan.
" Haah, dia slow sangat. Tak tahulah apa yang dia tahu. " Seronok pula Jasmine layankan. Geli hatinya. Padahal mamat slow tu abang Hanan sendiri. Tak boleh bayangkan kalau Hanan tahu.
" Abang Elhan tahu yang kakak ada crush?"
" Tahu, cuma tak tahu siapa. Kakak tak pernah bagitahu. Sebab nanti dia tanya macam-macam. " Macam manalah abang awak tu nak tahu kalau dia sendiri lelaki yang kakak maksudkan tu adik. Desis hati Jasmine sendiri.
" Abang tu memang busybody sikit. Masa Lukman dengan adik pun dia sibuk nak interview itu ini. Mengalahkan papa, " omel Hanan. Teringat perangai Elhan ketika dia mula berkawan dengan Lukman. Cerewet sangat itu tak bolehlah ini tak bolehlah. Dia faham kalau Jasmine nak sorokkan pun.
" Tapi haritu kan adik, dia kasi kakak bunga. Bunga Jasmine." Riang Jasmine menyambung cerita. Biarlah identiti lelaki itu menjadi rahsia kerana itu membuat dirinya terasa lebih selesa untuk bercerita.
" Why do I feel like dia pun suka kakak? " Hanan membuat andaian berdasarkan gerak hatinya.
" Ish, mana ada. Mengarut aje," tukas Jasmine. Dia sebenarnya tak mahu berharap walau sedikit pun kata-kata Hanan itu menjadi kenyataan. Bimbang mekar lara di hati.
Hanan beriak serius. " Tak, seriously kakak. Kalau lelaki bagi bunga jasmine maksudnya dia cuba lafazkan cinta. Adik tak bohong sebab adik pernah tanya Lukman kenapa dia bagi bunga jasmine pada adik. He said it's out of love. "
Teringat kembali sewaktu mereka awal-awal bercinta dulu, Lukman pernah memberinya bunga itu. Kata Lukman itu tanda cinta. Dan menurut Lukman lagi lelaki menganggap seorang wanita itu istimewa jika dia menghadiahkan bunga.
Ada keluhan kecil yang terluncur di bibir Jasmine.
" I'm not sure adik. It's getting complicated. Dia terlalu baik dengan kakak and he did everything that flattered my heart. Takut sebenarnya dia tak maksudkan apa-apa pun dengan bunga tu, " ujar Jasmine lagi. Sudahlah. Dia tak mahu terus menggarap impian untuk itu. Mustahil Elhan mencintainya kalau cinta Hayyani yang dikejarnya.
" Go lah kakak. Pergi confess dekat dia. Adik confirm belum terlambat. " Hanan memberikan galakan sebagaimana dia menggalakkan Elhan menghantar rombongan meminang kepada Hayyani dulu. Walaupun dia sekadar bergurau tetapi dia tak menyangka abangnya itu serius. Manalah tahu dia boleh memujuk Jasmine pula kali ini.
Kali ini senyuman Jasmine perlahan-lahan menghilang. Pandangannya dibuang ke hadapan. Biarpun matanya terbias dengan kelibat manusia yang lalu lalang di depan namun pandangannya kosong.
" Kakak takut dia tak terima. Lagipun kakak sayangkan friendship kita orang. Sebab tu kakak tahan diri. For me it's better to adapt to low-key crush than to lose the whole friendship," kata-kata Jasmine terkandung perasaan yang dalam. Sesetengah cinta itu jika layak untuk dipendam demi kebaikan ramai pihak, maka lebih baik dia memilih untuk memendamnya. Sedih, tapi harus bagaimana lagi.
" Kakak, nak tahan diri untuk apa. Kalau kakak yakin that he's the one, kakak jangan buang masa lagi. Luahkan semuanya. Bertahun kakak simpan perasaan jadi apa salahnya kakak cuba nasib. Kalau kakak ada peluang untuk buat malam ni, buat malam ni jugak. No minute to lose. What if dia sebenarnya sukakan kakak juga tapi dia takut nak buat first move sebab fikir macam kakak? I will always have your back. So do what makes you feel right, okay? I love you kakak. "
Hanan memeluk bahu Jasmine dan meletakkan kepalanya pada bahu wanita itu. Dia tak mahu memaksa, sekadar memberikan pendapat. Walau apa sekalipun keputusan Jasmine, dia akan tetap menyandarkan sokongan.
Jasmine turut membalas pelukan Hanan. Lain pula baginya. Kalau dia meluahkan kepada Elhan, apakah itu bakal merubah segalanya antara mereka nanti.
Atau apakah dia akan terus diburu kekesalan seumur hidup ketika dia memutuskan untuk memendam segala perasaan. Namun di kala ini, Jasmine tidak pasti hatinya sedang berat ke mana.
Sehingga ke saat ini, saya tulis semua watak dalam novel saya daripada hati. Disebabkan tu, saya cuba untuk bagi yang terbaik dari segi penulisan dan jalan cerita. Bonus question : adakah lagi wanita yang mencintai seperti Jasmine?
Share this novel