Rate

Bab 31 : Bakal

Romance Completed 402255

"Jangan takut sangat. Mama okey. Mama tak sabar sangat-sangat nak jumpa Azah." Pujuk Hilmi, cuba menenangkan Azah yang kelihatan perasaan gelabah ya semakin ketara.

Tak takut? Tipu lah kalau nak cakap dia tak takut. Mana ada perempuan tak takut bila hendak berjumpa dengan bakal ibu mentua. Teringatkan bonda Izzat dahulu, serik dan seriau perasaannya sekarang ini. Apatah lagi dengan status dia ini.

Takut juga, kalau-kalau mama Hilmi merasakan dia sengaja membuatkan Hilmi menunggunya selama beberapa tahun. Azah tarik nafas panjang dan di hembus kuat berkali-kali. Perbuatan biasanya setiap kali dia berdebar.

"Uiks, dah macam tengah menjampi je. Hembus kanan hembus kiri. Harap-harap mama Imi jatuh sayang pandang pertama dekat saya." Usik Hilmi.

"Imi niiiiii!" Marah Azah.

"Tak lah, kan Imi dah cakap jangan takut. Mama okey. Papa okey. Hannah tu berganda-ganda okey."

"Mama Imi suka sembang pasal apa?" Tanya Azah.

"Pasal Azah. Semua pasal Azah dia nak tahu. Cerita je semua." Hilmi mengenyitkan matanya.

Ini satu halnya lagi. Setiap kali dia bersama Hilmi, masa terasa pendek. Dia selalu berdebar-debar. Rasa gembira. Rasa teruja. Rasa dihargai. Sesuatu yang tidak pernah dirasa selama dengan pepijat, tapi dia cuba memaksa diri dan mengikhlaskan hati.

"Azah...,"

"Hmmmm..."

"I love you."

"Hah?" Merah muka Azah mendengar ucapan itu yang entah buat kali ke berapa sejak dia secara rasminya menyatakan persetujuan menerima lamaran Hilmi.

"Senyap je. Azah tak suka ke?" Tanya Hilmi, masih mengusik.

"Hmmmmm, Imi niiiii..., macam lah tak tahu." Jawab Azah perlahan.

Malu.

"Cakaplah, jugak, baru lah Imi tahu perasaan Azah dekat Imi apa." Balas Hilmi.

"Hmmm, yalah. Azah pun sama."

"Apa yang sama?" Soal Hilmi berpura-pura tidak faham.

"Yang tadi tulah." Jawab Azah, hisy dia ni nak mengusik orang je kerjanya sekarang ni.

"Yang tadi tu yang mana? Banyak benda yang kita sembang tadi." Balas Hilmi.

"Yang Imi cakap I love you tu lah."

"I love you too."

Azah ketap bibir, menahan diri dari tersenyum. Setiap kali mendengar suara Hilmi hatinya terasa berbunga-bunga. Cerianya lah hidup ni kan sejak Hilmi hadir semula.

*****

"Inilah Azah ya?" Tegur satu suara tatkala jantung Azah sedang berdentam dentum berdebar.

Azah segera berdiri dan berpusing menghadap Zainab. Jangan salah langkah Azah. Nanti bakal mak mentua reject. Tangan dihulur untuk bersalam dengan Zainab. Malangnya Zainab masih belum menyambut. Azah serba salah. Baru sahaja mahu menjatuhkan tangannya, Zainab sudah memeluk Azah erat.

"Terima kasih datang rumah mama. Terima kasih jugak, sebab Azah terima Hilmi masuk dalam hidup Azah semula." Ucap Zainab sambil kedua pipi Azah dicium bergilir-gilir.

Eh?

Azah telan air liur. Entah kenapa, kata-kata Zainab itu tadi meruntun hatinya.

"Azah mintak maaf." kedua tangannya mencapai tangan Zainab, disalami dan dicium lama.

"Tak ada apa yang Azah kena mintak maaf. Mama faham semua yang jadi tu, bukan sebab Azah yang berkehendak begitu. Jangan risau. Mama syukur sangat hari ini akhirnya sampai jugak."

"Hah, mama jangan buat drama air mata. Kita nak makan dulu ni ma. Jom jom, makan." Ajak Sharif.

"Macam tu lah papa. Tak boleh lekang dengan makanan. Maafkan ajelah ya Azah." Bisik mama perlahan.

"Awal betul ajak Azah jadi geng konspirasi dia." Gumam Sharif.

Apa lagi, meledak tawa semua yang lain.

*****

"Macam mana? Okey tak?" Tanya Hilmi.

Azah mengangguk.

"Okey sangat-sangat. Terima kasih bawak Azah jumpa keluarga Imi." Balas Azah.

"Sama-sama. Terima kasih jugak sebab Azah sudi datang. Jadi, lepas ni, Imi boleh terus uruskan hal nikah kita ke?" Tanya Hilmi.

Sempat Azah tergelak.

"Azah jangan gelak, Imi serius ni." Muncung nya sudah panjang sedepa.

"Ya boleh. Nanti Azah tanya abah bila keluarga Imi boleh datang rumah."

"Yeayyy, ni jangan lambat-lambat tau. Nanti Azah beritahu nak warna apa. Mama cakap nak buat warna tema untuk semua ahli rombongan yang akan datang tu." Balas Hilmi.

"Imi, Azah tak kisah kalau majlis kecik pun. Status Azah kan..."

"Azah, jangan fikir. Status Azah tu label yang orang bagi pada Azah je. Bukan yang Imi bagi pada Azah. Azah di hati Imi ni, lagi istimewa dari apa yang orang nampak.

Menjadi tanggungjawab Imi lah untuk raikan Azah dengan majlis yang paling meriah. Tanda syukur Imi jugak sebab akhirnya, you are here. With me."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

rimatanti
2021-08-17 17:13:15 

semoga majlisnya berjalan lancar lah..

Asmah
2021-08-17 16:39:31 

semoga jadilah majlis yg dirancang tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience