Setelah Aira selesai dari solah asar. Aira dengan Aliya masuk ke bilik Abi dan Umi. Aira mula menceritakan apa yang telah terjadi kepada Aina di hospital tadi, secara terperinci.
Kerisauan Abi dengan Umi itu telah membuatkan Abi ingin berterus-terang terhadap Burak mengenai Aina sukainah adalah anak Abi.
----------------
MALAM. Jam 9:30pm.
Semasa Burak sedang menunggu Abi di laman masjid aya sophia di tempat Amin dengan Muaz berada.
Abi datang bersama Amin dengan Muaz
Kemudian Burak melihat Amin bersama ustaz nya.
Lalu Burak bertanya pada Amin dengan senyuman nya. "Apa yang kau buat dekat sini dengan ustaz?" Burak terlihat sangat gembira kerana berjumpa dengan Amin di situ.
Abi berkata dengan serius. "Malam ini kami semua nak tahu latar belakang kehidupan kamu sebelum ini."
"Kenapa ustaz, apa sebenar nya yang dah jadi ustaz." Burak terlihat sangat takut dan tidak faham.
"Wanita yang bernama Aina sukainah itu adalah anak perempuan Abi, dia adik daripada Amin dan kakak kepada Muaz." Abi terus memberitahu Burak tanpa menunggu lagi.
Burak sangat-sangat terkejut dengan penyataan ustaz nya lalu Burak melihat Amin dan bertanya. "Amin benarkah apa yang ustaz katakan ini."
Amin mengangguk kan kepala nya dengan senyuman nya.
"Ustaz, saya minta maaf sangat ustaz! Saya tak tahu dan saya tak kenal ustaz sebelum ini." Kata Burak yang dalam kerisauan kerana Burak banyak bercerita tentang Aina sukainah kepada ustaz nya.
"Tak apa Burak kerana Abi yang ingin tahu sejauh mana perasaan kamu terhadap anak Abi." Abi berkata dengan senyuman nya sambil memegang lengan Burak.
Burak mula tersenyum dengan perasaan yang sangat lega.
----------------
Setelah itu. Burak ozcivit mula bercerita tentang kehidupan nya bersama arwah Aishah.
"Saya sebenar nya seorang duda, enam tahun yang lepas isteri saya lari meninggalkan saya. Dia pergi tanpa bicara dan menghilang tanpa berita."
"Apa yang telah terjadi di antara kamu dengan bekas isteri kamu?" Tanya Abi yang mula berasa Burak ada kaitan dengan arwah Aishah.
"Dia mengalami barah rahim ustaz dan di waktu itu dia sedang hamil anak kami. Doctor telah beri kami dua pilihan yang pertama, ingin gugur kan kandungan itu dan teruskan menjalani rawatan. Atau yang kedua ingin pertahan kan kandungan itu, tetapi doctor tidak pasti akan kesihatan dia setelah melahirkan." Burak bercerita dengan perasaan nya yang sangat sedih.
"Saya telah memilih untuk gugur kan kandungan itu ustaz. Tetapi dia tidak mahu, kerana itu dia lebih memilih untuk pergi tinggal kan saya dan sehingga hari ini, saya tidak tahu adakah dia masih hidup atau sudah tiada. Saya punya anak! Atau tidak!" Burak berkata dengan perasaan nya yang pasrah.
"Persoalan itu membuatkan saya terus menjalani kehidupan seperti ini. Memilih untuk hidup sendiri bersama anak saudara saya adalah yang terbaik buat saya."
"Dan di sebabkan itu kamu mengalami depressed." Tanya Abi.
Burak terkejut lalu dia melihat Abi sambil berkata. "Ya ustaz. Macam mana ustaz boleh tahu yang saya pernah depressed?"
"Sejak kali pertama abang Burak berjumpa dengan kami di sini. Dari melihat wajah abang Burak saja Abi dah dapat tahu yang abang Burak seperti pernah mengalami depressed." Muaz berkata dengan senyuman nya.
"Tetapi sekarang ni Burak dah tak ada depressed lagi, sebab dia dah jumpa ubat dia Aina sukainah. Kan Burak." Amin bercakap sambil tersenyum melihat Burak tersenyum bahagia. "Ya betul apa yang Amin katakan ustaz, itu sebelum saya mengenali ustaz dengan keluarga ustaz. Dan sebelum saya mengenali islam."
Abi, Amin dan Muaz melihat sesama mereka. Kerana mereka sudah tahu siapa Burak ozcivit yang sebenar nya dia adalah ayah kepada Umar dan Anas.
Abi memegang tangan Burak dan berkata. "Abi nak tahu siapa Jocelyn? Dan apa hubungan kamu dengan dia?"
"Macam mana ustaz boleh kenal Jocelyn?" Burak terlihat sangat terkejut.
"Sebab perempuan itu dah!!" Kata-kata Muaz di halang oleh Abi.
"Muaz cukup!" Abi berkata sambil menggeleng kan kepala nya pada Muaz.
"Apa dia ustaz! Apa yang telah terjadi! Apa yang saya tidak tahu! Muaz!" Burak melihat Abi dan Muaz dengan perasaan yang sangat risau.
Kerisauan Burak ozcivit terhadap Aina sukainah terlihat jelas di wajah nya.
"Nanti Abi akan ceritakan pada kamu, apa yang telah terjadi pada tengah hari tadi. Tapi sebelum itu Abi ingin tahu siapa Jocelyn?"
Kemudian..
Burak menjelaskan kepada Abi yang mereka hanya sekadar sepupu yang jarang berjumpa. Dan tidak lebih dari itu. Burak hanya tahu yang Jocelyn anak makcik nya Jamilya adalah seorang Le..b..n itu saja.
Selepas Abi sudah tahu tentang hubungan Burak dengan perempuan itu. Barulah Abi menceritakan semua nya kepada Burak soal apa yang telah terjadi kepada Aina di hospital pada tengah hari tadi.
"Aina tidak mahu kamu tahu mengenai kejadian tadi, kerana Aina takut kalau perempuan itu akan mencari dia lagi." Abi berkata dengan sangat tenang.
"Sebab dia dah bagi amaran dekat Aina! Dia tak akan lepaskan Aina kalau kau dapat tahu tentang kejadian itu." Amin berkata dengan suara yang keras.
"Macam mana dengan keadaan Aina sekarang ni ustaz?" Burak terlihat sangat risaukan Aina.
"Aina demam! Dia nak bangun dari katil pun dah tak larat." Amin bercakap sambil melihat Muaz.
Amin memberi isyarat mengunakan matanya, menyuruh Muaz untuk bercakap lagi.
Amin memang berniat ingin membuat Burak marah terhadap Jocelyn.
"Kak Aina tak nak tidur di hospital, sebab takut kalau perempuan tu nampak dia ada dekat sana." Muaz berkata sambil melihat Burak yang sedang menahan kemarahan nya.
"Apa yang kau nak buat sekarang ni Burak?" Amin bertanya sambil melihat Burak mengengam kedua tangan nya dengan sangat kuat.
"Saya akan pastikan yang Jocelyn dapat hukuman dari apa yang telah dia lakukan kepada Aina." Burak berkata sambil melihat Abi, Amin, dan Muaz.
"Kalau perempuan tu betul-betul kacau kak Aina macam mana Abi?" Tanya Muaz.
"Abang rasa dia dah tak berani kacau Aina lagi, kalau Burak dah tahu tentang dia." Kata Amin.
Muaz mengangguk kan kepala nya sambil berkata. "Haah betul, adik pun rasa macam tu."
"Malam esok Abi nak kamu datang ke rumah, makan malam sekali. Boleh kan?" Abi bertanya pada Burak.
"Boleh ustaz. Saya akan datang." Burak terlihat sangat gembira.
"Burak, Abi nak kamu nyatakan perasaan kamu pada Aina kalau kamu benar mencintai nya." Abi berkata dengan serius.
"Ya Burak, beritahu dia perasaan kau yang sebenanya pada dia!" Amin bercakap sambil menepuk lengan Burak.
Burak melihat mata Abi dengan perasaan yang sangat terharu. Kerana Abi sudah menerima dia menjadi sebahagian dari keluarga Abi.
"Bila Abi, waktu yang sesuai untuk abang Burak luahkan perasaan nya pada kak Aina?" Tanya Muaz kepada Abi.
"Petang esok dekat taman. Abi hanya nak Aina tahu yang dia tidak perlu takut dengan apa yang telah perempuan itu katakan kepada nya." Abi bercakap sambil melihat Burak dengan sangat serius.
****************
Keesokan harinya.
Sesudah sarapan pagi. Abi beritahu keluarga nya yang Burak akan datang makan malam di rumah mereka.
Aina saja yang masih belum tahu kerana dia tidak duduk sarapan sekali bersama keluarga nya kerana dia sedang berehat, tertidur lena di dalam bilik.
"Aina tak tahu lagi yang Abi jemput Burak datang makan sini." Kata Umi kepada Abi.
"Lepas solah zohor nanti, kita berdua yang akan beritahu dia." Kata Abi pada Umi.
Kemudian..
Setelah selesai solah zohor, Abi dengan Umi masuk ke bilik Aina semasa dia sedang duduk di atas katil sambil minum ubat demam nya.
"Ada apa Abi, Umi?" Tanya Aina dengan suara yang lembut.
Abi duduk di bangku dan Umi duduk di katil sebelah Aina lalu Umi berkata. "Malam ni Burak datang makan di rumah kita, Abi dah jemput dia semalam."
Aina yang dalam keadaan masih demam sangat terkejut dengan keputusan yang telah Abi buat.
Abi melihat Aina seperti terkejut kemudian Abi berkata. "Aina, Abi tak nak tengok kau terus takut dengan perempuan tu. Dia tak boleh buat apa-apa tanpa izin Allah."
Lalu Umi bersuara. "Ya Aina. Apa yang telah terjadi ini pasti ada hikmah nya."
Aina mengangguk kan kepala nya dengan senyuman nya sambil melihat Abi dan Umi.
Abi berkata lagi. "Burak berharap sangat dia dapat jumpa kau, jadi Abi dah izinkan dia jumpa kau petang ni dekat taman, kau turun sekejap jumpa dia."
Aina sekali lagi terkejut. "Akak tak nak Abi. Akak tak nak ada urusan apa-apa lagi dengan dia!" Aina berkata dengan suara nya yang seperti ingin menangis.
"Aina sukainah! Sampai bila! Sampai bila kau nak jadi ibu tunggal! Sedangkan kau tak pernah bernikah! Aina, kau itu bukan nya muda lagi! Sekarang ini kau sudah berumur tiga puluh tahun!" Abi berkata dengan suara yang sedikit tegas.
"Tapi kenapa dia Abi." Aina menunduk kan wajah nya sambil memejam kan mata nya.
"Abi nampak ke ikhlasan dia Aina. Dia betul-betul ingin belajar tentang islam. Aina, setiap malam Abi dengan dia. Jadi Abi tahu sifat dia yang sebenar nya dan Abi tahu yang Burak benar-benar mencintai kau."
"Aina, sekali ni saja. Pergilah jumpa dia sekejap." Umi berkata sambil mengusap belakang badan Aina.
"Boleh atau tidak, petang ni Abi nak kau turun juga sekejap jumpa dia?" Kata Abi sedikit tegas.
Aina mengangguk kan kepala nya dan cuba untuk tersenyum sambil melihat Abi.
Aina terpaksa pergi berjumpa Burak kerana dia tidak mahu menjadi anak yang tidak taat kepada orang tua nya.
----------------
PETANG. Jam 6:00pm.
Aina dengan anak-anaknya sudah ada di taman permainan, Aina sedang melihat anak-anaknya bermain lari-lari bersama Leyla.
Ketawa riang itu kedengaran kuat sampai ke dalam kereta Burak yang sedang mengemaskan diri nya sebelum turun dari kereta untuk berjumpa dengan Aina.
Aina sedang duduk di bangku taman sendirian sambil bertasbih.
Burak menghampiri Aina dari belakang nya, kemudian Burak memberi salam. "Assalamualaikum."
Aina melihat Burak, lalu dia menunduk kan wajah nya kembali sambil menjawab salam. "Waalaikumsalam."
Aina melihat ke bawah sambil tangan nya memegang seutas tasbih untuk menghilang kan rasa debaran di hati nya.
"Boleh saya duduk?" Tanya Burak yang melihat Aina.
Aina mengangguk kan kepala nya sambil hati nya terus bertasbih.
Lalu Burak duduk di hujung bangku dan hanya berdiam diri melihat anak-anak mereka bermain.
Hati mereka berdua sama-sama berdebar sangat kencang sehingga mereka tidak bersuara sedikit pun.
Suasana menjadi sunyi seketika.
Kemudian. Burak memberanikan diri untuk memulakan perbualan terlebih dahulu, lalu dia bersuara. "Saya dah lama tak duduk di sebelah wanita yang telah membuat hati saya berdebar-debar macam sekarang ini." Burak melihat Aina seketika lalu dia tersenyum sambil membetulkan rambut nya.
Suasana kembali sunyi..
Burak menunduk sambil memikirkan apa yang perlu dia katakan.
"Semalam saya baru tahu, yang ustaz saya itu adalah Abi awak. Selama ini saya banyak bercerita tentang awak pada ustaz saya. Dan ternyata saya bercerita kepada Abi awak." Wajah nya sedang memerah kerana malu dan sangat berdebar-debar.
Kemudian. Burak mula menceritakan tentang diri nya. "Saya pernah bernikah dan pernikahan itu terjadi enam tahun yang lepas.....Kemudian.....
"Sehingga hari ini saya hidup sendirian. Dan sehingga hari ini tidak ada wanita lain di hati saya selain awak." Burak memandang Aina dengan perasaan yang amat bersyukur kerana telah bertemu dengan Aina Sukainah.
Burak berkata dan berkata lagi dengan perasaan nya yang semakin berdebar-debar. "Sejak saya mengenali awak. Mengenali ustaz. Mengenali Islam. Hati saya rasa penuh dan rasa seperti hidup semula." Degupan jantung nya terdengar kuat.
Burak diam seketika, dan dia memandang ke arah Aina sesekali.
Kemudian dia berkata lagi. "Terima kasih kerana awak telah mengisi hati saya. Dan terima kasih kerana awak sudi bertemu saya hari ini."
"Ya allah benarlah dia adalah suami arwah Aishah, gambar yang akak nampak itu memang Aishah dengan suaminya. Burak bukan kawan Aishah tapi suami Aishah."
Semasa Aina mengambil beg pakaian Leyla dengan Ryan di dalam bonnet kereta Burak beberapa hari yang lalu.
Aina ternampak gambar arwah Aishah bercuti bersama Burak di indonesia terselit di bawah fail kerja Burak yang bersepah di belakang bonnet kereta nya. Aina menyangka yang Burak mungkin hanya kenalan arwah Aishah sahaja. Namun ternyata tidak seperti yang Aina harapkan.
Burak mula beranikan dirinya untuk melihat mata Aina dari tepi.
Aina mengesat air mata nya yang menitis di wajah nya.
Burak melihat Aina mengalirkan air mata. Kemudian Burak bercakap dengan serius. "Aina, tolong beri saya ruang untuk berada di hati awak."
Aina bangun dari bangku dan dia berbalik ke arah apartment nya.
Kemudian Burak segera mengucapkan kata-kata terakhir nya. "Aina sukainah!" Burak masih duduk sambil memusingkan badannya ke arah Aina.
Aina berdiri terdiam kerana Burak memanggil nama penuh nya.
"Aina sukainah saya cintakan awak, saya dah jatuh cinta pada awak sejak kali pertama kita berjumpa lagi. Saya mencintai awak Aina. Tolong bagi saya ruang untuk berada di hati awak." Burak berdiri untuk mengatakan itu dengan perasaan yang sedang berdebar-debar.
ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ
BERSAMBUNG
Share this novel