Rate

Bab 6 : Segera

Romance Completed 402255

Selesai majlis sambut menantu disebelah keluarga Izzat, malam itu, mereka beramai-ramai berkumpul diruang tamu untuk melihat Izzat dan Azzah membuka hadiah.

"Ehhh, cantiknya lampu kristal tu. Berkenannya bonda. Bagi bonda lah" Lampu ditangan Azah diambil sahaja oleh Maimunah.

Azah yang terkaku melihat sahaja lampu itu diambil dari tangannya. Tapi itu hadiah dari sahabat baiknya yang tidak dapat menghadiri kenduri di Kelantan. Jadi, Madihah memohon izin dari Izzat untuk hadir ke kenduri pihaknya di Kuala Lipis.

Azah pandang sahaja Izzat. Izzat menggeleng, tanda menyuruh dia membiarkan sahaja. Azah menarik nafas perlahan. Tak apalah. Nanti dia beli sahaja lampu yang serupa macam yang Madihah beri. Lampu itu memang cantik. Pandai Madihah membuat pilihan.

"Alaaa, kamu ni baru kahwin, rumah pun belum ada. Masih PJJ. Bukan boleh guna sangat barang elektrik ni. Bagi bonda ajelah Izzat" Ujar Maimunah.

Malam itu, beberapa alat elektrik lain juga menjadi hak milik bonda Izzat secara rasminya. Azah menahan sahaja rasa. Dia pujuk hati, untuk mengikhlaskan diri. Bonda Izzat, kan dah jadi bonda dia juga. Sama tarafnya dengan ibu kandung di kampung. Bonda gembira, Azah pun kena tumpang gembira.

*****

"Ayang cuti berapa hari lagi?" Tanya Izzat, memulakan perbualan sebaik sahaja kepalanya mencecah bantal.

Penat dan mengantuk, sebaik kenduri tamat, selepas Asar, mereka dikerah untuk membasuh periuk-periuk besar yang digunakan sewaktu rewang untuk menyediakan hidangan untuk tetamu yang hadir.

"2 hari lagi dah kerja. Azah tak boleh cuti lama. Sebab budak-budak nak mula semester baru" Terang Azah.

"Okey, sama lah kita. So, weekend husband and wife lah kita ni?"

"Tak lama kan? Kita boleh gilir-gilir macam yang sayang cakap sebelum nikah hari tu" Balas Azah.

"Waktu kerja ayang pendek sikit. Ayang jelah datang rumah sayang every weekend, boleh kan? Lagi pun, ayang sewa bilik lagi. Rumah sayang kosong, menyewa sendiri" Cadang Izzat.

Azah terdiam. Sebelum ini perancangan mereka berbeza, untuk bergilir memandangkan jarak dari PJ ke Banting boleh tahan jauhnya. Tetapi selepas nikah ini berbeza pula pandangan Izzat.

"Tapi kan kita dah setuju, yang masa sayang cakap kita boleh bergilir-gilir? Azah rasa lagi okey bergilir. Sebab ada masanya Azah ada program dekat CFS waktu hujung minggu. Kalau sayang datang, boleh stay dekat hotel je" Tanya Azah.

"Ayang, ayang kena ikut cakap suami tau. Jangan banyak soal. Nanti jadi isteri nusyuz. Derhaka. Tak bau syurga!" Izzat sudah memejamkan matanya untuk tidur.

Azah terkedu sendirian. Namun akhirnya dia baringkan badannya perlahan. Izzat dah lupa janji dia.

*****

"Mana Izzat?" Tanya Maimunah apabila melihat Azah sedang membantu kakak iparnya, Syarina menyediakan sarapan untuk seisi keluarga mereka pagi itu.

"Abang tidur semula bonda. Dia penat lagi tu" Balas Azah dengan senyuman, meskipun terasa kekok berada disini.

"Apalah yang dipenatkan sangat jadi pengantin ni. Semua bonda sediakan. Nak kata penat malam tadi, Azah tengah cuti kan? Salah timing kahwin ni" Komen Maimunah.

Azah terdiam. Terasa malu bila Maimunah mengungkit isu itu.

"Bonda ni nak cucu dari Izzat cepat-cepat, segera tanpa alasan. Azah tak payah lah nak merancang ke, nak lambat-lambatkan ke, rugi. Cukuplah Izzat buang masa menunggu Azah pergi sambung belajar dekat luar negara tu setahun.

Kalau dia kahwin terus sebaik kerja, entah anak dah lahir dah. Balik sini tertunda lagi 6 bulan sebab Azah baru masuk kerja tu. Lambat dah. Izzat tu bukan muda lagi. Dah 29 umurnya. Dah layak sangat jadi ayah" Sambung Maimunah.

"Insya Allah bonda. Bonda doakan ya, semoga kami cepat-cepat dapat baby. Doa seorang ibu ni, mujarab sangat-sangat" Balas Azah, tidak mahu memanjangkan lagi isu itu.

Perasaannya, pada awalnya biasa sahaja, namun apabila Maimunah terang sahaja menyatakan hasratnya, Azah tiba-tiba merasa takut. Apa akan jadi, andai kata Allah mentakdirkan rezeki anak untuk mereka lebih lambat berbanding orang lain?

Walaupun ibu-ibu saudaranya, termasuk ibu dan kakak-kakak dia sendiri dalam kategori subur kerana mudah sahaja lekat dan mempunyai bilangan anak yang ramai, tetap sahaja Azah risaukan keadaan dirinya. Takut, kalau-kalau hasrat bonda tidak tertunai dalam jangka masa yang bonda Izzat tetapkan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-13 13:22:32 

burruknya perangai maimunah ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience