Bab 44

Romance Completed 16155

Masuk kali ini sudah beberapa kali Elhan menguap. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11 malam. Rancangan di televisyen seakan tidak berupaya menarik minatnya lagi. Hakikatnya dia berasa bosan menonton tv tanpa Hayyani. Sudah 2 jam isterinya itu mengemas pakaian namun masih belum selesai. Jadi, dia memutuskan untuk menutup televisyen dan masuk ke bilik mereka.

" Abang dah nak tidur ke? Pergilah tengok tv dulu," kata Hayyani setelah melihat wajah Elhan di celahan pintu.

" Mata dah mengantuk nak buat macam mana." Pintu bilik dikatup dan Elhan duduk di sebelah Hayyani yang sedang sibuk melipat baju.

" Alah, tahan sekejap aje. Dah nak siap ni."

Pakaian yang masih bertaburan di lantai dikutip dan dilipatnya satu per satu. Disebabkan dia mengangkut terlalu banyak pakaian dari rumah ibu dan abah, banyak masa yang diperlukan untuk siap mengemas kesemuanya. Tambahan pula, lusa mereka akan berangkat ke Surabaya untuk berbulan madu.

" Macam ni punya sepah awak kata nak siap dah? Biar abang tolong."

Elhan mencapai pakaian Hayyani secara rawak. Tanpa disangka-sangka, pakaian yang dipegangnya adalah lingerie berwarna merah menyala. Segar terus mata yang tadinya mengantuk.

" Wow! You must be looking sexy wearing this outfit. Abang tak boleh bayanglah. " Elhan tersenyum nakal. Melihat pakaian itu saja sudah cukup untuk menggetarkan tulang rusuknya. Apatah lagi apabila melihat sendiri saat pakaian itu tersarung di tubuh Hayyani.

Terbeliak biji mata Hayyani melihat lingerie pemberian Muna sudah berada di tangan Elhan itu.

" Eee! Pervert. Bak sini. " Segera dia merampas kembali dan menyorokkan di belakangnya. Wajahnya terasa pijar di saat ini.

Elhan tarik muka tak berpuas hati.

" Janganlah lokek. Pegang sikit aje pun. "

Hayyani mula bercekak pinggang. Besar biji matanya menyoroti wajah Elhan.

" Amboi! Perangai ulat bulu tu tak hilang lagi, eh. Nak letak clorox ke baru betul-betul tanggal? Dah abang duduk sana, " arah Hayyani sambil menelunjuk ke arah sofa di sudut kamar. Kalau dia biarkan Elhan terus di situ habis satu kerja pun tak siap.

" Biarlah abang tolong. " Elhan masih berkeras. Dia mencapai pakaian lain secara rawak dan kali ini tangannya menggapai seluar dalam pula. Sekali lagi dia terpaku.

Rasa nak luruh jantung Hayyani melihat barang peribadinya di tangan Elhan lagi. Tangkas tangannya merampas semula.

" Janganlah kacau. Please! Duduk sana please. "

" Okeylah... okeylah. " Elhan bangun dan menuju ke sofa pula setelah dirayu isterinya.

Hayyani mengeluh lemah. Bukanlah satu kesalahan bagi seorang suami untuk memegang barang peribadi isteri. Namun, dia masih belum terbiasa dengan semua itu. Rasa segannya dengan Elhan masih tebal.

Selepas hampir setengah jam berlalu, akhirnya Hayyani selesai dengan tugasnya. Perlahan-lahan kakinya menderap langkah mendekati Elhan yang sedang tersandar di sofa. Terbentuk segaris senyuman di bibirnya melihat wajah Elhan yang sedang terlena.

Di sisi lelaki itu, Hayyani melabuhkan duduk secara perlahan-lahan. Tanpa sedar, jari jemarinya mula bermain-main di wajah Elhan. Hidung itu, mata itu, alis itu, bibir itu, jambang tipis yang menghiasi wajah itu diamati Hayyani dengan penuh kasih.

Tiba-tiba, tubuh Elhan bergerak-gerak menghentikan perlakuan Hayyani sebentar tadi. Perlahan-lahan, kelopak matanya mula terbuka.

" Abang? Daneen dah siap kemas. Jomlah kita tidur," ujar Hayyani lembut. Lengan sasa itu digoncangnya.

Elhan mengganyah mata yang terpisat-pisat.

" Lah, dah siap ke? Kenapa tak kemas sampai pagi? Abang boleh tidur sini, " balas Elhan berbaur sindiran. Hayyani cemberut.

" Alah, buruk tau merajuk macam ni. Jomlah, kita tidur sana." Hayyani terus berusaha namun Elhan seakan-akan tak mempedulikannya. Alamak, nak kena pujuklah ni? Tiba-tiba terlintas satu idea di benaknya.

" Abang nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya Daneen tolak tawaran kerja daripada Encik Faizul masa kita pergi temu duga tu. Sebab tulah, Daneen tak dipanggil bekerja sampai sekarang. "

Hayyani memberanikan diri untuk memberitahu kebenaran itu. Bibir bawahnya diketap bimbang Elhan melenting. Namun, reaksi lelaki itu tetap tenang umpama tasik yang tidak bergoncang.

" The cat is out of the bag. Abang dah tahu lama pun sayang. "

Hidung Hayyani dicubitnya sehingga kemerahan. Sebenarnya sejak awal pun dia sudah mengesyaki sesuatu apatah lagi Faizul sering mengelak untuk memberikan alasan mengapa Hayyani tidak dipanggil bekerja walaupun banyak kali dia bertanya. Meskipun benar, dia tidak keberatan kalau Hayyani menjadi suri rumah sepenuh masa pun.

Hayyani memegang erat tangan Elhan. Riak minta simpati bergentayangan di wajahnya.

" Abang... Daneen takde niat pun nak tipu abang. Lagipun, Daneen tak bagitau abang sebab takut abang marah masa tu. "

Elhan beri ekspresi wajah yang serius sehingga menggugat Hayyani. " Habistu, sekarang abang tak marah? "

" Alah, abang sorry lah. "

" Habistu, awak suka kerja yang macam mana? " soal Elhan sambil sembunyi senyum. Seronok melihat wajah cuak Hayyani apabila dia mempamerkan keseriusannya.

" Kerja jadi suri hati abang. Dapat gaji dapat pahala sekali, " jawab Hayyani dengan sengihan lebar. Hidung mancung Elhan dicuitnya pula.

" Nak jadi suri hati abang tak boleh setahun aje kontrak. Bila dah sign kontrak kena jadi suri hati selama-lamanya. Sampai dalam syurga nanti. Boleh? " Elhan meminta kepastian. Sesekali tangannya mengelus lembut rambut panjang si isteri.

Hayyani angkat lima jarinya lagak bersumpah di depan wajah Elhan.

" Malam ni jadi saksi, Daneen janji dengan abang akan setia sampai ke akhir hayat. Kontrak cinta sampai bila-bila pun. I bear witness, that I will love and care for the one and only man Elhan Ashareeq until forever. I love you. "

Ungkapan indah yang meluncur dari bibir merah Hayyani disudahi dengan kucupan yang Elhan labuhkan di dahi si isteri. Hangat dan berahi sehingga meresap ke dasar hati keduanya. Seketika, Elhan merapatkan wajahnya dengan wajah Hayyani sehingga hidung mereka saling bertaut.

" I love you more." Elhan membalas kembali kalimah yang menjadi keramat tiap-tiap pasangan berkasih.

Hayyani dan Elhan keduanya semakin hanyut ditenggelami asmara cinta. Dengan hati yang semakin sarat dengan kasih, Hayyani mencium berani bibir Elhan. Tiada kata yang mampu menggambarkan kebahagiaan mereka pada saat ini.

" I have a surprise for you," bisik Hayyani dengan senyuman menggodanya saat dia melepaskan ikatan jubah mandi memperlihatkan lingerie merah yang tersarung di tubuhnya. Dia perlu berani untuk menzahirkan perasaannya. Sampai bila dia harus segan dengan suami sendiri apatah lagi Elhan memang berhak memiliki dirinya sepenuhnya.

Elhan tersenyum bahagia. Sebahagian besar tubuh Hayyani yang terdedah membangkitkan ghairah lelaki biasa sepertinya. Dalam hati memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Tubuh Hayyani dicempung ke tempat mereka beradu. Hati lelakinya tidak mampu lagi untuk menahan gelodak yang sentiasa mendambakan layanan isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience