KETIKA Tengku Elhan masih berdegil mahu nombor telefonnya, Camellia memanggil Tengku Elena yang melihat situasi itu.
"Tolong tarik abang adik ni. Akak nak balik ni." Pinta Camellia. Kalau Carl ada masa ni, jangan harap Tengku Elhan berani buat macam ni.
Tengku Elena sudah serba salah. Sudahlah abangnya itu garang, tapi sekarang dah lewat sangat. Lagipun ini semua salahnya. Setelah berfikir sejenak Tengku Elena menarik lengan abangnya menjauhi kereta Camellia.
Walaupun pada mulanya Tengku Elhan mengeraskan diri, akhirnya lelaki itu mengalah. Tengku Elhan cuba bersabar. Dia cuma melihat kereta Camellia meluncur pergi.
"A-abang Han.." Tengku Elena menunduk. Dia takut. Walaupun Tengku Elhan cakap kereta itu sudah jadi miliknya namun dia cuai.
Tengku Elhan mengeluh. Dia kembali memandang wajah Tengku Elena.
"Ada luka?"
Tengku Elena menggelengkan kepalanya seraya mencebik bibir. Dia rasa mahu menangis. Terus dia memeluk tubuh abangnya.
Tengku Elhan menggosok belakang kepala Tengku Elena. Cengeng. Dari jauh dia nampak Emir tiba bersama Zain.
Dia arahkan pembantunya itu membawa balik motor lalu dia membawa adiknya pulang.
???
"MEL.. kenapa lewat sangat sampai rumah? Mel singgah mana-mana ke?" Soal Puan Sri Huda dengan wajah yang risau. Hampir sahaja dia menyuruh Carl mencari Camellia tadi.
"Ada hal sikit tadi umi.. umi jangan risau ya. Mel tak perasan call umi tadi." Sampai di rumah baru Camellia perasan missed call dari Puan Sri Huda dan Carl.
"Along mana umi?"
"Along dah naik. Kalau setengah jam Mel tak balik lagi, memang umi suruh along cari Mel.."
Camellia memeluk erat tubuh Puan Sri Huda. Rasa bersalah kerana biarkan wanita ini risaukannya.
"Sorry umi. Mel tak buat lagi.." bisik Camellia.
"Okaylah. Mel naik dulu. Mandi solat. Nanti turun dinner ya." Puan Sri Huda mengusap wajah cengkung Camellia.
"Baik umi.."
???
"KENAPA kereta Mel?" Soal Carl ketika lelaki itu masuk ke pejabat Camellia. Dia perasan belakang kereta Camellia sedikit kemek apabila dia parking sebelah Camellia tadi. Terus dia mencari adiknya.
"Err.. ada orang langgar. Tapi tak teruk pun. Sikit je tu.."
"What? Bila? Kenapa tak bagitahu along? Mel okay ke?" Terus Carl mendekati Camellia. Dibelek tubuh adiknya itu.
"Along ni.. Mel okay lah. Takde pape.. sikit je tu." Camellia ketawa kecil.
"Along serius ni boleh Mel ketawa? Sekarang cerita dekat along.. siapa langgar Mel? Ambik nombor orang tu tak?"
Camellia menggeleng kepalanya. Dia cuma sengih dihadapan Carl. Dia malas besarkan isu ini lagi. Tambah-tambah bila melibatkan Tengku Elhan.
"Mel tahu kan baba suruh along jaga Mel.. jaga Lily.. along tak suka benda besar macam ni Mel diamkan."
"Mel tahu.. tapi benda ni berlaku semalam. Dah dekat Maghrib. Mel pun tak ada apa-apa kecuali kereta tu calar sikit. Yang langgar Mel tu pun okay takde cedera. So kira settle jelah.."
"Mana boleh macam tu Mel.. senang-senang langgar orang." Carl pamerkan wajah tidak puas hati. Kalau dia dapat orang tu, tahulah nasib dia.
"Along.. Mel tahu along risau. Tapi selagi Mel boleh handle, Mel handle sendiri. Mel tak nak susahkan along.. kalau Mel tak mampu, Mel akan bagitahu along.."
"Degil." Terus Carl keluar dari bilik Camellia.
Camellia mengetap bibir. Dia terus menghempaskan diri ke atas kerusi. Dia tahu Carl marahkannya.
Tiba-tiba dia teringat kembali kejadian semalam. Macam mana dia mahu larikan diri daripada Tengku Elhan? Cukuplah sekali.
???
"KAK Mel.. tolong Lily.." Suara Lily di hujung telefon kedengaran meminta tolong.
"Apa dia Lily?" Soal Camellia. Jarang Lily menelefon dia kecuali ada urusan penting.
"Ada orang order cookies Kak Mel.. dia cakap ada yang mengidam. Menangis-nangis nak cookies Kak Mel."
Camellia mengerutkan dahi. Mengidam? Tapi sekarang dia agak sibuk dan tak sempat ke cafe.
"Lily guna je resepi Kak Mel. Suruh Fikri, dia tahu resepi dan cara-caranya."
"Tapi orang tu harap sangat air tangan tuan yang buat sebelum ni. Kesian dia Kak Mel.."
Camellia mengetap bibir. Dia melihat jam di tangan, sekarang pukul empat petang dan kerjanya masih banyak.
"Kak Mel cuba." Akhirnya Camellia mengalah. Dia tak sanggup nak hampakan permintaan Lily.
"Thank you Kak Mel.. nanti datang je cafe ya."
Camellia cuba menyiapkan kerjanya sepantas mungkin. Kalau dia pulang lewat malam ni, mesti umi dan babanya bising.
???
"TAKPE along balik dulu.. tak payah tunggu Mel.." Camellia memandang Carl yang tercegat di hadapannya. Sekarang pukul 9 malam dan dia masih mahu siapkan batch terakhir biskutnya.
"No along tunggu Mel." Tegas Carl. Dia tak mahu kejadian semalam berlaku kembali. Dia sudah tahu siapa yang melanggar kereta Camellia semalam.
"Lily ada along. Along jangan risau eh. Lepas siap Mel terus balik."
Carl berfikir sejenak. Sebenarnya dia juga ada urusan tapi demi adik dia, dia rela tangguhkan dahulu.
"Aah along. Lily ada. Jangan risaulah." Ujar Lily yang juga berada di situ. Dia turut terkejut mendengar kereta Camellia dilanggar. Kalau baba tahu ni habislah.
"Okaylah kalau macam tu.. Take care both of you." Akhirnya Carl Harraz mengalah. Dia tinggalkan Camellia dengan Lily.
"Risau sangatlah along tu. Kak Mel tak rimas ke?" Soal Lily pada Camellia.
"Dia buat macam tu sebab dia bimbang.."
Lily cuma mengangkat bahu. Entahlah. Dah memang Carl jenis macam tu. Terlalu melindungi adik-adiknya.
"Kak Mel.. lambat lagi ke?" Soal Lily yang baru sudah bercakap telefon tadi.
"Sikit lagi. Kenapa?"
"Ni kawan Lily call, dia mintak tolong. Kereta dia rosak tengah jalan." Bagitahu Lily.
"Takpelah. Lily pergilah dulu."
"Tapi Kak Mel okay ke sorang-sorang?" Lily bimbang nanti dia pula dimarahi Carl kerana membiarkan Camellia sendiri.
"Jangan risaulah.. setengah jam lagi siap. Lagipun tu Fikri dengan Aina ada." Camellia menunjuk ke arah pekerja cafe itu.
"Okay.. nanti Kak Mel suruh je Fikri kunci cafe ya." Pesan Lily sebelum dia pergi.
Camellia cuma mengangguk. Melihat Lily sudah pergi, Camellia meregangkan ototnya. Penat juga dia dari tadi buat benda ni. Bukan sikit yang Lily suruh buatkan.
???
"DHEA.."
Gadis itu berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Dia menelan air liur. Zahra.
Dhea cepat-cepat meninggalkan barang yang dipegangnya lalu keluar dari kedai serbaneka itu.
"Dhea! Dhea tunggu aku Dhea!" Jerit Zahra. Kakinya dengan pantas berlari mengejar langkah Dhea. Kawan yang dicari setelah sekian lama.
Dhea mengeluarkan kunci kereta dari beg tangannya. Tiba-tiba kunci itu terjatuh dan Zahra sempat mengambil kunci kereta itu lalu disorok kebelakangnya.
"Bagi aku." Dhea menadah tangannya.
"Dhea.."
"Bagi aku kunci tu." Ulang Dhea sekali lagi sedikit keras. Wajahnya juga turut berubah tegang.
"Dhea.. kita borak sekejap boleh?"
"No. Takde apa-apa yang perlu kita borakkan." Dhea mengalih pandangannya ke arah lain. Dia malas melihat mata Zahra yang sudah berkaca itu.
"Aku rindu kau Dhea.. kau tak rindu aku ke?" Zahra terus memeluk tubuh kurus milik Dhea itu. Air mata terus mengalir membasahi pipi. Dia mengeratkan pelukannya apabila Dhea tidak membalas. Dia tak kisah. Dia cukup bersyukur bila boleh terjumpa Dhea.
Nasib baiklah dia rasa mahu berhenti ke kedai serbaneka waktu ini walaupun kawasan ini bukan kawasan perumahannya.
"Lepas Zahra. Aku nak balik." Dhea bernada tegas sambil cuba menolak tubuh Zahra.
"Aku mintak maaf. Aku mintak maaf Dhea. Semua salah aku..aku tak patut-"
"Stop Zahra. Sudahlah. Aku tak nak ingat kisah lalu. Aku nak balik." Dengan sekuat hati Dhea menolak tubuh Zahra. Diambil kunci keretanya dari tangan Zahra lalu dia masuk ke dalam kereta.
"Dhea!" Jerit Zahra lagi. Bila melihat kereta Dhea sudah mula bergerak, Zahra jatuh terduduk.
"Dhea... aku mintak maaf.. aku mintak maaf Dhea.."tangis Zahra. Ya Allah. Aku betul-betul rindukan kau Dhea.
???
DHEA HANEESA mengetuk stereng kereta miliknya. Tak sangka dia akan bertemu dengan Zahra pada hari ini.
Setelah beberapa tahun dia tidak berjumpa gadis itu. Tapi siapalah dia untuk menidakkan kebesaran Yang Maha Kuasa.
"Kenapa mesti hari ini?" Gumam Dhea. Dia melihat wajahnya ke dalam cermin. Sepatutnya dia memakai topi tadi namun dia langsung tidak menyangka akan bertemu Zahra.
???
"MEL.. mana Lily?" Soal Puan Sri Huda apabila anak perempuannya masuk ke dalam rumah.
"Lily keluar.. kawan dia mintak tolong dia tadi.. kenapa umi?"
"Takdelah. Tadi along cakap Mel balik dengan Lily.."Sekarang anak-anaknya selalu pulang lewat sehingga dia bosan tiada teman berbicara. Suaminya? Tan Sri Edric bukan jenis banyak bercakap. Bercakap bila perlu sahaja.
"Oo dekat cafe tadi je. Mel yang suruh dia pergi dekat kawan dia.." Camellia senyum melihat wajah keibuan uminya. Lembut sangat wajah itu.
"Mel.. umi nak cakap sikit sayang.." Puan Sri Huda mengusap lengan Camellia.
"Apa dia umi?"
"Mel ingat tak kawan umi hari tu? Tengku Aishah tu?"
"Ingat.. kenapa umi?" Camellia menjungkit kening.
"Hmm.. dia ada bertanya pasal Mel.. dia macam berminat nak kenalkan anak dia dengan Mel.."
Camellia mengerutkan dahi. Anak dia? Takkan Tengku Elhan kot?
"Mel tak berminat umi. Umi tahukan.. Mel busy. Mana sempat nak kenal-kenal orang ni.." pantas Camellia menolak. Dengan orang kain pun dia tak berminat apatah lagi Tengku Elhan.
"Takpelah Mel. Sambil-sambil kerja, sambil berkenalan. Bukan umi suruh Mel dating hari-hari pun." Pujuk Puan Sri Huda lagi. Dia ada melihat gambar anak lelaki Tengku Aishah. Kacak betul orangnya.
"Umi.. Mel-"
"Kalau Mel tak nak. Umi tak paksa." Puan Sri Huda senyum pada Camellia.
Camellia pula rasa serba salah melihat senyuman kelat uminya. Dia mengetap bibir.
"Mel fikir dulu boleh umi?"
"Betul Mel nak fikir dulu?" Wajah Puan Sri Huda kembali ceria. Semoga ada sinar antara mereka.
Camellia mengangguk seraya memeluk uminya. Puan Sri Huda terlalu baik. Dia tak sanggup berkata tidak pada uminya. Nantilah dia fikir cara untuk mengelak.
Puan Sri Huda juga membalas pelukan Camellia. Digosok lembut belakang gadis itu.
???
"CIK.. saya yang order cookies dua hari lepas."
Lily memandang lelaki itu. Kacak! Tapi macam pernah lihat lelaki ini.
"Sekejap ya." Lily senyum lalu dia masuk ke dalam bahagian kitchen.
Tidak lama kemudian Lily dan pekerjanya keluar bersama kotak dan diletakkan ke atas kaunter itu.
"Bertuah isteri encik.. dapat suami layankan mengidam dia."Ujar Lily sambil menekan-nekan mesin cashier itu.
"Err.." Emir sengih sahaja mendengar kata-kata Lily itu. Zain di sebelah dia pula sudah tergelak besar. Emir terus menyiku Zain supaya diam.
Lily cuma memandang janggal dengan situasi itu. Selepas membuat pembayaran Emir dan Zain terus keluar dari situ.
???
"TENGKU." Emir meletakkan beberapa buah kotak di hadapan Tengku Elhan.
"Apa ni?" Tengku Elhan menjungkit kening melihat 3 kotak sederhana besar di hadapannya.
"Cookies. HH Cafe." Emir mengangkat keningnya. Ingat senang ke nak dapatkan benda ni? Siap kena hafal skrip sebelum membuat pesanan.
Terus Tengku Elhan bangun dari kerusinya. Dibuka satu persatu kotak itu. Banyak betul balang biskut dalam kotak itu. Dia senyum puas hati. Memang dia yang menyuruh Emir lakukan apa-apa sahaja supaya mendapatkan biskut itu. Tak sangka anak buahnya berjaya.
"Err Tengku nak makan sorang ke? Banyak ni. Bagilah saya satu." Tangan Emir cuba membuka kotak itu.
Tengku Elhan memandang tajam pada Emir. Ditahan tangan Emir. Nak satu? Dalam mimpi. Dia takkan berkongsi dengan sesiapa pun.
"Kedekut.." cebik Emir seraya menarik tangannya dari cengkaman Tengku Elhan. Bukan pegang ya, dia bagi cengkam terus.
"Keluar sebelum—"
"Okay okay.. saya keluar sekarang." Kelam kabut Emir keluar dari bilik Tengku Elhan. Tak habis habis menyinga.
???
"WEH.. tengok apa aku jumpa.." Zain menunjukkan sesuatu di iPad.
Berkerut wajah Emir melihat itu. Zahra memeluk seseorang. Tapi itu bukan ke?
"Kita nak tunjuk pada Tengku terus ke? Atau keep follow Zahra?" Soal Zain.
Emir meraup wajahnya. Kalau dia bagitahu sekarang, dia bimbang Tengku Elhan akan buat sesuatu di luar jangkaan. Tapi kalau dia tak bagitahu mungkin nyawanya melayang.
"Kau rasa?" Emir memandang Zain.
"Rasa apa?"
Suara Tengku Elhan menyebabkan kedua-dua lelaki itu terus berdiri tegak. Emir pantas menyembunyikan iPad ke belakangnya.
Tengku Elhan memandang tajam pada Emir sebelum dia merampas iPad itu.
"Kau ingat aku tak nampak? Cepat bagitahu aku sebelum aku tahu sendiri. Kau tahu lagi teruk padah dia kalau kau sembunyikan sesuatu dari aku." Ujar Tengku Elhan sambil menepuk iPad itu ke dada Emir.
"Zain jumpa sesuatu."
Zain memandang Emir tak puas hati. Tak guna punya kawan. Apa pulak aku?
"Zain?" Pandangan Tengku Elhan beralih pada Zain.
"Err Tengku. Semalam budak kita follow Zahra. Macam yang Tengku pesan. Dan.."
"Dan?"
"Tengku tengok sendirilah gambar tu. Saya pun tak reti nak jelaskan." Ujar Zain sebelum dia mengemam bibir.
Tengku Elhan membuka iPad itu lalu wajahnya berkerut. Dia zoom gambar itu.
"Dh-Dhea?"
"Kami tak pasti itu Cik Dhea atau Cik Camellia. Tengku boleh tengok kereta yang dia pakai."
Kereta yang sama Tengku Elhan lihat tempoh hari semasa Tengku Elena terlanggar Camellia.
"Aku nak jumpa Zahra." Ujar Tengku Elhan sebelum dia mengambil helmet.
Emir dan Zain berpandangan sesama sendiri. Agak-agak apa akan jadi?
???
"ZAHRA!"
"Tengku nak apa lagi? Ini tempat kerja saya Tengku."Agak terkejut Zahra apabila melihat lelaki ini di sini.
"Kau jumpa Dhea kan?" Soal Tengku Elhan.
Zahra terdiam. Macam mana Tengku Elhan tahu?
"Ada orang ikut saya ke?"
"That's not the point. Aku nak tahu kau jumpa Dhea ke tidak?" Ulang Tengku Elhan sekali lagi.
"Kalau saya kata tak?" Balas Zahra dengan berani. Dulu awal-awal memang dia takutkan Tengku Elhan tapi sekarang tidak lagi. Dia takkan biarkan Tengku Elhan menyakiti Dhea lagi.
"Yang kau nampak tu nama dia Camellia." Tengku Elhan menghulurkan sekeping gambar pada Zahra.
Zahra mengambil dan menilik gambar itu. Seorang gadis yang berpakaian mewah dan cantik. Ini bukan Dhea ke? Camellia siapa pula?
"Camellia? Ta-tapi.." Zahra teragak-agak.
"Tapi apa?"
"Takde pape Tengku." Zahra menggeleng kepalanya. Dia yakin malam itu dia terjumpa Dhea kerana Dhea kenal dirinya.
"Dia apa Zahra?!"
Share this novel