Rate

Bab 69 : Hikmah

Romance Completed 402255

"Nurul..." Bisik Azah sambil mendekati Nurul yang berselindung di sebalik rak-rak buku di tingkat 3 perpustakaan universiti, Dar Al-Hikmah.

Nurul yang tersentak cepat sahaja mengelap air matanya. Dia memalingkan muka dari memandang Azah. Azah serba salah, namun dicuba juga untuk memujuk Nurul.

"Nurul, Azah mintak maaf. Azah betul-betul mintak maaf. Wallahi Azah tak ada apa-apa hubungan pun dengan Coke. Azah tak balas pun mesej dia. Nurul, Azah mintak maaf." Bisik Azah lagi.

Dia cuba memeluk Nurul, dan Nurul juga tidak menepis. Hilmi memerhatikan mereka berdua dari lorong rak buku yang berbeza. Apa yang dibisikkan, langsung tidak dapat didengarinya.

"Azah..."

"Ya Nurul..."

"Nurul malu." Bahu Azah dirangkul erat.

"Kenapa nak malu?" Tanya Azah pula.

"Sebab kan Nurul dah confess, tapi Coke suka Azah. Nurul malu sebab dah yakin confess. Kalau Nurul tahu dari awal dia suka Azah, Nurul berani jamin Nurul takkan confess dekat dia. Sekarang ni, Nurul malu dekat dua orang. Dekat Coke, dekat Azah." Panjang lebar Nurul mengadu.

"Tak lah. Tak ada orang lain pun yang tahu. Kan? Azah yakin, Coke tak beritahu sesiapa pun. Azah rasa Coke keliru je kot. Insya Allah, Nurul ada peluang lagi. Azah tak suka dia pun. Nurul jangan risau." Pujuk Azah

"Tak, Nurul tak kisah pun kalau Azah pun suka dia. Cuma sekarang ni, isunya, Nurul malu je. Bukan main lagi Nurul confess, huarghhhh, rasa bodoh sangat." Bisik Nurul lagi.

"Tak lah, Nurul tak bodoh pun. Nurul, Azah mintak maaf." Ucap Azah lagi, penuh dengan rasa bersalah.

"Tak lah. Nurul yang salah. Sorry, Nurul lari dari Azah tadi. Azah jangan risau, Nurul tak marah pun, dan lelaki takkan jadi punca kita dua bergaduh. Sorry, buat Azah risau." Balas Nurul.

Hilmi turut melepaskan perasaan leganya. Ingatkan Nurul tak akan tahu. Tapi rupanya pecah juga rahsianya. Walaupun dia membalas dengan penuh kelembutan dalam usaha dia menerangkan kepada Nurul, takut juga kalau-kalau Nurul terasa hati, berdendam dengannya, dan lebih teruk, putus hubungan sahabat bersama Azah.

*****

"Abang ada satu soalan yang dah lama sangat abang nak tanya. Kenapa panggil abang Coke? Abang bukan suka minum Coke pun." Soal Hilmi yang masih menggenggam erat tangan Azah.

"Hmmmm, masa sayang mula-mula kenal abang dari Nurul dulu, abang suka pakai songkok kan bila pergi kelas. Jadi Coke tu bukanlah air Coke pun. Coke tu sama kok dalam perkataan songkok. Tapi ejaan Coke tu menyenangkan mata sikit. Macam, rupa abang." Hurai Azah.

Hilmi tersenyum. Kreatif sangat.

"Siapa yang beri nama gelaran tu?" Tanya Hilmi lagi.

"Nurul. Sayang cuma terikut-ikut dengan gelaran yang dia bagi dekat abang." Balas Azah.

"Kenapa ya, masa kita jumpa dekat pasaraya tu, sayang lari dari abang? Memang lah sayang ada cakap sayang tak cam abang. Tapi, abang tahu tu bukan lah jawapan yang sebenarnya." Tanya Hilmi lagi.

"Sebab status kita. Sayang masa tu kan berstatus J. Abang pulak, yang sayang ingat, adalah suami orang. Sayang tak nak jadi punca keretakan rumahtangga orang." Beritahu Azah.

"Lepas kes sayang selesai tu, abang memang nak berterus-terang dengan sayang tentang perasaan abang. Tapi, lepas tu sayang terus je larikan diri. Banyak kali abang tanya Madi sayang dekat mana, tapi Madi langsung tak nak beritahu.

Lepas tu abang mohon nak mengajar sama dengan Madi. Mama papa pun ikut jugak, sebab kebetulan Abang Haziq pun dapat kerja dekat sini. Hannah pun belajar dekat sini. Sampai ke kampung sayang abang pergi cari. Tup tup, terjumpa dekat pasaraya. Rasa syukur sangat sebab doa abang nak jumpa sayang dah dimakbulkan."

"Orang selalu cakap, ada hikmah untuk semua yang berlaku. Tapi bagi sayang, selagi sayang tak nampak hikmah tu, sayang tak boleh nak faham kenapa sayang kena kahwin dengan Izzat. Kenapa sayang kena lalui semua tu. Life is not being fair to me."

"Hidup memang tak pernah adil. Sebab yang maha Adil tu kan, hanyalah Allah. Mungkin sayang tak nampak lagi, tapi abang dah nampak hikmahnya tu."

"Apa hikmahnya?" Tanya Azah.

"Sebab kita tak ada jodoh awalnya tu lah, abang percaya yang perasaan abang pada sayang memang betul-betul perasaan sayang, walaupun abang tak dapat nak miliki sayang. Sayang bukan milik abang, tapi abang tetap rasa nak lindungi sayang. Kemuncaknya, abang sanggup hilang semua benda. Asalkan abang tak hilang sayang."

Azah terdiam. Ya, bagaimana dia boleh terlupa yang lelaki ini sudah tipis peluangnya untuk menjadi ayah, gara-gara kerana mahu menyelamatkannya?

"Satu hari nanti, sayang akan faham hikmahnya di sebalik apa yang terjadi. Tapi sehingga waktu itu tiba, sayang kena yakin sahaja pada Allah. Percaya yang tiada sesuatu benda yang sia-sia akan Allah izinkan berlaku pada kita, melainkan mesti sebab adanya kebaikan yang Dia takdirkan pada kita.

Abang tak pandai sangat, abang akan terus belajar lagi. Abang tak kisah, asalkan sayang ada dengan abang. Abang tak sempurna, tapi Insya Allah, abang janji yang abang akan usaha untuk cintakan sayang dengan cinta yang sempurna. Sampai sayang tak akan mempersoalkan rasa sakit yang pernah sayang rasa sebelum ni.

Perkahwinan bukan semuanya indah, tapi abang janji jugak, kita tak akan ulang apa yang dah jadi. Kita sama-sama ambik pengajaran, ya?"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience