Rate

Bab 63 : Merajuk Selalu Rugi

Romance Completed 402255

Azah melihat jam pada sudut sebelah atas, di bahagian kanan telefonnya. Pukul 9 malam. Tadi, usai solat Maghrib, Hilmi mengetuk pintu rumah sewanya, untuk mengajak dia pergi makan. Tetapi, dia dengan angkuhnya menolak dengan alasan, dia masih kenyang.

Sekarang ini, perutnya tiba-tiba berbunyi. Paling teruk, dimatanya dia sudah terbayangkan piza, makanan kegemaran sejak mengandung ini. Azah ke dapur, mencari kalau-kalau ada sesuatu yang boleh dimakan. Selalunya Maggi lah yang menjadi pilihan. Terlupa, stok Maggi nya tiada. Aduhai, laparnya.

Azah masuk ke bilik tidur dan segera bersiap. Rasanya sempat lagi kalau dia pergi ke Domino's yang berhampiran. Hendak dibeli secara dalam talian, malas pula memikirkan dia perlu menunggu dalam keadaan resah. Dalam kepalanya, dia sudah berfikir hendak mendapatkan Garlic Sticks, Mushroom Soup dan juga satu piza bersaiz biasa. Prawn Sensation tu sedapnya T_T

Selesai mengunci gril pintu utama, Azah membuka pintu pagar rumah sewanya pula sebelum dia terus sahaja masuk ke dalam kereta. Elok dia membaca Bismillah untuk mengundurkan kereta, cermin tingkapnya diketuk.

"Astaghfirullah hal azim. Mujur tak terberanak aku ni sebab terkejut." Latah Azah, segera dia mengusap wajahnya yang terkejut itu tadi untuk menenangkan diri.

"Sayang nak pergi mana?" Tanya Hilmi sebaik sahaja Azah menurunkan cermin tingkap.

"Nak beli piza."

"Lapar ke?" Tanya Hilmi lagi.

"Tak lah. Hobi. Memang saya suka beli makanan waktu malam untuk isi masa lapang." Jawab Azah.

Hilmi terkekeh. Wajah Azah terasa panas. Bagaikan dia sedang menjilat ludahnya semula selepas menolak dengan bersungguh-sungguh tadi.

"Let me drive." Hilmi membuka pintu kereta Azah itu.

Azah sempat melirik kearah jam di dashboard. Kalau jual mahal, nanti tak sempat nak beli piza. Hmmm, bagi jelah. Memang tengah malas nak bawak kereta pun ni. Kalau dia ikut, boleh suruh dia belikan. Jimat masa, jimat tenaga jimat duit.
Azah melangkah keluar dari tempat duduk pemandu itu, membeli laluan kepada Hilmi.

Dalam gelap malam itu, sempat dia melihat raut wajah Hilmi yang memandu dalam keadaan tersenyum lebar hingga hampir mencecah telinga. Mengada! Sampai sahaja di Domino's itu, Azah menyebut kesemua menu yang terlintas di kepala.

"Sayang tak nak turun?" Tanya Hilmi.

"Tak nak, nak tunggu dalam kereta je." Jawab Azah pendek.

"Okey. Jangan lupa kunci kereta. Kalau ada apa-apa, call abang." Sempat Hilmi meninggalkan pesanan walaupun Azah dilihat acuh tak acuh sahaja dengan pesanannya.

Hilmi senyum sahaja. Dulu-dulu, seingat dia, Azah manja. Sekarang, wajah kesayangan yang semakin tembam itu selalunya menunjukkan riak bengis sahaja bila berhadapan dengannya. Nasib lah Hilmi, Azah nak naik satu kereta dengan kau pun boleh disyukuri dah. Jangan nak demand lebih-lebih.

Azah mengeluarkan telefonnya dan memeriksa mesej yang diterima di aplikasi WhatsApp. Seperti biasa, ada mesej Hilmi yang tidak dibalas, dan ada satu mesej dari Madihah.

Madi : Azah, esok lepas Zohor free tak? Jom keluar lepak makan kek dekat Kula Cakes.

Azah : Okey. Pukul 2 jumpa kat sana, ya?

Baru sahaja telefonnya disimpan, kelihatan Hilmi mendekati kereta dengan beberapa bungkusan ditangan. Segera Azah menarik central lock kereta itu. Hilmi meletakkan kesemua bungkusan itu di tempat duduk belakang.

"Alhamdulillah tak perlu menunggu lama. Ada nak pergi mana-mana lagi tak?" Tanya Hilmi.

Azah menggeleng.

"Okey, kita balik." Kereta itu bergerak perlahan meninggalkan deretan kedai itu.

"Eh eh eh, nak pergi mana ni? Saya nak balik rumah." Tanya Azah garang apabila kereta tersebut menghala ke arah bertentangan.

"Nak balik lah, tapi abang nak isi minyak kereta sayang dulu. Berkelip dah ni." Beritahu Hilmi lembut.

Azah mendiamkan diri. Cakaplah awal-awal nak pergi isi minyak dulu. Buat cuak je. Ingatkan nak culik dah tadi, bawak lari pergi mana-mana ke, takut tahu tak? Sempat lagi Azah membebel dalam hatinya, hinggalah mereka tiba di stesen minyak, Petronas IM 2.

Dari dalam kereta, Azah merenung tepat ke cermin sisi, dapat dia lihat Hilmi sedang mengisi minyak petrol ke dalam keretanya dengan penuh gaya dan juga karisma dalam keadaan di mana tangan kirinya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Handsome.

Ehemmm, terhanyut pulak. Dah dah dah, kembali ke alam realiti. Pipinya di tepuk kuat. Sempat matanya merenung tepat ke dalam cermin itu lagi. Tanpa disangka, Hilmi yang baru sahaja selesai mengisi minyak memandang kearah cermin sisi itu juga.

Bagaikan dapat melihat Azah di dalam kereta itu sedang merenungnya, dia mengenyit mata kepada Azah sambil tersenyum manis. Eeeeeii, jangan nak senyumlah. Menyampah, tahu tak?

*****

"Nanti kalau nak apa-apa, call je abang. Sakit ke, lapar ke, apa ke, call je. Bab makan tak payah merajuk. Merajuk pasal makanan nanti rugi." Merasakan dirinya tidak diperlukan kerana tidak dipelawa makan bersama, Hilmi lambat-lambat mengatur langkah keluar dari rumah itu.

"Kalau sakit, baik call ambulans. Lagi laju sampai dari awak." Laju mulut yang sedang mengunyah piza itu menjawab.

Hilmi masuk ke dalam rumah itu semula, mendekati Azah yang sedang seronok makan di ruang tamu. Dia menarik tangan Azah perlahan sehingga Azah terpaksa berdiri dan mengikutnya hingga ke pintu utama.

"Abang ada dekat depan tu je sayang. Abang tidur dalam kereta. Ada apa-apa call abang. Ya? Pergilah masuk. Jangan lupa kunci pintu. Good night. I love you." Ucap Hilmi sambil mendorong Azah masuk ke dalam rumah semula.

Azah pula terkejut sehingga terhenti kunyahannya. Tidur dalam kereta depan rumah aku? Sejak bila? Tak tahu pun!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience