episode 7

Romance Completed 16338

"Perempuan zaman sekarang ini tak boleh percaya kan sangat."

"Macam anak makcik itu!" Burak berkata dengan perasaan yang sangat marah.

"Kamu jangan kaitkan Jocelyn dalam masalah ini!" Kata Jamilya dengan keras.

"Kenapa tak boleh! Makcik yang sudah masuk campur dalam urusan saya dan Leyla!" Burak bercakap dengan tegas.

"Makcik tak boleh sama kan semua wanita macam anak makcik!" Kata Burak yang sedang menahan marah nya.

"Makcik tak rasa bersalah ke, kerana dah menuduh Aina macam tu, sampai dia jatuh pengsan." Burak berkata dengan suara yang kuat.

"Makcik tak patut buat tuduhan seperti itu pada Aina." Burak bersuara kesal.

"Saya kenal Aina, saya kenal abang dia dan saya kenal ibu dia." Burak bercakap sambil melihat makcik nya itu dengan sangat kesal.

"Kamu tu anak saudara aku! Dan budak-budak tu, cucu saudara aku! Apa salah nya aku masuk campur!" Jerit Jamilya.

"Tak! Memang tak boleh, sebab saya adalah pakcik pada budak-budak itu dan saya yang bertanggung jawab atas Leyla dengan Ryan." Burak berkata dengan tegas.

"Kenapa makcik Jamilya tak pernah cuba untuk faham saya dengan Leyla." Burak berkata dengan suara yang sangat kecewa.

Kemudian Burak pergi tanpa berkata apa-apa lagi. Burak menaiki kereta dan pergi ke arah masjid aya sophia.

Burak dan Jamilya bercakap dalam bahasa turki.

----------------

Sampai di masjid. Burak menunggu Abi yang masih belum sampai lagi.

Setelah sepuluh minit. Abi duduk di depan Burak, lalu Abi menepuk kedua tangan Abi dan bunyi kuat itu telah membuat Burak terus tersedar dari fikiran nya yang melayang seperti layang-layang yang berterbangan.

"Maaf ustaz, saya tak perasan, bila ustaz sampai dah lama ke. Saya minta maaf ustaz sebab hari ni saya datang lewat."

"Tak apa Burak, sebab pakcik juga baru saja sampai. Kamu nampak lain hari ni, kamu ada masalah ke?" Tanya Abi yang sudah tahu kejadian tadi.

"Ya ustaz, tadi saya baru saja lepas bertekak dengan makcik saya, kerana dia sudah menuduh Aina macam-macam, sampai Aina jatuh pengsan dekat depan rumah saya petang tadi."

Burak melihat Abi terdiam. Lalu Burak berkata lagi. "Ustaz ingat wanita yang saya cerita kan pada ustaz semalam." Abi mengangguk sambil melihat Burak.

"Ustaz, adakah saya berdosa ustaz?"

"Apa dia?"

"Tadi masa Aina tidak sedarkan diri di hospital. Saya melihat wajah dia ustaz, tanpa izin darinya." Burak bercakap dengan perasaan yang rasa bersalah.

Abi tersenyum lalu berkata. "Tak apa, kerana waktu itu kamu dengan Aina sama-sama dalam keadaan darurat. Jadi kamu tak berdosa."

"Betul ke ustaz! Baguslah kalau macam tu." Burak tersenyum dengan perasaan yang sangat lega.

"Apa perasaan kamu setelah melihat wajah Aina?" Tanya Abi yang ingin tahu.

"Sempurna. Dia adalah seorang wanita yang benar-benar sempurna ustaz. Saya rasa seperti saya ini tidak layak untuk dia." Burak berkata sambil melihat ke bawah dan mengengam kedua tangan nya.

"Kalau benar Aina adalah jodoh kamu, dia tidak akan kemana-mana." Abi berkata sambil memegang tangan Burak dengan senyuman nya.

"Apa pendapat ustaz, kalau saya pergi berjumpa dengan ibu dan ayah Aina dan beritahu mereka, yang saya suka pada anak mereka." Burak bercakap dengan perasaan semangat.

"Lebih baik kalau kamu beritahu perasaan kamu itu pada Aina dulu." Abi berkata sambil tersenyum manis.

"Kalau Aina tidak menerima saya macam mana ustaz?"

"Masa tu barulah kamu pergi berjumpa dengan ibu dan ayah dia pula." Abi tertawa melihat Burak kerana merasa takut di tolak oleh Aina dan Burak juga tersenyum malu.

****************

Keesokkan harinya.

Pagi itu Leyla telah kemas beg bajunya dan sudah bersiap-siap untuk tinggal di rumah Aina, kerana Burak mempunyai banyak pekerjaan di balai polis dan mungkin Burak tidak dapat pulang ke rumah nya.

Burak ingin menghantar anak-anak saudara nya itu ke rumah Aina selama beberapa hari ini kerana Burak sudah tidak ingin Jamilya menjaga anak saudara nya lagi. Burak tidak pasti berapa lama anak saudara nya akan tinggal bersama Aina.

Setibanya di depan apartment. Amin dan Aina sudah menunggu di parking kereta.

Burak turun dari kereta nya, lalu dia berkata kepada Amin dengan Aina. "Terima kasih sekali lagi kerana awak sudi tolong saya menjaga mereka."

"Tak apa Burak. Aina memang sudah anggap Leyla dengan Ryan macam anak-anak dia, betul kan Aina!" Amin bercakap sambil menarik tangan adiknya yang sedang mengambil beg baju Leyla dan Ryan di bonnet kereta.

Aina mengangguk sambil melihat bawah.

Mata Burak terus melihat ke arah Aina dengan tersenyum manis, selama beberapa saat.

"Ehem-ehem!" Amin membuat suara sambil melihat Burak.

Burak tersedar lalu dia berkata. "Telefon saya kalau ada apa-apa?" Burak terhenti lalu dia menunduk dan tersenyum malu. Burak tidak sedar dengan apa yang telah dikatakan.

"Baiklah." Amin memanggil Burak untuk jauh dari keretanya. "Burak, kalau kau suka Aina, terus-terang sajalah pada Aina." Amin berbisik sambil memeluk bahu Burak.

Burak terkejut kerana Amin berkata seperti itu. Lalu Burak melihat Amin dengan tersenyum malu sambil mengangguk kan kepala nya.

"Betul ke apa yang aku nampak ni? kau betul-betul suka adik aku?" Amin tersenyum gembira.

Burak mengangguk sambil berkata dengan senyuman nya yang malu. "Ya, betul."

Amin memegang kedua-dua lengan Burak. Lalu berkata dengan senyuman nya. "Kau dah dapat restu dari aku! Ingat tu."

"Terima kasih." Burak sangat terharu kerana Amin memahami perasan nya lalu dia memeluk Amin dengan perasaan yang sangat bahagia.

----------------

Selepas solah maghrib mereka satu keluarga akan membaca ayat suci Al Quran. Itu adalah rutin harian bagi keluarga Nordin.

Aina sukainah yang masih bersarungkan telekung berwarna hijau muda, sambil duduk bersila di atas katil dan meriba anaknya Umar yang ingin tidur di atas ribaan nya.

Aina membaca surah Al mulk sambil tangan kiri nya menepuk lengan Umar dan tangan kanan nya memegang kitab suci Al Quran.

Kemudian semasa Aina sedang membaca Al Quran. Leyla yang baru saja keluar daripada bilik air telah berdiri terpegun mendengar suara bacaan Aina, lalu Leyla mengambil telefon nya dan merakam video.

Kemudian Aira masuk ke dalam bilik dan nampak Leyla sedang berdiri melihat Aina lalu Aira menepuk bahu Leyla sambil berkata. "Kenapa berdiri dekat sini?"

Leyla berbisik pada Aira. "Ummi Aina lagi buat apa?"

"Membaca kitab suci Al Qur'an."

Aina mendengar suara Leyla dan Aira yang ada di tepi pintu bilik air lalu Aina berkata sambil menutup Al Qur'an nya. "Aira, Leyla, kenapa berdiri saja dekat sana."

Leyla menyimpan telefon nya itu di dalam pocket seluar dia dan rakaman itu masih terakam suara mereka.

"Leyla ni tadi dia!" Leyla memegang tangan Aira. Lalu dia memberi isyarat dengan raut wajah nya. "Tolong jangan beritahu ummi Aina yang dia merakam video."

Aira memahami isyarat itu, lalu Aira berkata. "Leyla nak tahu apa yang kak Aina buat tadi."

"Ohh. Leyla mari sini." Aina memanggil Leyla duduk di hadapan nya, kemudian Aina baringkan Umar di tilam.

Aina memegang kedua-dua tangan Leyla dan dia mula bercerita tentang Al Quran kepada Leyla.

Kemudian..

Leyla mulai memahami apa yang Aina ceritakan itu. Leyla memeluk Aina dengan sangat erat lalu berkata. "Terima kasih ummi Aina." Aina mengusap kepala Leyla yang ada di dalam pelukkan nya dengan sangat lembut.

----------------

Selepas solah isyak. Leyla telah menghantar video bacaan Al Quran Aina tadi kepada pakcik nya.

Lalu Leyla telefon Burak. "Pakcik Burak Leyla baru saja hantar video nyanyian ummi Aina, pakcik dengar sampai habis ya." Leyla bercakap di telefon dengan sangat gembira.

"Sekejap, kenapa Leyla panggil makcik Aina dengan panggilan ummi Aina? Bila masa makcik Aina benarkan Leyla panggil dia ummi?" Tanya Burak yang ingin tahu.

"Masa ummi Aina pengsan hari itu, pakcik Burak sangat sibuk sampai Leyla tak sempat nak bagitahu pakcik tentang perkara itu." Leyla bercakap di telefon dengan suara nya yang sangat ceria.

"Ohh ya pakcik Burak dah ingat. Petang tu Leyla ada beritahu yang Leyla nak rasa kuih yang makcik Aina masak." Burak bercakap di telefon sambil tersenyum gembira kerana mendengar suara Leyla bahagia.

"Baguslah kalau macam tu nanti kalau pakcik Burak dah nikah dengan ummi Aina, boleh lah Leyla panggil pakcik Burak pula dengan panggilan baba Burak ya Leyla." Burak bergurau dengan anak saudara nya.

Mereka tertawa bersama sambil Leyla berkata. "Kesian pakcik Burak sampai mimpi nak kahwin dengan ummi Aina." Leyla ketawa bahagia dengan gurauan pakcik nya itu.

Kemudian Burak yang masih menungu Abi di laman masjid terus membuka video bacaan Aina.

Burak tersenyum bahagia kerana melihat wajah Aina di dalam video itu, dan dapat mendengar suara bacaan Aina yang sangat-sangat merdu.

Burak mendengar suara Aina berkali-kali.  Sehinggalah Abi datang memberi salam. "Assalamualaikum."

Burak terlihat sangat terkejut. Kemudian Abi bertanya. "Ada apa Burak, kenapa kamu terkejut?"

"Ini ustaz anak saudara saya Leyla, dia hantar video nyanyian Aina pada saya." Burak bercakap sambil tersenyum melihat Abi.

"Apa! nyanyian, mana biar aku dengar." Kata Abi dengan sangat terkejut.

Burak mula rasa pelik. "Kenapa ustaz sangat terkejut?" Burak berkata di dalam hati nya.

Walaupun pelik. Burak tetap juga bagi ustaz nya mendengar bacaan Aina tanpa dia bertanya apa-apa.

Setelah Abi mendengar audio itu. Abi bertanya. "Bila kamu dapat audio ini?"

"Baru saja ustaz. Apa yang Aina nyanyikan itu ustaz." Tanya Burak yang ingin tahu.

"Itu bukan nyanyian, itu bacaan kitab suci Al Qur'an." Abi tersenyum dan menepuk peha Burak.

"Bacaan kitab suci Al Qur'an?" Burak bersuara dengan penuh persoalan yang ada di fikiran nya.

"Ya, itu surah Al mulk." Kata Abi.

"Ohh, bukan nyanyian tapi bacaan." Burak tersenyum melihat Abi sambil dia mengaru kepala nya. Burak rasa ditipu oleh anak saudara nya. Lalu Burak tertawa bersama Abi.

Malam itu Abi hanya menjelaskan tentang Al Qur'an kepada Burak. Dan Abi juga telah bagi al Qur'an terjemahan dalam bahasa turki kepada Burak untuk dia sendiri membaca nya dan memahami nya.

Malam itu juga Aina tidak dapat tidur dengan lena kerana dia terus memikirkan Burak sepanjang malam.

----------------

Kenapa Aina tidak boleh lelapkan matanya?

Nantikan episode yang akan datang!

(◠‿◕)

****************

Dua hari kemudian.

Selepas solah subuh, Amin dan Muaz terus pergi ke masjid aya sophia untuk bersama jemaah tabligh yang ada di sana selama tiga hari.

Sesudah sarapan pagi. Leyla mendapat panggilan telefon dari Jocelyn. Lalu dia mengatakan bahawa nenek Jamilya sedang sakit dan sekarang ini berada di hospital.

Jocelyn menyuruh Leyla datang bersama Aina kerana Jamilya ingin meminta maaf kepada Aina.

Kemudian Leyla memberitahu Tok Abi dan Tok Umi tentang nenek Jamilya.

Abi telah menyuruh Aina dan Aira untuk pergi ke hospital kerana mungkin benar Jamilya ingin meminta maaf kepada Aina atas kejadian hari itu.

Aina tidak mahu pergi berjumpa dengan makcik itu lagi, tetapi Abi telah memujuk Aina untuk menunjukkan akhlak dan sifat yang baik, mungkin kerana ini hatinya akan menjadi lembut dan tidak lagi berfikiran negatif kepada orang islam.

"Abi, biar akak temankan kak Aina dengan kak Aira pergi." Kata Aliya yang ingin sangat pergi menemani kakak-kakaknya.

"Tak perlu lah Aliya, cukup hanya Aina dan Aira saja. Kalau kamu pun pergi ikut dorang, siapa yang akan jaga Anas dengan Ryan." Umi berkata seperti itu kerana risau kalau Aliya membuat masalah di hospital.

"Betul apa yang Umi cakapkan tu Aliya. Kau ni jenis yang cepat marah, kalau makcik Jamilya ada cakap sesuatu pada kak Aina, nanti kau pukul dia lepas tu dah jadi kes polis pula." Aira bercakap dengan Aliya.

Aliya sumayyah adalah seorang anak yang akan menjadi panas baran, kalau ada sesiapa yang ingin mencari masalah dengan keluarga nya.

----------------

Selepas solat zohor. Mereka telah bersiap untuk pergi. Aina, Aira, Umar, dan Leyla.

Aina menyuruh Aira memandu kereta kerana Aina tidak mahu memandu kenderaan.

Setibanya mereka di hospital. Aira tak nak turun dari kereta Aira hanya ingin menunggu di dalam kereta saja.

"Kak Aina jangan lama-lama." Aira bercakap sambil melihat Aina dari dalam kereta.

"Ya, sekejap je, akak pun tak nak lama-lama dengan makcik tu." Aina bercakap dengan senyuman nya.

Aina, Umar dan Leyla telah sampai di dalam bilik Jamilya.

"Aina, I'm sorry for what i said to you yesterday. Aunt only thought about Leyla, there was no other meaning. Burak also made aunt aware with his words." Jamilya bercakap sambil memegang tangan Aina.

"It's okay aunt, because I really understand aunt's worries about Leyla. If I were your age, maybe I would act like that too, without thinking first." Aina bercakap sambil melihat Jamilya dengan senyuman nya.

Jamilya terasa seperti Aina menyindirnya dengan kata-katanya itu.

Lalu Jamilya melepaskan tangan nya dengan sentak kan yang kuat. Lalu dia mencari anaknya Jocelyn.

ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience