episode 5

Romance Completed 16339

Leyla memandang pakcik nya dan tertawa sambil menutup mulut nya.

"Bukan-bukan!! Maksud saya! Terima kasih kerana awak sudi menjaga anak saudara saya ini dengan sangat baik." Burak tersasul semasa berkata kerana dia sedang berdebar-debar. "Maaf."

Leyla tertawa lagi dan bersuara. "Kami? Bila masa makcik Aina berkawan dengan pakcik Burak?"

Leyla sengaja bercakap kuat, kerana ingin memalukan pakcik nya itu, dia ketawa pelahan sambil menutup mulut nya.

Burak tersenyum malu, dia menepuk tangan Leyla sambil melihat Aina dari cermin depan.

Aina juga tersenyum kerana melihat keletah Leyla pada Pakcik nya itu membuatkan Aina tersenyum sambil menunduk kan wajah nya.

Sampai di kedai roti..

Aina dengan anak-anaknya sudah turun dari kereta. Lalu Burak dan Leyla juga turut mengikuti Aina masuk ke dalam kedai roti.

Kemudian..

Semasa Aina ingin membayar roti, Burak telah sampai di kaunter juga. Mereka berdua berdiri bersebelahan, kemudian Burak juga telah membayarkan untuk Aina sekali dengan roti nya.

Aina menjadi sangat malu dan merasa kurang selesa dengan kelakuan Burak yang berterusan seperti itu.

Lalu Aina berjalan keluar dari kedai tanpa menoleh belakang. Aina ingin jalan kaki pulang ke apartment nya.

Burak dan Leyla terdiam seketika sambil melihat Aina bawa anaknya keluar dari kedai tanpa melihat mereka.

Kemudian..

Burak berjalan laju dan berdiri di hadapan Aina. "Aina! Kejap. Saya akan hantarkan awak pulang. Kesian dekat anak-anak, kalau nak jalan kaki itu jauh." Burak beranikan diri nya untuk bercakap.

Kemudian Aina mengangguk sambil melihat bawah. Lalu Anas dan Leyla berlari terus masuk ke dalam kereta.

Burak berjalan laju sampai dekat kereta lalu dia membuka kan pintu belakang untuk Aina dan Umar yang masih belum masuk ke dalam kereta.

Sampai di depan apartment. Setelah Aina dengan anak-anaknya sudah turun dari kereta. Aina melihat Leyla yang duduk di kerusi depan.

Lalu Aina berkata. "Terima kasih kerana sudah tolong bayarkan roti ini, dan terima kasih kerana sudah hantarkan kami pulang."

"Ya sama-sama." Burak menjawab dengan cepat sambil melihat ke arah Aina dengan senyuman manis nya.

Leyla terdiam kerana melihat perangai pakcik nya itu sedikit pelik.

Sepanjang perjalanan ke sekolah. Burak terus tersenyum kerana memikirkan kejadian tadi.

Leyla melihat pakcik nya itu tersenyum sendirian. Leyla sangat yakin yang pakcik nya itu sudah jatuh cinta pada makcik Aina. Leyla juga turut tersenyum suka.

Semasa Abi dengan Umi duduk di meja makan, menunggu sarapan pagi yang Aira masak.

Aina menghidangkan makanan.

isteri Amin masih lagi di bilik dengan anaknya kedua nya Khalid.

Aliya sedang bermain dengan Umar, Anas, dan Ahmad di ruang tamu.

Abi bertanya pada Aina. "Tadi siapa yang hantarkan kau balik?"

"Leyla dengan pakcik dia Abi, Katanya nak pergi beli roti juga. Jadi dia tumpang kan akak sekali."

Abi mengangguk dan bertanya lagi. "Siapa nama pakcik Leyla tu?"

"Burak ozcivit." Jawab Aina sambil letak kan air minuman dan melihat Abi.

Abi berkata di dalam hati nya. "Betul lah, dia adalah orang yang sama?"

"Kenapa Abi?" Tanya Umi.

"Tak ada apa-apa." Jawab Abi dengan senyuman nya sambil meminum air.

Amin dengan Muaz tiada di rumah kerana mereka solah subuh berjemaah di masjid, hari ini mereka sarapan pagi bersama jemaah tabligh yang ada di masjid aya sophia.

Abi, Amin, dan Muaz telah ke pergi ke masjid aya sophia sebelum azan asar. Mereka solah berjemaah di masjid dan akan berada di sana sehinggalah malam.

----------------

PETANG. Jam 6:00pm.

Umi, Suha, Ahmad, Aira, Aliya, Anas, Umar, dan Leyla, duduk di beranda rumah. Mereka sedang menunggu Aina hidangkan kuih muih yang Aina telah buatkan tadi serta roti yang di beli tadi pagi, untuk minum petang.

"Umi nak kuih yang mana mi." Tanya Aina kepada Umi.

"Umi nak karipap yang itu."

Kemudian..

Aliya mengambil roti yang berinti strawberry. Lalu Anas bersuara kuat. "Acik Aliya! Itu roti Anas yang pilih tadi!" Anas meminta roti nya.

"Tak, acik Aliya yang ambil dulu roti ni." Kata Aliya sambil menjeling Anas.

"Aliya, bagi je lah roti tu dekat Anas. Kau tu dah umur dua puluh dua tahun, dengan budak-budak pun nak berebut." Kata Aira.

"Apa pula! Anas yang lambat ambil roti ni." Kata Aliya yang ingin menyakat anak saudara nya itu.

"Ahhhhh! Ummi Anas nak roti tu! Ummi tengok acik Aliya ni, ummi!" Anas merengek.

"Okay-okay, nah ambil roti ni." Kata Aliya sambil tertawa.

Umi, Suha, Aira, Aina, dan Leyla. Mereka tertawa melihat perangai Anas dengan Aliya.

"Leyla nak kuih atau roti, nak yang mana?" Aina berkata sambil melihat Leyla dengan senyuman nya.

Leyla berkata dengan suara yang sangat ceria. "Leyla nak yang itu ummi!!" Leyla terhenti seketika.

Semua melihat Leyla dengan perasaan sedih dan kesihan.

Lalu Leyla bercakap lagi. "Maaf makcik Aina, Leyla tersasul." Leyla melihat ke bawah dengan perasaan yang sangat sedih.

Lalu Aina memegang pipi Leyla dan mengangkat wajah Leyla, lalu berkata. "Leyla lihat sini." Aina menyuruh Leyla memandang nya.

"Kalau Leyla panggil makcik dengan sebutan ummi. Makcik Aina sangat-sangat gembira dengan panggilan itu. Kerana Leyla sudah menganggap makcik seperti ibu Leyla."

Aina memegang bahu Leyla dan melihat nya dengan senyuman yang ayu. "Leyla, ummi Aina juga sudah menganggap Leyla macam anak ummi."

Leyla sangat terharu, lalu dia terus memeluk Aina dengan sangat erat. "Terima kasih ummi Aina. Terima kasih." Leyla menangis sambil memeluk Aina.

Kemudian. Umar juga turut memeluk Ummi nya.

"Anas pun nak peluk juga." Kata Anas yang sedang berdiri di belakang Umar.

Semua nya tersenyum melihat Aina dengan anak-anaknya.

----------------

MALAM. Jam 9:00pm.

Selama empat hari ini Burak banyak bertanya kepada Abi tentang Islam, jadi malam ini Burak hanya ingin tahu tentang hijab, jilbab dan niqab.

Burak sudah menunggu Abi di laman masjid aya sophia seperti yang di janji kan.

Abi keluar dari masjid dan berjalan ke arah Burak, Abi baru selesai dari solah isyak berjemaah.

Tiba-tiba Burak bersuara. "Ustaz, mulai dari hari ini saya akan panggil pakcik ustaz, kerana ustaz yang akan mengajar saya tentang islam."

Abi terkejut sambil tersenyum. "Baiklah, ikut suka kamu lah. Hari ini kamu nak tahu soal apa?" Abi bertanya sambil melihat Burak tersenyum ceria.

"Saya ingin tahu apa itu Jilbab, Niqab, Hijab, dan kenapa wanita islam berpakaian seperti itu?"

Abi tahu yang soalan itu ada kaitan dengan Aina dan Abi sangat yakin yang Burak telah menyukai anaknya. Lalu Abi bertanya. "Kenapa kamu nak tahu tentang itu?"

Burak tersenyum bahagia sambil memandang Abi dan berkata. "Saya ada kenal seorang wanita Muslims yang berpakaian macam tu, dan selepas saya tengok sikap dia, sifat dia, tikah laku dia, saya tak boleh tidur ustaz." Burak mengengam kedua-dua tangan nya.

"Selama ini saya tak pernah pedulikan soal agama mana pun. Tetapi di sebabkan dia, saya jadi ingin tahu apa itu islam."

Terlihat jelas di wajah Burak, perasaan orang yang sedang jatuh cinta.

Abi bersikap seperti tidak mengenali wanita yang Burak maksudkan itu.

"Betul lah apa yang aku sangka kan selama ini, Burak memang dah jatuh cinta pada Aina." Abi berkata di dalam hati sambil mengangguk melihat Burak dengan senyuman nya.

"Sejak bila kamu kenal dengan wanita itu?" Abi bertanya lagi.

"Masa tu dia sedang duduk di taman bersama anak saudara saya Leyla. Saya hanya melihat dia dari jauh ustaz. Tapi sejak dari hari itu, setiap saat saya memikirkan dia. Saya tak boleh tenang, saya tak boleh nak tidur. Saya jadi nak tahu soal islam, susah untuk saya jelaskan macam mana perasaan saya masa tu ustaz." Burak memandang Abi dengan senyuman manis nya.

"Kamu dah berjumpa dengan wanita itu?" Tanya Abi lagi.

"Sudah dua kali saya jumpa dia bersama anak saudara saya. Bila saya dah jumpa dia depan-depan, saya dapat rasa kan yang saya macam hidup semula." Burak mengusap wajah nya kasar.

Burak tersenyum sambil melihat Abi dan bercakap lagi. "Saya rasa sangat tenang ustaz, mungkin kerana dia seorang wanita Muslimah! Setelah saya tahu apa itu islam! Jiwa saya rasa penuh." Jawab Burak dengan senyuman bahagia di wajah nya.

"Saya benar-benar gembira dapat mengenali ustaz dengan Aina." Burak berkata dengan perasaan yang sangat-sangat bersyukur.

"Nama wanita itu Aina?" Tanya Abi dengan senyuman nya yang sedang terharu.

"Ya ustaz, nama dia Aina sukainah." Jawab Burak sambil berfikir.

Lalu Burak bertanya. "Ustaz! Adakah saya ini orang yang berdosa, sebab saya baru nak tahu islam?" Burak bercakap sambil melihat Abi dengan wajah nya yang tidak tahu apa-apa.

Abi tertawa sedikit kerana mendengar pertanyaan itu. Lalu Abi berkata. "Tidak, sebab kamu masih belajar, jadi tak ada dosa." Jawab Abi sambil menepuk lengan Burak.

"Bagus lah kalau macam tu ustaz." Burak juga tertawa sambil mengaru kepala nya.

Kemudian..

Abi menjelaskan pertanyaan Burak yang pertama tadi.

Setelah dua jam kemudian. Burak ingin menghantar ustaz nya pulang. Jadi Abi ikutkan saja apa yang Burak inginkan.

Semasa mereka dalam perjalanan. Abi bertanya. "Burak, betul ke? kamu suka pada Aina?"

Burak terlihat sangat bahagia dan malu-malu. Lalu Burak berkata sambil mengangguk dengan senyuman nya. "Ya ustaz, betul."

Kini sudah jelas bagi Abi, tentang perasaan Burak yang sebenar nya terhadap anaknya Aina.

Abi mengusap lengan Burak sambil tersenyum.

Sampai saja di depan apartment. Abi telah turun dari kereta. Burak juga turun dari kereta dan pergi dekat Abi, lalu dia bertanya. "Ustaz tinggal dekat apartment ni?"

"Ya, di sini." Abi mengangguk.

Burak bertanya lagi. "Ustaz kenal dengan keluarga yang baru pindah itu?" Perasaan Burak sangat teruja.

"Ya, kenapa kamu tanya?"

"Keluarga yang baru pindah itu, adalah keluarga Aina ustaz! Wanita muslimah yang saya cerita kan tadi pada ustaz!" Burak terlihat sangat bahagia.

"Ohh ya." Abi mengangguk dengan senyuman nya.

Abi mendiam kan diri kerana ingin melihat sifat Burak.

"Ustaz kenal dengan ayah Aina?" Tanya Burak lagi.

"Ya kenapa? kamu nak jumpa dengan ayah dia ke?" Tanya Abi balik pada nya.

"Tak! tidak ustaz. Saya masih perlu banyak belajar lagi tentang islam. Jadi belum masa nya lagi saya jumpa keluarga dia." Jawab Burak dengan senyuman nya.

"Ya betul. Belum masa nya lagi." Abi mengangguk dan tersenyum sambil menepuk lengan Burak.

Abi sangat berharap kalau Burak ozcivit benar-benar ingin belajar tentang islam itu ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

****************

Keesokan harinya.

Setelah pulang dari sekolah. Leyla bawa adik nya Ryan bermain di rumah Aina seperti biasa, sehingga senja, Aina dan anak-anaknya akan menghantar Leyla dengan Ryan pulang sampai di depan rumah mereka.

PETANG. Jam 6:50pm.

Aina dengan anak-anaknya sudah sampai di depan rumah Burak.

makcik Jamilya sudah menunggu di laman rumah.

Nenek Jamilya telah menyuruh Leyla masuk ke rumah dan terus pergi mandi.

Kemudian Jamilya menegur Aina dengan suara yang kuat. Why do you like Ryan and Leyla so much? What do you want from Leyla and Burak!"

Bila Aina dengar makcik Jamilya bersuara kuat. Lalu Aina telah menyuruh anak-anaknya berdiri jauh dari perbualan mereka, kerana Aina tidak mahu anaknya Umar dan Anas mendengar apa yang akan diperkatakan.

"Why do you say that, and what do you mean, I do not understand?" Aina menjawab dengan suara yang tegas.

"You've been widowed for a long time, right, and you don't have a husband until today. Could it be that you're a Le..b..n!!" Jamilya bercakap sambil menunjuk jari nya ke arah Aina dengan suara nya yang kuat.

Aina sangat-sangat terkejut dengan tuduhan yang makcik Jamilya katakan kepada nya. Sehingga Aina rasa pening dan terasa kepala nya berat.

"I'm sorry, if I did something wrong and made a mistake. But aunt, I'm not the kind of person like that, i'm not someone like you said." Aina berkata dengan suara nya yang termengah-mengah, dan sebelah tangan memegang kepala dia yang sedang pitam.

Setelah sepuluh saat kemudian Aina telah jatuh pengsan..

Jamilya terkejut melihat Aina tiba-tiba jatuh pengsan. Kemudian dia memanggil Leyla yang masih berada di dalam bilik air. "Leyla! Leyla!."

Anas dan Umar mendengar suara nenek itu menjerit. Lalu Anas menarik Umar belari ke arah ummi nya..

"Ummi! ummi! Bangun ummi." Anas menangis sambil memegang kepala ummi nya.

Umar masih berdiri sambil mengigit ibu jari nya, dia melihat Anas sedang duduk menangis.

Umar akan mengigit ibu jarinya jika dia dalam keadaan sedih, risau, takut dan cemas.

----------------

Hari ini Burak balik kerja awal, kerana ingin melihat Aina di taman, tetapi tiada seorang pun di sana. Kemudian Burak terus pulang ke rumah.

Burak menghentikan kereta nya dari jauh, kerana melihat makcik Jamilya sedang bercakap dengan Aina dan Jamilya tengah menudingkan jari nya ke arah Aina.

Burak merasakan ada sesuatu yang telah terjadi, dan di masa itulah Aina jatuh pengsan di laman rumah nya secara tiba-tiba.

Burak turun dari kereta dengan sangat cepat dan berlari ke arah Aina.

ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience