Rate

Bab 38 : Tuduhan

Romance Completed 402255

"Sya yakin Sya nak teruskan dengan rancangan Sya ni?" Tanya Zainab sambil membantu Haneesya mengemas bajunya kedalam bagasi.

"Ya ma. Sya tak nak terserempak dengan Izzat lagi dah. Kejar-kejar Sya. Sya malu." Beritahu Haneesya.

3 bulan lagi, Haneesya akan berangkat ke Manchester untuk menyambung ijazahnya disana setelah tamat semester disini. 2 bulan setelah putusnya hubungan mereka berdua, Izzat masih tidak serik mengganggu Haneesya.

"Mama ikut sahaja apa yang Sya nak. Papa pun sama. Duduk sana nanti, jaga diri. Jangan tinggal solat, mengaji semua tu. Mama bukan apa..."

"...anak-anak itu cermin ibu bapa. Jadi sebelum buat apa-apa, kena fikir dulu apa kesannya. Insya Allah ma, Sya akan jaga diri baik-baik. Sentiasa ingat pesan mama papa. Jaga maruah mama dan papa jugak." Sambung Haneesya.

*****

"Kenapa semua orang berbisik bila nampak kita?" Tanya Haneesya sebaik sahaja dia dan Maizatul keluar dari kelas untuk peperiksaan pertengahan semester satu.

"Hmmmm, sebenarnya Sya, ada kawan-kawan kita cakap, dua tiga minggu yang lepas, ada khabar angin mengatakan kau dah nikah dengan Izzat..." Maizatul menarik nafas panjang.

"...kahwin lari..." Maizatul menarik nafas lagi.

"...dekat Thailand!" Sambung Maizatul.

"What? Mana ada." Nafi Haneesya, hati bergelodak dengan kemarahan.

Manusia bangang mana yang bawa cerita ni?

"Aku baru tahu pagi tadi masa tengah tunggu kau sampai ke kelas untuk exam." Maklum Maizatul.

Haneesya melilaukan pandangan matanya mencari satu susuk manusia yang disyaki menjadi dalang yang menyebarkan khabar angin tentang berita pernikahan dirinya.

"Eh eh eh, kau nak pergi mana Sya?" Tanya Maizatul.

"Aku tahu siapa yang sebarkan cerita mengarut ni. Aku nak pergi cari dia." Haneesya melangkah laju, dalam kepalanya dia merancang untuk melintasi perpustakaan dan masjid untuk pergi terus ke kuliyyah Engineering.

"Eh tapi kelas Bahasa Arab sekejap lagi macam mana?" Tanya Maizatul.

"Aku ponteng." Jawab Haneesya laju.

*****

"Hai sayang, finally datang pun cari Izz dekat sini." Tegur Izzat dengan ramah yang dibuat-buat.

"Apa ni Izzat? Kenapa kau cakap aku dah kahwin lari dengan kau?" Marah Haneesya.

"Mana ada Izz cakap macam tu." Izzat berpura-pura terkejut.

"Dah lah Izzat, kalau bukan kau, siapa lagi. Eh aku tak pernah kahwin dengan kau, apatah lagi kahwin lari. Aku sayang papa aku lebih dari aku sayang kau. Boleh tak kau jangan sebarkan benda yang bukan-bukan?" Kesabaran Haneesya sudah sampai ke batasnya.

Orang sekeliling tidak di hiraukan.

"Sya, bagi lah peluang pada Izz. Bagi Izz buktikan yang Izz memang sayang Sya sepenuh hati. Izz tak nak Sya pergi UK, please Sya!" Rayu Izzat lagi.

"Aku tak nak. Aku tak sayang kau dah Izzat. Kau jangan paksa aku lah." Marah Haneesya.

Harapkan rupa je elok. Perangai tak semenggah langsung. Izzat yang berang mendekatkan wajahnya dan berbisik.

"Haneesya, kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain boleh dapat tau. Samada kau pujuk papa kau untuk izinkan kita nikah, atau, aku yang akan pastikan kau merayu untuk kita nikah. Pilihan dekat tangan kau tau Sya." Izzat tersenyum sinis sebelum dia meninggalkan Haneesya yang terkulat-kulat cuba memahami apa yang dimaksudkan Izzat.

Celaka betul lah jantan ni!

*****

"Apa yang Izzat buat pada Kak Sya?" Tanya Azah selepas mendengar kisah Izzat dan kakak Hilmi.

"Kak Sya ada gastrik, adakalanya Kak Sya lambat makan sebab nak kejar pointer sebelum pergi ke UK tu, jadi dia akan muntah-muntah sebab perut masuk angin. Masa itu, ada yang kecoh cakap Kak Sya mengandung.

Kecoh teruk sampai papa pun boleh tahu sebab anak-anak kawan papa pun ada yang ambik Law macam Kak Sya. Kawan-kawan papa tertanya-tanya macam mana Kak Sya boleh mengandung sedangkan tiada berita Kak Sya dah nikah.

Jadi..." Hilmi menarik nafas dalam-dalam.

"Mereka tuduh kakak Imi mengandung ke?" Tanya Azah perlahan.

Hilmi mengangguk.

"Mereka tuduh Kak Sya mengandung anak luar nikah. Kak Sya dah mula tak pergi kelas. Kak Sya tak nak makan. Kak Sya kemurungan sebab papa pun stress sebab jenuh nak menjawab dengan orang-orang luar sana. Papa cakap papa penat nak nafikan semua itu. Sampai satu tahap, papa tertekan, papa hilang sabar papa marahkan Kak Sya.

Kak Sya merayu-rayu dengan papa, suruh percayakan Kak Sya. Kak Sya tak buat semua tu. Jiran-jiran, saudara-mara pun syak benda yang sama, yang Kak Sya mengandung anak luar nikah. Sebab Kak Sya pun berkurung je manjang kan. Lagi lah menguatkan dakwaan mereka.

Sampai satu hari tu, Imi balik rumah lepas sekolah, ada ambulans. Mereka datang ambik Kak Sya. Kak Sya dah tak ada masa tu. Kak Sya..."
Hilmi menekup mukanya dengan kedua tangan, tidak sanggup untuk meneruskan bicaranya.

"Tak apa Imi, tak payah cerita. Azah faham. Azah cakap dengan abah, ya?" Belakang Hilmi diusap perlahan.

Hilmi masih mahu meneruskan, namun suaranya bagaikan tersekat di kerongkongnya sahaja. Namun dia masih mahu memaksa. Biar Azah tahu.

"Kak Sya..., dia..., dia..., lemaskan diri dalam bath tub."

Enjoy reading sayang-sayang sekalian! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience