episode 4

Romance Completed 16342

Aina menolong kak Suha dan Erysha mengambil makanan yang ingin di hidangkan, dan bila sudah siap. Aina meminta diri dahulu untuk ke biliknya sekejap.

Aina bawakan makanan untuk Leyla dan anak-anaknya. Aira dengan Aliya ada di dalam bilik Aina sedang bermain dengan Ryan, Leyla, Umar, Anas, Ahmad dan khalid.

Aina berkata. "Aira, Aliya. Cepatlah keluar, Umi dengan makcik tu dah tunggu nak makan."

"Okay. Nanti kita main lagi ya." Kata Aliya pada Leyla.

Aina bercakap sambil hidangkan makanan untuk anak-anaknya. "Leyla, Anas, Ahmad mari makan, Umar duduk dekat sini sayang. Leyla tolong jaga adik-adik sekejap ya."

Leyla mengangguk sambil tersenyum. "Ya, okay."

----------------

Setelah keluarga Erysha sudah pulang. Aina dengan Amin menghantar Leyla dan Ryan pulang ke rumah nya.

Sampai di depan rumah Burak.

Aina dan Leyla telah turun dari kereta, dan Amin pergi mengetuk pintu rumah.

"Leyla terima kasih ya, kerana Leyla sudah bawa adik Ryan datang sekali." Aina senyum sambil memegang tangan Leyla.

"Ya sama-sama." Leyla tersenyum gembira.

Burak bersalaman dan berkenalan dengan Amin.

"Maaf sekali lagi, kerana Leyla telah banyak menyusahkan awak satu keluarga." Burak bercakap sambil melihat Aina dan Amin.

Amin berkata. "Kami sudah menganggap Leyla dengan Ryan macam anak-anak kami juga." Amin tersenyum. Lalu Burak mengangguk dengan senyuman nya.

----------------

Keluarga Erysha meminta keluarga Nordin memberi mereka masa untuk berunding dengan ahli keluarga mereka di Malaysia.

Mereka akan memberi jawapan sama ada lamaran Muaz diterima atau tidak pada 5 may 2024.

Pada awal bulan may. Amin dengan Muaz juga ingin keluar tiga hari bersama jemaah Tabligh yang ada di masjid Aya Sophia.

----------------

MALAM. Jam 3:00am.

Burak tidak boleh tidur kerana teringat kan mata Aina, suara Aina, tikah laku Aina, sehingga membuatkan Burak keluar dari rumahnya untuk mengambil udara segar.

Burak bercakap sendiri sambil berdiri di laman rumahnya. "Aku perlu tahu apa itu islam? Dan kenapa Aina berpakaian seperti itu."

****************

Keesokan harinya.

PAGI. Jam 6:30am.

Semasa Jamilya sedang bungkus bekal makanan untuk Leyla ke sekolah di dapur.

Leyla telah menggendong adiknya Ryan yang sedang tidur lena, lalu dia membawa adiknya ke apartment Aina.

Kemudian. Jamilya sudah bersiap-siap untuk menghantar Leyla ke sekolah tetapi Leyla tidak ada.

Jamilya mencari mereka ke semua tempat di dalam rumah itu, tetapi tetap juga tidak jumpa.

Lalu Jamilya berdiri di laman rumah dan melihat Leyla sudah berjalan jauh, sambil menggendong adiknya ke arah apartment Aina.

Jamilya sudah tahu yang Leyla ingin wanita itu yang menjaga adiknya Ryan, semasa dia berada di sekolah.

Lalu Jamilya membiarkan saja, Leyla pergi berjalan seorang diri dengan membawa Ryan.

----------------

Sampai di depan apartment Aina.

Leyla telefon makcik Aina dan mengatakan yang dia dengan adiknya, sudah ada di bawah.

Lalu Aina turun dan melihat hanya Leyla dengan Ryan saja yang ada, tiada orang tua yang teman kan mereka ke sini.

Aina sangat terkejut dan sangat kesal kerana Burak atau makcik Jamilya telah membiarkan Leyla membawa Ryan pergi dan telah membiarkan Leyla berjalan seorang diri ke sini bersama adiknya di waktu yang masih lagi gelap.

"Kenapa Leyla datang dengan adik seorang diri? mana nenek Leyla, atau pakcik Leyla?" Aina bercakap sambil mengambil Ryan dari pelukkan Leyla.

"Pakcik Burak sudah pergi kerja, sebelum Leyla bangun dari tidur lagi, mungkin ada kecemasan. Nenek Jamilya pula ada kerja di tempat lain, jadi Leyla fikir lebih baik bawa adik Ryan datang sini, daripada nenek Jamilya bawa adik pergi ke tempat kerja dia yang lain itu, lebih baik adik Ryan duduk di sini dengan makcik Aina."

"Tapi Leyla, nenek tahu atau tidak Leyla bawa adik datang ke sini."

"Tak tahu, tapi Leyla tak nak adik pergi dengan nenek Jamilya, makcik Aina tolong jaga adik ya."

"Baiklah, makcik akan jaga adik Ryan, tapi makcik Aina akan jumpa nenek Leyla dulu, makcik kena minta izin dari dia untuk menjaga adik."

"Makcik Aina kena minta izin pada pakcik Burak bukan nya nenek Jamilya kerana pakcik Burak yang akan buat keputusan untuk Leyla dengan adik Ryan."

"Baiklah, makcik Aina akan minta izin dari pakcik Leyla dulu, ya."

"Ini nombor telefon pakcik Burak, nanti makcik Aina whatsapp dia ya, Leyla dah nak ke sekolah, nanti petang Leyla datang ambil adik." Leyla bercakap dengan suara yang sangat gembira.

Aina mengangguk dengan senyuman nya. "Ya baiklah, Leyla jalan pelahan-lahan jangan berlari nanti jatuh, hati-hati ya." Aina bercakap sambil betul kan rambut Leyla dan baju nya.

Leyla mengangguk kan kepala nya dengan senyuman manis nya yang ceria.

Setelah Leyla pergi, Aina terus hantar whatsapp ke Burak. "Maafkan saya kerana mengganggu anda, saya Aina yang tinggal di apartment itu. Saya hanya nak minta izin dan bagitahu encik Burak, tadi Leyla telah menghantar Ryan kepada saya, dia ingin saya menjaga adik nya sehingga dia pulang dari sekolah, saya berharap anda dapat berikan izin kepada saya untuk menjaga mereka sehingga anda pulang dari kerja."

----------------

Jam 8:30am.

Setelah selesai urusan di balai polis, Burak sambil minum kopi bersama kawan nya di cafe, membaca whatsapp itu dengan perasaan yang sangat gembira. Burak tidak bertanya apa yang telah terjadi pada makcik nya ataupun pada Leyla.

"Saya sangat berterima kasih, kalau cik Aina ingin menjaga mereka sehingga saya pulang, saya akan datang ambil mereka jam tujuh malam, saya berikan izin nya, terima kasih sekali lagi cik Aina." Burak typing whatsapp nya sambil tersenyum manis.

----------------

PETANG. Jam 6:00pm.

Setelah Leyla pulang dari kelas tusyen, dia terus ke rumah Aina, dia mandi di sana, makan di sana dan bermain bersama Anas dengan Umar sehinggalah azan maghrib.

Leyla melihat tok Abi, pakcik Amin dan pakcik Muaz bersiap-siap untuk pergi solah berjemaah di masjid, sementara wanita solah di rumah.

Leyla tahu yang semua orang ini sedang melakukan solah, ibadah terhadap tuhan.

----------------

MALAM. Jam 8:00pm.

Burak sudah sampai di depan apartment Aina untuk mengambil Leyla dengan Ryan, Burak menunggu di dalam kereta sambil dia telefon Leyla.

Kemudian, Aina, Aira dan Aliya, mereka bertiga telah turun sekali menghantar Leyla dengan Ryan.

Sebab Aina tak nak turun sendirian, jadi dia telah mengajak Aira dan Aliya teman kan dia turun sekali, walaupun Aira dengan Aliya tidak mahu, tetapi tetap juga di paksa oleh kakak nya.

Aina merasa segan dan malu untuk berhadapan dengan pakcik Leyla, kerana Burak adalah seorang lelaki yang sangat kacak dan tampan seperti ciri-ciri lelaki idaman Aina.

Aira dengan Aliya hanya teman kan kakak nya sampai di bawah saja, jadi Aina dengan perasaan nya sedikit berdebar, terpaksa pergi menghantar Leyla dengan Ryan sampai ke kereta Burak.

Burak nampak saja Aina keluar dari pintu apartment dia juga telah keluar dari kereta nya dan berdiri di depan, kemudian Burak berkata "Saya minta maaf kerana terlewat datang."

"Tak apa." Aina berkata sambil menunduk kan wajah nya.

Kemudian Aina yang sedang mengendong Ryan telah berikan Ryan pada Leyla, tetapi Burak yang telah mencapai Ryan dengan tangan nya.

Aina sangat-sangat terkejut dengan tindakan Burak itu sampai Aina melangkah ke belakang semasa Burak memegang Ryan.

"Ohh maaf-maaf, maafkan saya." Burak dengan tidak sengaja ingin mencapai Ryan yang masih ada di dalam pelukkan Aina.

Dada Aina semakin berdebar-debar. Aina menunduk sambil mengatur nafas nya.

Lalu Aina berikan Ryan pada Burak, dengan sedikit jauh dari tadi dan Burak mengambil Ryan dari tangan Aina dengan berhati-hati takut tersentuh tangan Aina.

"Saya minta maaf sekali lagi, saya tak sengaja tadi." Burak bercakap sambil melihat Aina, dengan wajah nya yang bersalah.

Aina melihat Burak sambil mengangguk dan berkata. "Tak apa, saya faham."

----------------

Semasa di rumah. Burak sudah selesai mandi. Lalu Burak duduk di sofa sambil mengelap rambut nya dengan tuala, Burak bersandar di sofa sambil pejamkan mata dia lalu fikiran Burak terus teringat kan Aina, mata Aina, suara Aina dan cara berpakaian Aina.

Rasa ingin tahu Burak itu semakin kuat. Sehingga membuatkan Burak bangun dari sofa lalu dia pergi mengetuk pintu rumah makcik Jamilya yang ada di sebelah rumah nya, dan telah menyuruh makcik nya menjaga Leyla dengan Ryan sekejap.

Kemudian Burak terus pergi ke arah masjid di kota istanbul Aya Sophia.

Burak telah sampai di masjid itu jam sembilan malam, jemaah masjid baru habis dari solah isyak.

Burak mencari orang Muslims yang boleh menjelaskan lebih terperinci mengenai agama islam kepada nya.

Burak melihat sesiapa saja yang boleh dia bertanya, lalu dia ternampak Abi dan Muaz sedang berjalan keluar dari masjid.

Burak turun dari kereta dan dia menegur Abi. "Hello Sir, can I ask you something about islam?" Nada suara Burak penuh dengan harapan.

Abi melihat lelaki ini atas bawah. Lalu Abi yakin yang lelaki ini betul-betul ingin tahu tentang islam.

Abi mengajak dia ke dalam pagar masjid, lalu Abi menyuruh dia duduk di bangku yang ada di laman masjid.

Kemudian Abi bertanya. "What is your name?"

"Saya Burak ozcivit saya tiada agama, dan di sebabkan itu saya ingin tahu apa itu islam?" Abi sangat terkejut kerana lelaki ini pandai berbahasa malaysia. Abi tersenyum sambil mengangguk kan kepala nya kerana Abi faham dengan kata-katanya itu

Lalu Abi bertanya lagi. "Baiklah, sekarang ini apa yang ingin kamu tahu."

"Saya ingin tahu tentang nabi Muhammad s.a.w."

Semasa Abi sedang bersembang dengan Burak di bangku laman masjid. Muaz pergi kepada Amin dan berkata. "Abang Amin balik dulu lah, bagitahu Umi yang Abi dengan adik mungkin lama dekat sini."

"Siapa tu?" Amin baru balik dari buang air kecil, jadi Amin tak perasan yang itu adalah Burak.

Muaz bagitahu Amin yang lelaki itu ingin tahu tentang islam.

Setelah dua jam Abi menjelaskan tentang islam, Burak mula merasai sesuatu di jiwa nya.

Burak ingin terus belajar mengenai islam dengan Abi. Burak ingin selalu berjumpa dengan Abi.

Abi melihat wajah Burak seperti pernah mengalami depression. Abi kesian melihat keadaan nya, lalu Abi menerima permintaan Burak.

"Baiklah kalau macam tu. Kita akan berjumpa di sini setiap hari selepas solah isyak, boleh?"

"Ya, boleh pakcik. Terima kasih pakcik." Jawab Burak dengan senyuman nya yang sangat gembira.

Abi tersenyum dan menepuk lengan Burak sambil mengangguk.

Malam itu Burak pulang dengan perasaan yang sangat tenang, setelah dia berjumpa dengan Abi.

****************

Tiga hari kemudian.

Semasa mereka sedang sarapan pagi. Burak bertanya. "Leyla, makcik Aina dengan keluarga dia dah berapa lama ada dekat sini?"

"Dua belas hari, rasa nya." Leyla jawab sambil minum air.

"Makcik Aina kata, dia dengan keluarga dia akan tinggal di turki selama sebulan."

"Anas dengan Umar tak ada ayah ke? Pakcik tak pernah nampak suami makcik Aina." Burak bercakap sambil melihat Leyla.

"Masa makan malam dekat rumah makcik Aina, baru Leyla tahu yang Anas dengan Umar sama macam adik, tak ada ayah sejak dorang masih bayi lagi."

Leyla tersenyum sambil melihat pakcik nya. "Kenapa pakcik Burak nak tahu soal makcik Aina."

"Pakcik nak jumpa dia, sebab pakcik nak ucapkan terima kasih kepada orang yang sudah buat Leyla jadi ceria macam ni." Burak bercakap sambil memandang Leyla dengan senyuman manis nya.

"Pakcik Burak suka makcik Aina ya." Leyla bercakap dengan senyuman suka.

"Sudah lah, cepat makan, nanti lewat ke sekolah. Pakcik tunggu dekat kereta." Burak bercakap sambil tersenyum manis.

Kemudian..

Burak berjalan ke kereta nya dan dia ternampak Aina dengan anak-anaknya sedang berjalan ke arah kedai.

Burak memanggil anak saudara nya. "Leyla! sini cepat!"

Leyla berlari keluar dengan cepat. "Ada apa pakcik Burak?"

"Itu makcik Aina dengan anak-anak dia kan, dorang nak ke mana?"

"Tak tahu." Leyla menggeleng kan kepala nya.

Kemudian, mereka berdua terus naik kereta dan berhenti di sebelah Aina dengan anak-anaknya.

"Makcik Aina nak ke mana? Masuklah makcik, pakcik Burak boleh hantarkan." Leyla bercakap dengan cepat.

Aina terkejut dengan ajakkan Leyla secara tiba-tiba. Lalu Aina berkata. "Tak apa Leyla, kedai tu dekat saja."

Anas bercakap dengan Leyla. "Umar nak sangat makan roti, sebab tu ummi terpaksa pergi kedai." Aina melihat anak nya lalu menggeleng kan kepala nya sambil memegang tangan Anas dengan erat.

Burak bersuara sambil melihat Aina. "Masuk lah, kami juga nak pergi beli roti, sebab kami belum sarapan lagi, kan Leyla."

Leyla pandang pakcik nya dengan senyuman nya lalu mengangguk. "Ya betul, masuklah makcik Aina." Leyla berkata sambil melihat Aina dengan senyuman manis nya. Lalu Anas dan Umar terus masuk ke kereta.

Di dalam kereta..

"Makcik Aina! tadi pakcik Burak cakap dia nak jumpa Makcik Aina sebab nak katakan sesuatu." Leyla bercakap dengan sangat cepat. Sehingga Burak tersedak dan menutup mulut Leyla dengan sebelah tangan nya.

Burak menjadi sangat malu. Lalu berkata. "Ya betul, tadi saya cakap macam tu, sebab nak ucapkan terima kasih kerana awak sudi berkawan dengan kami!"

ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience