Rate

Penghargaan

Romance Completed 402255

Assalamualaikum wbt, serta selamat sejahtera.

Lambat pulak kali ni penghargaan. Maaf sangat-sangat N ambil masa sedikit.

Alhamdulillah, syukur habis juga cerita ni walaupun banyak aral yang melintang. Cukup Luka Itu ni sepatutnya jadi novel unlock chapter sebab N dapat offer jadi Exclusive Author pada hujung Julai 2021. Tapi sebab kontrak dapat lambat, maka rezeki pembaca lah untuk dapat baca ke akhirnya tanpa apa-apa unlock chapters ;)

Alhamdulillah!

Jutaan terima kasih ucapkan kepada semua pembaca yang masih sudi meluangkan masa untuk membaca karya N ini yang masih banyak kekurangannya. Insya Allah di masa akan datang, N akan memberikan sesuatu yang lebih baik kepada semua pembaca, pada masa yang sama turut memberi manfaat kepada kita semua.

Tidak lupa juga, setinggi-tinggi ucapan terima kasih banyak-banyak kepada semua penyumbang Ncoins ; ramai sangat-sangat yang menyumbang, N sangat-sangat hargai setiap satu sumbangan itu.

Terima kasih banyak-banyak untuk donations kalian, semoga rezeki kalian semua terus melimpah ruah dan berganda-ganda aamiinn. Terima kasih juga kepada semua followers baru kerana sudi follow N untuk memastikan kalian tidak terlepas notification

3 hari selepas N publish cerita ni, berlaku kejadian tidak diduga yang mana jari terkoyak. Aduhai, ingatkan boleh bertahan tanpa jahitan, sekali kena jahit juga. Disebabkan itu, agak terkekang sedikit untuk menaip, bab kali ini pun memang N tak nafikan lah pendek-pendek dari biasa sebab lepas kejadian itu, masih terasa sakitnya.

Terima kasih juga untuk doa kalian yang tak putus-putus mendoakan kesihatan N. Alhamdulillah, semoga Allah balas dengan kebaikan yang sama untuk kalian dan keluarga :)

Apa yang Azah lalui ni, rasanya ada antara kita yang melaluinya juga. Mungkin ada yang sakitnya lebih teruk. Samada pilihan sendiri, atau pilihan keluarga, kahwin kerana cinta atau tatkala bersatu itu dengan kosong perasaannya. Apa-apa pun tindakan wanita tersebut selepas itu, pilih lah sebaiknya.

Kita semua juga tahu, mencintai seseorang itu mudah, hendak melupakan itu yang susah. Tetapi yang terpaling susah, dan lebih susah ialah apabila kita akhirnya mahu menerima hakikat sudah tiba masa kita menyerah untuk meneruskan hubungan itu dan memilih untuk berhijrah. Demi kebaikan untuk diri sendiri.

Apa-apa pun, satu sahaja yang kita kena pegang. Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita untuk menanggung apa yang diberi oleh-Nya, dan Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai sendirian. Ada sesuatu yang terbaik yang mahu Dia beri, sebab itu yang elok berada dalam genggaman kita diambil kembali.

Insya Allah, kita berjumpa lagi di novel akan datang.

Until then :)

Love,
N

Jumpa lagi nanti korang. Bye-bye! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience