Rate

Bab 73 : Jernih

Romance Completed 402255

"Betul ke awak tak nak ziarah Azah tu? Hilmi cakap hari ni dia sepatutnya dijadualkan bersalin. Dapat cucu baru, takkan tak suka Mak Cik Azlinda!" Usik Ghani.

"Tak hingin lah saya. Biarlah. Dah itu pilihan dia. Biar dia hadap. Tu kena bedah tu, sebab apa abang tahu? Sebab tak dengar cakap saya sebagai mak dia. Allah balas cash atas dunia ni untuk anak yang sakitkan hati ibu dia." Laju sahaja Azlinda menjawab pertanyaan Ghani.

"Subhanallah. Dalam hidup saya, ini lah kali pertama saya jumpa depan mata saya, seorang mak yang tak sayang anak." Nyata Ghani.

Azlinda terdiam, menunggu si suami melanjutkan bicaranya.

"Azah anak kita. Anak saya. Anak yang awak lahirkan. Kalau anak tiri, anak angkat, faham jugak lah saya kenapa awak benci sangat pada dia. Ni, tanpa sebab, tanpa alasan, cuba cerita kenapa awak benci sangat pada dia?

Kenapa awak percaya sangat pada Izzat tu? Dalam saya larang awak berhubung dengan besan lama awak tu, awak berhubung jugak. Bila lah nak dengar cakap saya ni Azlinda. Jangan sampai awak pulak yang jadi isteri derhaka.

Dapat balasan isteri derhaka pulak nanti. Awak nak ke jadi isteri derhaka?" Usik Ghani, dia cuba menasihatkan isterinya dalam keadaan santai supaya tidak terlalu melibatkan emosi yang membuatkan hubungan mereka tegang.

Azlinda membulatkan matanya apabila mendengar kata-kata dari mulut suaminya itu.

"Apa abang ni, bukan main lagi awak nak bela anak awak tu sampai sanggup jadikan saya isteri derhaka pulak?" Marah Azlinda.

"Benda tu hakikat. Awak tak serik ke tengok Azah kena belasah macam nak hilang nyawa dah tu? Awak tak kesian?" Tanya Ghani.

Azlinda terdiam lagi.

"Abang tahu apa yang anak abang buat belakang abang dulu tu. Sampai menconteng arang ke muka kita. Abang tak marah? Mustahil kalau tak marah, melainkan abang dah tahu lama. Tapi rahsiakan dari saya." Marah Azlinda.

"Siapa cakap? Izzat cakap? Kalau Izzat yang cakap, sikit pun saya tak percaya dah sekarang ni. Dia pun tak berapa betul, ini kan nak cerita pasal orang lain." Ghani mendengus kasar.

"Kita ni mak ayah, sepatutnya anak kita keutamaan kita. Saya bukan nak cakap kita kena bela anak kalau dia buat benda yang salah sekali pun. Tapi sebagai mak ayah dia, kita seharusnya jadi tempat rujukan pertama dia bila ada apa-apa yang berlaku. Tak kisah lah benda baik, atau benda buruk.

Tapi tak, sampai Azah kena dera dengan Izzat selama ni pun, kena aniaya dengan mentua dia, semua dia simpan sendiri. Dia tak percayakan kita untuk luahkan segala masalah dia. Awak tak rasa apa-apa ke, bila anak sendiri lebih percaya kan orang lain?" Ghani menggeleng kepala.

"Saya serahkan anak saya dulu, bukan untuk didera. Saya nak dia bahagia. Sebab awak yakinkan saya yang dia boleh bahagia dengan Izzat. Tapi tak bahagia pun.

Sudah lah tak bahagia, dihina dikata macam-macam termasuklah mandul dan sebagainya. Itu belum lagi si Izzat tu kahwin senyap-senyap. Mujur Azah tak balik sebagai jenazah. Kalau jadi macam tu, saya lah yang paling sedih." Sambung Ghani.

"Awak sendiri beritahu saya, yang awak takkan terikut dengan perangai mak awak yang suka marah-marahkan awak tanpa sebab, tak percayakan awak. Tapi sekarang ini, itulah benda yang sama yang awak buat. Awak tak suka didera, tapi itulah yang awak sedang buat.

Awak dera Azah hanya dengan cerita yang orang luar bawak. Saya tak tahu dah nak nasihatkan awak macam mana. Saya nak keluar dulu. Pergi cari daun akar kayu dekat kedai untuk bawak pergi sana. Boleh lah Azah buat mandi, segarkan badan dia lepas bersalin.

Kalau awak tak nak pergi, awak jangan halang saya pergi. Saya nak tengok cucu. Ayahnya handsome, cucu saya pun mesti elok rupanya. Rugi lah awak, anak menantu cucu pun dibuat musuh." Kunci motor yang tergantung berdekatan pintu dicapai sahaja dalam dia melangkah untuk keluar dari rumah itu.

Azlinda hanya menahan rasa hatinya setelah di ceramah begitu.

*****

"Abang, nanti masa dia cucuk masukkan ubat dekat belakang sayang, boleh tak abang teman?" Tanya Azah.

Makin dekat masanya, makin teruk debaran dirasa. Bermula dari pukul 10 malam tadi, Azah sudah disuruh berpuasa dalam persediaannya bagi pembedahan pukul 2 petang nanti. 4 jam sahaja lagi.

"Abang dah tanya. Tapi tak ada respon lagi. Tak apa, kita cuba ya."

"Tak apalah kalau tak dapat." Balas Azah.

Air mata yang meleleh di mata Azah, Hilmi lap sahaja perlahan. Rasa bersalah pula membiarkan Azah bersalin sendirian, tetapi kerana itu adalah prosedur hospital, terpaksa mereka patuhi. Apatah lagi, bayi dalam kandungan Azah dijangkakan sudah mencapai berat 4.2kg, maka lebih cepat pembedahan itu perlu dijalankan. Besar!

"Sayang kena kuat, kita kan nak jumpa baby." Pujuk Hilmi.

"Okey." Air matanya masih meleleh lagi.

"Mama dengan Hannah tak sabar dah tu nak jaga sayang dengan baby. Mama ada tanya kalau sayang nak pantang kat rumah dia. Abang cakap tak, sebab rumah kita kan dah siap. Baru seminggu duduk rumah baru, takkan nak tinggal lagi kan?" Ujar Hilmi.

"Nasib baik sempat siap." Balas Azah.

Mereka berdua terkekek gelak. Mana tidaknya, dalam menyiapkan rumah itu untuk diduduki secepat mungkin, hampir setiap malam Hilmi berkampung di sana selepas Maghrib.

Azah juga diangkut bersama kerana dia terlalu risau untuk membiarkan Azah bersendirian tetapi Azah sekadar disuruh duduk di dalam bilik utama rumah itu yang telah disiapkan lebih awal.

"Tak sabar nak bawak balik junior ni ke rumah. Rezeki dia, lahir je terus dapat masuk rumah baru. Abang ada telefon abah, beritahu. Esok atau lusa mungkin abah sampai." Hilmi mengkhabarkan berita baik yang diterima dari Ghani setelah dia memaklumkan kepada Ghani.

"Ibu pun ke?" Tanya Azah.

"Mungkin sekali lah tu. Mana boleh abah datang tak bawak ibu, kan?" Pujuk Hilmi lagi.

Jauh di sudut hati, Azah amat mengharapkan ibunya sudi datang bersama, sekaligus menjernihkan hubungan mereka yang telah retak sejak beberapa tahun yang lepas.

Enjoy reading! :) Meeting lagi hari ni T_T Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience