Bab 9

Romance Completed 15392

" Leen ni biar betul?" Elhan menebarkan pandangan ke sekeliling balai ketibaan mencari kelibat Hayyani. Telefon masih melekap di telinga.

Sesekali, dia mengesat peluh yang merenik di dahinya dengan belakang tangan. Sudah lebih sepuluh kali balai ketibaan itu dipusingnya tapi bayang Hayyani langsung tak ada. Hanya wajah-wajah asing saja yang dilihatnya.

" Betul. Akak ada dekat-dekat dengan balai ketibaan. Abang carilah. Pendarahan dalam jantung abang boleh cari inikan pulak akak Daneen yang tak berapa nak kecil tu, " seloroh Haleena buat Elhan tergelak kecil.

Ketika dia mengimbas bahagian sayap kanan balai ketibaan, dia melihat seorang gadis sedang duduk di atas sebuah bangku. Setelah diamati dengan yakin, semerta ada senyuman mekar di bibirnya. Dia pasti itulah Daneen Hayyani.

Elhan lepas keluhan lega. " Okay, abang dah jumpa. Thanks Leen."

" Ai... ai... Cip. Tapi abang janji nanti weekend ajarkan Leen subjek biologi, okey?"

" Boleh. Nak suruh jawabkan exam pun boleh.
Ni... kejap lagi kita sembang lagi. Abang nak pergi dekat kak Daneen. Assalamualaikum. "

Setelah salamnya disambut, dia menyimpan kembali telefon bimbitnya sebelum bergerak mendapatkan Hayyani. Tekak dikosongkan barang sekali dua cuba mengusir debar yang bermukim di dada. Inilah kali pertama dia berjumpa kembali gadis itu selepas 7 tahun.

" Assalamualaikum."

Hayyani memalingkan wajahnya sebaik saja ada satu suara garau yang menyapa. Semerta layar matanya membiaskan susuk tubuh tinggi lampai milik Elhan Ashareeq. Lelaki itu nampak segak dengan kemeja lengan panjang yang dilipat sehingga ke paras lengan.

" Waalaikumussalam. Awak buat apa dekat sini?" soal Hayyani masih terpinga-pinga dengan kehadiran Elhan di depannya secara tiba-tiba.

Masakan dia tak kenal Elhan. Lelaki yang sering memandang dirinya sebelah mata sejak zaman universiti dulu. Hayyani bukanlah ratu cantik dunia yang selalu didamba lelaki berhati kering itu. Dan kerana itulah dia tidak pernah menjangkakan akan menerima pinangan dari Elhan.

" Saya datang nak bela kapal terbanglah sebab engineer yang sepatutnya buat kerja tu dah lari ke Istanbul sana. " Elhan meloyar buruk dengan muka bersahaja menggoncang jiwa Hayyani.

" Jangan main-main Elhan. Awak buat apa dekat sini? " soal Hayyani lagi tak mahu berdalih.

" Sejak bila pulak airport ni letak undang-undang yang nama saya tak boleh masuk sini? "

Hayyani tertawa sinis. " Don't play pretend Elhan. Ni mesti ibu saya yang bagitau kan, " tebak Hayyani. Ibu pun bukan boleh dipercayai sangat. Kalau dengan Elhan bukan main baik sampai dilayan macam anak sendiri.

" Dah kalau tunang saya sendiri tak nak bagitau saya tanyalah bakal mertua saya. Salahkah saya nak jemput tunang sendiri? " Kenyataan Elhan menyirapkan darah Hayyani. Sesuka hati saja lelaki itu menggelarnya tunang.

Hayyani mengepal buku limanya seraya mengecilkan mata tatkala merenung wajah selamba Elhan. Kelajuan tumbukan 120 km/j. Tunggu masa aje muka kau kena penumbuk tau.

" Jom kita pergi. " Tanpa menunggu sebarang balasan, Elhan menolak troli bagasi milik Hayyani menuju ke kawasan parkir kereta.

Demi menyaingi langkah besar lelaki itu Hayyani berlari anak. Langkah dahlah besar macam hantu galah.

" Sejak bila kita bertunang?" Soalnya masih tak berpuas hati.

" 3 bulan lepas, " jawab Elhan spontan.

" Tapi saya belum bagi kata putus lagi. " Orang tuanya sendiri yang membenarkan dia ke Istanbul untuk mengambil masa berfikir sebelum menerima pinangan Elhan.

" Tak payah jual mahal sangatlah cik kak. Orang nak dekat awak tu sepatutnya awak bersyukur. " Bonet Mercedes Benz miliknya dibuka dan kesemua bagasi Hayyani dimasukkan ke dalam.

" Kenapa cara awak cakap tu bunyinya macam saya ni perempuan ketandusan yang tak laku-laku ek? Kalau awak fikir saya ni terhegeh-hegeh sangat nak dekat awak, mintak maaf banyak-banyak awak dah silap," bidas Hayyani tak mahu mengalah.

Elhan merenung kembali sepasang mata hitam gadis itu dengan berani. Dia perasan Hayyani mula menggerakkan bebola mata ke arah lain. Beberapa saat berdiam dia mula tersenyum lebar.

" Habistu awak ingat saya saja-saja masuk meminang awak? Saya buat semua ni sebab saya yang terhegeh-hegeh nak dekat awak. You already got a master in engineering but still amateur in love. Ingatkan orang pandai belajar macam awak ni cepat tangkap semua benda tapi tak sangka loading pulak nak faham tang cintan-cintun kan, " perli Elhan seraya tergelak.

Hati Hayyani makin membara. Sinis kata-kata sindiran itu memang tepat mengenai batang hidungnya. Ditenung kembali wajah lelaki yang masih kelihatan tenang dan bersahaja itu.

" Look, selama family kita kenal, tak pernah sekalipun awak sibuk nak tegur atau kenal saya. Pandang saya sebelah mata pun tak pernah. Kecualilah... kecuali masa awak fitnah saya dulu. Why out of the sudden awak boleh tunjukkan minat pada saya and why out of 7 billion human in the world, why me? "

Apa stok perempuan dekat dalam dunia ni dah habis ke sampai aku yang dipilihnya. Pergilah mengurat ratu cantik dunia ke, ratu cantik Malaysia ke tak pun pikat balik bekas-bekas kekasih dia yang ada dalam seratus orang tu.

Elhan tersenyum senget menampakkan lekuk pada pipinya. " Dah kalau dalam 7 billion tu awak sorang aje yang serasi dengan saya nak buat macam mana. "

Lidah Hayyani mengeras. Apa yang terjadi? Kenapa jantung aku berdebar bila dia cakap begitu?

" Sejak awak pinang saya, awak dah rampas ketenangan saya sampai saya tak lena tidur dalam 3 bulan ni. Now answer me, kenapa dalam ramai-ramai perempuan awak berkeras nak dekat saya jugak?! " Hayyani merenung tajam anak mata Elhan menuntut sebuah penjelasan. Ada yang balik ke rumah jadi dua keping karang!

" Saya pun tak faham kenapa dalam banyak-banyak perempuan saya boleh tersuka dekat perempuan macam awak. "

Hayyani terkesima. Apa? Mamat hati batu ni suka dekat aku? Dulu ketika mereka belajar di universiti yang sama bukan main nak cari awek yang seksi, cun melecun dan yang penting bukan peminat Naelofar hijab macam aku.

" Puas hati? Masuk kereta. Saya nak bawa awak pergi satu tempat."

Elhan menutup bonet kereta. Kemudian, dia membuka pintu kereta sebelah penumpang. Hayyani tetap mengekorinya.

" Awak ingat dengan perasaan suka aje manusia boleh berkahwin? Mungkin awak suka dekat saya tapi saya belum tentu suka dekat awak, " bangkit Hayyani lagi.

" Suka aje tak cukup untuk hidup dengan pasangan sampai seribu tahun pun. Yang penting ikhlas. "

Hayyani ketap bibir bawah. Mengapa lelaki itu begitu mudah menjawab seolah perkahwinan adalah perkara yang mudah. Kepala aku bagai nak pecah fikir pasal ni dia boleh ambil mudah aje.

" So awak nak cakap awak ikhlas kahwin dengan saya? " Hayyani cuba memutar belit kenyataan. Dia tidak percayakan Elhan yang dahulunya selalu mempermainkan hati wanita.

" Jadi awak nak cakap yang saya tak ikhlas kahwin dengan awak? Awak tahu ke hati saya? Awak siapa? Nujum Pak Blalang? " Elhan tersenyum seolah puas hati dapat mengunci mulut gadis itu.

Hayyani tak dapat menahan rasa sakit hati lalu dia memboloskan juga dirinya dalam perut kereta dengan wajah yang mencuka.

Di manakah Elhan yang dulu? Elhan yang sombong dan berhidung tinggi. Elhan yang mahal dengan senyuman. Elhan yang cerewet dan ego. Sungguh, dia tak dapat menerima lakonan yang dipentaskan Elhan.

****

Sesekali Elhan mengerling Hayyani yang sedang tenggelam melayan perasaan di sebelah. Sejak mereka memulakan perjalanan pulang tadi, gadis itu hanya sunyi tanpa suara. Yang kedengaran cuma celoteh dj yang sayup-sayup berkumandang dari corong radio.

" So macam mana, best tak Istanbul?" Elhan sengaja berbasa basi. Senyap. Marah sangat agaknya.

Hayyani memalingkan tubuhnya menghadap bingkai tingkap. Tak berminat nak menjawab. Sungguh hatinya masih bengkak dengan sikap tak cakna Elhan.

" Awak lapar tak? Kalau lapar saya ingatkan nak bawak awak makan... "

Elhan masih mencuba nasib. Sedikit sebanyak timbul rasa bersalah melihat wajah yang sedang bermuram durja itu. Barangkali gadis itu menuntut penjelasan namun dia masih belum jumpa cara dan masa yang sesuai untuk menjelaskan tujuannya meminang Hayyani.

" Ke awak nak makan dekat tempat lain?" Soal Elhan lagi apabila Hayyani kekal membisu.

Hayyani mendengus. " Can we just go back?" Dengan fikiran yang bercelaru dia yakin takkan boleh menelan walau sebiji nasi pun. Seleranya sudah mati kerana lelaki itu.

" Kita makan dululah baru saya hantar balik. "

" Muka saya ni nampak macam muka pelahap ke? Saya nak balik, " tegas Hayyani.

Sedikit sebanyak kata-kata itu menerjah dalam telinga Elhan. Namun dia cuba untuk tidak melatah.

" Kalau awak terasa pasal tadi saya mintak maaf. Saya tak sukalah nak panjang-panjangkan hal-hal macam ni. "

" Awak ingat saya suka-suka tanya awak pasal tadi? Saya pun tak suka nak cipta konflik panjang berjela. "

Elhan memandang Hayyani dengan kening yang bertaut. " Maksud awak pasal sebab saya pilih awak?"

Hayyani sekadar mengangguk. Dia sudah tiada hati nak bercakap dengan Elhan. Kalau boleh sekarang juga dia mahu melarikan diri daripada berdua-duaan dengan lelaki itu dalam kereta.

" Daneen, tak cukup ke kalau perasaan suka saya pada awak jadi jawapan? "

Hayyani memejamkan mata buat seketika. Sesaknya dada. Kenapa dia rasa seperti lelaki itu sedang berdusta saat mengucapkan kata-kata cinta itu?

" Saya masih tak percayakan awak. Awak tiba-tiba datang dalam hidup saya lepas menghilang sekian lama lepastu senang-senang cakap awak ada perasaan pada saya. Dalam bayangan saya, awak masih Elhan yang sama. Yang suka berfoya-foya dan suka mainkan perempuan. Saya takut saya akan jadi victim list awak. "

Elhan tersentak dengan kenyataan Hayyani. Kisah silamnya yang penuh dengan coretan dosa kini diungkit kembali. Kata-kata itu ibarat ribuan duri yang menujah-nujah dada menghiris pedih perasaannya.

" Kalau saya nak berfoya-foya lagi saya takkan ajak awak kahwin Daneen. Itu semua kisah dalam buku lama. Buat apa nak ungkit-ungkit balik, " tutur Elhan berbunyi pasrah. Beginikah rasa sakitnya apabila tidak dipercayai saat dirinya sendiri sudah menjurus untuk berubah.

Hayyani bersilang tangan sambil memandang Elhan. Dia menggeleng.

" Saya tak bersedia Elhan. Honestly, saya memang tak pandai bercinta. Kalau pernah pun zaman cinta monyet yang tak boleh dibawa ke mana tu. Call me kolot or so whatever tapi saya tak yakin boleh jadi isteri yang baik untuk awak. Saya tak nak disebabkan sikap sambalewa saya sebagai isteri, awak sebagai suami akan terasa. Penyudahnya, saya yang berdosa, " luah Hayyani lirih mengharapkan Elhan memahami. Pandangannya ditunak kembali ke luar. Banyak sungguh kemelut yang bersarang di jiwanya tatkala ini.

" Daneen, saya tak desak awak terus kahwin dengan saya. Kita boleh bertunang dulu ambil masa untuk kenal hati budi masing-masing. Apa yang saya nak, awak bagi kepercayaan pada saya. Saya yakin ada hikmah kenapa Allah tunjukkan awak sebagai jodoh saya jadi saya tetap akan tunggu awak walaupun mungkin saya bukan lelaki pertama yang dapat hati awak. "

Hayyani terpanar demi mendengar luahan itu. Bicara itu kedengaran tulus dan perlahan-lahan menyusup hatinya dengan satu perasaan yang halus. Namun jauh di sudut hati, dia masih meragui lelaki itu.

" Kalau saya tak nak terima pinangan awak macam mana? "

" Saya serahkan keputusan tu dekat tangan awak. Saya bukan jenis memaksa orang pasal hati dan perasaan ni." Entah kenapa hati Elhan jadi terusik sendiri saat menuturkan kata-kata itu. Namun dia terus cuba meminimumkan rasa yang merusuh. Hayyani tidak perlu tahu apa yang bermain dalam hatinya.

" Saya harap awak boleh terima hakikat kalau antara kita tak ada jodoh nanti. " Eh, kenapa dengan kau ni Daneen? Bukan kau dah janji dengan Malik nak terima Elhan ke? Ah sudahlah, Malik pun sama saja.

Elhan terus memusatkan fokusnya pada pemanduan tanpa berkata lagi. Sekali lagi bicara Hayyani membuatnya terasa seolah tidak berpeluang langsung untuk memiliki gadis itu. Inikah yang orang gambarkan umpama menagih pada yang tak sudi?

Beberapa minit berdiam, Hayyani mengerling Elhan. Dia lihat wajah itu masih tenang namun tidak lagi bersuara. Dia ni macam takde perasaan aje.

Telefon bimbit yang nyaring berdering mencuri lamunan Elhan yang sedang fokus memandu. Lekas Samsung bluetooth miliknya dipasang dan panggilan disambut.

" Okay, will be right there ASAP. Call doktor Arif to posses. "

Entah apalah yang dibualkan oleh Elhan di corong telefon dia sendiri tak pasti. Perbualan antara orang bijak pandai dalam perubatan di sana. Dia tak berminat nak ambil tahu.

" Saya hantar awak balik. Saya ada emergency operation. "

Hayyani tersenyum sinis. Bagus. Dia memang tak ingin menghadap muka Elhan lama-lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience