Rate

Bab 4 : Mimpi

Romance Completed 402255

"Heii, kenapa ni Azah? Bukak mata Azah."

Mendengarkan suara itu mengejutkan dirinya, Azah segera membuka matanya. Dia menarik nafas lega sebelum dia bangun dari pembaringan. Sempat dia meraup muka dengan kedua tangannya.

"Mimpi buruk lagi ke?"

Azah mengangguk.

"Sorry, Azah kacau Madi tidur." Ucap Azah.

"Eh tak apa je. Madi belum tidur pun lagi tadi. Tengah siapkan slides untuk Isnin nanti. Azah ada terkejut teruk ke petang tadi sampai mimpi buruk macam ni?" Balas Madihah yang sudah arif benar akan keadaan Azah sejak mereka tinggal bersama.

Azah kalau terkejut teruk, tidur malamnya nanti pasti akan terganggu dengan mimpi buruk yang berkait dengan kisah silamnya.

"Madi, Madi jangan terkejut tau. Tadi kan, masa dekat TMG, Azah terserempak dengan Hilmi." Cerita Azah.

Madihah tidak menunjukkan reaksi terkejut, sebaliknya dia hanya beriak serba salah.

"Kenapa Madi tak terkejut? Madi dah tahu Hilmi ada dekat sini ke?" Teka Azah.

Madihah hanya mengangguk.

"Dah berapa lama?" Tanya Azah lagi.

Eeeeeiii, Madihah ni memang nak kena!

"Adalah dalam 2 3 bulan macam tu dah. Tu pun tak sengaja. Madi terserempak masa dekat ECM. Dia ada tanya pasal Azah, tapi Madi cakap tak tahu Azah dekat mana." Jelas Madihah.

"Hah, tanya pasal Azah buat apa? Azah rasa malu gila kot nak berdepan dengan dia. Ishhh, Azah tak nak pergi TMG dah lah. Takut terserempak lagi nanti." Luah Azah.

Tanpa sedar, dia mula menggigit hujung jarinya. Madihah menarik tangan Azah perlahan, cuba menghalang Azah dari terus-terusan menggigit kuku jarinya. Takut kalau sedar-sedar nanti, separuh jarinya hilang.

"Tak apalah, rumah kita ni pun ada kedai runcit kan. Kita beli dekat kedai runcit je. Kalau malas masak, kita order. Malas order kita puasa. Hahaha. Lagi pun, kalau kita beli dekat kedai kecik ni, boleh support peniaga small bussiness sekali. Dah, jom kita tidur. Esok nak pergi jogging dekat Taman Bandar kan?" Madihah sudah berdiri semula.

Azah hanya mengangguk.

"Terima kasih Madi." Ucap Azah sebelum Madihah keluar dari biliknya.

*****

"Azah!" Mendengarkan suara lelaki memanggil namanya lembut, Azah terkaku seketika sebelum otaknya memberi arahan supaya dia lari sahaja.

Dan Azah, tanpa menunggu lama terus lari sahaja. Dia tak nak berjumpa dan berdepan dengan lelaki ini. Dia masih belum bersedia. Malu pun ada bila teringat balik kisah lama yang terjadi antara mereka.

Hilmi juga turut memanjangkan langkahnya mengejar Azah. Hannah disebelah masih terpinga-pinga melihat sahaja gelagat abangnya dan wanita itu yang seakan sedang bermain kejar mengejar.

"Misi memujuk bakal kakak ipar lah tu, haih dah besar pun nak main kejar-kejar. Cuba duduk bercakap baik-baik kalau ya pun bergaduh. Selesaikan dengan cara yang matang. Barulah betul.

Wah wah wah, ada bakat rupanya aku ni kalau nak jadi kaunselor." Sempat Hannah memuji diri sendiri sebelum dia melangkah ke kaunter ais krim Baskin Robbin, ais krim ni nanti dia akan claim dengan Hilmi sebab dah tinggalkan dia demi mengejar makwe.

"Azah!" Panggil Hilmi lagi.

Sekejap sahaja dia sudah berada di sisi Azah, menyauk lembut lengannya.

"Eh, kenapa pegang? Tak boleh pegang lah." Marah Azah, tangannya ditarik kasar.

"Okey, okey. Sorry. Tak, kenapa awak nak lari sangat ni?" Tanya Hilmi.

Azah menelan air liur yang tiba-tiba terasa kesat. Takkan nak beritahu yang dia lari sebab malu nak berdepan dengan Hilmi selepas kejadian yang berlaku 3 tahun lepas?

"Errr..." Azah telan air liur lagi.

*****

"Rasa macam mimpi jumpa awak lagi." Hilmi memulakan perbualan setelah lama mereka berdua berdiam diri.

Puas memujuk rayu Azah, akhirnya Azah bersetuju untuk duduk dan minum bersama. Penyedut minuman dalam gelas dari Starbucks itu dipusing untuk menghilangkan resah dalam diri. Lain halnya pula dengan Azah yang sejak dari mereka duduk tadi, mulutnya masih belum melepaskan penyedut minuman itu. Adakalanya, penyedut minuman itu digigit perlahan.

"Azah..." Panggil Hilmi lagi.

Azah yang duduk berhadapan dengannya terasa serba salah, lantas gelas minuman diletakkan di atas meja.

"Err, hmmmm, Hilmi, saya nak mintak maaf untuk apa yang jadi dulu tu." Ucap Azah perlahan, malu.

Tapi mungkin itu sebabnya Hilmi beria hendak bercakap dengan dia. Hilmi masih mahukan dia memohon maaf atas apa yang berlaku antara Hilmi dan Izzat disebabkan salah faham yang kecikkkkk sahaja. Tapi bodoh jugaklah Izzat sebab dengan hal sekecik itu dia boleh marah.

"Apa yang jadi?" Tanya Hilmi, berpura-pura tak faham.

"Yang awak dengan Izzat, gaduh dulu tu..." Azah terdiam lagi, oh tak sanggup untuk dia mengingatkan hal itu lagi.

"Tak ada apalah. Lagi pun bukan awak yang salah. Kenapa awak yang nak kena mintak maaf? Setiap orang tu dipertanggungjawabkan untuk kesalahan dia sendiri. Kenapa awak nak mintak maaf bagi pihak dia?

Nevermind, let's just drop the subject. How are you?" Tanya Hilmi lagi, arghh geramnya bila Azah hanya bercakap sepatah-sepatah begini.

"I'm, okay."

"Kalau okey, kenapa lari tadi?" Tanya Hilmi lagi.

"Eh tak lari. Mana ada lari. Saya tak dengar je." Balas Azah beralasan.

Rasa kekok masih bersisa sejak dari tadi dia berhadapan dengan lelaki ini. Hilmi cuma tergelak kecil.

'Ye ye je tak dengar. Aku melaung macam nak terkeluar anak tekak tau panggil dia. Dia boleh selamba je cakap tak dengar.' Bebel Hilmi.

"Dekat TMG hari tu pun awak lari. Kenapa? Siap tak mengaku nama sendiri pulak tu." Soal Hilmi.

"Ohhh, tu bukan apa. Tu sebab saya tak cam awak." Azah memberi alasan lagi.

"Lepas ni kalau jumpa jangan lari tau. Kalau suami awak tanya, cakap jelah yang kita ni kawan dah lama." Hilmi menyedut air coklat nya.

Azah yang juga sedang menyedut airnya juga tersedak mendengar sebaris ayat dari mulut Hilmi. Cissss! Sempat dia kenakan aku semula.

"Awak datang sini sorang, ke?" Tanya Azah untuk cepat-cepat mengalih topik.

Hilmi menggeleng.

"Berdua. Entah mana pergi Hannah tadi. Cari barang kot. Biasalah perempuan, kalau dapat peluang membeli, sakan lah diangkutnya." Jawab Hilmi.

Hannah? Siapa Hannah? Isteri dia ke, atau makwe?

"Ohhh, tak apalah. Apa-apa je, asalkan dia happy. Saya nak balik dulu. Nanti orang dekat rumah tunggu lama." Jawab Azah sambil menyangkut beg ke bahunya semula, bersedia untuk pergi.

"Boleh saya tahu siapa orang dekat rumah tu? Azah, awak dah rujuk balik dengan Izzat ke?" Tanya Hilmi, kali ni kelihatan serius riak wajahnya yang sedang merenung Azah yang sedang berdiri tepat pada matanya.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience