Rate

Bab 19 : Loket

Romance Completed 402255

Dari rumah sewa Azah di Damansara Kuantan, Hilmi membawa Azah ke Esplanade Kuantan yang terletak di pinggir Sungai Kuantan. Orang-orang di sini mengenali tempat ini dengan nama panggilan benteng. Banyak kedai makan yang murah dan sedap di sini.

"Akak nak makan apa?" Tanya Hannah yang sedari tadi berkepit dengan Azah.

Baru sahaja berjumpa tetapi sudah mesra. Azah memandang ke arah Hilmi yang berjalan di belakang mereka sekilas.

"You do the honor, love." Ucap Hilmi.

Kembang kempis hatinya mendengar panggilan Hilmi.

"Western food boleh? Dekat depan tu ada satu kedai Western food yang sedap. Ada Mango Cheesecake dan Puding Raja untuk desserts." Azah menunjuk ke arah satu gerai bernombor 23.

"Hannah tak pernah cuba Mango Cheesecake tu lagi sejak pindah ke sini. Nak lah." Jawab Hannah.

"Okey, kita pergi kedai tu." Putus Hilmi.

Hilmi tetap lah Hilmi macam dulu. Berikan Azah kuasa untuk membuat keputusan, dan diikut sahaja tanpa bantahan.

'Imi, Imi pernah tak rindu masa-masa kita dekat UK? Azah rindu masa kita dekat London. Jalan-jalan dekat Regent's Park. Pergi berkelah dengan orang-orang Malaysia yang lain dekat Whitworth Park, Rusholme. Ada masanya, bila bosan, pergi pusing-pusing Manchester naik turun bas.

Rindu dengan semua kenangan tu, tapi Azah sedar, we are not the right person for each other. Sekarang, Imi muncul lagi depan Azah. Tapi Azah masih lagi bukan orang yang tepat untuk Imi. Imi carilah orang lain yang lebih layak. Because we will never be the right person for each other.'

Wajah Hilmi yang sedang melihat menu diperhatikan sahaja. Lama. Biarpun bertahun tak jumpa, rupanya masih ada rindu yang bersisa.

"Cantik kannnnn? Abang, Hannah nak ni." Gambar gelang Pandora dengan charms bertemakan puteri-puteri Disney ditunjukkan kepada Hilmi.

"Hannah, awak tu dah besar. Dah 20 tahun. Apalah nak benda-benda macam ni. Ingat comel ke?" Bebel Hilmi.

"Alaaaa, belikan lah. Abang janji kan kalau Hannah dapat 3.5 sem lepas, Hannah boleh dapat hadiah." Omel Hannah.

"Takde, terlebih bajet yang abang bagi. Kalau nak, kahwin, nanti suruh je Amirul tu belikan. Benda-benda comel macam ni, abang belikan untuk cinta hati abang je." Hilmi melirik kearah Azah yang masih menunduk berpura-pura melihat menu.

"Macam rantai yang loketnya tu ada diamond pink dan logo heartbeat tu ke?" Tanya Hannah yang cuba memerli Hilmi yang suatu masa dahulu kantoi dengan mama mereka menempah rantai emas secara senyap-senyap.

Spontan, Azah meletakkan tangan kanannya ke leher. Dia mengangkat pandangan matanya, tanpa disangka bertembung dengan pandangan mata Hilmi. Hilmi memandang tangan Azah yang seakan sedang memegang sesuatu pada lehernya, disebalik tudung yang dipakai.

Hilmi tersenyum lama. Azah masih memakai rantai tu lagi? Azah menundukkan pandangannya semula. Hilmi? Tatkala sedang menikmati makanan pun dia masih lagi tersenyum.

*****

"Azah, marry me!" Azah yang sedang membuka pintu rumahnya terdiam.

"Kalau dulu Imi kalah dengan orang tu, kali ni, Imi tak perlu bersaing dengan sesiapa lagi dah, kan?"

Azah memalingkan wajahnya menghadap Hilmi.

"Hilmi, kita baru 2 minggu jumpa semula. Banyak yang awak tak tahu tentang saya selama 3 tahun lebih kita tak jumpa ni, awak tak takut ke? Saya ni janda yang ada kisahnya kenapa saya diceraikan." Duga Azah.

"Nak takut apa? Ke, Azah dah ada orang lain?" Teka Hilmi secara rambang.

"Hilmi, sebagai kawan pun saya tak layak nak dekat dengan awak. Apatah lagi untuk awak jadikan isteri. Bukan awak yang tak baik, saya yang banyak kekurangan. Awak orang yang baik, jangan buang masa awak lagi dengan saya, ya? Ramai lagi orang dekat luar sana yang lebih layak. Bukan saya."

Pintu rumah ditolak sahaja perlahan, Azah berkira-untuk terus masuk, namun melihatkan Hilmi yang masih belum berganjak dari tempat dia berdiri membuatkan Azah membatalkan niatnya. Tak sopan rasanya membiarkan Hilmi berdiri sahaja begitu.

"Azah, apa yang dah jadi tu, biarkan je lepas dan berlalu. Janji Imi pada Azah masa kita dekat Manchester Fort tu bukan mainan. Imi memang nak Azah jadi isteri Imi yang sah." Luah Hilmi perlahan.

"Hilmi, macam saya cakap tadi, ada sebab kenapa saya jadi janda. Saya ada kekurangan. Saya tak nak kekurangan saya nanti diungkit lagi. Saya..., takut.

Mungkin sekarang awak akan cakap tak kisah, tapi masa akan datang nanti? Awak balik lah. Teruskan hidup. Lupakan je saya." Balas Azah sambil menahan air mata.

"Imi tahu, sebenarnya jauh di sudut hati, Azah berharap lagi kan pada Imi? Azah rindu dekat Imi, kan? Rindu pada kenangan kita masa dekat Manchester? Kalau Azah tak berharap, kenapa Azah pakai lagi rantai yang Imi bagi?" Tanya Hilmi tegas.

"Azah dah tak pakai rantai yang Imi bagi. Entah dekat mana dah rantai tu." Azah masih tak nak kalah, tanpa sedar dia sudah kembali membahasakan Hilmi dengan nama manja yang diberinya dahulu.

Hujung bibir Hilmi sudah menjungkit senyuman kecil.

"Kalau macam tu, tanggalkan rantai yang Azah pakai sekarang. Azah ada pakai rantai kan? Kalau betul bukan rantai yang Imi bagi, Imi takkan kacau Azah lagi dah. Sampai bila-bila."

Gila kau Hilmi! Buatnya Azah tak pakai rantai yang kau bagi, hilang terus peluang kau nak dapatkan Azah semula. Kau sanggup?

"Errrr, Azah, Azah, hmmm, Azah masuk dulu." Tanpa berfikir panjang, Azah terus melangkah masuk dan mengunci pintu rumahnya.

Entah kemana dah kesopanan dan kesusilaan Azah bila terlajak panik dalam situasi yang kekok begitu. Azah membuka tudung sarungnya dan terus menghadap cermin yang ada berdekatan pintu masuk.

7 tahun rantai ini disini. Tak pernah dia tanggalkan dan simpan sejak pertama kali dia pakai sebaik sahaja diberi oleh Hilmi.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience