episode 10

Romance Completed 16295

Aina berjalan terus tanpa ada reaksi apapun.

Burak mengusap wajah nya kasar lalu memegang rambut nya. "Adakah aku salah cakap! Atau dia cuma malu! Kenapa dia menangis!" Burak berkata di dalam hati dengan perasaan ingin tahu yang amat sangat.

Burak duduk termenung sambil menemani anak-anaknya bermain.

Kemudian Leyla berdiri di sebelah Burak sambil memanggil nya dua hingga tiga kali. "Pakcik Burak!"

Burak tersedar lalu dia melihat Leyla. "Ya ada apa?"

"Kita dah nak naik atas. Pakcik Burak ikut juga kan."

"Ya." Burak mengangguk dengan senyuman nya.

----------------

Setelah Aina naik ke atas dia terus masuk ke dalam bilik sambil menahan air mata nya. "Ya Allah kenapa aku di pertemukan dengan dia, ya Allah jangan uji aku dengan kehilangan anak anak ku."

Semua keluarga mengintip Aina dengan Burak dari atas. Ada yang melihat dari beranda dan ada yang melihat dari tingkap dalam bilik mereka.

Semasa Aina terus masuk ke dalam bilik nya, mereka semua tidak mahu bertanya apa yang telah berlaku kerana Aina kelihatan sedang menahan tangisan.

----------------

Semasa solah maghrib.

Burak sedang duduk di sofa, dia melihat Abi menjadi imam solah untuk Anas dan Umar di ruang tamu.

Burak berasa tenang semasa melihat Abi bersolah berjemaah.

Setelah selesai solah maghrib. Anas dan Umar terus bangun dan berlari masuk ke bilik umminya.

Burak turun dari sofa dan duduk bersila di sebelah Abi yang sedang berwirid, lalu dia bertanya. "Ustaz, saya mahu tahu tentang solah."

"Baiklah, tapi itu nanti Abi akan jelaskan. Sekarang ini Abi nak tahu apa yang terjadi dekat taman tadi?"

Burak menunduk kan wajah nya seketika. Kemudian dia melihat Abi kembali dengan senyuman nya yang sedih.

"Aina mendiamkan dirinya ustaz! Dan setelah itu dia menangis." Burak menunduk dan memejam kan mata nya

Lalu Burak melihat Abi kembali dan bicara semula. "Aina bangun tanpa berkata apa-apa ustaz! Saya tidak tahu apa salah saya! Mungkin saya ada salah cakap, atau Aina memang tidak mengharapkan apa-apa dari saya!" Burak terlihat sangat kecewa.

"Burak, Abi ingin kamu tahu sesuatu, ini soal diri Aina." Abi memegang tangan Burak lalu dia mengangguk kan kepala nya sambil melihat Abi dengan perasaan yang sangat ingin tahu.

"Aina sukainah adalah seorang anak, ibu, dan seorang wanita yang tidak memikirkan tentang dirinya. Aina lebih mengutamakan keluarga dan anak-anaknya daripada dirinya sendiri. Abi harap kamu dapat memahami Aina."

Mata Burak mula bergenang air mata, dia melihat Abi lalu dia mengangguk kan kepala nya. "Baik ustaz, saya akan cuba untuk memahami nya."

"Mulai sekarang, kamu harus panggil Abi. Jangan ustaz-ustaz lagi, boleh kan." Abi ingin menyenangkan perasaan Burak yang sedang kesedihan.

"Benarkah ini ustaz! Maaf salah. Abi! Terima kasih Abi." Burak kembali senyum sambil memeluk Abi dengan perasaan nya kembali semangat.

Abi berkata pelahan sambil mengusap lengan Burak. "Aina masih takut dengan apa yang telah terjadi mungkin kerana itu dia menangis."

Burak mengangguk sambil melihat Abi dengan senyuman nya. "Ya Abi, saya faham."

Makanan sudah di hidangkan. Lalu Umi mengajak Abi, Burak, Leyla, Umar, Anas, dan Ahmad untuk makan.

"Ummi Aina dengan acik-acik yang lain tak makan sekali ke tok Umi?" Kata Leyla.

"Ummi Aina masih demam. Jadi acik-acik teman kan ummi makan di dalam bilik." Kata Umi sambil senduk nasi untuk semua orang.

"Ini masakan malaysia. Nasi lemak, Abi rasa kamu dengan Leyla mungkin suka." Abi berkata sambil melihat Burak dengan senyuman nya.

Burak dan Leyla juga tersenyum dan mengangguk kan kepala nya dengan perasaan yang sangat bahagia.

Selepas makan. Abi mengajak Burak duduk di beranda sambil meminum teh tarik.

Kemudian Abi menjelaskan tentang solah kepada Burak.

Setelah mendengar penjelasan Abi. Burak berasa sangat tenang kemudian dia ingin belajar solah dengan Abi.

Abi mengangguk sambil tersenyum.

Malam itu Burak pulang ke balai dengan perasaan yang sangat gembira kerana Abi telah merestui hubungan dia dengan Aina.

****************

Keesokan harinya. Jam 9:00am.

Burak telah bekerja semalaman kerana ingin menyelesaikan perkerjaan nya secepat yang mungkin. Pagi itu Burak mendapat laporan daripada pihak hospital mengenai kes Aina.

Burak terus melihat video cctv yang ada di dalam ruangan bilik air itu yang telah di hantar oleh pihak hospital pagi tadi.

Kemudian..

Ketika Burak melihat cctv itu, dia hanya terdiam menahan kemarahan nya. Kerana video itu tidak cukup kuat untuk dia menahan Jocelyn.

----------------

Di apartment. Dalam bilik Aina.

Semasa Aina sedang mandi kan Ryan dengan Umar di dalam bilik air.

Anas sedang berbaring di atas katil, kemudian dia menjerit. "Ummi ada orang call!" Anas berlari ke bilik air lalu dia bagi telefon itu kepada ummi nya.

Aina merasa aneh, siapa yang telefon dia sampai sepuluh kali. Semasa Aina sedang memegang telefon nya tiba-tiba ada panggilan masuk dari nombor yang tidak di kenali.

Aina berasa takut untuk menjawab panggilan itu, kerana Aina baru tersedar, mungkin yang telefon nya berkali-kali itu adalah Jocelyn.

Kemudian Aina terus mati kan panggilan itu dengan telefon nya.

----------------

Tengah hari selepas solah zohor.

Aina tidur kan Ryan dengan Umar, kemudian dia juga telah tertidur kerana dia masih belum sihat sepenuh nya.

----------------

Setelah solah asar. Anas dengan Leyla ingin pergi bermain di taman. Kemudian mereka telah mengajak acik Aliya untuk menemani mereka pergi ke taman kerana Aina sedang tidur lena.

Semasa di taman. Aliya duduk di bangku taman sambil main telefon nya.

Sesudah Aina solah asar dia keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk meminum air.

Setelah itu Aina mencari Anas dan Leyla.

Kemudian..

Aina bertanya kepada Aira yang sedang duduk di sofa. "Aira, mana Anas dengan Leyla?"

"Dorang pergi taman dengan Aliya." Kata Aira sambil main telefon nya.

Aina minta telefon Aira untuk telefon Aliya. Aina ingin mereka naik sekarang juga.

Aira melihat kakak nya yang dalam kerisauan. Lalu dia bersuara. "Kak Aina, ada apa?" Tanya Aira dengan tenang.

Aina hanya mendiamkan dirinya sahaja.

----------------

Semasa Aira, Aliya, dan Leyla sedang minum air di meja makan.

Aina suruh Anas berdiri di hadapan nya di sofa ruang tamu. "Ummi dah cakap tadi kan, hari ini tak boleh pergi taman kenapa Anas tak dengar cakap ummi." Aina bersuara tegas.

"Kak Aina, Anas mungkin terlupa. Kalau tak tadi dia mesti dah bagitahu akak yang kak Aina tak izinkan dia pergi taman." Aliya bercakap dari meja makan.

"Ya kak Aina betul apa yang Aliya cakapkan tu, budak-budak cepat terlupa sebab kita yang tua ni pun kadang-kadang terlupa juga kan." Aira dan Aliya ingin mempertahankan Anas.

Leyla pergi dekat Aina dan dia berdiri di sebelah Anas. "Leyla minta maaf ummi Aina, tadi Leyla yang ajak Anas pergi taman. Leyla tak tahu yang ummi Aina tak bagi Anas pergi taman."

Aina memegang tangan Leyla dan berkata. "Ya, ummi tahu Leyla tak bersalah sebab itu ummi tegur Anas." Aina bersuara lembut sambil melihat Leyla dengan senyuman nya.

Aina menyuruh Leyla duduk di sebelah nya.

Kemudian Aina berkata dengan tegas kepada anaknya sambil memegang kedua-dua tangan Anas.

"Selepas ini, Anas tidak dibenarkan pergi ke taman lagi, kerana Anas tidak peka dengan apa yang ummi katakan pada Anas pagi tadi."

Aina melihat anaknya tersedu-sedu menahan tangisan.

Kemudian Anas lari masuk ke bilik Tok Umi dan Tok abi.

"Tok Umi, ummi marah Anas. Ummi dah tak bagi Anas pergi taman lagi." Anas menangis di pelukkan Tok Umi.

"Ya Allah. Kenapa pula." Kata Tok Umi sambil mengusap kepala Anas.

Kemudian Tok Abi menggendong Anas dan mereka keluar dari bilik. Kemudian Abi duduk di sofa dan bertanya pada Aina. "Kenapa kau tak bagi Anas pergi taman, apa yang dah berlaku?"

Kemudian Aina melihat Leyla dan berkata. "Leyla tolong bawa Anas masuk bilik. Ummi nak cakap dengan Tok Abi dengan Tok Umi."

Leyla mengangguk kan kepala nya lalu dia memegang tangan Anas dan membawa nya ke bilik.

Aira dengan Aliya yang duduk di meja makan tadi, mereka terus bangun dan datang duduk di sofa.

----------------

Aina bagitahu Umi dan Abi yang pagi tadi dia mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak di kenali banyak kali. Jadi di sebabkan itu, Aina sangat risau kalau anak-anaknya keluar dari rumah.

"Nanti kau hantar nombor itu pada Abi." Kata Abi pada Aina yang mengangguk kan kepala nya.

"Macam mana perempuan tu boleh tahu nombor Aina?" Kata Umi yang sedang risau.

"Dari telefon Leyla, sebab Leyla je yang ada nombor kak Aina." Aliya bercakap sambil menahan perasaan marah nya pada Jocelyn.

Umi dan Aira mengangguk kan kepala mereka sambil melihat Abi.

----------------

MALAM. Jam 9:00pm.

Burak menunggu Abi di masjid aya sophia seperti biasa.

Kemudian Amin dan Muaz datang ke laman masjid untuk berjumpa Burak kerana mereka ingin tahu apa yang dah berlaku di antara Burak dengan Aina semalam.

Semasa mereka berdua tidak ada di rumah kerana mereka sedang keluar tiga hari bersama jemaah tabligh yang ada di masjid aya sophia.

Burak beritahu Amin dengan Muaz seperti apa yang dia telah beritahu kepada Abi.

Kemudian.

Amin dengan Muaz memandang Burak dengan perasaan kesian.

Kemudian Amin berkata. "Tak apa Burak, nanti kalau kau dah masuk Islam. Aku yakin yang Aina akan jatuh cinta pada kau."

"Abang Burak jangan lah sedih sangat, Muaz rasa sekarang ni kak Aina masih lagi takut dengan perempuan tu." Kata Muaz yang ingin menyenangkan perasaan Burak.

Kemudian Abi bersuara dari luar pagar masjid sambil berjalan masuk ke dalam laman. "Ya betul tu Burak. Aina akan cuba untuk jauhkan dirinya daripada kamu. Jadi buat masa sekarang ni kamu kena banyak bersabar." Abi bercakap sambil melihat Burak.

Burak mengangguk kan kepala nya sambil melihat Abi dengan senyuman nya.

Abi duduk di bangku lalu Abi bertanya. "Macam mana dengan kes perempuan tu, kau dah dapat bukti untuk tahan dia?"

"Sebab itu lah saya ada dekat sini Abi, saya nak beritahu terus kepada Abi dengan Amin dan Muaz. Mengenai video cctv yang ada itu tidak cukup kuat untuk saya tahan dia." Burak berkata sambil mengambil telefon nya.

Kemudian Burak bagi telefon dia kepada Abi, Amin, dan Muaz untuk melihat rakaman cctv yang Burak telah masuk kan dalam telefon nya.

Kemudian Abi berkata dengan serius. "Tak apa! Kalau bukti itu tak boleh pakai. Kita akan buat bukti yang kuat untuk tahan perempuan itu." Abi melihat Burak, Amin, dan Muaz.

"Pagi tadi perempuan itu ada telefon Aina berkali-kali, dia mungkin ingin mengugut Aina lagi. Jadi Abi rasa ini adalah peluang kita untuk tangkap dia." Abi berkata dengan serius sambil melihat Burak.

"Mungkin dia nampak abang Burak dengan kak Aina dekat taman semalam, sebab tu dia telefon kak Aina lagi." Kata Muaz.

"Ya betul apa yang Muaz cakapkan tu, abang pun rasa macam tu juga." Amin bercakap sambil menepuk lengan Burak.

Kemudian Amin berkata kepada Abi. "Abang rasa Aina tak kuat nak hadap perempuan tu lagi Abi, sebab keadaan Aina sekarang ni pun dah sampai demam."

"Ya Abi, kak Aina dah tak kuat macam dulu." Muaz bersuara sambil melihat Abi.

Abi sedang berfikir dan mereka semua melihat Abi sedang berfikir.

"Kalau kita tak nak Aina jumpa dengan Jocelyn, macam mana cara nya kita nak dapat kan bukti baru untuk tahan dia!" Abi berkata sambil melihat Amin dan Muaz.

"Kita nikah kan je Burak dengan Aina, habis cerita." Amin masih lagi boleh bergurau di waktu semua orang sedang serius.

Burak tersedak dan terbatuk setelah mendengar gurauan Amin.

"Sabar abang Burak." Kata Muaz yang tersenyum gembira sambil menepuk belakang badan Burak.

Abi tersenyum apabila melihat Burak sangat terkejut dengan gurauan Amin.

"Abang Burak masih belum sedia nak jadi menantu Abi ke?" Muaz berkata dengan senyuman nya.

Abi menepuk lengan Burak sambil tersenyum memandang Burak yang tersenyum terharu.

"Saya masih belajar lagi Abi. Saya benar-benar ingin menjadi imam yang sempurna buat Aina." Burak berkata dengan perasaan tersentuh sambil melihat Abi.

Kemudian Burak menunduk kan wajah nya kerana mata nya sudah mula berkaca-kaca.

Amin dan Muaz melihat Burak menunduk, mereka fikir. Mungkin kerana gurauan itu membuatkan Burak berasa sedih.

Kemudian Abi berkata sambil mengusap lengan Burak. "Burak, kamu menangis ke?"

Burak mengangguk kan kepala nya dan melihat Abi, Amin dan Muaz dengan senyuman nya yang sangat terharu.

"Aku minta maaf, kalau kau terasa hati sebab gurauan itu." Kata Amin yang sedang rasa serba salah.

Burak menggeleng kan kepala nya sambil mengesat air mata nya, lalu Burak berkata. "Saya sangat-sangat bersyukur. Kerana Allah telah temukan saya dengan keluarga Abi. Dan saya sangat-sangat bersyukur. Kerana saya di terima menjadi keluarga Abi." Burak bercakap dengan perasaan yang sangat tersentuh dan terharu.

ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience