Rate

Bab 88 : Kisah Silam

Romance Completed 402255

"Madam Azah, saya nak jumpa madam sekejap boleh?" Tanya Siti sewaktu Azah sedang membuka kunci masuk ke bilik yang menjadi pejabatnya.

"Oh, boleh. Sekejap saya buka pintu." Pintu ditolak sahaja seluasnya.

"Masuklah Siti. Duduk dekat kerusi tu." Pelawa Azah.

Sebaik sahaja Siti duduk, Azah menutup pintu pejabatnya. Dapat dijangkakan yang Siti bakal bertanya hal peribadi. Dia turut menarik kerusinya sendiri dan terus sahaja duduk berhadapan dengan pelajarnya itu.

"Apa yang awak nak cakap dengan saya?" Tanya Azah.

Wajah Siti direnung lama, membuatkan Siti resah.

"Macam ni madam. Madam tahu yang saya dah kahwin, kan?" Tanya Siti.

Azah yang terkejut segera menggeleng.

"Bila?" Tanya Azah.

"Masa saya di tahun pertama." Balas Siti.

Azah terangguk-angguk.

"Okey, jadi apa yang saya boleh tolong awak?"

"Saya nak failkan cerai."

Erkk? Baru je tahu kahwin, dah nak cerai? Kenapa dengan budak-budak ni?

"Husband awak pun pelajar dekat sini ke?" Tanya Azah.

"Tak madam. Dia dah kerja. Tapi jawatan biasa je. Cuma, saya rimas. Sebab dia cemburu berlebihan. Adakalanya sampai saya kena pukul, kalau dia nampak saya bercakap dengan lelaki, classmates sekalipun." Siti menyinsing lengan bajunya.

"Subhanallah. Ini dia yang pukul ke?" Tanya Azah apabila melihat ada lebam dan kesan gigitan pada lengan Siti.

Siti menganggukkan kepalanya. Air matanya sudah tumpah. Siti kini sudah berdiri, baju yang dipakainya juga diselak sedikit. Lebam sebesar tapak tangan, pada dua tempat di perut Siti.

"Saya dah tak tahan madam. Dua tahun saya hadap semua ni. Sampai tiga kali keguguran. Saya dah tak sanggup. Saya tak nak mati ditangan dia." Adu Siti lagi.

"Mak ayah awak?" Tanya Azah.

Lebam itu, jika diperhatikan masih baru lagi berdasarkan lebam itu yang berwarna merah terang. Jika sudah beberapa hari, lebam itu akan bertukar kepada warna ungu gelap, dengan lingkaran kehijauan di sekelilingnya. Siti duduk semula.

"Mak ayah saya tak bagi saya berpisah madam. Kami berhutang dengan keluarga suami saya. Saya dikahwinkan dengan dia, sebab hutang ayah saya dengan ayah dia. Kalau berpisah, kena bayar hutang itu dengan jumlah penuh.

Saya dah bayar beransur-ansur menggunakan duit biasiswa yang saya dapat setiap semester. Tapi belum cukup lagi untuk habiskan semua hutang tu." Jelas Siti.

Azah beristighfar panjang. Apa yang diceritakan oleh Siti membuatkan dia terkenang kisah lama. Tapi kisah Siti ini lebih teruk. Dipukul secara rutin sehingga tiga kali keguguran? Ini gila!

"Maafkan saya madam. Saya tak tahu nak cakap dengan siapa. Pensyarah lain ramainya lelaki. Kalau suami saya tahu saya jumpa mereka, saya mesti kena lagi. Madam je yang terlintas dalam kepala saya, tambah-tambah lepas kelas Language for Occupational Purposes tadi.

Tolong lah saya madam. Saya tak nak jadi anak derhaka. Tapi saya dah tak boleh tahan dijadikan punching bag lagi. Saya nak bebas. Saya nak belajar sampai habis kemudian kerja. Saya tak nak waktu muda saya terbuang macam ni je." Siti mengelap air matanya lagi.

Azah memejamkan matanya. Terngiang-ngiang jawapan Hilmi padanya suatu masa dahulu apabila dia bertanya kenapa dia diuji sebegitu rupa.

'Sayang, maybe you went through it, and survived, so that you can be the help and guide the people need, should they experience the same thing.'

Azah membuka matanya semula. Wajah Siti bersilih ganti dengan luka, lebam dan kesan gigitan yang dilihatnya tadi.

"Saya akan tolong awak!" Pendek sahaja ayatnya, tetapi dia yakin yang dia mahu membantu melepaskan Siti dari penderitaan seperti itu.

Siti masih muda. Siti ada masa depan yang cerah. Kenapa perlu dibataskan kebolehannya dengan hanya menjadi isteri kepada suami yang tidak tahu menghargai?

*****

Sepatutnya, pada hari Isnin yang lepas, ibu dan abahnya sudah bertolak balik ke kampung tempat mereka bermastautin. Namun kerana dipujuk Azah, mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan perjalanan balik ke minggu hadapan.

"Azah, hulurkan abang masak lemak kulat sisir tu." Panggil Hilmi.

Azah masih berdiam diri, tidak memberi apa-apa respon. Nasi yang di dalam pinggan juga sudah selamat dilumatkan jarinya.

"Kenapa pulak dengan Azah tu?" Bisik Ghani.

Azlinda menggeleng. Hilmi juga mengangkat bahu apabila dipandang oleh Ghani. Ghani memberi isyarat kepada Hilmi untuk menyentuh bahu Azah untuk menyedarkan dia. Hilmi menurut sahaja.

"Oiiii ya Allah!" Jerit Azah yang terkejut.

"Hisy, kenapa Azah ni?" Tanya Ghani.

"Hah?" Tanya Azah.

"Tak, abah tanya, Azah ni kenapa? Termenung je. Hilmi mintak hulurkan lauk pun senyap. Tak respon. Tu nasi dalam pinggan tu, dah lumat dah. Tak payah kisar pakai blender dah kalau nak buat apam nasi." Bebel Ghani.

Tiga pasang mata itu menatapnya lama, menimbulkan rasa serba salah pada Azah.

"Oh, tak ada apa-apa lah. Abang nak lauk? Abang nak lauk mana?" Azah buat-buat sibuk supaya tiga orang kesayangan di hadapannya kini tidak lagi bertanya.

"Tu, masak lemak itu." Jawab Hilmi.

"Terima kasih sayang." Ucap Hilmi sebaik sahaja Azah menghulurkan lauk yang dikehendakinya.

"Sayang pun makan lah. Tak cukup makan, nanti tak ada susu." Hilmi mengingatkan Azah.

"Ya ya, Azah makan." Nasi kosong itu disuap sahaja ke mulut, laju!

"Perlahan lah sayang. Nanti tercekik. Lauk tak ambik pun?" Tanya Hilmi.

Seketul ayam masak merah diletakkan kedalam pinggan Azah. Sayur campur yang sekadar dikukus juga. Azah hanya mencubit sedikit ayam dan disuap bersama nasi. Hilmi masih menatap Azah. Apa yang menganggu fikiran Azah ini?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience