episode 11

Romance Completed 16295

Amin berasa sangat lega kerana Burak menangis bukan disebabkan gurauan nya itu.

Abi berkata sambil memegang tangan Burak. "Kami juga sangat bersyukur kerana Allah s.w.t telah menghantar seorang permuda yang benar-benar mencintai anak Abi, dan seorang permuda yang benar-benar mencintai islam."

Burak tersenyum lalu dia bangun dari duduk nya dan ingin memeluk Abi. "Terima kasih Abi." Burak menangis tersedu-sedu.

Malam itu Burak tidur di masjid aya sophia sekali dengan Amin dan Muaz.

----------------

Di apartment. Jam 11:00pm.

Setelah Aina tidur kan Ryan dan Umar. Kemudian Aina keluar dari bilik dan melihat Abi dan Umi ada masih ada di ruang tamu. Aina berjalan ke arah Umi dan bertanya. "Umi, Anas sudah tidur ke?"

"Belum lagi rasa nya, dia lagi merajuk." Kata Umi dengan tersenyum.

Sebelum ini Anas dan Umar tidur dengan ummi nya seperti biasa. Tetapi di sebabkan Aina perlukan rehat. Jadi sudah dua hari Anas dengan Umar tidur di bilik Tok Abi dan Tok Umi.

Malam ini Umar sudah tidur di bilik ummi nya, kerana Aina sudah berasa sihat sedikit. Tetapi Anas sahaja yang masih ingin tidur di bilik Tok Abi dan Tok Umi, kerana petang tadi dia baru saja dimarahi.

----------------

Aina masuk ke dalam bilik Abi dan Umi, lalu Aina duduk di katil sebelah Anas. Kemudian Aina mengusap kepala anak nya.

Aina tahu yang Anas masih belum tidur kerana mata nya berkedip-kedip. "Anas ummi minta maaf, kerana ummi marah Anas tadi. Ummi hanya ingin Anas jadi anak yang taat. Ummi tahu Anas terlupa, sebab itu ummi datang ke sini, ummi nak angkat Anas tidur dengan ummi."

Aina geletek ketiak anak nya. Lalu Anas tersenyum kerana geli-geli, tetapi dia masih lagi buat-buat tidur.

Aina menggendong anak nya keluar dari bilik.

Tok Umi juga tahu yang Anas sedang buat-buat tidur. Lalu Umi datang kepada Aina dan berkata. "Anas masih tidur ke Aina?"

"Ya Umi, lena betul tidur nya." Aina tersenyum.

"Umi, Abi, akak masuk tidur dulu ya." Aina mencium tangan dan dahi Umi.

"Baiklah." Umi mengangguk sambil mengusap kepala Anas.

Abi yang sedang membaca kitab di sofa juga telah melihat Aina sambil mengangguk dengan senyuman nya.

----------------

Sampai di katil. Semasa Aina ingin baring kan anak nya, tiba-tiba Anas bersuara. "Ummi, Anas minta maaf. Anas janji tidak akan buat lagi." Anas merengek sambil mencebir kan mulut nya.

Aina mengusap pipi anak nya dan mencium dahi anak nya. "Baiklah, ummi sudah maafkan Anas." Aina tersenyum manis, lalu dia berbaring dan Anas memeluk ummi nya.

Kemudian Anas teringatkan kejadian petang tadi, lalu dia berkata. "Ummi, tadi ada kawan ummi datang jumpa Anas masa dekat taman tadi."

Aina sangat terkejut, lalu Aina melihat anak nya yang ada di dalam dakapan nya itu. "Siapa! Bila dia jumpa Anas? Kak Leyla ada dekat mana masa tu?"

"Kak Leyla pergi minum air dekat acik Aliya. Waktu itu Anas sendirian."

"Dia ada kata apa pada Anas?" Aina cuba untuk tenang di depan anaknya.

"Dia suruh ummi jawab panggilan dia. Sebab dah banyak kali dia telefon ummi tapi tak dapat. Makcik itu suruh Anas beritahu ummi." Kata Anas sambil melihat ummi nya.

Aina tersenyum sambil melihat anak nya. "Baiklah, nanti ummi telefon dia. Sudah lah, kita tidur ya." Aina bercakap sambil mencium dahi anak nya.

----------------

Malam itu Aina sudah tidak boleh tidur kerana Aina sangat risau dan sangat ketakutan.

Aina termenung dan memikirkan apa yang akan Jocelyn lakukan lagi setelah ini.

Tanpa sedar Aina sudah memikirkan nya sehingga jam tiga pagi.

Kemudian. Aina bangun dari baring nya dan pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solah tahajud.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Aina dan keluarga nya untuk bangun dari tidur dan menunaikan solat malam. Ini adalah rutin harian Aina bersama keluarga nya ketika mereka bangun pertengahan malam, mereka akan melaksanakan solah tahajud.

Aina yang masih duduk di atas sejadah setelah selesai dari wirid harian nya lalu Aina mengangkat tangan nya berdoa dan meminta dari illahi. "Ya Allah...........Ya Allah peliharalah kami Ya Allah, lindungilah kami dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap keluargaku Ya Allah, lindungilah hambamu ini Ya Allah."

Aina menitiskan air mata nya, lalu Aina bertekad untuk tidak takut lagi dengan wanita itu, dan Aina tidak akan membiarkan Jocelyn berani mengganggu keluarga nya lagi.

Aina mengesat air mata nya sambil bangun dan mengambil telefon nya yang ada di dalam laci.

Aina masuk ke dalam bilik air kemudian Aina menghidupkan semula telefon nya dan melihat hanya ada dua puluh panggilan yang tidak berjawab daripada nombor yang tidak di kenali nya.

Aina akan menelefon Jocelyn kemudian Aina akan merakam kata-kata Jocelyn kepada nya. Tetapi Aina teragak-agak kerana dia masih tidak memberitahu Abi dan keluarga nya tentang rancangan nya.

****************

Keesokan harinya.

Selepas solah subuh. Semasa Aina sedang duduk berwirid. Aina dapat Whatsapp daripada number lain Aina cuba beranikan dirinya untuk buka dan membaca whatsapp itu.

"Assalamualaikum Aina saya ingin minta maaf dengan awak kalau kata kata saya semalam buatkan awak rasa tidak selesa. Tetapi saya akan menunggu jawaban itu daripada awak."

Ternyata whatsapp itu daripada Burak, number yang Leyla pernah bagi pada Aina sebelum ini. Aina tidak simpan di dalam telefon nya.

Aina berfikir sambil typing. "Tak apa saya tak simpan dalam hati." Setelah beberapa saat kemudian Aina padam kan semula tulisan nya itu.

Aina gelisah sambil bercakap di dalam hati nya. "Apa yang akak nak cakap ni, ya allah kesian pula kalau tak balas whatsapp dia."

Aina berasa bersalah terhadap Burak kerana dia pergi daripada taman itu tanpa berkata sepatah kata pun kepada Burak.

Aina termenung sambil berfikir kemudian Aina cuba typing lagi, tapi kali ini daripada hatinya. "Saya juga minta maaf kalau saya sudah buat awak terasa hati semalam. Saya masih perlukan masa untuk berfikir sebelum saya berikan jawaban."

Burak menunggu balasan whatsapp daripada Aina dia melihat telefon nya sambil tersenyum gembira kerana Aina sedang typing.

Burak terlihat sangat bahagia kerana Aina telah membalas whatsapp dia dengan kata-kata yang menyentuh hati nya.

----------------

Jam 11:00am. Amin dan Muaz sudah pulang ke rumah setelah selesai urusan mereka bersama jemaah tabligh yang ada di masjid aya sophia.

----------------

Selepas solah zohor. Semasa Aina masih duduk di atas sejadah menghabiskan khatam Quran nya. Tiba-tiba telefon Aina berbunyi kemudian Aina mengangkat panggilan itu sambil berjalan masuk ke dalam bilik air lalu Aina tekan butang rakaman.

"You made it clear that you would not be seeing Burak again! But my friend saw you with Burak near the park. Do you really want to see me again? Do you miss me? Alright, let us meet up tonight.

Jocelyn berkata dan berkata lagi dengan tenang, kerana dia tahu Aina akan takut padanya.

Aina hanya terdiam dengan jantung nya yang berdegup kencang.

"If you do not want to see me this tonight. I will look for your younger sister, Aliya. I'm sure she must be as beautiful as you, right."

Aina menutup mulut nya menahan suara tangisan yang ingin keluar kerana ketakutan. Aina tidak mahu Jocelyn mendengar dan mengetahui keadaan diri nya ketika ini.

"Anas, your son is right. He is a son who listens. He is not like his ummi, who is stubborn. We will meet again Aina, no matter what. I will definitely be able to see you."

Aina tidak dapat tahan dengan kata-kata Jocelyn. Kemudian Aina cuba untuk bersuara tegas dengan perasaan yang sangat marah.

"If you dare to disturb my family, I will not stay silent. And I will file a police report, if you disturb my children again. About Burak, that is my business with him. You do not interfere because you are nothing to us."

Jocelyn tersentak setelah mendengar kata-kata Aina. Dia tidak sangka yang Aina berani berkata seperti itu padanya.

Kemudian Aina terus mematikan panggilan itu.

----------------

Sesudah makan tengah hari. Semasa Abi, Umi, Amin, sedang bersembang-sembang di ruang tamu. Aina datang ke Abi dan Umi lalu dia duduk di sebelah Umi.

Kemudian. Aina beritahu yang petang semalam semasa di taman, Jocelyn ada berjumpa dengan Anas, dan selepas solah zohor tadi Aina baru saja dapat panggilan dari perempuan itu.

"Kau ada rakam panggilan tu?" Amin berkata dengan serius.

Aina mengangguk kan kepala nya. "Ya."

Kemudian Aina bagi Abi, Umi dan Amin mendengar rakaman itu.

Setelah itu. Abi dengan Umi berasa sangat lega kerana Aina sudah menjadi lebih berani dari sebelum ini.

"Aina sepatutnya kau kena cakap lagi. "Kami akan bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi! Perempuan tu mesti menangis bila dengar kau cakap macam tu." Amin berkata dengan senyuman nya yang suka.

Aina tersenyum di sebabkan gurauan Amin itu melebih lebih. Amin hanya ingin menghiburkan hati adiknya Aina.

"Alhamdulillah, Umi rasa dengan rakaman ini. Kita dah boleh buat laporan polis, kan Abi." Umi bercakap sambil memandang Abi.

"Ya betul." Abi mengangguk sambil memegang telefon Aina dan berkata. "Abi akan bagi rakaman ni pada Burak, supaya dia dapat selesaikan kes ni cepat."

Aina mengangguk dengan perasaan nya yang terasa tenang.

Kemudian. Tiba-tiba Aina bersuara. "Abi akak nak telefon tu sekejap." Aina teringat kan yang tadi dia ada bercakap soal Burak di dalam rakaman itu.

"Nak buat apa?" Kata Abi pada Aina.

"Aina nak edit rakaman tu Abi, biar Burak tak tahu yang dia ada cakap soal Burak dalam rakaman tu. Kan Aina." Amin bercakap sambil memandang Aina dengan senyuman nya yang gembira.

Abi tersenyum sambil mengangguk kan kepala nya melihat Aina kerana Abi sudah tahu. "Oh macam tu, tak perlu lah nak edit biar original audio baru Burak boleh ambil buat bukti baru."

Umi dan Amin juga turut tersenyum melihat Aina yang sedang menunduk kan wajah nya yang tersenyum malu.

----------------

Selepas solah asar. Abi dengan Amin pergi ke balai polis tempat Burak bekerja.

Semasa di depan balai.

"Abi ada apa ni. Kenapa Abi dengan Amin sampai datang sini?" Burak bercakap sambil bersalaman dengan Abi dan Amin.

"Kenapa Amin?" Tanya Burak berbisik pada Amin dengan perasaan ingin tahu kerana Burak melihat wajah Abi serius.

Kemudian Burak menyuruh Abi dan Amin duduk di sofa sambil meletakkan minuman di atas meja.

Burak bertanya dengan risau. "Apa yang sudah terjadi Abi?" Burak bercakap sambil melihat Abi dengan Amin dengan perasaan yang sangat kerisauan.

Kemudian Abi keluar kan telefon Aina daripada pocket baju Abi dan bagi kepada Burak. "Jocelyn ada telefon Aina pada tengah hari tadi dan Aina sudah rakam perbualan dia dengan Jocelyn."

Burak mengambil telefon itu dari tangan Abi lalu dia membuka fail audio yang Aina telah rakamkan itu.

Setelah mendengar audio itu Burak menunduk kan wajah nya dan memejamkan mata nya sambil menarik nafas dalam, kerana dia sedang menahan marah.

"Burak, kau okay tak?." Amin berkata sambil menepuk lengan Burak.

Burak mengangguk kan kepala nya sambil berkata. "Bila dia jumpa Anas Amin?" Burak bertanya dengan risau.

Kemudian Abi menceritakan apa yang telah terjadi petang semalam semasa Anas dengan Leyla berada di taman permainan.

"Abi, macam mana dengan keadaan Aina sekarang ini?" Burak berkata dengan perasaan tersentuh kerana mendengar Aina berkata sedemikian.

"Abi dengan Umi bersyukur kerana Aina tenang menghadapi Jocelyn." Amin berkata dengan perasaan lega.

"Luaran Aina kita lihat dia seperti baik-baik sahaja, tetapi kita tidak tahu dalaman dia macam mana." Abi berkata dengan kerisauan terhadap perasaan Anak nya.

Amin mengangguk kan kepala nya sambil memandang Burak.

Burak juga mengangguk kan kepala nya sambil memandang Abi.

Setelah sekian lama dia mengenali Aina daripada Abi, Amin, Muaz dan daripada Leyla, anak saudara nya yang banyak bercerita tentang Aina sehingga membuatkan Burak ozcivit semakin menyayangi Aina sukainah.

----------------

MALAM. Jam 10:00pm.

Burak datang ke rumah Jamilya.

Kemudian Jamilya berkata dengan marah. "Kenapa kamu datang ke sini. Bukankah kamu sudah tidak mahu datang ke sini lagi, sejak kamu kenal dengan janda itu!"

Burak bercakap dengan suara yang tenang. "Saya datang sini kerana ingin berjumpa dengan Jocelyn, dia ada kan makcik?"

"Kenapa kamu nak jumpa Jocelyn! ada apa?"

"Jocelyn! Jocelyn! Aku nak cakap dengan kau sekejap!" Jerit Burak sambil melihat ke dalam rumah Jamilya.

"Dia tidak ada! Jocelyn sudah lama tidak pulang ke rumah ini, sejak makcik masuk hospital hari itu, dia sudah lama menghilang." Jerit Jamilya pada Burak.

Jamilya melihat Burak seperti sedang marah. Kemudian Jamilya mengikuti Burak sampai ke luar rumah.

"Burak apa yang sudah jadi, beritahu makcik apa yang Jocelyn sudah lakukan kali ini?" Jamilya berkata dengan risau.

Burak bercakap sambil berjalan ke arah kereta nya. "Saya akan beritahu makcik. Kalau saya sudah berjumpa dengan Jocelyn."

ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience